Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
bab 2b - Teraniya

Bab 2b

 

Dua hari sebelumnya… Mahkamah Agung, New York

           Hirzan berdiri di kandang tertuduh. Ini kali pertama dia berada di tempat seperti itu. Wajahnya keliru dan pucat. Dia umpama anak burung kehilangan ibunya. Termangu dan kosong di suatu tempat yang seumur hidupnya tidak pernah dia jejaki. Semua dalam pandangannya terasa begitu pelik sekali. Dengan tangan bergari dia duduk tegak di kandang pesalah. Berapa mata memandang ke arahnya sambil berbisik perlahan. Ketika itu keadaan dalam ruangan mahkamah agak lenggang. Dengan tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam dari balik sebuah pintu yang terletak di bahagian hadapan sebelah kiri dewan mahkamah. Seorang Lelaki kulit putih dan agak berumur memandang ke arah Hirzan. Dia kemudiannya duduk di atas kerusinya. Dia kemudiannya dia mengambil sebuah tukul di sebelah kanannya. Tukul kayu itu di ketuk sambil melaung.

“Mulakan! perbicaraan.”Hirzan terpaku di kandang salah.

            Hirzan memerhatikan sahaja Peguam bela yang di lantik oleh pihak Mahkamah untuk membelanya bangun dari kerusinya. Manakala Pendakwa raya hanya tersenyum tipis melihat ke arah Peguam Hirzan. Perbicaraan bermula. Mereka saling berbahas dan berselang seling dengan bahan bukti yang di hulur untuk membuktikan penderian mereka. Perdebaan bertambah sengit, masing-masing berusaha untuk membuktikan sesuatu. Hirzan merasa hairan. Peguam bela yang tidak pernah dia kenali itu bersungguh-sungguh membelanya dan cuba membuktikan dia tidak salah. Kedua peguam itu saling berdebat dan bertingkah. Hirzan tidak dapat menangkap dan memahami sangat butir bicara kedua peguam itu sebab dia tidak tahu sangat Bahasa Inggeris. Dia faham maksud yang di sampaikan kepadanya tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk membalasnya.

Perbicaraan itu berlangsung selama 2 hari yang melelahkan bagi Hirzan. Kedua Peguam yang bermusuhan itu yakin hujah mereka dapat membuahkan hasil yang terbaik. Masing-masing percaya bahawa mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kes ini.

“Awak jangan risau. Saya yakin awak akan bebas.” Peguam yang bernama Paul Gibbs itu tersenyum ke arah Hirzan.

           Hirzan hanya memandang ke arah Peguam yang agak berumur itu dengan doa bertali arus dalam hatinya. Akhirnya hari keputusan telah tiba. Hirzan duduk di sebelah Peguamnya dengan wajah kerisauan. Hari itu hari hidup dan matinya. Matanya merayap memandang ruangan mahkamah itu. Ada hanya lebih kurang 5 orang sahaja yang mengikuti perkembangan kes tersebut.

“Tertuduh! di minta untuk berada di kandang tertuduh.” arah pegawai Mahkamah.

Hirzan berjalan dengan di iringi seorang pegawai polis. Dia berdiri di kandang tempat hukuman yang akan di jatuhkan. Matanya memandang ke arah Hakim yang akan menentukan masa depannya.

‘Ya ALLAH inilah harinya. Hari yang menentukan masa depanku. Hidup dan matiku. Kaulah yang maha mengetahui. Sesungguhnya apa yang telah kau tetapkan untukku adalah yang terbaik untukku. Bantulah aku untuk menghadapi semua ini.’ Doa Hirzan dalam hatinya.

          Hakim yang sudah berumur itu leka menulis sesuatu. Sekali sekala dia membetulkan cermin matanya yang tertenggek di hidungnya. Dia tidak menghiraukan semua mata yang memandang ke arahnya. Peguam Paul Gibbs memandang ke arah Hirzan. Sambil tersenyum dia membuat tanda bagus dengan ibu jarinya.

‘Jangan risau kawan. Aku yakin kita akan menang. Kau akan bebas.’ katanya dalam hati.

Manakala peguam pendakwa menjeling ke arah Hirzan sambil mencebik bibirnya.

‘Kau tidak akan bebas budak. Kau inilah punca menyebabkan rakyat Negara kami hancur. Kau akan mati reput dalam penjara.’

          Hampir 8 minit juga keadaan menjadi beku dan sunyi dalam ruangan mahkamah itu. Hirzan yang menunggu lebih terseksa lagi. Setiap detik yang berlalu seolah-olah nyawanya di tarik dengan perlahan-lahan. Masa depannya kini di tangan Hakim. Semua hujah yang diberi dan dibahaskan, akan di simpulkan pada pagi ini. Semua orang di dalam mahkamah menunggu dengan penuh debaran. Yang salah takut di jatuhi hukuman, yang menuduh menunggu apakah jenis hukumannya. Hakim John Abruzzi meletakkan pennya. Dia menegakkan badannya sambil memandang ke hadapan. Kedudukkannya yang tinggi membuatkan dia boleh melihat keseluruhan dalam Dewan perbicaraan itu.

“Baiklah setelah saya meneliti dan melihat semua butir-butir keterangan yang di berikan selama dua hari ini. Saya telah ada keputusannya.” Dia berhenti berkata-kata sambil memandang ke arah kedua peguam itu.

         Jantung Hirzan ketika ini berdegup kencang seperti dia baru sahaja selesai berlari 100 meter. Peluh mula merecik keluar dari tubuhnya. Walaupun ketika ini bilik itu sejuk dengan hembusan pendingin hawa.

“Saya telah melihat, mengkaji dan meneliti setiap hujah-hujah yang dibentangkan. Keputusan yang saya buat ini bukan atas dasar prejudis atau niat yang lain. Seperti yang kita ketahui sekarang ini. Dadah sudah menjadi barah yang besar di Amerika. Bukan itu sahaja dadah juga sudah mengancam banyak nyawa di seluruh dunia. Berbilion Dollar wang telah habis, beribu-ribu orang anggota polis dan unit pembenteras dadah digerakkan. Kita sudah menggunakan berbagai cara untuk melumpuhkan operasi dadah ini. Tetapi hingga saat ini kita tidak berjaya untuk membenterasnya. Kita bukan sahaja gagal untuk menangani masalah dadah. Malahan semakin hari kegiatan ini semakin berkembang. Kumpulan dan gerakan dadah di Amerika Latin, di Eropah dan Asia semakin hari semakin rakus membawa masuk benda jahanam itu ke Amerika.

        Ramai anak muda, suami dan anak-anak kita yang hancur kerana benda yang jijik ini. Saya merasa sangat kesal dan marah kerana benda ini telah menghancurkan generasi kita yang akan datang. Saya percaya hukuman yang keras patut di jatuhkan pada sesiapa yang terlibat dalam operasi dadah ini. Penagih adalah mangsa dan Pengedar adalah pemangsa. Pemangsa mesti di hapuskan!” kata Hakim John Abrussi dengan tegas sambil memandang ke arah Hirzan.

‘Habislah aku…’ Dari kata-kata Hakim itu Hirzan dapat menjangkakan apa keputusannya.

Manakala Peguam Paul Gibbs tersandar lesu. Dia melontarkan pen yang di pegangnya ke atas meja. Buat sekian kalinya dia tewas lagi. Peguam Pendakwa itu tersenyum sinis sambil menjeling ke arah lawannya.

“Baiklah selepas meneliti semua bukti-bukti dan penghujahan dari kedua belah pihak. Saya membuat keputusan bahawa En Hirzan Abu didapati bersalah kerana cuba membawa masuk dan mengedar dadah jenis Kokain seberat 5kg. Kerana ini adalah kesalahan yang berat dan melihatkan jumlah dadah yang besar. Maka saya tidak boleh bertolak ansur dengan kesalahan ini. Ramai anak muda yang akan hancur masa depan mereka jika dadah ini berjaya dilepaskan tempohari. Anda adalah pembunuh yang hina. Oleh itu saya dengan ini menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara tanpa Parol. Anda akan di bawa ke Penjara untuk penjenayah kelas berat. Moga hukuman yang begitu lama itu akan memberi pengajaran kepada anda.” Sebaik sahaja Hakim John Abrussi menjatuhkan hukuman dia terus mengetuk Penukul kayunya pada pelapik penukul.

      Bunyi ketukan itu bergema di dalam bilik tersebut. Hirzan terasa lembut lututnya mendengar hukuman yang dijatuhkan. Hentakkan penukul itu seperti menghentak kepalanya berkali-kali. Dia terpana di dalam kandang pesalah. Pandangannya kelam sekelam masa depannya.

“Ya ALLAH! beratnya dugaan yang kau berikan kepada aku ini. Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya. Kau berikanlah aku limpah rahmatmu untuk aku terlepas dari belenggu ini. Tiada pada sesiapa lagi aku boleh bergantung harap. Hanya padamu Ya ALLAH berserah. Sesungguhnya engkaulah yang maha kuasa,” luah Hirzan dengan linangan air mata.

        Di satu sudut dalam ruangan Mahkamah itu, James Brown tersenyum sinis. Nampaknya tugasan yang di berikan oleh rakan niaganya Syed Zainal berjaya di jalankan dengan jayanya.

‘Padan muka kau budak. Mati reputlah kau di sana!”

Hirzan yang berada di dalam kandang tertuduh terpandang pada lelaki tersebut. Lelaki yang mula-mula dia temui semasa sampai di Amerika tempohari. Lelaki itu bergegas keluar dari kamar Mahkamah. Dia mengeluarkan Telefon bimbitnya dan mendail nombor Syed Zainal yang berada di Kuala Lumpur.

“Budak tepi sikit!” satu suara bergema mengejutkan Hirzan dari lamunan yang panjang.

Dia terpaku memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Lelaki yang tidak berbaju dan berwajah kusut itu merenung ke arahnya. Dalam bilik yang hanya di terangi dengan sebiji lampu. Hirzan tidak dapat melihat dengan jelas lelaki tersebut. Lelaki yang bertubuh sederhana itu merenung ke arah anak muda di hadapannya itu. Di matanya penuh dengan kebencian.

Dengan segera Hirzan mengelak ke tepi. Lelaki yang separuh botak dan dalam keadaan kusut masai berjalan terhuyung-hayang menuju ke arah singki air. Dengan selambanya dia menceduk air yang bertakung di dalam sinki kecil itu dan membasuh mukanya. Air yang kotor dan berkeladak itu selamba sahaja di gunakan oleh lelaki tersebut. Hirzan yang melihat perlakuan lelaki itu hampir mahu termuntah Hirzan di buatnya.

‘Gila ke dia ni. Air yang kotor dan busuk itu dia boleh buat basuh mukanya…’ getus Hirzan dalam hatinya.

          Hirzan terus memerhati lelaki yang menjadi teman satu sel nya itu. Dengan cahaya lampu yang tidak berapa terang itu. Dia mendapati mendapati lelaki itu sudah agak berumur. Di bahagian belakang dan tangannya penuh dengan tattoo. Gambar tattoo seekor Naga yang sedang merenung ke arahnya melekap ditubuh lelaki tersebut. Dia menelan air liurnya berkali-kali.

“Nama kamu siapa?” Hirzan terkejut mendengar lelaki itu berkata dengan suara yang garau.

Dia masih membelakangi Hirzan. Lelaki itu sedang melakukan sesuatu.

“Sa…saya Hirzan. Dari Malaysia.” Nada suara Hirzan dalam ketakutan.

Lelaki itu kemudiannya berpaling memandang ke arah Hirzan. Hirzan terus terundur ke belakang apabila melihat wajah lelaki itu dengan jelasnya. Mata kiri lelaki itu buta, bibir sebelah kirinya berparut sampai ke pipi. Parut itu menyebabkan gigi atas sebelah kirinya kelihatan. Nampaknya bibirnya itu terbelah. Tubuh bahagian depannya berparut di sana sini. Ada satu parut yang panjang melintang di bahagian perutnya. Tattoo yang bercorak berbagai bentuk dan warna menghiasi tubuh lelaki tersebut.

“Dari Malaysia? Orang Asia?” tanyanya dengan mata merenung tajam ke arah anak muda di depannya.

        Hirzan mendiamkan diri mendengar lelaki itu berkata-kata. Air liurnya di telan berkali-kali. Dia sedar lelaki dihadapannya itu bukan calang-calang orangnya.

“Ya…Ya Tu…an. Saya dari Malaysia.”

Dengan tiba-tiba lelaki itu ketawa dengan kuatnya. Dia tidak mengendahkan kata-kata Hirzan. Hirzan membatukan dirinya.

“Bagus budak! kau adalah orang kedua Asia yang berada di penjara ini. Aku sudah lama tinggal seorang di sini. Sekurang-kurangnya ada juga orang Asia ada di sini.” Hirzan memandang ke arah lelaki tua itu dengan pandangan yang hairan.

‘Apa orang tua ni cakap? aku tak faham maksudnya.’

Lelaki tua itu tersenyum sinis pada Hirzan.

“Atas katil kau itu pakaian aku. Aku mahu kau basuh dan bersihkannya. Begitu juga aku mahu kau bersihkan bilik ini. Di dalam bilik ini aku ketua. Jika mahu hidup lama ikut arahan aku!”

Lelaki itu mula menunjukkan belangnya. Hirzan hanya membisu sahaja. Melihat tattoo yang penuh pada badan lelaki itu dia tahu lelaki itu lelaki yang bagaimana. Perjalanan hidupnya sebagai banduan di penjara di Amerika ini sudah bermula. Jalan yang berliku di hadapan sudah menunggu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.