Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
Bab 6 : Kemalangan terancang

Prince Rupert Port, British Columbia, Kanada.

Setelah 2 tahun menjadi penghuni Penjara itu Hirzan akhirnya redha dengan ketetapan takdir hidupnya. Oleh kerana Penjara Coyote Creek itu semakin sesak. Pihak Pengurusan mengambil keputusan untuk memindahkan sebahagian Banduan itu. Hirzan bersama 15 banduan yang lain di pindahkan ke Penjara Alaska. Kini mereka dalam perjalanan ke sana menaiki bas.

‘Sudah dua tahun aku meninggalkan Malaysia. Bagaimana agaknya kehidupan Melor dan anakku Sari. Adakah mereka sihat? Adakah Melor masih menunggu aku atau dia sudah berkahwin lain. Aku benar-benar rindukan mereka,’

Tanpa sesiapapun sedari. Hawk dan kumpulannya sedang merancang sesuatu. Hawk yang sebelum ini pura-pura tidur membuka matanya.

‘Masanya sudah tiba,’ Lelaki berbadan besar itu tersenyum penuh makna.

“Carlos! bangunlah bodoh.”

Carlos terkejut. Matanya terbuka tiba-tiba. Dia terlihat Hawk merenung tajam ke arahnya.

“Bodohlah kau ni! lekas kejutkan kawan-kawan kita yang lain. Masa untuk bertindak semakin hampir.”

Carlos mengangguk lalu terus mengejutkan Milky, Albert dan Platt.

“Bersedia!” Hawk memberi arahan.

Dengan perlahan Hawk menyelak bajunya. Kelihatan segaris luka di perutnya. Luka sepanjang satu inci itu sudah berjahit dengan benang. Dengan perlahan Hawk menarik hujung benang pada kesan jahitannya itu. Berkerut muka dan mengigil tangannya menahan sakit.

“Bos! kau memang hebatlah. Kalau aku memang tak sanggup lakukan seperti itu.”

Sebaik sahaja benang pada lukanya itu tertanggal. Kelihatan belahan pada kulit perutnya. Jari kirinya memicit dengan kuat pada luka itu. Darah merah pekat mula mengalir dari kesan luka tersebut. Kelihatan sesuatu benda hitam muncul dari lukanya. Dengan perlahan dia menariknya keluar. Sebatang paku sepanjang hampir 4 inci kini berada dalam genggaman tangannya.

“Kamu semua bersedia. Ikut seperti yang kita rancangankan.” arah Hawk pada orang- orangnya.

Serentak dengan itu Hawk segera menekup mulut lelaki yang sedang tidur di hadapannya. Tanpa ada rasa belas dia menghujamkan tikaman pada leher lelaki itu. Lelaki kulit hitam yang sedang enak di buai mimpi itu terkejut. . Dia meronta-ronta dalam kesakitan. Darah merah pekat membuak-buak keluar dari luka di lehernya. Lelaki itu mengelupur dan terjatuh. Semua orang yang berada dalam kurungan itu terkejut akibat dari bunyi bising secara tiba-tiba itu.

“Ada banduan yang cedera…ada banduan yang cedera!” jerit salah seorang dari pengawal penjara itu. .

“Mike! bukan pintu lekas! Jon, Markus dan Bill sedia dengan senjata masing-masing.” arah Kapten Edward pada semua pasukannya.

Sebaik sahaja kunci pintu itu di buka. Tiga orang Pengawal yang lengkap bersenjata menyerbu masuk ke bahagian Banduan. Sebaik sahaja tiga orang Pengawal yang lengkap bersenjata itu masuk ke dalam ruangan Banduan. Mereka menghalakan senjata api ke arah setiap Banduan. Lelaki yang terkena tikaman itu masih lagi terbaring. Darah kelihatan memenuhi lantai bas.

“Semua orang jangan bergerak. Duduk di tempat masing-masing. Jangan lakukan tindakan yang bodoh.” jerit Jon sambil matanya mengawasi para Banduan.

“Bill kau periksa budak itu. Lekas! hentikan pendarahannya dahulu.” arah Jon pada rakannya.

“Alihkan tangan kau. Aku nak periksa luka kau,” kata Bill dengan lembut.

“Beritahu aku siapa yang buat benda ni semua! Siapa yang cederakan dia? Lekas! baik kamu mengaku.

Tiba-tiba seorang lelaki mengangkat tangannya.

“Tuan! Dia ini yang tikam budak tu. Aku nampak sendiri.” kata Milky sambil menunjukkan ke arah Hawk.

Terperanjat besar Hawk melihat tindakan Milky itu. Wajah Hawk menjadi merah padam. Dia mengertam bibirnya kerana tembelangnya telah pecah.

“Celaka kau bangsat…kau berpaling tadah,” deram Carlos dengan mata yang bersinar garang.

Dia mahu menghapuskan Milky yang berani berpaling tadah itu. Belum sempat dia menerkam ke arah Milky tiba-tiba dia terdengar jeritan yang lantang.

“Berhenti Hawk! berhenti jika tidak aku tembak.” jerit Jon dengan kuat.

Jon menghalakan senjata M16nya ke arah Hawk sambil pada masa yang sama mencekah senjatanya itu. Dia bersedia untuk menekan picu pada senapangnya jika Hawk cuba bergerak.

“Berhenti Hawk! kalau tidak aku tembak!” Jerit Jon dengan kuatnya.

“Buang benda itu ke lantai. Aku kata buangkan!” arah Jon dengan nada yang lebih tegas.

“Okay! aku menyerah. Aku mengaku salah. Aku yang cuba menikam budak itu. Berani dia memaki hamun aku.” Hawk berkata dengan nada yang bersahaja.

“Celaka kau Hawk! kau memang mencari masalah. Sampai di Penjara Alaska sana. Kau akan tahu nasib kau. Kau tak akan terlepas!” luah Jon dengan nada yang geram.

Pada masa yang sama. Tanpa sesiapapun sedari. Lelaki yang terbaring dan sedang menerima rawatan dari Bill. Dengan perlahan dia mencapai paku yang di jatuhkan oleh Hawk. Dia menjeling ke arah Bill yang begitu leka membersih dan membalut lukanya. Dengan sepantas kilat, Dia menghujam tikaman ke bawah dagu Pengawal Penjara itu. Serangan pantas itu menyebabkan anak muda yang baru berkerja 2 tahun itu tidak sempat mengelak. Paku sepanjang 4 inci itu menusuk tepat menembusi kepala lelaki itu.Bill menjerit kesakitan. Melihat peluang yang ada, Lelaki kulit hitam itu menyambar pistol yang tersarung di pinggang Bill. Dengan sepantas kilat di melontar Pistol itu ke arah Hawk. Hawk tersenyum sinis.

Dengan segera dia melepaskan tembakan yang bertalu-talu ke arah Jon dan Markus. Kesemua tembakan yang di lepaskan itu hinggap tepat ke sasarannya. Mereka terus meninggal di situ juga. Kapten Edward dan seorang lagi Pengawal yang berada di luar kurungan itu tergamam melihat apa yang terjadi. Mereka tidak sangka dalam sekelip mata sahaja 3 orang rakan mereka telah di tewaskan. Kapten Edward melihat ada dua orang lelaki cuba mengambil senjata Jon dan Markus.

Dengan pantas dia melepaskan tembakan. Pengawal yang bernama Barnet itu turut menembak ke arah Banduan. Peluru berterbangan bersimpang siur. Kedua-dua banduan itu terpelanting ke belakang. Tubuh mereka berlubang terkena tembakan short gun yang di lepaskan oleh Kapten Edward. Kedua-dua banduan itu mengelupur kesakitan. Pada masa yang sama hampir kesemua Banduan yang tidak terlibat dengan serangan itu terus menyorok di belakang kerusi bas. Dengan tidak semena-mena Lelaki yang terbaring kerana terkena serangan Hawk sebelum ini berdiri.

“Hawk! aku dah dapat kunci…rancangan kita berjaya… aku dah dapat kunci.” ujar lelaki itu sambil mengoyang-goyangkan kunci tersebut.

Belum habis kegembiraan lelaki itu. Sebutir peluru menembusi kepala lelaki itu. Lagi sekali peluru yang di tembak oleh Kapten Edward hinggap di tubuh lelaki tersebut.

‘Celaka! mereka nak main-main dengan aku. Aku bunuh mereka semua!’ luah Kapten Edward.

Lelaki itu sudah nekad untuk membunuh semua banduan. Dia mahu menamatkan dendamnya pada Hirzan dan Hawk. Lelaki kulit hitam yang kena tikaman Hawk itu, Berdiri terpaku. Dia memandang ke arah Hawk. Lalu melontar kunci itu. Kunci yang di balingnya jatuh di hadapan Hirzan dan Ah Long.

“Hirzan! lekas ambil kunci tu,” bisik Ah Long sambil memuncungkan bibirnya ke arah kunci yang berada tidak jauh dari mereka.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.