Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
bab 2 a: Penjara dunia

Bab 2A: Penjara Dunia

                    Hirzan melangkah masuk ke sel biliknya. Sebaik sahaja pintu palang besi itu terbuka. Bau yang busuk menangkap rongga hidungnya. Sel T40 itu berbau busuk dan hancing yang amat kuat. Kembang kuncup hidung Hirzan menahan bau busuk tersebut. Tekak terasa kembang. Sel itu kelihatan bergelap sahaja. Lampu di dalam sel tidak di pasang. Dalam kesamaran bilik itu, dia terlihat ada seseorang yang sedang baring di atas tilam. Orang itu baring di katil bawah. Manakala katil atas di penuhi dengan sesuatu yang berlonggok.

‘Sempitnya bilik ini,' luah Hirzan dalam hatinya.

“Hah! apa yang kau tunggu lagi! lekas masuk ke sarang tikus ni. Nasihat aku cukup mudah budak! Jangan kau timbulkan masalah dengan teman satu sel kau tu. Dia gila.” Pengawal itu menolak Hirzan masuk ke dalam sel itu sambil tersenyum sinis.

“Ah Long! kau ada teman bilik yang baru. Jangan kau bunuh pula budak ini!” kata pengawal yang mengiringi Hirzan sambil mengetuk palang besi pintu dengan cotanya.

Hirzan lihat lelaki yang sedang baring itu langsung tidak bergerak.

‘Dia tidur agaknya.’

                 Hirzan terus berdiri di dalam sel yang sempit itu. Deria baunya sedang cuba menyesuaikan dengan bau yang busuk itu. Pintu sel tertutup dengan perlahan-lahan. Pintu Sel penjara ini di kawal secara eletronik. Mata Hirzan mula dapat menyesuaikan dengan keadaan yang gelap. Dengan perlahan dia bergerak ke arah katil. Dengan rasa jijik dia menguis-guis benda yang ada di atas katil tingkat atas itu. Dia kemudiannya meletakkan barangan yang di bawanya di atas katil tersebut.

‘Apa tempat ni. Busuknya ALLAH sahaja yang tahu.’ tangan Hirzan mula meraba dinding.

Dia cuba mencari suis bilik tersebut. Tapak tangannya tersentuh benda yang basah dan berlendir.

‘Apa benda ni,’ getusnya dalam hati. Dengan perlahan di bawa tapak tangannya itu ke hidungnya.

                 Bau yang busuk dan meloyakan menerajah ke hidungnya. Hirzan rasa seperti mahu muntah. Dia menahan dari muntahnya keluar. Setelah beberapa ketika dia akhirnya terjumpa suis untuk bilik kecilnya itu. Sebaik lampu terpasang dia mulai nampak dengan jelas persekitaran dalam bilik itu.

Menggeleng kepala Hirzan melihat keadaan bilik itu. Bilik itu terlalu kotor. Ianya lebih layak di panggil kandang dari sebuah bilik. Dindingnya penuh dengan lendir kehijauan. Lantainya pula berdaki dan kehitaman. Sampah dan kotoran melata di mana-mana sahaja.

‘Ini bilik ke apa ni.’ Getus Hirzan dalam hatinya.

               Sambil berjingkit dia berjalan menuju ke sinki dan Tandas duduk. Hirzan melihat di dalam singki itu ada air yang bertakung dan sudah kehitam-hitaman. Manakala Tandas duduk itu di penuhi dengan najis yang sudah berulat. Kali ini Hirzan tidak mampu menahan isi perutnya dari keluar. Menyembur muntahnya, bertepek di dinding.

“ALLAH! Apa benda ni…”

               Hirzan menjeling ke arah tubuh yang terbaring itu. Lelaki itu masih membatukan dirinya. Dia tak tahu apa yang perlu di lakukan ketika ini. Seluruh tubuhnya terasa sakit dan sengal-sengal kerana serang tadi. Dia dengan perlahan-lahan dia menarik kerusi besi yang ada di tepi sebuah meja.Dia tidak peduli dengan kekotoran di atas kerusi itu. Hirzan melabuhkan punggungnya sambil menyeringai kesakitan. Dia membelek-belek kesan luka di tubuhnya. Jelas kelihatan kesan lebam dan kemerahan.

‘Kenapa dia serang aku. Apa yang telah aku lakukan.’ Hirzan tertanya kenapa Kapten Edward menyerangnya tanpa usul periksa.

‘Aku rasa aku mungkin akan menghadapi masalah dengan ketua pengawal itu. Dia seperti menyimpan marah dan benci kepada aku. Aku tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Aku tidak pernah salah dengannya malahan akupun tidak kenal siapa dia.’ Keluhan anak muda itu.

           Dia tidak sangka sebaik sahaja sampai di tempat itu dia sudah di uji dengan ujian yang berat. Menjejaki kaki di tempat ini dan sudah ada musuh memang bukan satu permulaan yang baik. Hirzan duduk bersandar di kerusi. Matanya merayap di dalam sel yang kecil itu. Dia teringat kembali perbicaraan di Mahkamah yang dia jalaninya dua hari yang lalu. Perbicaraan yang telah menggelapkan terus masa depannya.


Previous: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.