Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
Bab 1

Bab 8 : Neraka Dunia.

Seattle, Amerika Syarikat

Bas yang membawa bakal banduan bergerak laju. Hirzan memandang keluar. Fikirannya kosong ketika ini. Bunyi gemercing gari dan rantai di tangannya berlagu sendu. Sesendu hatinya ketika ini.

‘ALLAH…apakah hikmah semua ini. Apa yang KAU mahu tunjukkan pada aku ni. Berat sungguh dugaanMU.’ Hirzan melihat gari yang membelenggu kedua tangannya.

Gari itu bersambung dengan rantai yang membelit di pinggang. Kedua kakinya juga di rantai. Matanya memandang di dalam bas yang di naikinya. Ada 8 orang lelaki yang berbaju warna oren sepertinya.

‘Nampaknya nasib mereka seperti aku juga. Mereka mungkin benar melakukan kesalahan manakala aku pula terpaksa. Aku tak sangka aku di perangkap oleh mereka.’

Perjalanan selama 5 jam itu akhirnya sampai ke penghujungnya. Hirzan terjaga dari tidur apabila Brek bas menjerit nyaring. Bas berhenti dengan tiba-tiba. Terpisat-pisat dia membuka mata. Di lemparkan pandangan keluar.

‘Di mana aku ni? dah sampai ke di penjara?’ tertanya dia sendiri dalam hati.

Di depannya kelihatan sebuah tembok bangunan yang berwarna putih kelam dan kusam. Tembok itu menjulang tinggi, tegap dan kukuh.

‘Tingginya tembok ini kalau tak silap aku mahu dalam 10 kak ni,’ getus anak muda itu dalam hati.

Hirzan melihat di bahagian atas tembok terdapat lingkaran kawat berduri merentangi. Pintu pagar besi yang kukuh yang terletak di tengah-tengah tembok itu terbuka dengan perlahan-lahan. Bunyi rengekan besi bergeseran bernyanyi nyaring seperti dalam kesakitan. Semua tahanan yang berada di dalam bas itu kelihatan gelisah. Wajah masing-masing kelihatan keruh dan kerisauan. Mereka menegakkan kepala memandang ke luar tingkap. Mereka tahu di depan sana adalah neraka dunia. Sekali masuk belum tentu akan keluar. Kerana tersilap pilih haluan hidup menyebabkan mereka terhumban ke sini. Tiada seorang manusia normalpun yang sanggup menghabiskan usia di tempat seperti ini. Pintu pagar besi itu akhirnya terhenti dari terbuka. Bas khas yang membawa semua bakal banduan meluncur laju masuk ke tempat tersebut. Tiada jalan kembali lagi. Jantung semua pesalah dalam bas itu berdegup kencang. Mereka seolah-olah menanti hukuman mati yang akan di jatuhkan.

‘Akhirnya aku tiba di sini. Tempat yang tidak sepatutnya aku berada. Tidak pernah terfikir untuk aku memasuki tempat seperti ini,’ keluh Hirzan dalam hatinya.

Tiada jalan kembali. Apa yang terjadi telah terjadi sebagai manusia. Dia harus menempuhinya. Rela atau tidak itu bukan pilihan yang dia ada. Hirzan menjeling ke beberapa tahanan yang lain. Ada yang mengigil ketakutan. Mereka sedar di dalam sana tiada cerita yang indah. Hanyalah kesakitan dan penderitaan.

‘ALLAH bantulah aku. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh ujianmu ini. Aku tidak pernah membayangkan hidup aku akan berakhir seperti ini. Ya ALLAH aku tidak bersalah. Janganlah kau campakkan aku kelembah kebinasaan seperti ini,’ Doa Hirzan dengan penuh ketakutan.

Bas yang bergerak masuk di dalam kawasan bertembok itu akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan besar yang berwarna kelabu terang. Pintu Bas di buka, Dua orang pengawal bersenjata yang mengiringi mereka turun dari bas. 3 minit kemudian naik seorang lelaki berbaju gelap. Semua orang memandang ke arah lelaki itu. Lelaki yang bertubuh sasa dan bermuka bengis itu memandang ke arah semua penumpang bas tersebut dengan wajah yang kejam. Jantung Hirzan berdegup dalam nada ketakutan. Pandangan lelaki itu mengecutkan perutnya. Terasa lelaki itu seperti malaikat maut yang akan mencabut nyawanya nanti.

“Selamat datang ke Coyote Creek Pinetary!” Suara lelaki itu bergema dengan kuat dalam bas tersebut.

“Kamu dengar sini. Tempat ini bukan penjara, bukan tempat kamu bersuka ria, bukan tempat kamu berehat. Ini adalah Neraka Dunia…!” Bergema suara yang garau itu dalam bas tersebut.

“Aku Kapten Edward Burn! aku menjadi mimpi ngeri kamu. Peraturan aku senang sahaja. ‘Jangan buat silap dan buat aku marah!. Aku benci orang yang suka mencari masalah. Jika kamu mahu kenal siapa Kapten Edward Burn! cuba kamu buat aku marah!. Kamu akan rasa lebih baik mati dari hidup! faham itu!” Hirzan yang sudah sedia ketakutan semakin takut.

Seumur hidupnya tidak pernah dia rasa takut seperti saat ini. Salam perkenalan pertama dengan Kapten Penjara itu memang amat mengesankan Hirzan.

“Sekarang semua turun. Bergerak dalam barisan. Aku tak mahu dengar satu suara pun. Jika aku dengar…tongkat ini aku akan jadi makan tengahari kamu di sini.”

Semua orang bergegas bangun berdiri. Amaran dari Kapten itu membekas di hati masing-masing. Mereka sedar mencari masalah dengan lelaki itu adalah menempah maut. Masing-masing berjalan dengan kepayahan. Gemercing rantai yang membelenggu kaki mereka berbunyi dengan irama tidak berlagu. Seorang demi seorang melangkah turun dan menjejaki kaki di bumi Seattle. Hirzan yang turut turun bersama kawanan tahanan yang lain mengecilkan matanya apabila panahan matahari tepat menyimbah ke mukanya. Mereka berdiri tegak dengan tangan dan kaki bergari. Wajah semua banduan itu kelihatan keliru dan kerisauan.

‘Besarnya tempat ini. Tak pernah aku membayangkan Penjara adalah besar seperti ini.’ Mata Hirzan memandang ke sekitar dalam penjara itu.

‘Memang mustahil untuk banduan lari dari tempat ini. Aku tak sangka aku akan menjadi banduan di tanah asing. Celaka Syed Zainal…rupanya dia perangkap aku. Aku tak akan lepaskan dia.’ Hirzan menjadi marah pada orang yang menyebabkan dia menjadi Banduan di bumi asing.

“Apa pandang-pandang! ayuh jalan ke depan.” Seorang Pengawal menolak tubuh Hirzan dengan kasar. Dia merenung ke arah Hirzan dengan muka yang bengis.

Hirzan terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dengan segera dia bergerak ke hadapan. Bunyi rantai bergemercing dengan kuat. Saling bertingkah. Seolah-olah mengejek dirinya.

“Semua masuk dalam bilik ini.” arah salah seorang Pengawal penjara sambil memegang sebuah pintu berwarna kelabu gelap.

Seorang demi seorang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kesemuanya di telan masuk ke dalam pintu kecil tersebut. Hirzan mendapati di dalam bilik kecil itu menunggu 4 orang Pengawal yang lengkap bercota eletrik. Dia tahu jika ada banduan yang cuba melawan mereka akan memukul banduan itu dengan cota eletrik itu.

‘Aku mesti ikut semua arahan. Jika tidak pasti mereka akan pukul aku.’

Dua orang pengawal penjara yang lengkap dengan senjata M16. Berdiri di hujung bilik yang agak luas itu. Semua banduan yang di pindahkan hari ini adalah banduan berkelas High Profile. Banduan kelas ini adalah terdiri dari mereka yang di kategorikan amat merbahaya dan melakukan kesalahan jenayah yang berat. Hirzan juga di masukkan dalam kategori banduan kelas itu kerana campur tangan dari orang suruhan Syed Zainal di Amerika. Banduan kelas ini memang tiada peluang untuk bebas lagi. Kematian sahajalah yang boleh membebaskan mereka. Pengawal yang bersenjata api itu mengawasi ke semua 8 orang Tahanan itu dengan waspada. Sedikit sahaja tindakan abnormal cuba di lakukan oleh mereka. Peluru yang tidak bermata ini akan menembusi tubuh mereka. Hati Hirzan ketika ini menjadi tidak keruan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa takutnya dia saat ini. Salah seorang dari Pengawal Penjara itu menghampiri Hirzan.

“Aku akan memeriksa tubuh kau. Jangan melawan dan melakukan tindakan yang bodoh!” Hirzan mengangguk tanda faham. Walaupun dia tidak berapa faham apa yang lelaki itu cakap tetapi dia dapat menangkap maksud lelaki tersebut. Dia tidak begitu mahir dengan bahasa English.

Tubuh Hirzan di periksa dengan teliti. Mereka mahu memastikan tiada senjata dan barang yang salah di seludup masuk ke dalam penjara. Setelah itu seorang demi seorang di periksa. Selesai urusan pemeriksaan dan Pengawal penjara berpuas hati mereka di arahkan keluar dari pintu yang satu lagi. Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu itu HIrzan melihat di hadapannya ada kawasan padang rumput yang luas. Sekeliling padang rumput itu di pagari dengan pagar kawat berduri. Dari kejauhan Hirzan melihat di dalam padang rumput itu ada ramai lelaki yang berpakaian biru cair. Hirzan melihat mereka melakukan berbagai aktiviti di atas padang itu. Ada yang bersenam, ada yang bersukan dan ada yang duduk bersembang. Hirzan membuat anggaran mungkin ada lebih dari 200 orang.

‘Aku rasa mereka ini semua banduan seperti aku juga kot.’ Hirzan membuat tekaan sendiri.

“Budak! aku takut. Aku rasa aku tak akan hidup lama di sini. Apa aku harus buat.” bisik Malcom pada Hirzan.

Hirzan memandang ke arah lelaki kulit putih yang bertubuh kecil itu. Dia merasa simpati pada lelaki yang berwatakan agak lembut itu. Dia tidak tahu apa kesalahan yang budak itu telah lakukan.

“Aku tak tahu nak bantu kau macam mana. Kau mesti bertahan. Berdoalah agar kita selamat di sini.” pujuk Hirzan.

Hirzan tahu sebenarnya apa yang budak muda itu rasai diapun turut sama rasa begitu. Mereka semua di bawa menuju ke sebuah bilik yang terletak berhampiran hujung padang rumput itu. Beberapa orang banduan menjerit ke arah mereka dan tidak kurang juga yang bersiul.

“Masuk dan beratur di hujung sana!” arah salah seorang dari Pengawal sambil menunjukkan dengan cotanya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang agak luas itu. Kesemua 8 orang itu beratur membuat barisan yang panjang. Masing-masing tertanya dalam hati apa yang akan terjadi.

“Semua orang berpusing dan menghadap ke dinding.” Dengan perlahan semua mematuhi arahan itu.

Hirzan melihat dinding di hadapannya sudah sopek-sopek dan pudar catnya. Lantai di hujung kelihatan berair dan sedikit berlumut. Sebaik sahaja mereka beratur dua orang pengawal kemudiannya segera membuka rantai yang membelenggu para banduan itu. Hirzan merasa lega apabila rantai yang ketat membelenggu tubuhnya di tanggalkan. Dia mengosok-gosok pergelangan tangannya yang terasa perit. Seorang Pengawal Penjara kemudiannya menyerahkan satu bakul kecil pada setiap orang banduan.

“Tanggalkan semua pakaian kamu dan letakkan dalam bakul!” arah lelaki tersebut.

Hirzan terkejut besar mendengar arahan itu. Dia tidak sangka dia perlu membuka pakaiannya di hadapan ramai orang. Walaupun semuanya lelaki,tetapi adalah haram jika aurat lelakinya di lihat orang lain. Hirzan menjeling pada 7 orang banduan yang lain. Dia mendapati mereka dengan selamba sahaja membuka pakaian mereka. Satu persatu pakaian di tanggalkan dan di letakkan di dalam bakul kecil itu. Kini ada 7 orang lelaki yang berbogel di dalam bilik itu. Hirzan mengucap panjang. Dia menundukkan kepalanya kerana malu melihat keadaan itu.

“Woi budak! kenapa kau tak buka baju kau lagi? tanggalkan sekarang.” jerkah seorang Pengawal penjara.
Semua orang di dalam bilik itu memandang ke arah Hirzan. Beberapa Banduan yang lain mencebikkan mulut memandang ke arah lelaki kurus dari Asia itu.

“Ma…maaf tu…tuan. Saya tak boleh buka pakaian saya. Berdosa dalam Islam jika buka pakaian di tempat terbuka seperti ini…” luah Hirzan dengan wajah yang ketakutan.

Ketua pengawal yang turut berada di dalam bilik itu mengerutkan keningnya mendengar kata-kata Hirzan. Selama dia bertugas di penjara ini tidak pernah ada banduan yang berani mengengkari arahan. Dia merenung tajam ke arah Hirzan, Tidak terlukis langsung senyuman di wajahnya.

“Kau orang Islam?” tanya Edward Burn dengan muka yang serius.

Hirzan memandang ke arah lelaki yang bertubuh besar itu. Dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya.

Beberapa orang pengawal penjara saling berbisik sesama mereka. Mereka agak terkejut mendengar pengakuan Hirzan itu. Ini adalah kali pertama sejak penjara ini di buka ada banduan beragama Islam di hantar ke sini. Sebelum ini dalam sejarah 20 tahun penjara ini. Tiada seorang penganut agama Islampun yang pernah masuk ke sini. Kapten Edward merenung tajam ke arah Hirzan, Wajah yang sebelum ini memang bengis bertukar menjadi lebih menakutkan. Matanya yang bersinar ganas merenung Hirzan dengan penuh kebencian. Dengan tiba-tiba sahaja dia menyerbu ke arah Hirzan. Satu tumbukan yang padu di lepaskan ke arah perut Hirzan. Hirzan terpelanting ke belakang terkena tumbukan yang kuat itu. Berhemburan darah dari mulutnya. Dia jatuh tergolek ke lantai sambil mengerang kesakitan. Tanpa belas kasihan Kapten Edward terus melepaskan sepakan bertalu-talu ke arah tubuh Hirzan. Semua orang terkejut melihat Hirzan di perlakukan seperti itu. Hanya pandangan simpati sahaja yang boleh di berikan. Hirzan mengerang kesakitan. Serangan secara tiba-tiba dan bertubi-tubi itu menyebabkan Hirzan terbaring lembik.

“Celaka kau Muslim! Celaka kau Orang Islam. Kau telah masuk ke tempat yang salah. Kau tak akan hidup lama di sini.!” maki ketua pengawal itu dengan wajah yang penuh kebencian.

Dia meludah ke arah kepala Hirzan yang terbaring menahan kesakitan.

“Mike! buka pakaian dia.” Pengawal yang bernama Mike itu segera mengangguk kepalanya.

Dia tahu apa akibatnya jika lambat mengikut arahan ketuanya. Hirzan terlalu lemah untuk melawan, pakaiannya di lucutkan satu persatu. Dia hanya mampu mengalirkan air mata sahaja.

“Kamu semua berdiri tegak! kau berdua papah dia!”Hirzan terpaksa berdiri dengan di papah oleh dua banduan lain.

Sebaik sahaja semua sudah berdiri tegak. Dengan tiba-tiba tembakan air yang kuat di halakan ke arah mereka. Air yang di lepaskan dari pili bomba itu meluncur laju menghentam tubuh para banduan yang telanjang bulat itu. Hirzan dan beberapa orang lelaki lain terundur ke belakang. Mereka tersandar di dinding sambil menahan hentaman air yang kuat itu. Setelah di mandikan dengan pancutan air yang deras dan tubuh mereka di sembur dengan bahan anti kuman. Barulah mereka di beri pakaian berserta alat keperluan asas yang lain.

‘Aduh bisanya badan aku ini. Aku tak tahu kenapa dia serang aku. Apa salah yang aku lakukan. Tak kan kerana aku tak mahu buka pakaian dia serang aku sampai begitu sekali.’ Hirzan mengeluh dalam hatinya.

Dia terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul tadi. Manakala Kapten Edward merenung ke arah Hirzan dengan pandangan yang penuh dendam.

“Semua orang beratur di sini!” arah salah seorang Pengawal itu setelah semuanya selesai bertukar pakaian rasmi penjara itu.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki yang berbadan gempal dan berambut penuh uban. Dia mengangguk kepala ke arah Kapten Edward dan beberapa orang pengawal lain. Dia berdiri di hadapan semua Banduan itu. Matanya meratah lelaki yang berada di hadapannya.

“Kenapa dengan budak ini?” tanya Lelaki itu pada Kapten Edward.

“Dia terjatuh masa mandi tadi.” jawab Kapten Edward dengan muka selambanya.

“Selamat datang ke Penjara Coyote Creek, Seattle!, Aku Tuan Jeffry A. Jenning. Ini rumah aku dan aku mahu kamu semua ingat di mana kamu berada. Ini bukan rumah kamu tapi tempat yang akan mendidik kamu menjadi manusia yang berguna. Peraturan aku di sini senang sahaja ‘Jangan timbulkan masalah’. Jika kamu tidak mahu timbul masalah ikut semua peraturan. Faham itu!” kata Tuan Jenning dengan suara yang seraknya.

“Aku tidak suka orang yang menyusahkan di sini. Kami amat keras menjaga peraturan di sini. Di luar sana kamu ketua gangster, pembunuh atau apa sahaja. Tetapi di sini kamu adalah hanya tikus. Dan aku tidak ragu-ragu untuk menghapuskan tikus yang suka menimbulkan masalah. Jadi belajarlah jadi tikus yang baik.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.