Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
bab 4 Serangan kali kedua
           Sejak dari kes serangan ke atas Hirzan itu. Pihak Penjara cuba menyoal siasat siapakah yang melakukan angkara ini. Tetapi siasatan yang di jalankan itu terhenti separuh jalan. Tiada sesiapapun yang mahu berkerjasama. Malahan Hirzan sendiri tidak mahu membuka mulut mendedahkan kejadian itu.

      Hawk memerhati kelakuan orang-orang yang ada di dalam sel T40 itu. Hatinya sakit dan terbakar melihat kemesraan di dalam sel itu. Dia tahu selepas ini dia pasti sukar untuk mengapa-apakan budak itu. Sarjan Mike Sloan yang berada dalam Sel Hirzan itu. Memang di takuti oleh ramai penghuni penjara ini. Lelaki itu adalah satu-satunya Pengawal Penjara yang jujur dan tidak pernah tunduk pada sebarang ugutan atau rasuah.

‘Mereka tidak menganggu aku selama hampir sebulan mungkin mereka takut aku mendedahkan perkara yang sebenar. Tambahan pula sekarang Sarjan Mike Sloan telah menjadi sahabat aku. Mungkin mereka risau jika mereka di tangkap oleh Mike.’ Hirzan membuat kesimpulannya sendiri.

‘Tetapi aku percaya mereka pastinya tidak berdiam diri. Dendam kesumat mereka pastinya membara sekarang. Aku mesti lebih berhati-hati.’

Sejak Hirzan tinggal sebilik dengannya Ah Long telah berubah dari seorang lelaki tua yang pemalas kepada seorang yang menjaga kebersihan. Dia terasa malu sendiri apabila Hirzan sering membersihkan bilik sel mereka seorang diri. Malahan Hirzan turut melipat pakaian Ah Long yang di letakkan merata-rata. Kerana sikap Hirzan yang lemah lembut itu telah mengubah sikap Ah Long yang keras sebelum ini.

Tepat Jam 11.00 malam semua lampu di dalam sel padamkan. Hirzan merebahkan dirinya di atas tilam yang keras itu. Dalam beberapa ketika kemudian dia hanyut di buai mimpi. Keadaan di dalam Block A itu begitu sunyi sekali. Hanya ada dua orang Pengawal yang sedang bertugas ketika ini. Masa berlalu begitu pantas. Hawk yang berada di dalam selnya bangun perlahan-lahan. Dari balik jeriji besi selnya dia melihat jam yang tergantung di dinding berhampirannya.

“Sudah masanya Carlos! Lakukannya sekarang.”

Carlos bersiul, Tidak lama kemudian dengan perlahan-lahan beberapa pintu sel bilik banduan terbuka. Termasuk juga sel T40 yang diduduki Hirzan. Sebenarnya kedua pengawal itu telah menerima arahan langsung dari Kapten Edward Burn untuk membuka beberapa sel pintu penjara. Keluar 6 orang lelaki. Kesemua mereka berhimpun di depan sel Hawk.

“Bagus! kamu semua sudah bersedia? Malam ini kita ada kerja yang penting. Pastikan lakukan kerja ini dengan betul. Jangan ada kesilapan seperti hari-hari sebelum ini,” Dengan pantas mereka bergerak menuju ke sel T40.

    Dengan perlahan Milky menghampiri katil Hirzan. Dengan tangannya yang besar dia terus menekup mulut Hirzan. Hirzan cuba menjerit tetapi suaranya tenggelam dalam pekukkan tapak tangan Milky yang besar itu. Tanpa berlengah lagi mereka terus mengusung Hirzan keluar dari sel tersebut. Para penjahat itu membawa Hirzan ke dalam bilik selenggaraan Dobi Penjara itu.Tubuh Hirzan di usung menuruni tangga dan bawa masuk ke lorong yang menuju kebahagian selenggaraan Dobi. Sebaik sahaja masuk ke dalam tempat penyelenggaran itu Hirzan di campak ke arah tong yang besar. Tubuh Hirzan menghentam tong itu. Dia jatuh bergolek sambil mengerang kesakitan. Tanpa memberi peluang untuk Hirzan berehat, Milky mencengkam leher Hirzan. Dengan begitu mudah lelaki yang tinggi hampir 7 kaki itu menjulang Hirzan dengan tingginya. Tercungap-cungap Hirzan untuk bernafas. Hawk memegang bahu Milky, lelaki itu memandang ke arah ketuanya.

“Lepaskan dia…” kata Hawk dengan ringkas.

“Apa khabar budak manis. Aku ada hadiah untuk kau!.” .

“Carlos dan Ben…pukul dia!” arah Hawk.

Tanpa berlengah lagi kedua lelaki pengikut Hawk itu melancarkan serangan ke arah Hirzan. Tumbukan yang di lepaskan tepat kena pada pipi dan mata Hirzan menyebabkan darah berhemburan keluar dari mulut pemuda itu. Tanpa ada rasa belas kasihan mereka terus menghujani serangan ke arah Hirzan. Hawk kemudiannya mencengkam rambut Hirzan. Dia tersenyum melihat muka lelaki itu sudah pecah-pecah dan berlumuran dengan darah. Dengan segala kekuatan Hawk melepaskan tumbukan ceduk yang tepat di bawah dagu Hirzan. Anak muda malang itu terus tercampak ke belakang dengan mulutnya berhemburan darah pekat merah.

“Budak! kau berada di tempat yang salah. Kau berhutang dengan Tuan Edward. Hari ini aku akan memberi kau satu hadiah yang tidak akan dapat kau lupakan sepanjang hidup kau. Ianya akan terpaham dalam lipatan hidup kau selagi kau hidup. Anggap sahaja ini hadiah pengenalan dari aku.” Hawk memandang Hirzan dengan satu pandangan yang menghina.

Hirzan terbaring kaku. Serangan yang di lakukan tadi benar-benar berat. Luka lama serangan sebelum ini berdarah kembali. Rusuknya yang patah juga telah cedera kembali. Semua anggota kumpulan Hawk hanya memerhatikan sahaja Carlos membuka baju pemuda itu.

Sebaik sahaja baju pemuda itu di buka. Dengan senyuman sinis Hawk memberi arahan pada anak buahnya.

“Albert! lakukan sekarang. Jangan ambil masa lama sangat.”

Lelaki yang di panggil Albert itu tersenyum memandang ke arah ketuanya.

“Baik boss!” ada senyum penuh makna pada wajah lelaki itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.