Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
829,576
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan
Sinopsis
mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.

Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.

Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.

Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe... masih panas.. baru semalam saya siapkan jalan cerita dan plotnya... ilham dari FB rakan saya tq

Bab 8B

Tengahari hari itu, Hani perasaan semua pekerja atau staf kewangan dan akaun memandangnya semacam. Hani tertanya-tanya juga.. kenapa mereka memandang aku semcam setiap kali beliau lalu bahagian kewangan. Hani bertanya kepada kak Qismah tentang senyum kambing staf kewangan apabila Hani berjumpa dengannya;

“Akak… kenapa ye staf bahagian kewangan pandang saya semacam? Ada berita terbaru yang saya tidak tahu ker?” tanya Hani.

“Kamu tak tahu lagi? sekarang ini sudah tersebar di pejabat ini kamu ada skandal dengan Dato Z. Malah Dato Z siap membelikan kamu beg Gucci.. betul ker?” Apa! Ini mesti kerja si rambut perang.

“Apa…. Heee geramnya saya… ikutkan hati saya nak aja saya siat-siat mulutnya tu kak. Saya tiada apa-apa dengan Dato Z. skandal ke hapa. Akak tolonglah jangan percaya benda-benda karut ni” selesai sahaja Hani berbincang dengan akak Qismah, beliau ke meja Aisy ;

“Oi melayu celup.. apa yang kau heboh-hebohkan kat pejabat ni ha?” kata Hani sedikit meninggi.

“Ye ustazah.. ada apa yang boleh saya bantu?” katanya buat tidak tahu.

“Kau jangan hendak berpura-puralah.. aku tak tahulah apa yang kau ni sakit hati sangat dengan aku?”

“ Ada I kesah?” Hani menepuk tangannya;

“Beri perhatian warga kewangan semua…. Gossip yang anda dengar pasal saya itu semuanya tidak benar. Hanya rekaan semata-mata… kalau kamu semua hendak tahu… Si Aisy ni yang gila bayang dengan Dato Z.. dia yang beria-ria hendak sangat menjadi Dato Z. Tapi sayangnya Dato Z malas hendak melayan melayu celup tergedik-gedik.. takde SPM…. Speaking pun sepatah haram berterabur.. tergedik gedik setiap hari masuk bilik Dato. Sangkak sangat!” ada yang tertawa.. ada yang tersenyum dan ada yang mengeleng kepala mendengar pengumuman Hani. Aisy bangun

“Kau” Aisy bangun dari tempat duduknya.

“Kau dengar sini yer… kau ingat aku ni bangsa diam sahaja kau buat aku. Ingat sikit.. aku ini Hani.. ok. Dan bag yang kau jeles sangat tu bukan beg ori pun… sangkak. Tak tahu mana bezakan yang mana tulin dengan yang celup” Hani terus berlalu untuk mengelak lebih provokasi dari Aisy… memang geram dia dengan Aisy. Dasar sangkak negara!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.