Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
826,532
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen

Bab 19

Membuat salinan dokumen

2 minggu selepas perjumpaan… kumpulan projek Hani sudah sibuk dengan fasa menyediakan dokumen tender. Dan yang paling bagus sekali, Hani berjaya mengakses bilik fail kewangan tanpa had dan gangguan. Beliau selalunya akan membawa balik satu fail dan menyelitkan fail kewangan yang lain… beliau akan cuba secepat mungkin membuat salinan selepas waktu pejabat apabila si Aisy sudah balik kerumahnya ( untung si Aisy tidak lagi membuat ot.. paling lewatpun beliau akan balik pukul 5.30 petang ).

Salinan transaksi kewangan yang telah siap di fotostat akan dibawa pulang untuk dianalis di rumah. Adalah berbahaya untuk menyimpan dokumen seperti itu di pejabat. Kalau ada orang terjumpa Hani sedang membawa dokumen tersebut dia boleh disoal siasat kerana membuat salinan dokumen rahsia syarikat tanpa kebenaran. Di rumah.. Hani akan menyimpan dokumen di almari biliknya yang berkunci.

Hani meminta bantuan Razlan untuk memberinya maklumat harga barang binaan dan Razlan sedia membantunya. Jadi pada waktu malam sebaik sahaja beliau sudah makan.. beliau akan menyiasat salinan transaksi kewangan tersebut.. pada suatu malam emak menegurnya ;

“Kamu ini sejak dua menjak selepas makan sahaja terus masuk bilik buat kerja. Banyak kerja ke di pejabat sehingga bawa balik kerja ke dalam rumah… dah lama mak tak dapat berbual-bual sambil menonton TV dengan kamu,”

“Maafkan saya emak… memang seminggu dua ini saya sibuk sangat dengan kerja di pejabat emak. Saya sudah masuk kumpulan tender syarikat.. ada 3 tender yang syarikat hendak cuba menender.. itu yang sibuk sedikit” Hani memberi alasan.. beliau tidak boleh berterus terang bahawa beliau sedang menyemak kewangan syarikat… bahaya.

“Iyalah… buatlah kerja itu elok-elok” emaknya seolah-olah merajuk.

“Ala mak.. tah-tah dia chat dengan pakwenya dalam facebook” sampuk adiknya pula.

“Engkau ni kecohlah… mulut murai, kau ingat aku ni macam kau ke ada makwe sana sini” bentak Hani marah.

“Ala orang gurau je” Ikhwan menyudahkan makannya dan terus membasuh pinggan.. merajuklah tu. kemudian Hani terus berbual-bual dengan emaknya.. setelah habis makan dan rehat sebentar… beliau terus masuk ke dalam bilik… Hani mengambil salinan dokumen dan diletakkan di atas meja… sambil mendengar Sinar FM beliau menyemaknya ;

“Aku sudah salin kesemua transaksi kewangan untuk 8 tahun” Hani tersenyum. Aku akan bongkar kesemuanya!!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.