Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,532
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap

Bab 42

Hasdi dengan kuncu-kuncunya di tangkap

Pagi tersebut pejabat kecoh apabila sekumpulan Polis Bukit Aman datang dan menangkap Hasdi dan rakan-rakannya.. Aisy juga turut ditangkap bersama dan dibawa ke pejabat Dato Seri Zainal dahulu.. Dato ingin bertanya kenapa Hasdi tergamak melakukan perkara tersebut terhadap dirinya ;

“Apa ni Pak Long.. tangkap saya pula.. apa salah saya?” kata Hasdi sebaik sahaja dia berada di dalam bilik Dato Seri Zainal.

“Eh Hasdi… kau tanya aku apa salah kau? Pandai kau berlakonkan.. di depan aku.. kau tunjuk baik… tunjuk alim.. di belakang.. kaulah syaitan!!!” boleh tahan mulut Dato Zainal apabila marah.

“Apa yang Pak Long merepek ni?” Buat-buat tanya pula…..

“Apa yang aku merepek? Kau baca ni!!!” Dato melemparkan dokumen dan sampul ke atas meja. Hasdi mengambil dan membacanya.. riak mukanya berubah…

“8 juta kau ambil duit syarikat… apa semua ini Hasdi!! Tergamak kau menipu aku? Apa.. selama ini tak cukup ker gaji dan bonus yang aku beri?”

“Ini semua fitnah!!!!” Hasdi menghentak fail tersebut di atas meja.

“Fitnah apanya…. Semua itu rekod transaksi syarikat yang sah. Kau mengubah dan memindanya secara tidak sah.. siapa yang berkuasa dalam hal ehwal kewangan syarikat… engkaulah. Siapa lagi. kau tengok dalam sampul itu” Hasdi membuka sampul yang dimaksudkan.. beliau terkejut;

“Itu gambar rakan sekongkol dan samseng engkaukan. Mengaku sahajalah Hasdi.. bukti sudah ada depan mata. Kenapa kau buat semua ini ha? dari kecil sampai lah kau sudah besar.. aku tolong kau… ini balasan kau Hasdi” Hasdi diam.

“Dan kau Aisy… kau bersengkol juga. Kau Roslan.. kau Jamal… kenapa kau buat aku macam ini. Tidak cukupkah gaji yang kamu semua dapat? Apa kesalahan aku sehingga kamu semua sanggup mengelapkan wang syarikat? Duit itu duit haram…. Kamu semua bagi anak isteri kamu makan duit haram!!!!” Dato Seri berang,

“Maafkan saya Dato…” Aisy mengalirkan airmata… sesal kemudian tidak berguna Aisy!!!

“Baiklah tuan.. bawalah mereka semua ke Balai… sakit hati saya melihatnya.. ikutkan hati hendak saya tembak kesemua ini dengan pistol saya.. nasib baik saya ini waras lagi” ketua operasi mengari mereka berempat. Walaupun Hasdi cuba meronta.. tetapi Polis berjaya mengarinya… sedang polis membawa Hasdi keluar;

“Korang semua jaga,… korang jaga Zaffran. Dato… aku akan balas dendam” Hasdi mengertak.

“Jalan Da!!! Kau ingat Hasdi.. aku akan saman kamu semua… aku hendak tuntut 8 juta yang kau ambik Hasdi” laung Dato Zainal. Setelah Hasdi dan kuncu-kuncunya dibawa keluar ;

“Siapa timbalan Hasdi sekarang di jabatan kewangan Zafrran?” tanya Dato Seri kepada anaknya.

“Abdullah ayah.”

“Sekarang ayah tidak percaya sesiapa lagi di jabatan kewangan… kau ambil alih sementara waktu. Hani.. kau bantu Zafrran… kau juga ambil alih sementara kerja Aisy menguruskan baucer dan invois” arah Dato Seri.

“Baik Dato” Hani akur… nampaknya bertambahlah beban kerjanya.

“Ayah.. kita perlu secara serius memikirkan kata-kata Hasdi tadi.”

“Budak terdesak memang macam itu.. dia hendak mengertak kita.. mengugut supaya kita takut. Ingat aku takut? Aku ada pistollah.”

“Tapi Dato… kita memang tidak boleh pandang enteng ancaman Hasdi. Dia ada hubungan dengan gangster Ipoh Dato. Mesti di ada hubungan dengan samseng di sini juga. Contohnya semasa menghalau penduduk setinggan di tapak projek Autumm height” kata Hani… cabaran Hasdi tidak boleh diambil enteng, Dato Zainal duduk dan memikirkan sesuatu..

“Betul juga kata kamu Hani… kita perlukan perlindungan… nanti ayah buat laporan dengan kawan ayah. Biar dia jaga kita dan saksi yang paling utama iaitu Pak Mat” Hani mengangguk.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

4 hari kemudian… Hasdi telah dihadapkan ke mahkamah tinggi atas tuduhan pecah amanah wang sebanyak RM 8 juta ringgit milik Mega Group. Hasdi tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Entah macamana… Mahkamah membenarkan Hasdi diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM 100,000 dan pasportnya dirampas oleh pihak mahkamah… dan ini memberi peluang untuk Hasdi mengugut Dato Zaffran!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.