Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,970
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 35 ; Puan Kamelia

Bab 35

Berjumpa bekas isteri Dato

Pada minggu yang sama juga… Hani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan bekas isteri Dato,, dengan bantuan Jidin.. Hani berjaya mendapat nombor dan alamat Isteri Dato yang bernama Kamelia. Kamelia membuka sebuah butik Hijab dan juga pakaian islamik wanita.. petang itu selepas waktu kerja.. Hani menuju ke Menara Maju Junction dimana butik Kak Kamelia ditempatkan. Sampai di Butik Kamelia.. Hani meninjau-ninjau dahulu baju yang dijual… memang cantik-cantik belaka baju yang dijual tetapi harga yang ditawarkan adalah mahal.. maklumlah butik.. seorang jurujual setia menemani Hani. Hani tidak nampak pula Kak Kamelia… mungkin di dalam pejabatnya ;

“Adik.. saya hendak bertanya… boss adik ada?” tanya Hani kepada pembantu jualan..

“Ada kak di dalam pejabatnya.. kenapa kak?” tanya pembantu jualan itu mesra.

“Saya hendak berjumpa dengan Bos adik.. boleh?”

“Saya tanya Boss saya dahulu.. akak ini siapa?”

“Katakan akak ini kawan dia… Hani” kata Hani.

“Baik kak Hani… sekejap yer. Saya tanya Boss saya dahulu” pembantu jualan itu berlalu ke belakang kedai. Hani terus melihat pula tudung yang dijual… sedang beliau leka membelek tudung yang dipamerkan. Pembantu jualan tadi menyapanya ;

“Akak… Bos hendak jumpa akak” Hani mengangguk dan mengikut pembantu tadi ke belakang. Sampai di dalam bilik seorang wanita akhir 30 yang berhijab sedang tekun mengira..

“Kak Kamelia… ini dia perempuan yang hendak jumpa Kak Kamelia” Puan Kamelia memandang Hani…

“Takpelah Shia… kamu boleh pergi… tolong tutup pintu yer” pembantu bernama Shia berlalu pergi dan menutup pintu.

“Pernahkah kita berjumpa? Oh… minta maaf.. silalah duduk.. maaflah.. bilik saya berselerak sedikit. Sedang kira stok… maklumlah hendak Raya ini… stok selalu habis sahaja” Hani tersenyum kepada Puan Kamelia.. beliau duduk di hadapan Puan Kamelia.

“Tiada apa-apa Puan Kamelia… saya NurHani.. panggil saya Hani sahaja. Dan kita memang tidak pernah berjumpa sebelum ini” Puan Kamelia mengerutkan dahinya.. Hani melihat gambar yang ada di rak dinding di belakang kerusi Puan Kamelia.. gambar anak-anaknya dan juga gambar kahwinnya dengan Dato ( ini menimbulkan kemusykilan Hani… adakah Puan Kamelia masih mencintai Dato ? ).

“Kamu melihat apa?” Puan Kamelia melihat apa yang dipandang oleh Hani.

“Itu gambar anak-anak saya. Kamu ini siapa? Bagaimana kamu boleh tahu nama saya?”

“Saya adalah pembantu Peribadi Dato.. Puan.”

“Pembantu peribadi? Jadi.. kenapa awak awak datang berjumpa dengan saya? Awak hendak mengadu pasal perangai Dato yang buaya darat? Atau Dato telah tinggalkan awak begitu sahaja kemudian hendak mengadu dengan saya? tidakkah awak tahu bahawa Dato memang buaya darat” Lah… kesitu pula Puan Kamelia ni.

“Bukan puan.. saya datang kerana itu. Terlebih dahulu ingin saya tegaskan.. saya tidak pernah disuruh oleh Dato untuk datang ke mari.. tujuan saya hanyalah satu… ingin merapatkan hubungan seorang bapa dengan anak-anaknya.. dan saya bukan bermaksud hendak mencampuri urusan peribadi Dato atau puan.. tetapi… ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam” jelas Hani tujuan kedatangannya.

“Saya tidak faham……”

“Sebelum itu… saya mahu bertanya… kenapa puan melarang Dato berjumpa dengan anak-anak puan?”

“Kamu siapa hendak bertanya? Hak penjagaan anak-anak adalah di bawah hak saya sebagai ibunya… mahkamah telah putuskan saya yang berhak menjaga Haikal dan Aisyah. Jadi… tugas dia pula.. beri nafkah kepada anak-anaknya. That Its” tegas Puan Kamelia… nanti dia tidak senang akan soalan Hani utarakan tadi.

“Dato pernah tidak beri nafkah kepada anak-anaknya?”

“Tidak… tiap-tiap bulan dia masukkan di dalam akaun saya.”

“Jadi kenapa Puan tidak membenarkan anak-anak puan berjumpa papanya dalam tempoh 2 tahun ini?” Puan Kamelia bersandar pada kerusinya.

“Kamu tidak tahu.. hati saya ini sakit… sakit dibuat oleh Zaffran. Dia menduakan saya… bukan sahaja menduakan.. malah saya rasa beliau mempunyai hubungan dengan lebih daripada dua orang wanita. Sebab itu saya minta cerai… dan setelah bercerai.. saya tidak mahu berjumpa dengan anak-anak lagi.. saya geram melihatnya” kata Puan Kamelia dengan nada sedih.

“Sepertinya Puan membalas dendam dengan tidak membenarkan Dato berjumpa dengan anak-anaknya.”

“Katalah apa yang Hani hendak kata.. saya sakit hati apabila melihatnya.”

“Puan… di bulan baik ini… benarkanlah Dato melihat anak-anaknya. Dato ada memberitahu saya yang dia sangat rindukan anak-anaknya. Setiap kali dia rindukan anak-anaknya… dia hanya melihat gambar dan juga video untuk mengubat kerinduannya.”

“Saya tidak mahu dia datang ke rumah.. saya benci melihatnya.”

“Kalau benci kenapa Puan meletakkan gambar perkahwinan Puan di situ?” tunjuk Hani kea rah gambar persandingan Puan Kamelia dengan Dato Zaffran… Puan Kamelia diam seketika….

“Itulah kenangan terindah dalam hidup saya… kahwin dengan orang saya cintai.. tetapi Zaffran telah meragut kepercayaan saya kepadanya.”

“Tapi jangan disebabkan kebenciaan Puan…anak-anak yang menjadi mangsa. Mereka tentu rindukan ayah-ayah merekakan” pujuk Hani.

“Saya tidak nafikan.. si kecil selalu bertanya tentang ayahnya.”

“Beginilah Puan… apa kata sabtu ini… saya bawa anak Puan berjumpa dengan ayahnya… saya tahu Puan tidak mahu berjumpa dengan Dato. Biarlah saya sebagai orang tengah.. saya akan memastikan Dato menghantarkan kembali anak-anak Puan selepas Dato berjumpa.. boleh?” Puan Kamelia terdiam… mungkin memikirkan cadangan Hani tadi.

“Baiklah.. saya setuju… tapi awak perlu pastikan Zaffran menghantar anak-anaknya balik ke rumah saya kembali… dan awak perlu menemani anak-anak saya.. boleh?” syarat yang dikemukan oleh Puan Kamelia.

“Baiklah.. saya akan pastikan anak Puan dihantar semula kepada Puan… Puan jangan bimbang… saya akan menemani anak Puan selama mereka bersama Dato” Hani memberi jaminannya.

“Baiklah.. saya benarkan.. jemput anak saya pada hari sabtu ini” Puan Kamelia mengambil secarik kertas dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut ;

“Ini alamat saya.. kamu datang pukul 9.00 pagi. Ingat .. hantar mereka sebelum pukul 7 petang” Hani mengangguk.. misinya sudah berjaya.

“Baik Puan” Hani mengambil kertas yang mengandungi alamat Puan Kamelia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.