Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,472
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 19 C : syarat ani duduk bersama

Masuk sahaja di dalam bilik Sim melihat Ani sedang memasukkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian. Sim menutup pintu bilik ;

“Tengah mengemas ker?” tegur Sim.

“Takla saya tengah memasak ni” Ani meloyar buruk.

“Amboi awak... loyar buruk nampak.”

“Awak tak nampak ker apa yang saya tengah buat ni? Tentulah tengah mengemas. Memasukkan baju ke dalam beg. Ni saya ada satu perkara nak cakap dengan awak.”

“Apa dia?” tanya Sim.

“Nanti bila kita dah duduk rumah kat Bangi... saya nak awak duduk bilik lain. Saya duduk bilik lain. Saya taknak berkongsi bilik macam sekarang. Rimas saya.. tak selesa.”

“Apa nanti orang kata tengok laki bini tido asing-asing?.”

“Masa orang ada kita berlakonla dok bersama. Apala awak ni... macam tak biasa. Seperti yang kita buat sekarang ni... tido sebilik tapi awak tidur bawah... saya tidur atas katil. ”

“Saya tak setuju” Sim membantah cadangan Ani.

“Awak tak setuju? Kalau gitu saya dok rumah lain... saya keluar. Awak duduklah rumah itu seorang. Lagilah pulak orang mengata kita... saya peduli hapa” Ani mengugut. Sim terdiam sejenak... kalau Ani keluar rumah lagi haru.

“Oklah... tapi awak kena berjanji dengan saya jangan berpindah rumah lain . Duduklah di rumah itu” Sim terpaksa menerima cadangan Ani walaupun dia tak merelakannya.

“Iye. Saya duduk rumah tu. Saya tak pergi mana-mana.”

“Awak taknak tolong kemas ker baju saya ni? Tolong lipat dan masukkan ke dalam beg?” saja Sim hendak mengusik Ani.

“Tolong sikit... kemas sendiri yer. Saya pun kemas sendiri... banyak cantik nak kemas awak punya pulak. Baju saya pun saya malas nak kemas... inikan pulak baju orang lain. Kalau awak nak tahu, gosok baju pun mak saya yang buat tau.. jadi jangan mengharaplah awak nak suruh saya gosok baju awak... saya tak reti. Ok?.”

“Amboi... sampai gosok baju pun mak awak buatkan. Manjanya awak. Awak... sampai bila kita nak macamni wak?.”

“Selagi kita kahwin... selagi itu la saya macamni.”

“Apa yang awak benci sangat dengan saya ni. Hendak kata tak hensem.... ramai yang puji dan komen dalam FB awak tu yang saya ni hensem. Spesis yang serupa dengan awak pun nak kenal dengan saya. Awak je kata saya ni tak hensem.”

“Sebab awak saya terpaksa kahwin tau.... habis kebebasan saya... saya ni muda lagi. Tak sempat nak menikmati zaman remaja saya. Tak nak saya masa remaja saya dihabiskan dengan menjaga anak, mengemas rumah dan memasak.. oh pliz. Ini zaman milinieum... bukan perempuan jer buat kerja rumah..”.

“Remaja? Awak tu dah umur 22 tahun.. remaja apanya. Habis awak taknak kahwin? Taknak anak? Taknak rasa mencintai dan menyayangi? Habis kalau orang perempuan taknak buat kerja rumah.. siapa nak buat?” tanya Sim bertalu-talu.

“Mestilah nak. Tapi bukan sekarang ok. Tunggulah saya habis belajar dan bekerja setahun dua... barulah saya memikirkan tentang  kahwin. Eh! Ambillah pembantu rumah... saya malasla nak basuh baju, kemas rumah atau memasak... not my taste ok” Sim terdiam mendengar kata-kata Ani.

“Ooooooooo.. gitula yer. Nanti maid awak kebas laki awak baru tahu.”

“Lagi bagus... saya nak bebas. Sebut pasal kebebasan... awak jangan nak berani-berani halang saya buat apa yang saya suka. Saya nak main futsal ker, tengok bola kat kedai mamak ker, merempit ker... awak jangan halang ok. Itu adalah kebiasaan saya... saya pantang orang tegur saya buat benda-benda yang saya minat... mak bapak saya pun tak menegur saya apa yang saya buat” katanya tegas.

“Tapi awak mesti beritahu saya kemana awak pergi. Boleh? Mesej jer pun tak per. Sekurang-kurangnya saya tahu mana awak pergi” Ani mengangguk bersetuju.

“Satu lagi saya ulangi... kerja-kerja pompuan kat rumah saya malas nak buat. Pandai-pandai awaklah... mengemas rumah ker, membasuh ker, memasak ker atau mencuci ker. Saya taknak... saya kalau baju hantar dobi jer. Itu kerja suri rumah sepenuh masa” Sim hanya terdiam.

“Baik... kalau begitu syarat awak saya setuju... tapi awak kena jugak ikut syarat saya... baru adilkan. Tak adillah syarat awak jer saya nak ikut. Perlu ada situasi menang-menang” Ani membulatkan mata.

“Syarat apa pulak?.”

“Keluar rumah awak mesti memakai skaf atau tudung... saya tak mau awak berambut pendek dan menampakkan rambut. Saya yang menanggung dosa kering awak nanti” taknak Sim tanggung dosa kering dia ;

“What! Awak ni biar betul” Ani membeliakkan mata.

“Saya bersetuju dengan syarat awak yang banyak tu... takkan satu syarat ini tidak boleh? Hanya memakai tudung sahaja” Ani mendiamkan diri.

“Boleh ke tak boleh? Saya tak suruh pun awak pakai tudung labuh... cukuplah hanya skarf” Sim mengulangi pertanyaan aku tadi.

“Kalau tak boleh... saya tidak setuju dengan syarat yang awak cakap tadi” tanya Ani.

“Saya pun tak setujulah dengan semua syarat awak buat tadi” kata Sim mengugut.

“Pandai ye awak.... ok. Saya setuju.. tapi pakai skaf jer tahu.. bukan tudung” Sim bangun lalu ke bilik air. Tapi Sim mula perasaan Ani mula menggunakan kata ganti saya dan awak dari kau dan aku. Alhamdullilah....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis