Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,437
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 10 ; pelabur tahan Sim dan Mid

BAB 10

Pelabur

Sim dan Mid tiba di rumah Dato Malek pada pukul 2 petang. Mereka berdua langkah kanan kerana keluarga Ani baru sahaja lepas makan tengahari. Sim mengajak Mid menemaninya makan bersama. Masa itu juga Sim memperkenalkan isterinya  kepada Mid. Selepas makan, mereka berdua berbual-bual seketika dengan abang-abang Ani. Pada pukul 3.30 petang, Sim dan Mid meminta diri untuk pulang semula kerumah sewa  bagi menghantar Mid ke rumah sewa mereka. Di dalam perjalanan ;

“Bini kau kalau tak pakai tudung macam lelaki la” Mid memulakan perbualan.

“Taw tak per.”

“Tapi aku tengok bini kau baik aja. Siap melayan kita makan lagi. Siap hidang dan duduk sebelah kau. Malah siap senduk lagi. Tapi cakap memang macam lelakila. Kasar.... abang-abang dia juga baik... frenly.”

“Depan keluarga dia memang la dia baik... pijak semut pun tak mati. Tapi bila dalam bilik hanya kami berdua sahaja. MasyaAllah macam singa... singa pun kalau bertembung dengan bini aku ni.... mau lari.”

“Hahahahahahahaha... nasib kau la Sim. Eh! Asal keluarga kau tak cakap utara? Diorang bukan orang sini ker?” Mid menyatakan kehairanannya.. memang, sepanjang perbualan dengan abang-abang Ani.... tiada langsung slanga utara yang keluar ;

“A ah! Keluarga mertuaku bukan orang sini. Diorang orang Selangor. Orang Sabak Bernam... baru duduk sini setahun setengah sebab bapa mertua aku naik pangkat di sini.”

“Oh! Patutla” habis sahaja Mid berkata 2 buah kereta  muncul secara tiba-tiba dan hendak menghimpit kereta Sim. Sim menoleh ke arah kereta tersebut untuk melihat siapa pemandunya. Sah geng pelabur ni ikut kami... kenapa aku tak perasaan. Kereta Wira yang menghimpit kereta di sebelah kanan membuka tingkap, abang Ali mengarahkan Sim berhenti ;

“Ketepi.... ketepi. Aku kata berhenti! Oi berhenti oi! Nok Haram!!!” kata abang Ali. Sim dengan Mid ketakutan, tak sangka bala datang.

“Macamana Bro? Ramai gak tu... 2 kereta” kata Mid gemuruh.

“Nak taknak kita kena hadap... aku memang berbulu dengan abang Ali tu. Kau ambik pengunci stereng kat belakang.. ada kat bawah seat” tah macamana tiba-tiba datang pulak semangat untuk Sim berhadapan dengan abang Ali. Mid mengambil pengunci stereng di belakang. Memang ada 2 set dalam kereta Sim... manalah tau ada yang nak merompak, ada jugak senjata nak mempertahankan diri. Lagipun pengunci stereng ni keras.. besi padukan.. sekali hayun kat kepala mahu pecah kepala orang tu. Sim memberhentikan kereta di bahu jalan, diikuti oleh 2 buah kereta tersebut. Mereka berdua membuka pintu kereta dan keluar, ada lebih kurang 10 orang yang keluar dari kereta geng pelabur. Pengunci kereta Sim dan Mid genggam erat.... bersedia dengan segala kemungkinan ;

“Wah! Pengantin baru... apa bawak senjata ni? Awak tu darah manis. Nanti senjata makan tuan karang. Tak sempat nak honeymoon lagi... nanti honeymoon kat hospital” abang Ali memulakan bicara diikuti dengan gelak ketawa kawan-kawannya di belakang. Macam lah lawak sangat ;

“Oi gemuk! Tak cukup-cukup kau belasah Sim ni. Pastu kau perangkap dia dengan kes khalwat. Apa yang korang nak sebenarnya ha? Tak puas ke hati korang dengan dia ni” bentak Mid marah.

“Wah.. sedap kau kata aku gemuk. Jap lagi bersepai badan kau, baru kau tahu aku siapa Mid. Selagi kami tak dapat lagi duit kami balik. Jangan harap korang nak hidup aman! Pulangkan duit kami balik!” balas abang Ali pula.

“Berapa kali kami nak terangkan. Tak paham-paham ke lagi. Duit tu bukan kami yang simpan.. bukan kami yang ambik. Kau bunuh kami pun, duit korang tu takkan kembali kat korang. Dato bangang tu dah cabut bawa duit tu ke Thailand... bahasa apa yang aku nak cakap dengan korang sehingga korang boleh paham?” kata Sim geram. Tak paham-paham ke dorang ni.... macamana lah nak bagi diorang paham. Nak cakap siam ker baru paham.

“Aku tak kira... kami nak duit kami balik! Kalau tak jangan harap kau nak keluar dari sini!” bodoh piang punya gemuk.

“Kalau kami tak pulangkan?” tanya Mid.

“Korang takkan keluar dari sini!” pekik abang Ali. Kereta di jalanraya mula memperlahankan kenderaan melihat aksi kami.. malah ada jugak yang membunyikan hon. Dah macam perjumpaan kongsi gelap..... jap lagi berperanglah ni ;

“Ok... memang aku takde duit dan takkan bayar satu sen pun! Apa kau nak buat?” marah Sim. Nak jadi apa jadilah... janji aku dapat si gemuk ni... aku memang tak puas hati dengan abang Ali ni sejak malam semalam... suka hati jer panggil pencegah maksiat tangkap aku... kan dah menyusahkan aku dan bapa mertuaku.. takdak akai ka.. Baru jer abang Ali bergerak ke arah Sim, Tiba-tiba terdengar siren kereta polis. 2 kereta peronda polis menghimpit kereta kami. Kantoi! Polis keluar dari kereta peronda.

“Jangan buat apa-apa... letakkan senjata. Kami Polis.... jangan buat tindakan yang sia-sia” kata seorang pegawai polis melalui healer kereta Polis. Geng pelabur semua meletakkan senjata ke tanah termasuklah Sim dan Mid. Kemudian tiba lagi sebuah kereta peronda polis, seorang yang aku kira pegawai Polis dalam umur 40an keluar dari kereta itu menuju ke arah abang Ali ;

“Woi Ali! Hang ni tak reti bahasa ka! Semalam baru aku pi telefon hang jangan ganggu si Kassim dengan Hamid ni? Hang ni bodoh tak boleh diajaq ka apa? Hang nak masuk dalam ka?” kata pegawai itu berang.

“Tapi tuan... mereka ni yang ambil duit kami! Kami nak mintak balik.. kami dah terdesak sangat ni” masih menegakkan benang basah.

“Hang ni... akukan dah terangkan semalam. Hang tak paham lagi ker? Hang nak aku cakap apa baru hang boleh paham? Tamil ?. Sabar je lah aku dengan kau ni. Dengaq semua! Biaq chek terangkan bagi hangpa semua faham. Si Kassim dengan Hamid ni diorang ni pekerja Dato.. tugas diorang mengutip wang dan mengiringi Dato... diulangi mengutip duit. Duit itu semua dilarikan Dato haprak tu ke Thailand. Sekarang ni satu sen haram pun depa berdua ini takde duit hangpa semua. Yang hangpa semua cari depa ni kenapa? Budak berdua ni tak boleh pulangkan duit hangpa” terang pegawai Polis ;

“Habis tok. Duit kami macamana? Takkan lebur macam tu jer. Kami berhutang sana sini nak melabur. Ada pinjam dengan ceti, along, buat pinjaman peribadi... banyak lagi la. Kami susah sekarang kami tok... semua mintak hutang dibayar. Saya sendiri pun dah takut nak ambil panggilan telefon... duduk rumah pun dah tak senang.. asyik memikirkan hal ini. Kalau kami takdapa duit dalam masa seminggu dua ni tok.. mampus kami” Kata abang Ali ;

“Ya... aku tahu tu semua. Boleh tak korang sabar sikit dan jangan ambil tindakan sendiri? Kami sekarang sudah bekerjasama dengan polis Thailand nak tangkap Dato tu. Dato tu melarikan diri ke sana. Dalam seminggu paling lewat dapatlah tangkap Dato tu. Kami pun dah hantar mata-mata ke sempadan untuk menjejaki Dato tu. Boleh tak korang bersabar sikit... bagi Polis buat kerja... ini dah satu kerja aku pulak nak melindungi mereka berdua ni. banyak lagi keja yang aku boleh buat” kata seorang lagi Pegawai Polis yang agak veteran... aku agak mungkin dia ni Sarjan... dari segi misai pun dah tahu.

“Habis diorang ni tak bersalah ke tok?” tanya seorang pelabur.

“Tak bersalah sama sekali. Yang bersalah abang Ali dan kawan-kawannya. Kenapa korang pukul budak ni.... ambil tindakan sendiri. Nasib baik budak ini tak mati. Kalau mati, jadi janda bininya... dahla baru kahwin. Kamu semua pun masuk lokap jugak nanti. Nak sangat ke makan free kat dalam?” sambil menunjukkan ke arah Sim. Abang Ali dah mula gelisah... dia menundukkan kepala.... mungkin sudah sedar atas tindakan melulunya.

“Budak berdua ni kami dah siasat penglibatan mereka. Akaun pun kami dah siasat.. takde duit juta-juta dalam akaun dia. Disebabkan tindakan abang Ali dan kamu semua ni... pihak Polis memberi perlindungan keselamatan 24 jam kepada mereka berdua. Tadi Polis berpakaian preman ada ikut Kassim. Dia yang memberitahu kami yang abang Ali ni mengekori Kassim. Nasib baik kami cepat. Kalau tak dah jadi arwah budak ni sebab kebodohan kamu semua” mereka semua terdiam, pegawai menyambung lagi ;

“Ali... lepas ni jangan bertindak ikut emosi. Ingat sikit anak bini kat rumah. Nanti masuk dalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan. Sapa yang nak disalahkan. Kamu semua juga begitu juga. Dah beredar.. saya taknak lagi perkara sebigini terjadi lagi. Jangan kacau lagi budak 2 ekor ni” kumpulan pelabur itu mengangguk faham.

“Kassim dan Hamid, maafkan aku. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku janji lepas ni kami takkan cari kamu berdua lagi. Kamu bebas... harap Polis dapat cari Dato keparat tu secepat mungkin. Menyusahkan orang jer” abang Ali bergerak ke arah Kassim dan memeluknya ;

“Maafkan aku memukul kau. Buat kau kena tangkap basah. Aku emosi waktu tu.. ikutkan perasaan” abang Ali meminta maaf denganku.

“Takpela... benda dah jadi. Saya pun mintak maaf sebab menyusahkan abang dan kawan-kawan. Saya gelap mata dengan duit... saya mudah terpengaruh dan tertipu dengan kata-kata Fazzul. Katanya skim ini halal... rupanya scam” abang Ali melepaskan pelukan dan berjabat tangan dengan Sim. Semua geng pelabur turut berjabat tangan dengan dengan Sim dan Mid. Selepas pelabur itu berlalu pergi dengan kereta masing-masing, Sim berjumpa dengan Pegawai Polis tadi;

“Terima kasih tuan. Tuan selamatkan saya tadi. Kalau tak tahulah apa yang terjadi pada saya dan kawan saya ni” kata Sim sambil bersalaman dengan pegawai itu tadi.

“Kamu juga patut berterima kasih dengan Dato, dia yang arahkan kami mengekori kamu. Memastikan keselamatan kamu.”

“Oh yeke? Jadi dari pagila orang Tuan mengekori kami?.”

“Yup.. bukan saya... tapi anggota Polis berpakaian preman.”

“Aik.. tak nampak pun pulak orang ekori kami. Malah kami tak perasan pun” kata Mid sambil memandang sekeliling.

“Hahahahahaha... kami telah dilatih untuk melakukan penyamaran sehingga tidak disedari oleh orang yang kami ekori. Tentulah kamu berdua tidak perasaan. Baiklah kalau takde apa lagi izinkan saya pergi. Saya pun ada tugas lain yang menunggu. Lepas ini kamu jangan bimbang. Pelabur itu takkan berani kacau kamu lagi. Kalau diorang kacau jugak... kami akan backup kamu berdua” lalu Tuan Pegawai itu masuk ke dalam kenderaan diikuti oleh orang-orangnya yang lain. Setelah mereka berlalu, Sim dan Mid masuk ke dalam kereta ;

“Perghhh... aku ingat tadi dah kena pancung dengan abang Ali dan rakan-rakannya” kata Mid, Sim menghidupkan enjin kereta.

“Aku kalau dorang nak pancung, aku nak cari abang Ali tu dulu. Biar aku kena belasah, janji aku dapat abang Ali. Dialah punca semua masalah aku ni. Siot punya gemuk” Sim memandu kereta kembali ke atas jalanraya.

“Habis tu aku tengok kemain mesra tadi. Berpelukan nampak.. bersalam-salaman.. bermaaf-maafan. taknak comolot ker?” perli Mid.

“Dah dia minta maaf. Lagipun dia dah sedar kesilapan dia. Aku kool down la. Takkan aku nak keras jugak... benda dah nak setel.”

“Tapi bagus jugak mertua Pegawai Kanan Polis. Polis tolong jaga kau tu. Perghhh! Siapa pun tak berani pun kacau kau selepas ini. Hahahahahahahaha” kata Mid sambil melihat-lihat cermin sisi dan cermin belakang.

“Kau tengok apa tu? Terhendap-hendap. Kau cari ape?.”

“Aku tengok Polis yang escort kita ni. Tak nampak pung? Macamana diorang menyamar ha? Heran betul aku.... pandai betul diorang ni menyamar” Sim mengelengkan kepala melihat teletah Mid. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.