Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,786
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 32 ; Si Tasya

BAB 31

Tasya

Besok pagi Sim terlewat ke pejabat... selalunya pukul 8 pagi atau 8 suku Sim sudah sampai di pejabat. harini Sim sampai pejabat pukul 8.35 pagi.... lewat 5 minit dari masa kerja yang sepatutnya. Ini disebabkan adanya kemalangan di lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Kajang... jem memang teruk gila. Pukul 8.45 Dato Khaidir datang ke meja Sim bersama dengan seorang perempuan. Sim rasa dia ini Tasya.... Juruteknik junior yang dikatakan oleh Dato Khaidir dulu tu. Sim yang melihat Dato datang terus menutup laman web Facebook yang sedang layarinya... tak sempat sign out dah. Hehehehehehehehe. Sim bangun apabila Dato Khaidir sampai ke mejanya ;

“Selamat pagi Dato... apa yang boleh saya tolong?” Sim menyapa Dato dahulu.

“Pagi... ha... ni saya perkenalkan.... juruteknik baru team kamu. Tasya.... Tasya, kenalkan encik Kassim” cantik orangnya... macam Rozita Che Wan semasa muda... kami bersalaman.

“Tasya... ini team leader kamu. Harap kamu berdua dapat bekerjasama untuk memajukan lagi perniagaan saya. Kassim... harap kamu boleh menjadi mentor kepada Tasya ni.”

“Insya Allah Dato.... apa yang boleh saya ajar akan saya ajarkan. Saya pun rasa tak sesuai untuk menjadi Mentor Tasya.. baru 2 bulan saya bekerja Dato” kata Sim merendah diri. Tasya hanya mengangguk.

“Tapi saya suka dengan komitmen awak. Tasya, meja awak sebelah meja Encik Kassim. Pastu nanti saya akan suruh orang sediakan meja awak dan kemaskan apa yang patut. Tasya ni rumahnya kat sini Kassim... jadi dia tak ikut Van dari Kelang. Dia masuk kerja dan punch kad kat ofis ni.”

“Oh begitu.”

“Kalau takde apa-apa lagi. Saya beransur dulu la yer... selamat bertugas Tasya” Dato Khaidir mengenyitkan matanya kepada Tasya...

“Baiklah... terima kasih Dato” kata Tasya. Apabila Dato berlalu pergi...

“Nanti saya ambilkan kerusi” Sim mengambil kerusi dan letakkan di sebelah kiri kiubnya. Setelah Tasya duduk ;

“Asal orang sini ker? Bila mula kerja sini? Tak nampak pun selama ini di pejabat?” tanya Sim ramah.

“Saya asal Kelantan. Saya sudah mula kerja sini 3 bulan yang lalu... habis praktikal kat syarikat ni terus dapat kerja sini. Alhamdullilah. Saya mula-mula dok gudang di Klang... saya dilatih sana pasal nak pasang mesin dan mengujinya. pastu masuk team yang jaga di KL” oooo... baru grad.

“Patutlah tak pernah nampak. Untunglah awak.. lepas grad terus dapat kerja... ada orang tu dah 2-3 tahun grad tak dapat kerja. Pastu salahkan kerajaan” 

“Awak kejap... jangan bergerak.” tiba-tiba jari Tasya di atas rambut Sim. Dia menarik sehelai rambut Sim sekuat hati. Sakitlah ! apa yang kau buat ni? Main tarik rambut orang pulak ;

“Kenapa awak tarik rambut saya?” kata Sim. sambil mengaru kepala di tempat rambutnya dicabut tadi.

“Sakit ker? Maaflah. Saya tak boleh tengok rambut beruban sehelai. Kalau tak mesti saya akan tarik uban tu. Bagi saya peliklah ada uban bagi orang muda macam awak ni. Maafkan saya....” lama-lama botak lah kepala aku kalau asyik tarik rambut aku hari-hari...

“Rambut saya ada uban ke?” tanya Sim kehairanan... takkan umur 23 tahun dah ada uban. Aku pun tak pernah perasaan ada uban kat rambutku ini.

“Ah ah.. tapi sehelai sahaja” tiba-tiba fonselnya berbunyi. Aku mengangkat.... Ghana menelefon mengatakan Van sudah sudah menunggu di bawah ;

“Ok jom... kita pergi sekarang. Fail juruteknik ada bawakkan? Lepas ni kalau boleh jangan tarik rambut saya lagi. Nampak kat staf atau isteri saya... naya saya nanti. Ingat saya nak bermanja dengan awak. Boleh?” Sim memberi peringatan kepada Tasya... maklumlah... mungkin niat kami lain... tapi pada pandangan orang lain. Mulut orangkan....

“Ada. Saya minta maaf banyak-banyak... lain kali saya tidak buat lagi” kami turun ke bawah. Kerja kami harini sekitar Bangi dan UKM.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.