Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,583
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1 B ; Mengimbau kenangan

 Sebelum ke Kedah, Sim dan Mid hanyalah menguruskan perniagaan VCD dan DVD haram serta barang tiruan milik Dato Fazzul. Dato ini mempunyai beberapa perniagaan  yang halal atau haram di sisi undang-undang. Tugas Sim dan Mid adalah mengambil stok dari kilang memproses milik Dato.. dan mengedarkannya kepada kaki-kaki Dato atau tauke-tauke cina yang menjual CD cetak rompak. Perniagaan Dato memang Tidak pernah dikacau… Dato berkata kepada Sim beliau kenal rapat dengan orang politik atau orang-orang atasan. Sebab itu ramai tauke-tauke cina yang suka buat urusan dengan Dato Fazzul kerana tiada gangguan dalam menjalankan perniagaan… bak kata orang muda-muda sekarang boleh kawtim punyalah. Gaji Sim dan Mid adalah berasaskan komisen… sebagai contoh satu keping VCD mereka akan dapat 20sen… kalau DVD pula mereka akan mendapat 30 sen sekeping. Setiap hari kami menghantar dalam 3 hingga 5 ribu keping DVD. Jika pada hari minggu jualannya boleh meningkat 2 kali ganda… tapi yang menghairankan mereka berdua walaupun  banyak mendapat komisen ( iaitu lebih kurang 300 sehari ), tapi duit mereka pernah cukup. Duit haram gamaknya…

Pada awal tahun lepas ( Februari 2011 )… Dato Fazzul telah mengadakan mesyuarat dengan Sim dan Mid ( di kedai mamak je pun ). Dalam mesyuarat tersebut, Dato mengataka bahawa beliau mempunyai  satu bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan yang berjuta-jutaseterusnya dapat memberi komisen yang lumyan kepada kami. Ianya adalah sebuah bisnes pelaburan. Para pelabur akan melaburkan sejumlah wang yang akan dilaburkan ke dalam syarikat Dato dan Dato akan melaburkan semula ke dalam pasaran yang menguntungkan seperti Forex, komiditi, pasaran saham dan hartanah. Sim bertanyalah kepada Dato samada perniagaan ini sah atau tidak atau hanya Skim cepat kaya sahaja. Dato Fazzul menyakinkan Sim dan memberikan jaminan perniagaannya ini adalah  sah disisi undang-undang, malah siap menunjukkan lagi bukti-bukti keuntungan perniagaan yang disebutkan tadi. Dato fazzul juga menyatakan bahawa syarikat ini akan didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jadi bila didaftarkan maka perniagaan ini sahlah dari segi undang-undang berbanding perniagaan VCD cetak rompak dan menjual barang tiruan yang sah-sah haram. Ini memberi keyakinana kepada Sim dan Mid untuk turut sama terlibat dengan Dato Fazzul dalam menguruskan syarikat tersebut. 

Dato itu mengatakan bahawa perniagaan itu akan dimulakan pada bulan 6 tahun tersebut ( 2011 ) dan dia serta pasukan pengurusannya kini yang sedang dibentuk dan memerlukan 3 bulan lagi untuk membina model yang sesuai untuk digunakan oleh syarikat ini. Mereka berdua ditugaskan sebagai pegawai peribadi merangkap pengawal keselamatan Dato. Mereka berdua  bertanya kenapa syarikat Dato ini beroperasi di utara semenanjung…kenapa tidak di Kuala Lumpur sahaja. Dato memberi alasan bahawa sudah banyak syarikat pelaburan ditubuhkan di Kuala Lumpur… di utara peluang pelaburan ini tidak didedahkan secara meluas. Akhirnya mereka bersetuju untuk mengikut Dato untuk bekerja seterusnya berpindah ke Kedah Darul Aman dimana syarikat ini ditubuhkan pada bulan 6 tahun 2011.

Bulan enam tahun 2011….. Sim dan Mid telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani dan berulang alik ke pejabat mereka yang terletak di Alor Setar. Mereka menyewa rumah di Sungai Petani disebabkan rumah kat sini majoriti penghuninya Melayu berbanding di Bandaraya dimana rumah teres di sana dihuni oleh majoriti bukan Melayu. 

Tugas mereka di sini adalah untuk mengekori kemana sahaja Dato Fazzul memberi ceramah mengenai pelan pelaburan yang syarikat Dato tawarkan. Selain itu, mereka berperanan untuk mengutip wang pelaburan yang ingin dilaburkan oleh para peserta. Sim dan Mid mendapat komisen yang lumayan apabila setiap kali mengutip wang… tetapi risikonya tinggi… kadang-kadang berjuta duit mereka kumpulkan dalam sesuatu daerah dan terus di bawa masuk ke dalam Bank oleh mereka berdua. 

8 bulan pertama syarikat ini beroperasi, kadar keuntungan memang dibayar mengikut perancangannya… tapi mula bulan April 2012…. Sedikit demi sedikit, keuntungan pelaburan yang dijanjikan mula yang ado. Pada mulanya Dato memberi alasan bahawa kegawatan ekonomi Eropah mula memberi kesan ke atas pelaburan yang di buatnya… dia meminta supaya pelabur bersabar kerana menurutnya sejak 10 bulan yang lalu, syarikat tidak pernah gagal membayar dividen kepada pelabur. Jadi Sim serta Mid dan pelabur percayalah akan kata-kata Dato Fazzul… sehinggalah dia menghilangkan diri sebulan yang lalu. Pejabat ditutup, semua pengurusan kanannya juga menghilangkan diri… tinggallah Sim dan Mid berdua yang kena menghadap pelabur.

Semua pelabur  mencari Sim dan Mid… mereka berdua sudah mula takut untuk keluar dari rumah. hendak keluar  pergi membeli barang atau keluar makan pun mereka terpaksa memakai topi dan cermin mata hitam. Telefon mereka  senyapkan dan buat tak tahu jer. Sampailah malam ini yang amat malang bagi mereka berdua. Ingatkan pelabur sudah settle downlah… tidak mahu mencari Sim dan Mid lag. maka mereka berdua mengambil keptusan untuk ke pejabat dengan menaiki teksi bagi mengambil beberapa dokumen. Sim berharap ada maklumat mengenai lembaga pengarah yang masih disimpan di dalam pejabat... beliau sudah buntu untuk mencari Dato Fazzul dan orang-orang kanannya… maka semua maklumat peribadi mereka mungkinmasih ada di pejabat tersebut. Sim mahu mencari alamat atau nombor telefon mereka. Sim dan Mid  pergi waktu malam…. dalam pukul 9 malam mereka berdua sampai di pejabat. Sampai di pejabat, Sim dan Mid terus memecah masuk ke pejabat 3 tingkat kami ( rumah kedai… kunci memang Sim ada pegang ). mereka menyelongkar pejabat untuk mencari maklumat yang penting… setelah 2 jam mencari akhirnya fail yang di cari berjaya ditemui ;

“Sim! Ini ada fail maklumat mereka! Aku dah dapat!” kata Mid separuh menjerit dari dalam bilik Pengarah Urusan.. Sim berjalan mendapatkannya di bilik tersebut. Mid menyerahkan fail tersebut kepada Sim…. Sim membaca dokumen tersebut sekali imbas… pengenalan diri mengenai ahli pengurusan kanan ;

“Bongok… kau tengok Siva ni! Rupanya hanya bekas pemandu Dato pemilik syarikat broker… bukannya bekas broker saham… si Sherry ini bekas akauntan yang dibuang kerja kerana pernah mengsonglap duit kompeni… tapi dibebaskan kerana tiada bukti. Si pak aji Damit ini juga bekas penceramah politik agama yang juga pernah dikaitkan menyalahgunaan wang parti dan derma. Aduyai semua barisan pengurus kita ni, ada masalah… semua kaki penipu dan songlap duit… macam Dato Fazzul juga” Sim menghempaskan fail itu ke lantai.

“Asal kau hempas fail tu… carilah nombor telefon” tanya Mid dan terus mengambil fail yang  dihempaskan itu.

“Kau tengoklah… semua alamat dan nombor telefon telah dipadam atau dikoyak… mana ada lagi.. sebelum blah mereka dah padamkan semua perkara yang berkaitan mereka. Bijak-bijak… hidup-hidup ditipunya kita” Mid melihat dokumen. Dia mengangguk ;

“Sial! Mereka dapat duit… kita dapat taik” Mid menghempaskan fail tersebut. Sebaik sahaja Mid menghempaskan fail tersebut…  kedengaran riuh di luar rumah kedai.

“Apahal pulak tu?” tanya Sim kepada Mid… Mid hanya mengangkat bahu tidak tahu. mereka keluar dari bilik menuju ke tingkap di aras tersebut.. Mid membuka tingkap dan kelihatan hampir 30 orang pelabur sedang membuat riuh dan menghentak-hentak pintu gerigi pejabat. Kemudian salah seorang dari mereka terlihat Sim dan Mid menjengahkan kepala di tingkap atas ;

“Ha.. tu depa!” jeritnya.

“Oi… keluar ar! Sembunyi ker?” teriak ketua pelabur tu yang Sim rasa abang Ali.

“Asal pulak?” tanya Sim berang.

“Kami nak duit kami balik!” katanya.

“Duit korang takde pada kami! Kenapa korang cari kami? Carilah Dato Fazzul” balas Sim.

“Kitaorang dah puas cari… tapi tak jumpa. Tapi kau orang kami jumpa! Kami mintak duit kau koranglah… kami nak duit kami balik!” mereka terus menjerit. Sim menutup tingkap ;

“Macamana Sim” tanya Mid.

“Macamana apa? Kita larilah… kau nak kena hentam ker? Dah lama hidup? Kita turun bawah pasti kena belasah. Dah jom cepat!” mereka berdua bergegas turun ke tingkat bawah… Sim mencari kunci gril yang boleh membuka gril di aras ini… selepas mendapat kunci… Sim terus membuka kunci gril di belakang pejabat tersebut dan  keluar dari pejabat. Nasib baik badan mereka berdua ini kecil sedikit… muat-muat ikut tingkap.. setelah kami mengunci semula gril ;

“Ha… itu depa tu! Oi jalan lari!.” Apa lagi, mereka berdua  pun pecutlah. Geng pelabur tersebut mengejar Sim dan Mid beramai-ramai. pada perkiraan Sim adalah 30 orang yang mengejar… peliknya mereka terserempak dengan Sim dengan mengusung motor.. sudah! Bala-bala…. Sampai di simpang hujung rumah kedai tersebut… abang geng pelabur mula menghidupkan enjin motor… Sim dan Mid berpecah… Sim ke lorong kanan manakala Mid ke lorong kiri. Sim berlari tanpa tujuan sehinggalah  dia terdampar di taman ini… 500 meter dari pejabat. Letih jangan ceritalah… penat siot lari dikejar oleh motor….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.