Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,211
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 24 B ; Ani berubah?

Selepas mandi Sim keluar dari biliknya... Sim melihat Ani menunggu  untuk makan bersama ( wah... ada perubahan dah ni... kalau tak, Ani akan makan dahulu... aku akan makan sorang-sorang ). Sim terus mengajak Ani makan bersama... Sim membeli ayam goreng dengan sayur campur sebagai makan malam. Semasa makan mereka berbual ;

“Macamana kerja?” tanya Ani.

“Perghhhh... harini saya ke KLIA, LCCT dan Salak Tinggi... memang penatla... nak kutip wang... bukak mesin. Yang paling penat kat Salak Tinggi. Hampir 200 buah meter tempat letak kereta saya kena ambil wang.. berpanas pulak tu.. tu yang lambat balik. Dapatlah buat Ot dalam 2 jam”.

“Oh yeke... lain kali bawakla topi. Kalau awak nak pinjam topi saya pun boleh juga... saya ada banyak topi yang tidak dipakai. Maklumlah saya dah pakai skaf... mana sesuai pakai topi lagi. Nanti orang ingat saya gila fesyen pulak. Patutlah awak pakai t shirt jer pergi kerja. Kerja luar sahaja rupanya.... mana awak beli ayam ni. Sedaplah... rangup dan besar pulak tu.”

“Saya beli kat kedai mamak kat Cheras tadi. Abang Ali penyelia saya kata kedai tu sedap masakannya. Tu lah... lama-lama itam lah kulit saya ni asyik kerja luar. Macam Negro. Adoyai.”

“Takde maknanya hitam kalau baru sehari kerja.. dah lepas ni pakai topi.”

“Eh! Awak jangan memain tau. Kawan saya Ghana tu baru 2 tahun kerja dan sunburn taw.”

“Ghana tu India ehhhhh.... suka hati awak jer. Itu dah memang semulajadi. Takde kena mengena dengan kerja awak tu” lantas Ani menuju ke dapur mencuci tangan. Sim terus sambung makan dengan tergelak. Selepas makan aku menonton TV sekejap.... si Ani dalam biliknya mungkin buat kerja Universiti. Tup-tup SIM tertidur... dalam pukul 11.00 malam Ani mengejutkannya ;

“Awak bangunlah... pa pulak tidur kat sofa ni” Ani mengoncang bahu Sim.

“Mmmmmm... ngantuk la. Saya tertidur.”

“Ni TV yang tengok awak... bukan awak tengok TV. Pergilah tidur dalam bilik. Saya nak main PS3 jap” Sim bangun... bagusnya. Ingatkan dia kejutkan aku sebab kesian aku tidur ka sofa... rupanya nak main game PS3.

“Besok jangan lupa sahur... lauk dah beli. Jangan lupa baca doa sebulan berpuasa” Sim mengingati Ani.

“Yelah... yelah. Saya besok pagi takde kelas. Boleh bangun lewat sikit.”

“Yelah” SIm terus masuk ke dalam biliknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.