Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
33,677
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

"Abahhh!!!..... apa yang you dah buat ni, you selalu je nak menyusahkan I kan?"

Jerkah Adrina terhadap Pak Hassan kerana membuang air di lantai dari biliknya hingga ke arah bilik air, Pak Hassan tidak sempat Sampai ke bilik air apabila tanganya menjadi Lemah untuk memusingkan kerusi rodanya, membuatkan Adrina mengamuk tak tentu pasal.


"Maaf..kan abah Rina, abah ta..k senga..ja." Kata Pak Hassan tersekat-sekat, terkejut dia dengan sergahan menantunya yang selama ini dia sayang. Baru dia nampak perangai sebenar menantunya apabila anaknya tiada di rumah.


Pak Hassan hanya menundukkan wajah tak sanggup dia melihat jelingan tajam Adrina terhadapnya.


"Senang je abah minta maaf kan? abah  ingat karpet ni murah ke? saya beli mahal-mahal, suka hati abah je nak kotorkan!" Katanya dengan Marah, dia menghampiri pak Hassan, ringan tanganya menunja-nunjal kepala pak Hassan beberapa Kali.


"Sampai hati Rina buat abah macam ni, Selama ni Rina pura-pura baik dengan abah bila depan Hanan je ya." Nadanya sedikit kecewa.


"Ya memang pun! depan Hanan je Rina tak tunjuk. Memang dari mula abah jejak kaki rumah ni, Rina tak suka! Hanan je yang beria nak bawak abah kat sini. Rina dah tak larat dah berlakon baik depan Hanan." Nada Suaranya semakin tinggi.


Pak Hassan hilang kata-kata, dia hanya menundukkan wajahnya. Airmatanya mula menitis di pipi. Apabila umurnya semakin meningkat sifat sensitif di dalam dirinya semakin bertambah. Tak boleh dimarahi sikit automatik matanya akan berair di pipi tuanya.


"Abah tak payah nak tunjuk simpatilah, abah ingat dengan menangis tu Rina boleh maafkan abah ke?" Katanya geram apabila melihat Pak Hassan sudah mengalirkan airmata.


"Adriana Maryam!!!!" Jerit Hanan, terus dia menghampiri isterinya. Sedari tadi dia sudah memerhati cara isterinya melayani ayahnya.


Pada mulanya memang dia sudah pergi ke kerja, ada beberapa dokumen tertinggal kerana itulah dia berpatah semula balik ke rumah. Dia juga merasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu berlaku di rumah.


Rupanya itu adalah petunjuk bahawa dia perlu melihat cara isterinya melayani abahnya. Baru dia tahu isterinya hanya melayani abahnya dengan baik apabila di depanya sahaja, di belakangnya semuanya dusta belaka.


Adriana terkejut dengan sergahan Hanan, mula dia rasa tidak tentu arah, tak tahu nak buat apa. Dengan pantas dia memegang lengan Hanan tapi ditepis kasar oleh Hanan. Dia cukup tak suka apabila ada orang melayani abanhnya dengan teruk.


"You tak payah nak berlagak baiklah, You ingat I tak nampak apa yang you dah buat kat abah tadi." Hilang sudah panggilan abang yang selama ini dia bahasakan terhadap isterinya.


"Abang...maafkan Rina abang, bukan sengaja Rina nak marah abah, sebab abah buang air kecil atas karpet kesayangan Rina. Sebab tulah Rina marah." Katanya lembut cuba untuk memujuk Hanan. Walaupun cuma berpura-pura.


"You ingat I tak dengar semua yang you cakap tadi. I tak pekak lagi tahu tak?"


Pak Hassan sedari tadi hanya diam memandang anak dan menantunya bersilih ganti. Dia merasa serba salah sebab dia anak menantunya bergaduh.


"Kenapa dengan you ni ha! you lebihkan abah dari I." Katanya tidak puas hati. Punyalah penat dia berpura-pura memujuk Hanan tapi tetap Hanan tidak percaya padanya. Ini memang dah melampau buat apa dia selindung lagi yang dia memang tak suka bapa mentuanya di sini buat mengacau sahaja kebahagiaan dia dengan Hanan. 


"Sebab dia bapa I, walaupun I dah kahwin dengan you bapa I tetap tanggungjawab I." Jelas Hanan.


"Masa abah takde kat sini kita bahagia je, kenapa sekarang kita jadi macam ni ha!" Suaranya sudah naik seoktaf.


"Semuanya berpunca dari you, kalau you tak mulakan kita takkan jadi macam ni. Selama ni I ingat you layan abah dengan baik tapi sangkaan I salah."


"Ok fine!!! kalau you nak sangat pergilah hidup dengan abah you yang hidup dah tak lama tu." Marah Rina.


"Adrina Maryam!!!!!" Pang!!!! 


Satu tamparan hinggap di pipi isterinya, dadanya sudah berombak, amarahnya semakin memuncak.


Pak Hassan terkejut dengan tindakan anaknya. Dia hanya mampu melihat tanpa buat apa-apa. 


"Sebab orang tua tu you sanggup buat I macam ni kan?" Rina memegang pipinya yang kian memerah disebabkan tamparan Hanan terhadapnya.


"Baik you ceraikan I lagi bagus." Katanya dengan marah.


"I memang dah lama nak ceraikan you, tapi I sabar sebab ingat amanah ayah you dekat I, yang suruh I jaga you, you jangan ingat I tak tahu yang you curang belakang I." Jelas Hanan tak mampu untuk dia berselindung lagi. Sudah lama dia tahu isterinya ada lelaki lain di belakangnya cuma dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Suatu masa nanti pasti dia akan bongkarkan dan masa itu pun sudah tiba.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.