Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
33,677
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

"Hadif! Hadif! mana budak ni, pekak ke? dari tadi aku panggil." Jerit Pak Hassan memanggil anaknya Hadif. 


Sudah enam bulan ibunya meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpa mereka ketika hendak melawat adiknya di asrama.


Pak Hassan lumpuh di bahagian kakinya, pada mulanya dia memang tak boleh terima dengan keadaanya yang lumpuh. Lama kelamaan dia sudah boleh terima. Setelah isterinya meninggal dunia pak Hassan menyalahkan Hadif atas segala yang berlaku, sejak dari itu pak Hassan amat membenci Hadif dia selalu memarahi Hadif, tapi dia langsung tidak melawan kata bapanya.


"Ya abah." Kata Hadif tercunggap-cunggap, dia sedang memasak nasi ketika pak Hassan memanggilnya, apabila dia mendengar suara bapanya terus dia berlari menuju ke bilik bapanya.


"Kau buat apa? tak dengar ke aku panggil ha!" Marah pak Hassan, dia langsung tidak mempedulikan Hadif yang dalam keadaan tercunggap-cunggap.


"Maafkan abang bah, abang tengah masak nasi tadi. Abah nak apa abang ambilkan ya." Kata Hadif lembut,  


"Aku tak nak apa-apa, aku nak pergi bilik air nak terkencing dah tak tahan dah ni. Aku ni tak boleh nak bangun je kalau tak takdenya aku nak panggil kau!"  Kata pak Hassan kasar.


"Abang bawak abah pergi bilik air ya, Hadif membantu pak Hassan bangun dan naik ke kerusi roda, terus dia menolaknya ke bilik air.


Setelah menghantar bapamya kedalam bilik, Hadif ke dapur semula untuk memasak. Baru sahaja beberapa langkah Hadif keluar dari bilik, abahnya memanggil lagi.


"Hadif! Hadif!" Hilang sudah panggilan abang yang selama ini pak Hassan bahasakan terhadap Hadif.


Hadif masuk semula ke dalam bilik bapanya.


"Ya abah, abah nak apa-apa ke?" 


"Aku nak air." 


"Sekejap ya abah, Hadif ambil dekat dapur." Hadif terus melangkah keluar dari bilik abahnya menuju ke dapur, air dituangkan dalam jug satu cawan dibawa supaya senang untuk abahnya jika dia mahu minum air lagi.


"Ni abah." Air yang dituangkan dalam cawan dihulurkan kepada pak Hassan.


"Hadif letak jug air kat sini ya  kalau abah minum lagi abah ambil dekat sini." Hadif meletakkan jug air masak di atas almari kecil sebelah bapanya.


"Maknanya kau memang malas nak layan aku dah ya, kalau kau tak nak jaga aku tinggalkan je aku kat rumah ni sorang-sorang." Kata pak Hassan kasar.


"Abah jangan cakap macam tu abah, abang takkan tinggalkan abah, abang akan jaga abah sampai akhir hayat abang."


"Dahlah berambuslah aku nak rehat." Halau pak Hassan.


Hadif terus melangkah keluar dari bilik. Hatinya sakit dengan kata-kata yang dilontarkan pak Hassan terhadapnya. Entah sampai bila abahnya ingin membencinya. Sikap dingin pak Hassan membuatkan Hadif terasa dia disisih.


Setelah siap memasak Hadif meletakkan makanan di. atas meja. Tudung saji diletakkan untuk menutup makanan.


Hadif melangkah pergi ke bilik pak Hassan  untuk mengajaknya makan, baru sahaja dia nak melangkah, dia terdengar ada orang memberi salam di hadapan rumahnya terus kakinya melangkah untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya.


"Assalamualaikum, abang Hadif." Panggil Safiya, tunang kepada Hadif, dia ingin menghantar cucur yang dibuatnya untuk Hadif. 


"Walaikumsalam, Fiya masuklah." Jemput Hadif, terukir senyuman di bibirnya apabila melihat tunangnya di depan.


Sudah dua tahun Hadif dan Safiya bertunang, Disebabkan ada sedikit masalah, Hadif terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka.


"Takpelah abang, kat sini je lah." Kata Safiya.


Hadif terus menghampiri Safiya yang sudah duduk di pangkin, sengaja dia ingin bersembang sebentar dengan Hadif. Nak melepaskan rindulah katakan.


"Ada apa Fiya datang ke mari." Tanya Hadif setelah melabuhkan duduk di sebelah Safiya, mereka tetap menjaga jarak walaupun mereka sudah mengikat tali pertunangan.


"Ni Fiya nak bagi bekal dekat abang."  Bekal yang dipegang Safiya bertukar tangan.


"Terima kasih, Fiya apa dalam ni." Tanya Hadif.


"Cucur bawang kegemaran abang." Jawab Safiya.


Hadif hanya mengganguk mengiyakan.


"Abang.. Fiya nak tanya sikit boleh?"


"Fiya nak tanya apa?"  


Baru sahaja Safiya ingin mulakan bicara, terdengar suara pak Hassan memanggil Hadif.


"Hadif! Hadif!" Jerit pak Hassan.


"Fiya lain kali kita sembang lagi ya, abah abang dah panggil tu." Kata Hadif.


"Baiklah abang, Fiya balik dulu ya.


Safiya terus melangkah berlalu dari situ. Dia baru nak bertanya tentang majlis perkahwinan mereka terhadap Hadif, tetapi tiada berkesempatan untuk dia bertanya.


Hadif bergegas masuk ke dalam rumah menuju ke bilik abahnya,


"Ya abah, abah nak apa-apa ke?" Tanya Hadif.


"Apa yang kau buat masak lama sangat ha! aku dah lapar ni." Kata pak Hassan kasar.


"Maaf abah, abang dah siap masak. Tadi Safiya datang hantar bekal tu yang abang keluar jumpa dia sekejap." Jelas Hadif.


"Jadi kau pentingkan tunang kau dari bapak kau lah ya." Perli pak Hassan.


"Abah, dua-dua penting buat abang. Abang tak berniat pun nak berbagi kasih." Jawab Hadif.


"Kalau dua-dua penting buat kau, aku nak kau pilih. Aku bapak yang menjaga kau dari kecil atau tunang kau." Kata-kata pak Hassan membuatkan Hadif buntu.


"Abah janganlah macam ni abah, abang tak boleh jawab soalan abah, maafkan abang."


"Kau sayangkan aku kan?"


"Mestilah abang sayang."


"Kalau kau sayangkan aku, putuskan pertunangan kau dengan Safiya."


Hadif terkejut dengan kata-kata pak Hassan.


"Takkanlah macam tu sekali abah suruh Hadif buat." Kata Hadif sebak, dia memang nak berlahwin dengan Safiya cuma simpananya tidak mencukupi lagi, lagipun dia perlu menanggung adiknya Hanan yang sedang belajar di sebuah universiti yang terletak di pusat bandaraya kuala Lumpur.


"Sekarang ni adik kau tengah belajar banyak nak pakai duit, kalau kau dah kahwin dengan Safiya macamana dengan adik kau?" 


Bila Hadif memikirkan semula kata-kata abahnya memang ada benar, duit kahwin yang sepatutnya dia simpan semua dia gunakan buat tanggung pembelajaran adiknya di universiti. Sebab itulah dia menanguhkan perkahwinanya dengan Safiya.


"Abang akan fikirkan kemudian abah."


"Kamu jangan fikir lama sangat."


"Baik abah, jom abah kita makan ya." Ajak Hadif.


Hadif terus membantu pak Hassan bangun dan membawanya menuju ke dapur untuk makan.


Hadif datang ke rumah Safiya untuk mengajaknya keluar, dia dah fikir masak-masak tentang apa yang abahnya katakan semalam. Dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunanganya dengan Safiya. Demi kebaikan semua orang.


Setelah membawa Safiya jalan-jalan, Mereka singgah sebentar di pantai berdekatan. Hadif mengajak Safiya duduk di kerusi yang disediakan.


"Cantik je pantai tu bila berombak kan abang." Kata Safiya tanpa memandang Hadif kerana ralit melihat ombak laut. Hadif sedari tadi memandang Safiya sayu berat sebenarnya dia ingin ungkapkan kata putus itu pada Safiya tetapi dia kena kuatkan juga demi untuk kebaikan dia dan Safiya.


Safiya perasan pandangan Hadif terhadapnya, terus dia menoleh memandang Hadif.


"Kenapa abang pandang Fiya macam tu." Tanya Safiya malu lah juga dia bila Hadif memandangnya.


"Maafkan abang Fiya."


"Kenapa abang nak.minta maaf? kalau abang tak buat salah apa pun dengan Fiya."


"Abang nak putuskan pertunangan kita." Kata-kata Hadif membuatkan hati Safiya bagai dihiris dengan pisau tajamnya


"Apa yang abang merepek ni." Safiya masih tidak percaya dengan kata-kata Hadif.


"Abang tak merepek Fiya, memang itu keputusan abang."


"Apa alasan abang?" Tanya Safiya.


"Abang tak boleh teruskan lagi pertunangan kita. bila abang tangguhkan perkahwinan kita. Abang sedar yang abang memang tak layak pun untuk Fiya." Jelas Hadif.


"Hati Safiya yang dah terpaut dekat abang ni macamana? apa abang nak buat?" Kata Safiya sebak, dia cuba menahan airmatanya dari gugur di pipi.


"Ada lelaki lain lebih layak untuk Safiya dari abang, besok abang akan jumpa dengan bapa Safiya dan berterus-terang tentang semuanya." Hadif tekad walau hatinya luluh saat ini. Melepaskan orang yang dia sayang memang amat menyakitkan.


"Takpelah kalau itu keputusan abang, biarlah Fiya mengundurkan diri, kalau orang dah tak nak buat apa nak menaruh harapan lagi. Fiya akan jauhkan diri dari abang dan akan lupakan abang buat selamanya." Kata Safiya dia terus melangkah berlalu dari situ menitis airmata di pipi hatinya amat sakit saat ini.


Hadif tidak menghalang malah membiarkan Safiya pergi. dia hanya memandang belakang Safiya sehingga dia jauh dari pandanganya.


"Maafkan abang Fiya." Omelnya sendiri.


Menitis airmata di pipi sedari tadi dia menahan, luluh hatinya saat ini kerana sayangnya pada abah dan adiknya dia terpaksa lakukan walaupun mengorbankan kebahagiaan sendiri.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.