Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
20,621
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

Luthfi terduduk lemah setelah mengetahui berita yang disampaikan oleh doktor yang mengatakan bahawa Rafi tidak dapat diselamatkan, kerana keadaanya yang sangat kritikal.


"Entah sempat ke tidak aku kahwin." Terngiang-ngiang di kepala Luthfi tentang apa yang disampaikan oleh sahabat baiknya itu, Perlahan airmata mengalir di pipinya, segala kenangan dengan Rafi mula berlegar di kepalanya, dia sedih kerana sahabatnya meninggal di usia yang muda.


Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia.


Setelah mengurus pengembumian Rafi, baru Luthfi teringat akan isterinya Aisy, mesti dia terkejut dengan berita yang diterimanya dan menggagap bahawa Luthfi merupakan anggota pilot yang terkorban.


Luthfi bergegas masuk ke dalam keretanya, lalu memecut keretanya laju pergi ke lapangan terbang mungkin isterinya berada di sana.


Aisy masih lagi menuggu luthfi di lapangan terbang dengan harapan Luthfi akan kembali ke sini di depan matanya.


Sampai di lapangan terbang Luthfi mencari-cari kelibat isterinya, lalu dia ternampak aisy di suatu sudut ruangan menunggu dengan riak yang sedih,  perlahan Luthfi menghampirinya.


"Aisy Faiha." sayu suara luthfi memanggil isterinya.


Aisy yang amat mengenali suara itu terus menoleh ke belakang dan melihat Luthfi yang sedang tersenyum melihatnya.


Aisy mendekati Luthfi dan terus memeluknya erat betapa rindunya dia pada suaminya, tangisanya terhambur teresak-esak dia menangis dalam pelukan Luthfi.


Luthfi membalas pelukan Aisy erat dan menepuk belakang Aisy perlahan untuk menenangkanya. Mata-mata yang memandang mereka tidak dihiraukan.


"Kau rindu aku tak?" Luthfi bercakap setelah dia lepaskan pelukanya dan memandang anak mata Aisy dengan pandangan penuh kasih.


"Mestilah rindu, aku nak bagitahu kau yang aku mula suka kat kau, walaupun kau suka sakitkan hati aku, bila kau tiada dekat sisi, aku rasa sunyi sangat. Aku sayang sangat dekat kau Luthfi." Terluah segala perasaan yang telah lama dia pendam, setelah tangisanya mulai reda.


Luthfi tersenyum lebar hingga ke telinga mendengar luahan Aisy, Akhirnya terluah juga dari mulut Aisy akan persaanya terhadap luthfi.


"Aku pun sayang sangat dekat kau Aisy, dari dulu sampai sekarang rasa tu tak pernah hilang." Luthfi pun meluahkan rasa hatinya. Terharu Aisy mendengarnya, menitis airmata di pipinya. Laju tangan luthfi mengelap airmata yang jatuh di pipi isterinya.


Rupanya selama ini mereka menyimpan rasa yang sama cuma mereka tak tahu macamana nak luahkan perasaan masing-masing.


Mereka duduk sebentar di ruangan menunggu. Luthfi menceritakan segala apa yang berlaku. Aisy merasa simpati terhadap Luthfi yang kehilangan sahabat baiknya. Setelah itu mereka terus berlalu dari situ.


Hari demi hari Aisy melalui hari yang bahagia bersama suaminya Luthfi. Luthfi melayani dia sebagai isteri dengan baik, kini dia sedang menuggu kelahiran anak sulung mereka.


Luthfi sedang menikmati udara segar di luar rumah, Aisy yang ternampak Luthfi menghampirinya perlahan dan memeluk erat belakangnya. Pelukanya tidak penuh kerana perutnya sudah membesar tunggu masa je nak melahirkan, Luthfi tersenyum lebar dan menoleh di belakang memandang Aisy.


"Kenapa sayang tak rehat, tak letih ke?" Tanya Luthfi lembut.


"Bosanlah asyik tidur je, nak lepak dengan abang dekat sini boleh?" Aisy buat suara manja.


"Ok come." Luthfi membawa Aisy duduk di sebuah kerusi batu yang berada di situ.


"Tak sabar abang nak tunggu anak kita lahir." Luthfi mengusap perut Aisy perlahan lalu dia merebahkan kepalanya di atas riba Aisy.


Aisy mengusap kepala Luthfi perlahan, tiba-tiba dia terasa perutnya menyucuk-nyucuk seperti masanya untuk melahirkan memang sudah tiba.


"Abang, sayang sakit perutlah." Luthfi terus bangun dari pembaringan dan menghadap Aisy.


"Kenapa ni sayang? sayang nak buang air besar ke?" Luthfi bertanya.


"Bukanlah abang, sayang rasa anak kita dah nak keluar ni." Aisy menjerit kerana perutnya makin sakit dan mukanya juga berkerut menahan sakit.


"Ha!! anak dah nak keluar." Luthfi mula panik, dia terus berlari ke dalam rumah memanggil ibu dan ayahnya.


Aisy segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Sampai di hospital Aisy terus masuk ke ruangan bersalin bersama Luthfi yang turut menemaninya kerana disuruh oleh jururawat yang bertugas.


"Abang ja..ngan ti..nggalkan saya..ng, sayang takut." Tersekat-sekat bicara Aisy kerana menahan kesakitan.


"Ya sayang, abang kat sini. Sayang kena kuat, abang sentiasa ada untuk sayang." Lutfi mengelus pipi Aisy perlahan, bibirnya mencium dahi Aisy sekejap memberi kekuatan buat isterinya.


Aisy selamat melahirkan putera sulung mereka, Luthfi membawa anak mereka kepada Aisy setelah dia selesai azankan putera sulungnya, Luthfi bersyukur kerana kedua-dua orang yang dia sayang selamat.


Pengalamanya menemani Aisy bersalin adalah satu pengalaman yang dia takkan pernah lupa, pengorbanan Aisy melahirkan anak mereka membuatkan dia sebak. Dia akan lebih menyayangi Aisy dan sentiasa menghargai isterinya sebaik mungkin.


Luthfi menyerahkan anak mereka yang ada dalam dukunganya kepada Aisy. Terukir senyuman di bibirnya saat menatap wajah tulus anak lelakinya. Dia bagaikan tidak percaya yang kini dia sudah bergelar seorang ibu.


Segala penat dan lelahnya hilang serta merta apabila melihat wajah anaknya, perlahan menitis airmata kegembiraanya.


Luthfi yang melihat sedari tadi menghampiri Aisy dan mengelap airmata yang jatuh di pipinya.


"Thanks sayang sebab lahirkan anak kita." Luthfi mencium dahi Aisy lama, menitis airmata lelakinya hanya tuhan je yang tahu betapa bahagianya dia saat ini.


Pertama kali jururawat menyerahkan anaknya kepada Luthfi, dia menitiskan airmata kegembiraan lalu dia mencium dahi anaknya lembut.


"Thanks juga sebab abang selalu ada kat sisi sayang, itu yang membuatkan sayang kuat untuk tempuhi semuanya." Aisy mengambil tangan luthfi dan menciumnya lama,luthfi tersenyum dan membalas dengan mengusap kepala Aisy perlahan.


Dalam beberapa hari Aisy berada di hospital,ramai jugalah ahli keluarga belah ibu dan ayahnya yang datang melawatnya, tidak lupa juga belah ibu dan bapa mertuanya. Ramai yang memuji akan kecomelan anaknya tengoklah siapa mama dan ayahnya.


"Comelnya anak kau Aisy"


"Mesti handsome macam ayah dia kan bila besar nanti." Aipp! itu Aisy cemburu,pujian terbuka kepada anak sahaja bukan ayahnya. Yang papa dia ni pulak tersenyum bangga, mentanglah-mentanglah ramai orang puji dia hamdsome.


Aisy hanya tersenyum mendengar pujian dari keluarga dan sahabat handai yang datang melawatnya.


Setelah balik dari hospital, Aisy berpantang di rumah ibu mertuanya,kerana dia yang beria-ria hendak menjaga Aisy, ibunya  pula selalu datang menjenguknya di rumah ibu mertuanya.


Hari demi hari masa pun berlalu dengan begitu cepat, anaknya juga semakin membesar.


2 tahun sudahberlalu, kini Luth Faqih putera sulung Luthfi dan Aisy sudah berusia 2 tahun yang nakal dan petah bercakap. Ada sahaja perkara yang nak diceritakanya, dengan rezeki darinya mereka dikurniakan lagi sepasang anak kembar iaitu Aidan Luthfan dan Luthfya Ainan yang sudah berusia setahun.


Luth faqih membawa adik kembarnya bermain di taman sambil diperhatikan ayah dan mamanya yang duduk di kerusi berdekatan.


"Luth jaga adik elok-elok ya." Aisy berkata kepada anak sulungnya yang sedang leka bermain.


"Baik mama." Luth memandang ke arah mamanya dan membuat tabik, tergelak Aisy bila melihat anak nakalnya itu.


Sedari tadi aisy melihat sepasang mata sedang asyik menelek wajahnya yang agak cantik ni, siapa lagi kalau bukan Mr annoyingnya tapi sekarang dah tukar cik abangya yang tersayang baru kena.


"Kenapa abang pandang sayang dari tadi?" Aisy memusingkan badanya memandang Luthfi dengan mencekak pinggangnya, sambil buat muka serius.


"Sebab sayang ni comel sangat, abang tak boleh move on dari pandang sayang." Luthfi mengeyitkan matanya ke arah Aisy.


Cehhh! ayat bikin hati gundah gulana beb!


Luthfi merapatkan badanya ke arah Aisy dan memeluk bahunya erat.


"Sayang nak tahu tak perkara yang paling berharga dalam hidup abang." Luthfi memandang Aisy tepat ke dalam anak matanya.


"Apa dia?" Tanya Aisy.


"Bila abang dapat membahagiakan sayang dengan anak-anak kita, abang janji dengan sayang abang akan jadi ketua keluarga yang terbaik untuk memimpin sayang dan anak-anak kita."


Perlahan bibir aisy mengukir senyum, airmatanya mula mengalir di pipi mendengar kata-kata luthfi.


"Hei jangan  menangis sayang." Luthfi mengelap airmata yang jatuh di pipi isterinya, lalu dikucup sekejap dahi isterinya.


Luth faqih yang sedari tadi melihat adengan romantik mama dan ayahnya terus menghampri mereka, dengan tanganya kiri dan kanan memegang tangan adik kembarnya.


"Mama, ayah ni kan ni kan tempat umum mana boleh romantik, kat rumah nanti barulah dengan boleh." Petah luth Faqih menuturkan kata.Tergelak luthfi mendengar kata-kata anaknya yang seperti orang dewasa.


"Eei anak ayah ni nakal kan?" Luthfi mencuit hidung anak lelakinya, Luth Faqih pula tersenyum nakal melihat ayahnya, suka dapat mengusik mama dan ayahnya.


Aisy tersenyum melihat kemesraan antara Luthfi dan anak-anaknya,vdia bersyukur memiliki Luthfi Hariz sebagai suaminya.Tuhan telah tetapkan jodohnya Luthfi Hariz buatnya dan selamanya Mr anoyying tetap di hatinya.


Walaupun dulu dia pernah membenci Luthfi, tapi sekarang tiada orang lain, hanya suaminya Luthfi Hariz di hati perempuan yang bernama Aisy Faiha.


JODOH ITU KITA YANG MEMILIH ,TUHAN YANG MERESTUINYA..


EVERYWHERE I LOOK I AM REMINDED OF YOUR LOVE, YOU ARE MY WORLD


-TAMAT-


Akhirnya tamat sudah cerpen ini.

Thanks pada yang support, terima kasih juga pada yang sudi baca. Komen dan vote cerita saya.


THANKS A LOT.😘😊


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.