Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
30,886
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Selesai sahaja sarapan di rumah, Luthfi terus mengajak Aisy keluar tanpa beritahu ke mana destinasinya.


"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Tanya Aisy.


"Pergi panjat pokok, nak jadi beruk sekejap." Gurau Luthfi .


"Kau ni  tak boleh jawab elok-elok ke?"Aisy mengecilkan matanya memandang Luthfi. Susah kalau ada suami annoying ni kita tanya lain dia jawab lain, bengkek je rasa.


"Kau ikut je lah, takpayah banyak tanya." Luthfi memandang Aisy melalui ekor mata kerana fokus pada pemanduan.


Setelah itu, hanya bunyi radio sahaja yang menemani mereka sepanjang perjalanan.


Perjalanan yang agak jauh membuatkan Aisy terlena, elok dia punya landing atas bahu Luthfi sambil memeluk erat lenganya, Tak boleh lansung buat teman, kena angin sikit dah terlena.


Luthfi tersenyum melihat Aisy yang sedang tidur, walaupun muka tak senonoh dengan mulut ternganga tapi nampak comel di mata Luthfi.  


Dia membawa Aisy ke sini kerana dia nak luahkan segala isi hatinya pada Aisy yang lama terpendam, sejak dari kecil lagi. Dia suka mengusik Aisy kerana inginkan perhatian dari Aisy, tak kisahlah kena marah sekali pun, dia sanggup hadap.


"Aisy Faiha bangun, kita dah sampai dah ni." Perlahan Luthfi menepuk kedua belah pipi Aisy.


Senyap! Tiada balasan dari Aisy, semakin erat pula Aisy memeluk lenganya macam peluk batal saja gayanya.


'Dia ni pengsan ke apa?' Omel luthfi sendiri.


Berkali-kali jugalah Luthfi mengejutkan Aisy bangun, tapi langsung tiada sahutan,Tiba-tiba, Akalnya mendapat satu idea. Taknak bangun kan tunggu Luthfi Hariz bertindak.


Perlahan-lahan Luthfi mendekatkan jarinya di dahi Aisy. Satu jentikan yang agak kuat singgah di dahi aisy.


"Arrghh!!" Aisy menjerit kecil dan terus bangun dari tidurnya, dia memandang Luthfi tajam sambil sebelah tanganya mengusap perlahan dahinya yang merah dijentik Luthfi tadi.


Tergelak Luthfi dibuatnya dengan tingkah Aisy yang agak kelakar.


"Apa yang kelakar." Tanya Aisy serius, apabila sedari tadi Luthfi tidak henti ketawakan dia.


"Aii! Marah nampak, sepatutnya yang marah tu aku bukan engkau." Jawab Luthfi.


"Kau tak boleh gerak aku elok-elok ke ha?"Aisy cuba menahan marah. Mana tidaknya bergegar kepala otak aisy bila Lutfi menjentiknya, nasib baik tak hilang ingatan Aisy dibuatnya.


"Aku dah gerak kau banyak kali, kau tetap tak bangun. Jadinya itulah makan dia." Gurau Luthfi.


"Aku tak sedar, nak buatmacamana? Banyak lagi kan cara lain kau boleh gerak." .Aisy cuba cover dirinya.


"Cara tu je yang aku terfikir, kau ada hutang dengan aku." Luthfi cuba mengenakan aisy.


"Hutang apa?" Tanya Aisy hairan.


"Tadi kau tertidur kat bahu aku, siap package tinggalkan peta lagi kat baju aku nasib baik tak nampak tau." Luthfi menujukkan peta kecil yang dibuat oleh Aisy dibajunya.


"Aku tak sengaja, oklah tu cantik apa?" Aisy berkata selamba sambil tengok peta air liur yang ditunjuk Lutfi. Dalam hati dia dah kutuk diri sendiri habis-habisan, malu pun ada.


"Banyaklah kau punya cantik, aku nak kau bayar hutang kau sekarang." 


"Kau nak berapa." Aisy sudah mengeluarkan dompet dari begnya, untuk mengambil duit yang diminta Luthfi.


"Aku tak nak duit, aku pun banyak duit." 


"Ish! belagaknya kau ni, habis kau nak apa?" Tanya Aisy.


"Aku nak kiss, kat sini." Luthfi menujukkan pipinya.


"Taknaklah aku." Aisy membantah.


"Kalau kau takanak aku kiss bibir kau nak?" Luthfi ingin mendekatkan bibirnya ke bibir Aisy dengan pantas Aisy menutup mulutnya dengan kedua belah tanganya.


"Ok-ok aku kiss pipi kau." Aisy terus  mencium pipi luthfi sekilas hanya terkena hidungnya saja di pipi Luthfi.


"Lagi sekalilah, cium elok-elok boleh tak Aisy Faiha?" Luthfi menyuakan lagi pipinya pada Aisy.


"Cepatt, aku dah kebas pipi dah ni tunggu kau." Katanya lagi.


Geram je Aisy melihat mamat annoying di sebelahnya, tak habis-habis nak kenakan dia tunggu kau nanti masa Aisy Faiha pula kenakan Luthfi Hariz.Tunggu dan lihat saja nanti.


Kali ini bibir Aisy mendarat betul-betul di pipi Luthfi. Luthfi tersenyum.


"Good girl." Luthfi mengusap kepala Aisy, Riak muka Aisy  seperti  orang takada perasaan.


"Dahlah, jom turun tunggu kau tak dapatlah nak tengok matahari terbenam. Luthfi terus keluar dari kereta diikuti Aisy.


Luthfi membawa Aisy di pantai untuk melihat matahari terbenam yang sangat cantik, sambil berjalanan di tepi pantai macam pasangan romantik gituu.


Luthfi melihat Aisy disebelahnya yang hanya buat muka masam sambil memuncungkan bibirnya dari tadi.


"Bibir tu tak boleh muncung lagi ke?" Luthfi menegur, Aisy hanya diam sedari tadi.


"Sakit lagi ke dahi tu." Tanya Luthfi lembut.


"Tak sakit pun, cuma merah je dahi aku kau buat." Aisy menutup dahinya yang kemerahan.


Luthfi melangkah laju mendahului Aisy, lalu berhenti depan Aisy sambil mendepakan tanganya supaya Aisy menghentikan langkah.


"Tepilah, kata nak tengok matahari terbenam. Nanti terlepas." Kata Aisy datar. 


Luthfi hanya diam, perlahan dia melangkah menghampiri Aisy dan mencium dahi Aisy yang dijentiknya tadi.


"Itu ubat untuk kau, sikit lagi mesti sembuh." Luthfi terus menarik tangan Aisy dan memegangya erat, Aisy hanya mengikuti langkah Luthfi tanpa berkata apa.


Dia  masih terkejut sebelah tanganya memegang dahi yang dicium luthfi tadi.


'Kenapalah dia ni suka buat aku cair.' Desis hatinya perlahan bibirnya mengukir senyum.


"Kau suka kan?" Luthfi sedar akan senyuman di bibir Aisy terus memandangnya.


"Mana ada?" Aisy cuba menafikan, padahal memang dia terlebih suka.


Luthfi hanya mengukir senyum, dia tahu kata-kata Aisy tadi semuanya dusta belaka. Ingat dia tak tahu.


"Kenapa kau bawak aku kat sini?" Tanya Aisy setelah mereka sampai di penghujung pantai.


Luthfi tidak menjawab, dia teru melabuhkan duduk di atas pasir, tempat sebelahnya ditepuk supaya Aisy duduk di sebelahnya.


Aisy terus melabuhkan duduk di sebelah Luthfi.


"Aku bawak kau ke sini sebab nak tunjuk kau matahari terbenam tu," Ibu jari Luthfi menunjukkan matahari yang sedang terbenam menampakkan suasana yang begitu cantik. Tengok matahari terbenam di tepi pantai bersama orang yang tersayang memang seronok.


"Nak tengok tu je, takde sebab lain." Tanya Aisy lagi.


" No, ini antara honeymoon pendek dengan kau sebelum aku nak pergi flight seminggu." Jelas Luthfi


"Flight seminggu??" Terkejut Aisy mendengarnya, baru je kahwin dah tinggalkan aku. Desisnya dalam hati


"Yup! aku ambil flight ni ada sebab." Kata Luthfi.


"Sebab apa?" Aisy menanti jawapan dari Luthfi.


"Sebab aku nak tahu perasaan engkau dekat aku, bila aku takde kau rindu aku ke tak?" Jelas Luthfi.


"Kenapa kau nak buat macam tu? kau ada perasaan kat aku ke?" 


Luthfi mengengam tangan Aisy erat dan mereka berpandangan seketika 


"Ya, aku suka kat kau Aisy dari kecil lagi, aku usik kau dulu sebab saja nak kau cari gaduh dengan kau, cara tu lah aku boleh buat kau cakap dengan aku. Walaupun kau garang gila dengan aku." Luah Luthfi.


Aisy hanya terdiam, dia tak sangka yang Luthfi sudah menyukainya sejak dulu lagi, cuma dia saja yang tidak tahu perasaanya terhadap Luthfi.


"Kau jangan main-main boleh tak? aku terima kau sebab mama dengan ayah aku, bukan sebab aku ada perasaan pada kau." Aisy cuba menafikan, kerana perasaanya saat ini masih ragu terhadap Luthfi.


"Nampak ke muka aku ni main-main, lagipun perempuan biasalah mulut je cakap tidak. Tapi hati tak siapa yang tahu melainkan kau seorang je yang tahu perasaan kau."


"Sebab tulah kau buat ujian ni." Tanya Aisy.


"Yes, ini namanya ujian menahan rindu." Jawab Luthfi.


"Wahh!!! Kau letak nama ujian ni. Kreatif naww." Kata Aisy.


"Biasalah tu, mestilah kena gempak namanya baru menjadi."


"Ok! Aku sahut cabaran kau, Kau yakin aku akan rindu kau."


"Yeahh! Sudah semestinya, Aku yakin seratus peratus, kita tunggu dan lihat je nanti." Jawabnya dengan nada bangga.


"Amboii!! Confidentnya kau, aku akan cabar diri aku kalau itu yang kau nak." 


"Ok deal! Aku akan pastikan kau akan rindu dengan muka aku yang handsome lagi menawan ni." Luthfi mengerdipkan matanya beberapa kali memandang Aisy dengan dua belah tangan diletakkan dibawah dagunya, kononya comelah tu kira.


Aisy meletakkan tanganya dibahu dan matanya dijulingkan keatas, kemudian mereka sama-sama meletuskan tawa.

Hari itu adalah hari paling indah buat mereka berdua.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.