Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
30,829
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

20 TAHUN SEBELUMNYA...

Kring......

Bunyi loceng menandakan rehat sudah habis,masing-masing berlari untuk masuk ke kelas,termasuk aisy dan juga sara sahabat baiknya.


Suasana di dalam kelas 5 mawar begitu riuh rendah kerana tiada guru yang masuk ke dalam kelas mereka lagi.


Sampai di kelas, Aisy terus duduk di tempatnya tanpa menyedari ada sesuatu situ.


"Aduhh!!!!" Jerit Aisy, terlompat sedikit dia ke hadapn kerana terasa ada benda tajam mencucuk punggungnya.


Sara pelik melihat tingkah laku sahabatnya.


"Kau dah kenapa? Ok tak?" Sara bertanya dan memandang Aisy di sebelahnya yang mukanya sudah merah menahan marah tunggu masa je gunung berapi Aisy akan meletup! Kebabom!


"Kau nampak muka aku macam ok ke?" Aisy membalas geram sambil menunjukkan riak mukanya.


Sara ni pun satu tak perasan ke muka Aisy tu dah berkerut menahan sakit lagi mahu tanya ka! Apa lah punya kawan.


Aisy sudah menggangak siapa punya angkara, siapa lagi kalau bukan budak nakal yang selalu menyusahkan hidupnya, ada je akal nak mengusik aisy.


Lutfi si hantu, itulah gelaran yang Aisy beri kepadanya kerana kenakalanya yang suka buat orang sakit hati.


"Luthfi Hariz!!!" Aisy menjerit ke arah Lutfi yang hanya buat muka selamba, memandangnya seperti tiada apa yang berlaku.


Kelas yang bising tadi tiba-tiba jadi senyap, semua tertumpu ke arah Aisy.


Aisy berpewatakan agak kasar sedikit, biasalah dia seorang je perempuan dalam keluarga dan mempunyai 3 orang abang.


Semua orang takut untuk mengusiknya, kecuali luthfi si hantu je yang berani mengusiknya tanpa jemu.


"Kenapa kau panggil aku." Luthfi buat-buat tak tahu.


"Kau kan yang letak paku payung kat kerusi aku!!" Lantang Aisy bersuara.


"Tenang Aisy, bawa bertenang." Sara cuba menenangkan sahabat baiknya itu.


"Mana boleh aku tenang sara, dia ni dah melampau."Marah Aisy.


Bukan sekali dia kena dengan Luthfi dah banyak kali, beg dia kena gantung kat atap, tudung dia nyaris tak koyak sebab tersangkut kat pintu kelas dia boleh bersabar lagi tapi yang ni memang dia tak boleh tahan sampai hampir merosakkan badanya yang nak pakai lama. Ini memang tak boleh dibiarkan.


Luthfi tidak membalas dan hanya beriak selamba.


"Kenapa kau diam? baik kau mengaku." Aisy cuba menahan amarahnya yang kian memuncak.


"Gaduh..Gaduh..Gaduhh." Sekumpulan budak lelaki sengaja menaikkan lagi marah aisy.


"Bukan aku yang buat, tangan aku yang nak buat aku ikut je lah." Jawab Luthfi yang tak masuk dek akal.


Apalagi naik beranglah Aisy, itu adalah jawapan paling bodoh yang pernah dia dengar.


"Kau jangan main-mainlah, takpayah nak loyar buruk sangat." Aisy semakin marah.


"Betul la, kenapa aku nak tipu pulak." Jawab Luthfi selamba.


"ish!, kau ni kan!!" Aisy mengambil buku di atas meja dan membalingnya ke arah Luthfi tapi dia sempat mengelak, buku tersebut terkena ke arah cikgu liza yang baru melangkah masuk ke dalam kelas.


Dia adalah guru mathemetik yang paling garang pada abad ini, kalau dapat dia marah hampir bergegar bangunan sekolah tu dengar suara dia habislah aisy.


"OMG!!" bisik Aisy perlahan.


"Semua murid kembali ke tempat masing-masing!!" Cikgu Liza mengarah dengan suara lantangnya.


"Siapa yang baling buku ni!!" Tanya cikgu Liza dengan nada serius.


Semua murid menunding jari ke arah Aisy, termasuklah Luthfi geram jer Aisy melihatnya.


Sara hanya mendiamkan diri di sebelah Aisy. Dia kehilangan kata-kata untuk membantu sahabat baiknya itu.


"Aisy Faiha, saya nak awak lari keliling padang sambil sebut SAYA DAH BUAT SALAH SEBAB BALING BUKU KAT CIKGU SAYA, DAN SAYA BERJANJI TAKKAN BUAT LAGI.

Sampai habis waktu saya, faham!!!" Lantang cikgu liza bersuara.


"Tapi cikgu, saya cuma..." Aisy cuba menjelaskan, tapi langsung tidak diberi peluang, kata-katanya dipotong.


"Takde tapi-tapi, pergi sekarang!!!"  Laung cikgu liza.


Aisy akur dan terus melangkah keluar dari kelas, sebelum keluar Aisy sempat menjeling tajam ke arah Lutfi.


Luthfi hanya menujukkan muka puas kerana dapat mengenakan Aisy.


Sara pula kesian melihat sahabatnya kena denda.


Hari itu adalah hari paling malang buat Aisy Faiha semuanya berpunca dari Luthfi si hantu.


20 tahun kemudian..


"Haa!! kahwin." Menjerit kecil aisy mendengar permintaan ibunya, mana tidaknya dia baru je balik dari Perth dua hari lepas, penat pun masih belum habis lagi.


Belum lagi nak fikir pasal kerja, lepastu dengar pulak berita yang tidak ingin dia dengar.


"Ya, k.a.h.w.i.n." Ibunya mengeja dan menyebut perkataan itu satu persatu.


Aisy mengeluh perlahan tak habis-habis ibunya menyuruhya berkahwin. 


Dia tahulah umur dia dah 30 an tahun, tapi nak buat macamana dah jodoh dia tak sampai lagi. Sebab tu lah dia tak kahwin sampai sekarang. Itu pun nak kecohlah mak aisy ni.


"Kali ni mama nak adik dengar cakap mama takde bantahan, umur adik dah 30 tahun tau, anak kawan mama yang sebaya adik dah ada anak dua dah." Kata ibunya, sambil menunjukkan dua jarinya ke arah Aisy.


"Sekarang dia mengandung lagi anak yang ketiga." Sambung mamanya lagi.


Anak mama sampai sekarang takde calon lagi asyik nak fikir belajar je, adik kena fikir pasal diri adik juga." Panjang lebar ibunya menasihati aisy.


"Nak buat macamana ma adik belum ada jodoh lag." Aisy menjawab tenang.


"Ha! itulah jawapan adik dari dulu kan, adik tak usaha cari macamana nak dapat. Jodoh tu bukan datang dari langit adik ooii." Bebel ibunya.


"Awak ni, kalau budak tu taknak janganlah paksa." Bapanya yang sedang membaca surat khabar mencelah.


Aisy tersenyum kerana bapanya selalu menyokongnya.


"Saya bukan paksa bang, anak kita kalau tak dicari calon alamatnya sampai ke tualah tak berkahwin bang."


"Ikut suka awaklah." Bapanya malas bercakap banyak nanti lain pula jadinya.


"Apa yang riuh rendah ni dari atas dah acik dengar." Abang Aisy, Farhan yang baru bangun dari tidur turun ke bawah, menghampiri mereka, terus melabuhkan duduknya sebelah Aisy.


"Acik tolonglah adik, ma nak jodohkan adik dengan seseorang ,adik tak ready lagi." Aisy mengadu dekat Farhan sambil menggocangkan lengan abangnya Farhan.


Farhan adalah abang yang paling rapat denganya kerana umur mereka hanya beza setahun.


"Ha! acik jangan dengar cakap adik kamu tu, ada je alasan dia nak menolak kan." Ibunya mencelah.


"Ala! adik terima je lah, mungkin jodoh adik dah sampai." Aisy memandang abangnya geram, ingatkan nak backup rupanya sama juga.


"Ha! dengar tu adik betul cakap abang kamu tu." Ibunya mencelah.


"Mama tak kira kali ni adik ikut cakap mama,keputusan mama muktamad." Sambung ibunya lagi.


Aisy tak tahu nak cakap apa dah alamatnya redho je lah.


"Mama nak jodohkan adik dengan siapa?" Tanya Aisy.


"Dengan anak kawan mama, ala adik pun kenal dengan dia. Satu kelas dengan adik waktu sekolah rendah."


"Satu kelas masa sekolah rendah, siapa ma?" Tanya Aisy hairan.


Aisy cuba mengingati siapa yang ibunya maksudkan, dia langsung tak ingat siapa kawan satu kelasnya dulu.


"Luthfi Hariz, anak makcik Laila kawan mama, korang satu kelas kan masa sekolah rendah." Jelas ibunya.


Aisy cuba mencerna nama yang mamanya sebutkan dalam otaknya saat ini. 


Terus mulutnya terbuka luas seakan tidak percaya, betul ke lelaki itu yang ibunya cuba jodohkan denganya


'Omg! luthfi si hantu,  dalam banyak-banyak orang kenapa mesti dia, takde orang lain ke?' Jerit hati Aisy.


"Ma takde calon lain ke?" Tanya Aisy.


"Ish budak ni, itu yang terbaik lagipun mama tengok dia pun makin segak sekarang. Pilot kerjanya, sesuai sangat dengan adik." 


Mamanya teruja becerita tentang kononya bakal menantu dia, pleaselah mahu huru hara hidup Aisy kalau berkahwin dengan 'luthfi si hantu'. 


Aisy masih ingat nama yang dipanggilnya buat Luthfi ketika sekolah dulu.


Aisy memandang abangnya , tetapi dia hanya menjongketkan bahu tanda tak tahu, mama dia ni kalau dah cakap A, maka jawabnya A lah kalau B, mahu Aisy kena ceramah dua hari satu malam.


Apa nak buat dah nasib, ikutkan jelah Aisy Faiha.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.