Home Cerpen Cinta Last Wish
Last Wish
Myea Miko
6/6/2020 10:17:19
2,686
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

"Assalamualaikum, Hi Im sorry aku lambat. Lama ke kau tunggu aku?" Kata Ayara setelah melabuhkan duduk di hadapan Haaim.


"Walaikumsalam. Takdelah lama, adalah dalam setahun aku tunggu kau kat sini." Gurau Haaim selamber.


"Gurau kasar nampak Im."Ayara menjongketkan sebelah keningnya.


"Ala nak gurau manja dengan kau tak boleh ke?" 


"Tu bukan gurau manja, tu namanya nak kena tangan." Jawab Ayara sambil mengangkat seolah ingin memukul Haaim, Terus kedua-duanya meletuskan tawa.


"Kau kata nak bagitau aku something apa dia? macam serius je sampai tak boleh cakap dalam wassap." Tanya Ayara.


"Taklah penting saje je nak tengok muka kau, rindu." Kata Haaim.


Sebenarnya Haaim ingin meluahkan perasaanya terhadap Ayara, bahawa dia mencintai Ayara pada masa yang sama, dia takut Ayara hanya menggapnya sebagai kawan tidak lebih dari itu.


"Kau ni pelik la Im, bukan kita hari-hari jumpa ke dekat pejabat."


"Itu dekat pejabat lain, dekat sini lain."


"Ada-ada je lah kau ni Im."


"Dahlah jomlah kita makan dulu, lepasni baru kita sambung sembang lagi."


Haaim memanggil pelayan dan membuat pesanan. Setelah pesanan diambil Haaim menompang dagu melihat wajah Ayara sambil tersenyum membuatkan hati Ayara berdetak kencang.


Selama dia kawan dengan Haaim senyuman itu adalah paling menawan baginya, dengan bulu mata Haaim yang lentik dan matanya yang berwarna coklat, menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.


"Kenapa kau tengok aku macam tu, malulah aku." Kata Ayara.


"Kau tahu malu, aku ingat kawan aku seorang ni tak tahu malu." Guranya.


"Apa lah kau ni, ada kalanya mestilah ada rasa malu." Ayara muncungkan mulut tanda merajuk.


"Alahai sayang aku ni merajuklah pulak."


"Kau panggil aku apa tadi." Tanya Ayara sekali lagi walaupun dia dengar jelas panggilan Haaim terhadapnya.


Hubungan Haaim dengan Ayara sangat rapat, lagipun mereka sudah berkawan dari kecil lagi. Keluarga mereka pun sudah saling mengenali rumah mereka di kampung pun berselebahan sahaja.


Haaim menjaga Ayara dengan baik, susah senang dia Haaim lah yang sentiasa ada di sisinya, sehingga dia menyimpan perasaan suka terhadap Haaim tetapi hanya dipendam. 


"Aku panggil kau Ayalah." Haaim cuba menafikanya.


Belum sempat Ayara membuka mulut makanan dan minuman pun sudah sampai ke meja mereka.


"Lupakanlah apa yang aku cakap tadi. Kita makan ya." Kata Haaim.


Mereka pun mula makan tanpa bersembang sehingga mereka habiskan makanan. Setelah selesai makan Haaim danAya jalan beriringan ke tempat parking kereta, Haaim menemani Ayara ke tempat diamana keretanya diparking


"Oklah Im aku balik eh! Terima kasih belanja makan tadi." Ucap Ayara ceria.


"Sama-sama kasih." Balas Haaim.


Sebelum Ayara sempat melangkah masuk ke dalam kereta Haaim memanggilnya.


"Aya!" Panggil Haaim.


"Ya, Im ada apa-apa kau nak cakap dengan aku?" Tanya Ayara dia terus menghentikan langkah masuk ke dalam kereta.


"Aku ada something nak cakap dengan kau, tapi nantilah."


"La cakaplah sekarang, tadi pun aku tanya kau kau diam je."


"Aku tak tahu nak bagitau macamana?"  


"Bagitau je, janganlah buat aku suspen."


"Esok aku nak buat pembedahan hati." Jelas Haaim.


"Ha! apa dia besok? Bukan kau kata hujung bulan ke?"


"Doktor yang uruskan semua, aku pun dapat tahu semalam."


"Im aku dah minta cuti tarikh yang sepatutnya kau buat pembedahan, esok aku kerja aku tak dapat nak teman kau." Kata Ayara dengan nada sedikit kecewa.


"Takpelah Aya, aku okey je aku nak bagitau kau itu je "


"Serius ke takpe? aku ingat nak teman kau."


"Takpe Aya, lepas pembedahan kita jumpa ya."


"Oklah kalau kau cakap macam tu, aku balik dulu ya."


Haaim hanya mengganguk mengiyakan.


Setelah kereta Aya meluncur laju keluar dari kawasan parking, Haaim terus melangkah pergi dimana keretanya diletakkan.


Masuk sahaja di dalam kereta dia termenung sekejap.


"Macamanalah aku nak bagitahu kau perasaan aku Aya, aku takut tak sempat je bagitau kau nanti." Omelnya dengan nada sebak.


Setelah bersiap untuk pergi ke kerja. Ayara terus melangkah keluar dari rumah. Ketika dia hendak masuk ke dalam kereta Iphone 6nya berbunyi tertera nama Haaim terus dia mengangkat panggilan tersebut.


"Assalamualaikum." Haaim berbicara lemah.


"Walaikumsalam Im, kenapa suara kau lemah sangat ni, kau dah ada kat hospital ke?" Tanya Aya nadanya seolah risau akan keadaan Haaim.


"Ya Aya aku ada kat hospital, tunggu giliran nak masuk bilik bedah je." Jawab Haaim.


Aku nak bagitau kau something Aya. Aku rasa kalau aku tak bagitahu kau sekarang hati aku takkan tenang Aya." Sambung Haaim lagi.


"Kenapa ni Im, janganlah buat aku risau." Aya mula tidak tentu arah, bila terdengar suara Haaim yang lemah membuatkan dia lagi rasa bersalah kerana tiada di sisinya sewaktu dia sedang sakit.


Haaim mengumpulkan kekuatan untuk berbicara, dia menarik nafasnya dalam sebelum meluahkan perasaanya terhadap Ayara.


"Aku suka kau. Aku cintakan kau Aya dah lama aku pendam perasaan ni." Terluah juga dari mulut Haaim.


Ayara kelu untuk berkata, dia seolah tidak percaya apa yang dia dengar dari sahabat baiknya ini.


"Kau jangan main-main Im, kau ni buat aku perasan pula nanti." Kata Ayara cuba menafikan apa yang dia dengar dari mulut Haaim sendiri.


"Aya, aku tak tipu ya. Aku serius apa yang aku cakap ni." Suara Haaim semakin lemah.


"Im! Im! kenapa suara kau macamni. Ya aku percaya aku pun suka kat kau, aku sayang sangat kat kau Im." Panggil Ayara, airmatanya sudah mengalir di pipi. Dia risau apabila mendengar suara Haaim yang semakin lemah.


Haaim hanya mampu tersenyum keadaanya sangat lemah, dia bersyukur diberi kekuatan untuk meluahkan perasaanya terhadap Ayara yang selama ini dia pendam.


Tanpa sempat menjawab. Tanganya tak mampu untuk memegang telefonya lagi, telefonya terjatuh bawah katil tak mampu untuk dia capai.


"Im! Im jawablah kenapa kau senyap ni. Janganlah buat aku macam ni Im." Airmatanya terus mengalir di pipi.


Haaim dengar suara Ayara memanggilnya di dalam panggilan yang belum sempat dia putuskan. Perlahan airmatanya mengalir di pipi.


"Maafkan aku ya." Omelnya lemah. Pandanganya jatuh pada telefonya yang tertera nama Sayangku Aya yang selama ini dia simpan dalam telefonya.


Ayara tidak tunggu lagi, dia terus mematikan panggilan. 


"Kau tunggu aku Im, aku datang." Omelnya sendiri. Terus dia masuk ke dalam kereta. Dia lebih rela tidak pergi kerja daripada dia akan menyesal seumur hidup dia kerana tiada di sisi sahabat sebaik Haaim. Tidak maksudnya Lelaki kiriman tuhan buatnya seperti Haaim.


Dia menghidupkan enjin kereta, dan terus meluncur laju keluar dari kawasan parking.

Sampai di hospital, Ayara terus melangkah laju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya di mana Haaim ditempatkan, dalam hatinya tidak berhenti berdoa semoga dia dapat bertemu Haaim sebelum di masuk ke bilik bedah.


"Akak!" Tegur seorang perempuan apabila ternampak Ayara di kaunter pertanyaan.


Ayara terus menoleh apabila terdengar ada suara memanggilnya.


"Hayra!" Tegur Hayra sebaik ternampak adik perempuan Haaim menghampirinya.


"Akak!" Hayra terus memeluk Ayara sebaik menghampiri Ayara, airmatanya tidak mampu untuk bertahan lagi dari mengalir di pipinya, dia sedih melihat keadaan abangnya yang semakin lemah.


Ayara mengusap belakang Hayra perlahan untuk menenangkanya.


"Kenapa ni adik, abang kat mana?" Tanya Ayara.


"Abang ka..k dia dah lemah sangat, adik tak boleh nak tengok dia akak." Katanya dengan nada tersekat.


"Adik bawak akak jumpa abang ya, akak nak jumpa dengan dia adik." Kata Ayara setelah pelukan mereka terlepas.


Hayra terus membawa Ayara ke bilik dimana Haaim ditempatkan, mereka terus membawa Haaim ke hospital setelah dia pengsan di rumah.


Di depan bilik Haaim ayah dan ibunya sedang menunggu di luar, riak muka mereka nampak sedih. Ayara melangkah menghampiri ibu dan ayah Haaim.


"Assalamualaikum pakcik. Makcik." Tegur Ayara, tangan kedua orang tua Haaim disalam sebelum bibirnya mengucup lembut tangan tua itu.


"Walaikumsalam, eloklah kamu datang Ayara, kamu masuklah dalam jumpa Ha, bagi semangat dekat dia." Kata ibunya.


"Baik makcik, saya masuk dulu ya." Ayara meminta izin sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Haaim.


Setelah masuk ke dalam, Ayara melihat Haaim sedang terduduk lemah di atas katil.Matanya dipejam, Kepalanya disandarkan di kepala katil dengan berlaskan bantal sambil mulutnya terkumat kamit membaca zikir.


"Haaim Shiraz." Pangggil Ayara, sudah lama dia tidak memanggil Haaim dengan nama penuhnya, terus Haaim membuka mata apabila mendengar suara Ayara memanggilnya.


"Aya kau buat apa kat sini, kau tengah kerja kan?" Haaim terkejut melihat Ayara di depanya, walaupun hatinya sangat gembira apabila Ayara berada di depan matanya. 


Pada masa yang sama dia takut  ini adalah kali terakhir untuk dia menatap wajah Ayara.


"Aku tak tenang Im. Kalau aku tak teman kau." Ayara dudul di kerusi yang disediakan di sebelah Haaim.


Haaim hanya mengukir senyum.


"Sayang juga kau kat aku kan ya." Katanya lemah.


"Mestilah sayang, kau tu lelaki kiriman tuhan untuk aku."


"Maknanya kita dah rasmi la kan?" Tanya Haaim.


Ayara malu untuk menjawab, dia hanya mengganguk mengiyakan.


"Kenapa sekarang baru kau nak luah kat aku Im? Kenapa tak dari dulu lagi?"


"Aku tak mampu Aya, tapi aku kena luah juga sebab aku takut aku tak sempat nak luah pada kau nanti." 


"Kau janganlah cakap macam tu, kau buat aku lagi risau lah Im." Mula mengalir airmata di pipinya, dia sendiri tak tahu kenapa airamatanya asyik nak mengalir je arini.


"Janganlah menangis Aya, sayang aku ni kan kuat jadi tak boleh menangis." pesan Haaim tisu diambil perlahan dia mengelap airmata yang jatuh di pipi Aya.


"Yelah kau cakap bukan-bukan macamana aku tak menangis." Jawab Aya.


"Okayy, aku tak cakap dah. Jangan menangis lagi ya sayang.  Aku tak kuat nak tengok."


Ayara gembira mendengar panggila Haaim terhadapnya.


Ayara hanya mengganguk mengiyakan.


"Kita kena tukar panggilan. Tak boleh panggil aku kau lagi." Jelas Aya.


Haaim menggganguk mengiyakan.


"Saya nak awak panggil saya abang." Kata Haaim, memang dia teringin mendengar seorang perempuan yang dicintainya memanggilnya sebegitu. Walaupun cuma seketika.


"Ya abang, ok kan Aya sebut." Terasa malu pulak nak panggil Haaim begitu.


"Ok sayang." Haaim tersenyum melihat Aya.


Haaim menggangahkan tanganya untuk mengambil Sebuah kotak kecil yang diletak di atas laci kecil yang disediakan di situ untuk diberikan kepada Ayara.


"Apa ni abang?" Tanya Ayara, kotak itu bertukar tangan.


"Kenangan kita semua ada dalam ni, dari kecil sampai dewasa." Jawab Haaim.


Ayara ingin membukanya tapi dilarang Haaim.


"Abang nak sayang buka lepas abang habis pembedahan, abang nak sayang bahagia itu last wish abang."


Belum sempat Ayara mengukapkan kata, doktor yang ditugaskan membuat pembedahan terhadapnya masuk ke dalam bilik.


"Encik Haaim Shiraz, bersedia untuk jalani pembedahan?" Tanya doktor yang digelar doktor Ahmad.


"Sedia doktor." Jawab Haaim.


"Muka encik Haaim nampak ceria sikit. Sebab ada jantung hati kat sini ya." Sempat doktor Ahmad bergurau kerana melihat Ayara di sisi Haaim.


Ayara dan Haaim memandang satu sama lain, sambil bibir mereka mengukir senyum dengan gurauan doktor Ahmad.


Sebelum katil ditolak keluar Haaim sempat memesan.


"Jangan lupa last wish abang ya sayang, bahagia walaupun tanpa abang."


"Aya akan sentiasa doakan abang." Pesan Aya.


Beberapa orang jururawat terus menolak katil hingga ke bilik pembedahan sebelum itu, mereka memberhentikan katil Haaim didepan keluaraganya. Setelah itu mereka menolak semula sampai lah ke bilik pembedahan.


Ayara mengikuti Haaim bersama keluaraganya.  Kotak kecil yang diberi Haaim digengam erat. Ayara hanya melihat Haaim sehinggalah dia masuk ke bilik bedah.


Dalam hati Ayara tidak berhenti berdoa untuk keselamatan Haaim, dia sempat menunaikan solat bersama keluarga Haaim setelah selesai solat mereka menunggu semula di depan bilik bedah sehinggalah pembedahan selesai.


Setelah beberapa jam menunggu, doktor yang ditugaskan atas pembedahan Haaim keluar dengan wajah tak beriak sukar untuk mereka gambarkan apa yang berlaku.


Berita yang disampaikan oleh doktor Ahmad meluluhkan hati keluarga Haaim termasuklah Ayara. Sukar untuk dia percaya  apa yang dia dengar. Airmatanya menitis laju di pipi.


"Kenapa abang tinggalkan sayang, sayang baru je rasa bahagia abang." Omelnya dalam hati, kotak yang diberi Haaim dipeluk erat, tiada lagi orang yang selalu mendengar luahan isi hatinya, orang yang selalu melindunginya dan orang yang sentiasa berada di sisinya saat susah dan senang.


Doktor mengesahkan Haaim meninggal dunia ketika pembedahan dijalankan, mereka tidak dapat menyelamatkanya kerana penurunan jantungnya turun mendadak. Allah lebih sayangkan dia kerana itulah dia diambil nyawanya.

Setelah balik dari tahlil rumah arwah Haaim, Ayara terus balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah. Dia terduduk lemah di atas sofa.

Pemergian Haaim sangat memberi kesan terhadapnya. Panggilan sayang yang dipanggil Haaim masih terngiang di telinganya.

Panggilan abang terhadap Haaim mendatangkan kebahagiaan dalam hatinya, tapi kebahagiaan itu hanya seketika baginya.

Kotak kecil yang diberi Haaim yang diletakkan di atas rak tv dipandang, terus dia bangun dan mengambil kotak tersebut.

Perlahan kotak itu dibuka. Di dalamnya terdapat banyak gambar kenanganya bersama Haaim, dilihatnya satu persatu gambar tersebut. Airmatanya mula mengalir di pipi melihat semua kenanganya bersama Haaim Shiraz.

Setelah semua gambar dikeluarkan, ada sepucuk surat yang dilipat kecil, terus Ayara mengambil surat tersebut tertera namanya sayangku Aya di atas surat itu.

Ayara membuka surat itu dan membacanya perlahan.

"Assalamualaikum Aya, kalau sayang baca surat ni, riwayat hidup abang sudah pun terhenti di sini. Abang kuatkan juga tangan abang untuk menuliskan surat ini buat sayang. Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang walaupun sekejap sangat masanya, abang rasa bahagia sangat sayang.

Persahabatan kita selama ini pun adalah anugerah terindah buat abang, abang minta maaf kerana lambat memberitahu isi hati abang pada sayang.

Walaupun abang tak sempat nak halalkan sayang, abang nak sayang tahu yang I love you so much sayang.

Abang nak minta maaf kerana tidak beritahu sayang bahawa pembedahan yang abang jalankan mempunyai peluang sangat tipis untuk selamat. Abang redha jika itu takdir abang.

Carilah seseorang yang lebih baik dari abang, doakan abang selalu ya sayang. Abang nak sayang bahagia itu sahaja last wish abang. Abang nak sayang  kuat dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Yang benar lelaki kiriman mu,
Haaim Shiraz

Surat itu dibawa rapat ke dada dan memeluknya erat, Ayara menangis sepuas-puasnya. Last wish dari Haaim akan dia ingat sampai bila-bila dan cuba untuk mencari kebahagiaanya sendiri.

Pada akhirnya, yang
Pernah mencintai tanpa tapi,
Pernah bertahan tanpa alasan,
Pernah sabar tanpa sedarpun akan melepaskan tanpa pesan.

Tamat.

Thanks pada yang sudi baca😀
Maaf jika ada kekurangan😊



















Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.