Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
33,681
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 8

Setelah Hadif masuk ke dalam, Hanan mengajak Safiya pergi ke kafeteria kerana ada sesuatu yang dia ingin tanyakan.


" Kak Safiya sihat." Tanya Hanan setelah mereka melabuhkan duduk.


Pertama kali mereka berjumpa setelah bertahun lamanya. Safiya terasa sedikit kekok.


"Alhamdulillah sihat."  Jawab Safiya ringkas, cuba menyembunyikan rasa kekok di hati.


"Dah lama ke akak balik sini? setahu Hanan akak bekerja kat luar negara."


"Baru je 3 bulan lebih akak balik ke sini." Jawab Safiya.


"Sebelum ni akak dah jumpa lah dengan abang Hadif."


Safiya hanya mengganguk mengiyakan.


"Akak masih sayangkan abang Hadif." Tanya Hanan berterus terang


Safiya kehilangan kata-kata, dia buntu apa yang dia harus katakan pada Hanan.


"Sebenarnya.. akak." Safiya teragak-agak untuk berkata.


"Akak tak boleh tipu Hanan, cara akak pandang abang pun Hanan tahu perasaan akak terhadap abang masih sama." Hanan meneruskan bicara ketika Safiya teragak-agak untuk memberitahu dia tentang Perasaanya terhadap Hadif.


"Ya Hanan akak masih sayangkan abang Hadif dan perasaan tu tak pernah berubah walaupun dah 10 tahun akak jauh dari abang Hadif." Terluah dari mulut Safiya tentang perasaanya terhadap Hadif.


Terharu Hanan mendengarnya, sungguh setia seorang perempuan yang bernama Safiya terhadap abangnya walau abangnya dulu yang mulakan dengan putuskan pertunangan mereka.


"Akak, Hanan janji dengan akak Hanan akan satukan abang dengan akak semula. Itu janji Hanan. Hanan cuba nak tengok korang bahagia." Kata-kata Hanan membuatkan Safiya sebak.


"Terima kasih Hanan." Hampir menitis airmata di pipi  .


"Sama-sama." Kata Hanan, terukir senyuman nipis di bibirnya.


Ketika sudah masuk ke dalam wad Dimana abanhnya ditempatkan, dia melihat ayahnya masih tidak sedarkan diri. Perlahan dia melangkah menghampiri abahnya.


Sebak melihat kedaan abahnya yang masih lemah dengan kepala yang berbalut. Tangan tua abahnya dikucup sekejap, sebelum bibirnya singgah di dahi milik abahnya. Tanda kasihnya tidak pernah berubah terhadap seorang lelaki yang bergelar bapa.


Semasa abahnya tidur sahaja dia boleh berbuat demikian, jika abahnya bangun mungkin abahnya Akan marah terhadapnya.


Sedari tadi pak Hassan menyedari tindakan anak sulungnya itu, hatinya menjadi sebak. Kenapa selama ini dia ego terhadap anaknya yang terlalu baik seperti Hadif. Walau dia marah, Hadif tetap melayaninya dengan baik. Dia pura-pura menutup matanya semula setelah menyedari langkah seseorang masuk ke dalam biliknya 


Hadif memandang wajah ayahnya sekejap,sebelum dia melangkah keluar dari situ. Ketika dia ingin melangkah keluar ada seseorang yang memegang Tangan Hadif menghalangnya dari keluar.


Hadif terkaku seketika tanpa menoleh ke belakang walaupun Dia tahu siapa yang sedang memegang tanganya. 


Pak Hassan menghalang Hadif dari pergi, dia amat menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap anak sulungnya itu.


"Abang.. anak abah." Panggil pak Hassan, menitis air mata Hadif saat mendengar panggilan yang diucap dari mulut abahnya.


Sudah lama dia menanti panggilan itu disebut abahnya. Selama ini pak Hassan hanya memanggilnya dengan kata-kata kasar dan kesat sedikit pun tiada kata yang meyenangkan keluar dari mulut pak Hassan terhadap Hadif selama ini.


Hadif terus menoleh memandang abahnya.


Pak Hassan ingin bangun dari pembaringan, Dengan cepat Hadif membantunya bangun.


"Abahhh..." Panggilnya, tangan pak hassan dikucup lagi, airmatanya makin menitis laju di pipi.

Pak Hassan mengusap kepala anaknya perlahan.


"Maafkan abah ya nak, abah dah banyak buat salah dekat abang. Semuanya yang terjadi ni takdir tuhan. Cuma abah je tak boleh nak terima semua ini." Katanya sebak.


Hadif mendoggakkan kepalanya memandang abahnya.


"Abah tak ada salah apa pun dengan abang, abang yang banyak buat salah dengan abah." Mendengar kata dari anaknya, Hati pak Hassan semakin sebak.


Pak Hassan terus memeluknya anak erat, Hadif terkaku seketika dalam pelukan abahnya. Dia merasakan bagaikan mimpi, pelukan inilah yang dia rindui dari seorang yang bergelar bapa.


Hadif terus membalas pelukan bapanya erat kepalanya disandarkan di bahu pak Hassan. Hadif menangis sepuasnya dalam pelukan abahnya. Pak Hassan mengusap kepala anaknya perlahan.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.