Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
33,674
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 11

Setelah selesai solat subuh, Hanan terus pergi ke dapur, sebelum melangkah ke dapur. Sempat Hanan berpesan kepada abang dan abahnya.


"Abang takpayah tolong adik, adik nak buat sarapan untuk abang dengan abah, abah pula rehat dulu. nanti dah siap baru adik panggil." Pesan Hanan.


"Seriuslah adik abang ni nak masak, pandai ke?" Gurau Hadif.


"Mestilah pandai, adik pun macam abang juga teror dalam masak-masak ni." Katanya ceria.


"Yelah tu." Jawab Hadif.

Hanan mencebikkan mukanya, membuatkan Hadif ketawa dengan sikap rajuk adiknya.


Pak Hassan hanya tersenyum dengan kelakuan kedua-dua anaknya.


Hadif menghantar pak Hassan ke biliknya untuk berhat dulu sebelum menunggu Hanan menyiapkan sarapan. Hadif membantu pak Hassan duduk di kerusi malas yang berhampiran dengan katil pak Hassan.


"Abah rehat dulu ya, kalau dah siap nanti abang panggil" 


"Yelah, abang boleh tak abah nak minta sesuatu kat abang?" Tanya Pak Hassan.


"Apa dia abah?" Hadif menanti kata dari abahnya.


"Boleh tak kalau abang bacakan satu surah untuk abah? dah lama abah tak dengar suara abang mengaji, Dulu bila abang mengaji abah marah sekarang ni abah betul-betul nak dengar.


"Boleh abah, abang bacakan tapi abang nak pergi bilik abang kejap, lepastu abang datang balik ya." Jawab Hadif.


"Terima kasih abang."


"Sama-sama abah." Jawab Hadif, terus dia melangkah keluar pergi ke biliknya.


"Assalamualaikum." Terdengar orang memberi salam di hadapan rumah, terus Hanan melajukan langkah untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya.


"Walaikumsalam, eh! kak Safiya marilah masuk." Jemput Hanan ramah, dia tersenyum apabila melihat Safiya berada di hadapan rumahnya. Masa yang tepat untuk dia menyambung semula hubungan yang telah putus.


Safiya terus melangkah masuk ke dalam rumah, matanya memandang sekeliling mencari Hadif.


"Cari abang ke?" Tanya Hanan yang sedari tadi sedar dengan pandangan Safiya.


"Taklah mana ada, mana pakcik? masa pakcik kat hospital akak tak sempat nak melawat tu yang akak datang sini." Nafi Safiya apabila ditanya Hanan, terus dia menukar topik lain. Walaupun tujuanya datang sini memang hendak melawat pak Hassan pada masa yang sama dia ingin juga melihat Hadif.


"Abah ada kat dalam bilik rehat sekejap, sikit lagi keluarlah tu, kak Safiya duduklah dulu Hanan nak buat sarapan sekejap."


"Yelah, ni ambilah dalam ni ada cekodok akak buat lebih tadi, teringatkan pakcik tu yang akak bekalkan." Bekas yang berada di tangan Safiya bertukar tangan.


"Terima kasih kak, teringat kat pakcik ke? kat abang Hadif." Gurau Hanan huluran bekas dari Safiya disambut.


Muka Safiya sudah merah menahan malu dengan gurauan Hanan.


"Akak duduklah dulu, nanti boleh kita sarapan sama." 


"Boleh akak tolong."


"Boleh je, akak pergilah dapur dulu Hanan nak pergi bilik jap." 


"Yelah." Kata Safiya terus dia melangkah ke dapur.


Ketika dia melangkah keluar dari biliknya setelah mengambil barang, Hadif terserempak dengan adiknya.


"Abang, kak Safiya ada kat dapur."


"Kalau dia ada pun, apa kena mengena dengan abang." Jawab Hadif dingin.


Hanan mengeluh, dia pun tak tahu kenapalah ego abangnya tinggi melangit, hati kata suka mulut kata benci.


"Abang adik nak cakap dengan abang sekejap."


Hadif mengangguk mengiyakan, mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik semula.


"Abang, pasal semalam.." Hanan mulakan bicara, belum sempat dia habiskan kata Hadif memotong katanya.


"Keputusan abang muktamad adik, abang takkan kahwin dengan Safiya." Walaupun hatinya berat dia terpaksa, dia tak layak buat Safiya ramai lagi lelaki lain yang layak buatnya.


"Adik nak abang bagi alasan kenapa abang tak nak kahwin dengan kak Safiya?"


"Abang tak layak untuk dia." Jawab Hadif.


"Kenapa abang cakap macam tu, abang ada sembunyikan apa-apa ke dari adik?" 


Kata-kata Hanan membuatkan riak muka Hadif berubah, dia harus menyembunyikan tentang sakitnya dari abah dan adiknya.


"Abang takde sembunyikan apa-apa." Nafi Hadif.


"Kalau takde kenapa abang cakap yang abang tak layak untuk kak Safiya, tolonglah abang adik merayu abang fikirkan balik apa yang adik cakap semalam. Jangan sebab kami, abang sanggup korbankan kebahagiaan yang ada depan mata abang." Jelas Hanan panjang lebar. Terus dia melangkah ke luar dari bilik.


Dia harap keputusan abangnya akan berubah apabila mendengar apa yang dia katakan tadi.


Hadif termenung sekejap di dalam bilik memikirkan kata-kata adiknya, Almari di tepi katilnya dibuka diari diambil. Pen dipegang terus dia menulis sesuatu di dalam diari tersebut.


"Akak buat apa tu?" Tegur Hanan ketika melihat Safiya sedang leka menyiapkan sesuatu.


"Bubur kacang, akak tengok ada bahan dalam peti ais akak terus buat."


"Itukan kesukaan abang." Kata Hanan.


Safiya hanya mengganguk mengiyakan, walaupun dia dah Hadif dah lama berpisah, ingatanya tentang lelaki itu semuanya tak pernah padam.


Hadif terus melangkah masuk ke dalam bilik abahnya, untuk membaca surah seperti yang abahnya minta.


"Maaflah abah abang ada kerja yang kena selesaikan itu yang lambat sikit." Kata Hadif.


"Takpe." Jawab Pak Hassan.

.

Hadif terus menyelak surah ar-rahman untuk mengaji. Alunanya amat merdu sehingga pak Hassan yang mendengarnya terus terlena.


Setelah habis mengaji, Hadif melihat bapanya lena dibuai mimpi dibiarkan sekejap kerana tidak ingin menggangu pak Hassan yang baru lena. Terus dia ke bilik air mengambil wuduk.


Setelah wuduk diambil, Hadif mengerjakan solat dhuha dimana solat ini sesuai dilakukan di pagi hari.


Pak Hassan tak tahu dia mana dia berada, semua yang ada di sekelilingnya putih, ketika dia sedang mencari dia ternampak Hadif yang sedang tersenyum ke arahnya, yang dia lagi pelik kakinya elok sahaja melangkah tanpa memakai tongkat atau kerusi roda.


Hadif mendekatinya dan terus memeluknya erat.


"Abang rindu sangat dekat abah."


Pak Hassan merasa pelik padahal Hadif ada sahaja denganya, Hadif yang memakai jubah putih bersama kopiah putih ditenung hairan setelah pelukan mereka terlerai.


"Abang nak pergi mana? bukan abang ada ke kat rumah dengan abah." Tanya Pak Hassan.


"Abang nak pergi jauh dah abah, abang nak abah tahu yang abang sayang abah sangat-sangat."


"Abang tak boleh tinggalkan abah, abah baru rasa bahagia bila anak-anak abah dekat dengan abah."


"Abang terpaksa pergi abah." Tangan pak Hassan dikucup, perlahan pengangan tanganya dilepaskan.


"Abang, jangan pergi! tinggalkan abah, abang....." Jerit Pak Hassan apabila Hadif semakin lama semakin hilang dari pandanganya.


Pak Hassan terus terjaga dari tidurnya, dia lega apabila melihat Hadif sedang mengerjakan solat. Pada masa yang sama hatinya merasa risau dengan apa yang dia mimpikan tadi. Dia berharap dan berdoa yang semua itu tidak benar.


Perlahan Pak Hassan bangun dari kerusi malas menggunakan tongkat yang ada di tepinya, terus dia duduk di kerusi roda. Perlahan dia memusingkan kerusi rodanya sehingga ke luar, Dia tidak mahu menggangu Hadif yang sedang mengerjakan solat.


Hanan hanya melihat Safiya menyediakan sarapan setelah Safiya melarangnya untuk menolongnya, mana tidak telur pun dia goreng hangus nyaris api tak menyambar sekeliling dapurnya. Dia hanya membantu Safiya menyediakan gelas dan pinggan di meja.


"Abah dah bangun." Tegur Hanan apabila melihat bapanya gigih memusingkan kerusi rodanya, terus dia menghampiri pak Hassan untuk membantu.


"Mana abang?" Tanya Hadif kerana hanya melihat bapanya seorang sahaja keluar dari bilik.


"Abang kamu tengah solat duha, abah tak nak ganggu dia, abah keluarlah dulu."


"Takpelah kalau macam tu, kita tunggu abang kat meja je lah."


"Adik dah siapkan sarapan ke?" Tanya Pak Hassan.


"Bukan adik yang siapkan, ada orang lain yang tolong siapkan." Jelas Hanan.


"Siapa?" Tanya pak Hassan hairan


"Jom! adik bawak abah jumpa dia." Hanan terus menolak kerusi roda pak Hassan menuju ke dapur.


"Tulah orangnya abah." Hanan menunjuk ke arah Safiya yang sedang ralit menyediakan sarapan.


Pak Hassan hanya mengganguk sambil senyumanya terukir di bibir.


"Assalamualaikum. pakcik apa khabar?" Tegur Safiya setelah melihat pak Hassan di dapur.


Terus dia menghampiri pak Hassan tangan tua itu disalam dan dikucup sekejap. Dia sudah menggangap pak Hassan sebagai bapanya walaupun hubunganya dengan Hadif putus di tengah jalan.


"Walaikumsalam, alhamdulillah pakcik sihat." Kata Pak Hassan sambil bibirnya mengukir senyum.


"Abah dengan kak Safiya bersembanglah dulu, Hanan nak pergi panggil abang jap." Hanan meminta diri untuk memanggil abangnya di bilik.


"Yelah." Jawab Pak Hassan.


Hanan terus melangkah ke dalam bilik.


Suasana sepi seketika, Safiya kekok dia tidak tahu hendak bicara apa lagi dengan pak Hassan.


"Dah lama ke kamu balik sini Safiya?" Pak Hassan mulakan bicara cuba menghilangkan rasa kekok yang ada.


"Dah nak dekat setahun saya balik ke sini pakcik" Jawab Safiya.


Pak Hassan hanya mengganguk mengiyakan.


""Safiya pakcik minta maaf ya nak."


"Kenapa pakcik nak minta maaf sedangkan pakcik tak buat salah apa pun dengan saya." 


"Sebab pakcik kamu putus dengan Hadif, kalau tak kamu dah bahagia sekarang dengan Hadif." Katanya sebak.


Safiya duduk di kerusi sebelah pak Hassan dan memandangnya.


"Pakcik tak perlu salahkan diri pakcik, semua ni berlaku sebab memang bukan jodoh kami. mungkin kami memang tak ditakdirkan untuk bersama."  Kata Safiya cuba untuk menenagkan pak Hassan.


Pak Hassan hanya memandang Safiya, begitu baik hatinya sehingga apa yang menyakitkan hatinya dia terima dengan hati yang terbuka.


"Pakcik nak kamu kahwin dengan Hadif, pakcik cuma nak kamu berdua bahagia."


Safiya hanya tersenyum dengan apa yang disampaikan oleh pak Hassan.


Hanan melangkah masuk ke dalam bilik bapanya untuk memanggil Hadif sarapan bersama. Kalau dia menolak sekali pun dia tetap akan memaksa Hadif sampai lah dia mahu.


Pintu ditolak perlahan, Hanan melihat Hadif sedang sujud dia tunggu sebentar, mungkin sikit lagi akan selesai. Setelah 10minit Hanan hairan apabila Hadif tidak bangun dari sujudnya. Dia mula berfikiran yang bukan-bukan.



Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.