Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
53,701
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

Hadif duduk di kerusi dapur, termenung memandang botol ubat yang baru diambilnya di dalam kabinet. Apabila badanya terasa sakit ubat itulah yang dicarinya dulu.


"Kalau aku makan ubat ni ikut masa , masa yang aku ada untuk hidup tetap  suntuk juga kan?" Omelnya sendiri. Ubat tahan sakit yang diberi oleh doktor padanya  sudah tidak larut dalam badanya lagi. 


Keadaanya jadi semakin hari semakin teruk. Badanya juga sering sakit mungkin tulang belakangnya semakin membengkak.


Hadif teringat semula kata-kata doktor yang mengatakan dia menghidap penyakit kanser tulang dan masa yang tinggal buatnya juga tidak lama.


"Encik Hadif, apa yang nak saya sampaikan ni saya harap Encik Hadif dapat terima dengan hati yang terbuka." Kata doktor yang merawat Hadif yang dikenali sebagai Doktor Razin.


"Apa dia doktor." Hadif menanti kata yang keluar dari mulut doktor Razin.


"Sebenarnya Encik Hadif menghidap kanser tulang, tahapnya juga kritikal tulang belakang Encik Hadif semakin membengkak."


Hadif terima dengan keputusanya dengan tenang, 


"Maksud doktor, hidup saya dah tak lama."


"Saya hanya menyampaikan apa yang sepatutnya, selebihnya kita serahkan sahaja pada tuhan. Ikut perkiraan Encik Hadif ada masa setahun sahaja, saya akan bagi ubat untuk kurangkan sakit, itu sahaja yang boleh saya bantu." 


Hadif hanya serahkan sahaja semuanya pada tuhan, sebelum dia pergi dari dunia ini, dia ingin berbaik semula dengan abah dan adiknya itu sahaja perkara terakhir yang dia inginkan.


Hadif bangun dari kerusi yang diduduknya, botol ubat disimpan semula tanpa mengusik sebiji pun.


"Kalau masa aku pun dah tak lama, buatapalah aku makan ubat tu lagi." Omelnya sendiri terus dia berlalu dari situ.


Hanan melangkah masuk ke dalam bilik dimana pak Hassan berada, sudah dua hari pak Hassan berada di rumahnya. Hatinya juga merasa tenang apabila abahnya berada di depan mata.


"Abah, bangun abah jom kita sarapan pagi." Kejut Hanan, setelah selesai sahaja solat subuh pak Hassan tidur semula kerana terasa badanya letih.


Perlahan pak Hassan membuka matanya apabila terdengar suara Hanan memanggilnya, bibirnya mengukir senyum. Dengan layanan anak dan menantu yang sangat baik membuatkan dia merasa sangat selesa tinggal di situ.


Hanan membantu pak Hassan duduk di kerusi roda sebelum menolak kerusi itu keluar dari bilik, bilik pak Hassan terletak di bawah dekat dengan tandas, supaya senang untuk memudahkan pergerakan pak Hassan.


"Assalamualaikum abah, jom kita sarapan" Tegur Adrina ceria, dia terpaksa berpura- pura depan Hanan, kalau tak tak inginlah dia melayani pak Hassan dengan baik.


"Walaikumsalam." Jawab pak Hassan ceria, Hanan yang berada di belakang hanya mengukir senyum, dia senang apabila melihat isterinya melayani abahnya dengan baik.


Mak Timah pembantu rumah telah menyediakan sarapan pagi. Dia hairan melihat Adrina menolongnya di dapur selalunya nak melangkah sekali ke dapur pun tidak pernah. 


Adrina mengambil pinggan Hanan dan meletakkan nasi goreng dan pinggan diberi kepada Hanan, pak Hassan juga dia buat benda yang sama.


"Makanlah abah, kalau abah nak tambah tambah lah lagi." Kata Adrina ramah.


Pak Hassan hanya mengganguk mengiyakan.


Mereka semua diam seketika di meja makan untuk menikmati makanan yang ada.


Setelah selesai makan, Hanan bersiap hendak pergi ke kerja, dia melangkah menghampiri pak Hassan yang berada di ruang tamu.


"Abah arini adik dah mula kerja kalau abah nak apa-apa abah boleh panggil mak Timah ya." Kata Hanan.


"Takpe abah kalau abah nak apa-apa panggil je Rina." Kata Adrina yang baru habis mengemas dapur.


"Awak tak keluar ke arini sayang?" Tanya Hanan hairan, selalunya lepas je dia pergi kerja mesti ada je tempat yang isterinya ingin pergi, dia tidak bagi Adrina bekerja, kalau dah dia mampu menampung perbelanjaan  isterinya buat apalah isterinya penat bekerja.


"Abah kan ada, takkanlah sayang nak keluar, apalah abang ni." Katanya lembut.


Hanan hanya mengganguk mengiyakan.


Setelah Hanan pergi ke kerja, Adrina menghampiri mak Timah yang berada di dapur.


"Mak Timah arini boleh balik awal, saya tak keluar arini. Biar saya je yang jaga abah." Kata Adrina.


"Betul ke ni puan." Tanya mak Timah seakan tidak percaya, selalunya selagi tak habis kerja dia tak boleh balik.


"Betul la, mak timah nak balik ke tak?" Tanyanya lagi.


"Nak puan, saya balik dulu la ya." Mak Timah terus beredar dari situ.


"Nak suruh balik pun susah la orang tua ni." Omelnya sendiri setelah mak Timah keluar dari rumahnya.


"Mak Timah takde senang sikit aku nak marah ke apa orang tua dalam bilik tu."Omelnya lagi, terus dia melangkah ke atas masuk ke dalam biliknya.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.