Bab 3

IGA pagi.

Pintu rumah ditolak perlahan. Dengan penuh kepenatan, kaki diheret ke ruang tamu. Briefcase diletakkan di atas sofa manakala dia menghempas sandaran bersama keluh. Benar-benar mencabut tenaga bekerja untuk capitalism macam ni. Masa masih ada berbaki tiga jam untuk dia tidur sebelum subuh dan kembali memandu ke pejabat.

Stoking dilontar. Tali leher dilonggarkan dan duduknya direndahkan. Bersedia tidur dalam tempoh dua tiga saat, tapi tak jadi bila terasa paha dipijak sesuatu. Kelopak mata dibiarkan tergantung separuh, melihat kucing hitam isterinya selamba badak muncul dari gelap dan berehat di atas ribanya.

Ah, dia terlalu penat nak peduli bulu kucing atau apa-apa. Mata dipejam.

"Baru balik?"

Mata terbuka lagi. Terperanjat. Lagi-lagi lampu dah kembali menyala. Ah sakit mata. Dalam pedih menyelaras cahaya yang mencucuk matanya, dia melihat si isteri menuruni tangga.

"Kau tak tidur lagi?"

"Aku... tengah siapkan LEGO." Ayen ke dapur.

"Aah." Bila takda kerja, salah satu hobi Ayen ialah bina LEGO sampai boleh buat bandar dan pelbagai monumen bersejarah. Atau kadang-kadang puzzle. Selain itu dia membaca sebarang artikel dan jurnal yang berkaitan untuk kekal relevan dengan maklumat terkini. Hobi terbarunya ialah menjaga haiwan peliharaan sampai Egan Junior dah ada penempatan sendiri dalam rumahnya.

Riba dipandang, melihat Egan Junior dah tidur nyenyak. Sedap dia je buat sarang kat kaki orang. Tapi comel juga dia ni.... Bulu hitam itu diusap. Lembut sekali.

"Buat kerja apa sampai balik lewat sangat?"

Egann menjeling, melihat si isteri merapati sofa hingga bersandar pada belakang sofa. Isterinya menghulur kotak soya. Egann menolak.

"Company tergerak nak buat international investment. Since aku memang berpengalaman dalam subjek ni, aku yang kena lead project... tapi staf sehanat kuman pun takt ahu apa... its like a one man's job."

"Local investment tak cukup ke sampai nak cover international?" soal Ayen lagi, melayan. Rambut Egann diusap. Diurut kepala itu, hingga ke tengkuk. Lembut hati nak melonggarkan sebarang urat tegang yang perlu dikendur.

Sesungguhnya, urutan itu berkesan. Egann berterima kasih. "Selalunya orang buat international investment sebagai back up kalau ekonomi local jatuh..." Perhatiannya masih jatuh pada Egan Junior di riba. Ekor pendek itu ditarik, nak menjawab persoalan yang tiba-tiba muncul di kepala. Kening terangkat bila melihat si kucing tiada telur, lalu isterinya dipandang.

"Egan Junior takda telur."

Ayen menahan gelak. "Ini first time kau berbaik hati biar dia tidur atas riba kau... tapi benda first yang kau buat ialah cek dia ada telur ke tidak?" Kelakar pun ada!

"Aku curious... jadi maknanya dia ialah betina?" Si kucing diusap lagi. Jinak, manja dan sebenarnya agak pandai kerana senang dilatih. Dia pernah ternampak Egan Junior kencing di bilik air. Jauh di sudut hati, dia kagum dengan makhluk Allah ini.

"Ya."

"Jadi kenapa letak nama aku? Letak la nama kau."

"Takda self-concious person yang letak nama sendiri kat benda yang dia miliki. Selalunya orang letak nama favourite sebagai tanda kesayangan mereka." Ayen beralih dan lalu duduk di sebelah suaminya.

Egann mengangguk. "I see. Kalau macam tu aku letak nama Ayen Junior."

Berkerut dahi si bini dibuatnya. "Dia kau punya atau aku punya sebenarnya?"

"Mana ada asing-asing. Dia sama-sama punya."

"Kalau macam tu, letak Junior je la. Compromise."

"Nope. Ayen Junior."

Pulak dah.... Tapi, ini perkembangan yang menarik. Ayen tersenyum. "Kau bagi nama kat dia maksudnya kau dah mula attached dengan dia, tau." Kotak soya yang dah kosong diletakkan di atas meja.

"Who wouldn't. Dia comel kut..."

Egann berpaling bila terasa lengannya ditarik. Ayen dilihatnya menyandarkan tubuh di bawah ketiaknya, kemudian lengannya diletakkan pula di atas bahu si isteri hingga merangkul pinggang, dibuat macam selimut. Wanita itu sendiri memanjangkan tangannya memeluk pinggang si suami.

Hati Egann menghangat. Penatnya tadi hilang tanpa dikesan. Masa 3 jam yang berbaki rasanya taknak dihabiskan.

"Ayen..."

"Emm?" Muka dibenam pada sisi dada si suami, menjemput selesa. Rangkulan turut dikemaskan.

"Kau tak pernah buat perangai macam ni bila kau bekerja macam biasa, kau sedar tak?"

"Really?"

"Yea... Aku rasa aku suka kau jadi full-time housewife macam sekarang."

"Emm... tapi aku nak kerja."

"I know. Aku takkan halang... Cuma, I like that kau ada masa ekstra untuk aku... untuk rumah..." Ayen spontan melangut, terjuntik hati mendengar kata-kata itu. "Aku tak maksudkan sebelum ni kau tak atentif dengan aku atau tak peduli dengan rumah, cuma..." Dia menoleh, melihat kerut di muka isterinya. Alamak, Ayen nak marah. "You know what, aku tarik balik ayat aku. Anggap la aku tak cakap apa-apa."

"Kenapa tarik balik? Cakap je la!" Lengan Egann ditolak dan dia duduk tegak terus.

Keluh spontan terhembus. Dia nak jadi iron lady dia balik dah... "You were okay before, tapi sekarang aku rasa macam ada wife."

"What. Sebelum ni kau takda wife?!" Mata dicerlangkan. "Selama ni aku jadi apa? Batu? Robot? Superfulous ex-machina?"

Egann memilih diam. Sedar dia dah salah cakap, dan ketka ini, dia tak tahu apa yang perlu disebut bagi perbetulkan keadaan. Isu perempuan patut duduk rumah berbanding bekerja memang jadi isu panas dalam era moden ini, termasuklah pada Ayen memandangkan isterinya termasuk dalam definisi alpha woman yang kuat bekerja. Nilai diri ialah bila mengenakan uniform dan berkelakuan profesional, bukan pada kemampuan mengendali rumah tangga.

Ayen Junior dipindahkan ke tepi dan dia bangun.

"Egann. Kau nak kemana? Kita masih tak habis cakap!"

"Tidur." Dia terlalu penat nak melayan isu feminism ketika ini. Tanpa menoleh ke belakang, Egann naik ke bilik tidur.

Si isteri yang ditinggalkan di sofa, menghembus nafas panas. Dia memang benar-benar hampir mengamuk tadi, dan jika Egann terus nak menangkan poin dia, memang akan bergaduh sampai Subuh agaknya.

Melihat Ayen Junior masih tidur, dia merebahkan tubuhnya ke sofa dengan penuh hati-hati. Muka dibenam pada badan si kucing. Perut Junior digosok-gosoknya sambil menggerutu bahana komen si suami.

Aku rasa macam ada wife.

"Apa benda la yang dia cakap..." deramnya.


"DIA nak cakap kau dah jadi bini solehah berbanding jadi bini yang sekadar duduk rumah dia dan habiskan duit dia dan hanya bertemu bila masing-masing kebetulan bertemu cuti macam sebelum ni, la... takkan tu pun tak faham?"

Komen Husna membuatnya memuncungnya. "Teruk sangat ke aku sebelum ni sampai nak compare pon..."

Husna tersenyum pada sayur yang dibasuh. Kerja nak cari gaduh betul si bini ini. Tapi perasaan Ayen difahami, kerana dulu dia pun begitu. Perasaan Egann juga difahami, kerana Doug dulu begitu.

"Aku rasa dia tak berniat nak compare, pun... maybe dia sekadar appreciate yang kau ada kat rumah bila dia kepenatan balik kerja, dan kau ada tenaga lebih nak entertain dia sampai penat tu hilang... yang mungkin sebelum ni jarang berlaku..."

Ayen terdiam, mengingati rentak kerjanya. Jika semasa Egann masih bekerja dari rumah, dia gemar juga balik rumah terus bila habis shif. Tapi sejak Egann mula dapat kerja di luar, rumah jadi kosong. Orang yang menjadikan rumah itu sebagai 'rumah' tiada di situ – iaitu peranan Egann padanya, jadi dia lebih gemar menghabiskan masa menunaikan tanggungjawab di tempat kerja.

Itu ke yang dimaksudkan sebenarnya? Kehadiran dia sebagai peneman di sisi si suami.

"Sebelum ni aku pernah argue dengan dia pasal peranan wife yang juga ialah alpha woman. Dia pernah merungut kau banyak habiskan masa kat hospital berbanding teman dia kat rumah," lanjut Husna kemudian.

"Dah kerja aku kat hospital, dah nak buat macammana," getus Ayen sambil menjeling.

"Ye... dia thu..." Nak tergelak mendengar si kawannya sentap. "Aku defend kau masa tu. Egann memang faham juga berat tanggungjawab kau sebagai doktor. Tapi rasa terkilan sebab masa yang kau ada untuk dia tak banyak tu... masih ada." Si rakan yang basuh ayam di sebelahnya, dipandang. "Contoh macam sekarang. Kalau dulu, kau takkan ada masa nak datang rumah aku dan belajar masak nasi ayam untuk laki kau."

Ayen terkedu. "Mana kau tahu aku nak belajar masak untuk dia?"

"Habis tu kau nak belajar masak untuk siapa?"

"Untuk aku sendiri."

"Bullshit. Lebih senang beli kat kedai kalau untuk diri sendiri." Timun, tomato dan salad ditus dan dipindahkan ke meja. "Kau pun satu hal. Gaduh dengan dia, tapi masih belajar masak untuk dia. Pelik."

"Tak boleh ke? Dia laki aku. Gaduh-gaduh pun, aku tetap sayang."

Husna terkedu. Terasa hangat hatinya melihat perasaan yang Ayen simpan untuk Egann. Itulah cinta, agaknya.... Sesuatu yang hilang antara dia dan Doug suatu ketika dahulu kerana ego yang menjadi pendinding. Tiba-tiba teringin pula hatinya nak merasa kehangatan dan keselesaan perasaan itu, disamping merindui rasa cemburu dan semak yang turut mendatang untuk ornag yang dikasihi.

"Ayen..."

"Em?"

"Carikan aku jodoh?"

Menoleh si kawan dibuatnya. Terperanjat. "Dah kenapa tiba-tiba? Habis, Saif kau nak buang kat mana?"

"Wha?!" Giliran Husna terkejut beruk. "Sejak bila pulak aku dengan Saif?!"

"Lah, tak ke? Korang dating, kan?"

Husna terpejam kelip. "No!"

"Eh? Seriously? Aku mati-mati ingat... ehh? Tapi dulu korang cakap korang couple."

"Aku tipu kau la masa tu! Allah la hai... kau masih percaya sampai sekarang rupanya..." Timun diketuk ke dahi. "Even Egann tahu kitorang menipu, tau!"

Ayen tersenyum lalu. "Egann sensitif benda macam tu berbanding aku... aku masih tak sangka dia boleh melekat dengan perempuan batu macam aku, hahahah..."

"Aku pun query benda yang sama."

Ayen menjeling geram. "Tapi kau ada hati kat dia tak?"

"Tak!"

"Kenapa?"

"Kenapa??" Soalan kenapa, dikenapakan kembali. Tak faham kenapa soalan itu dikeluarkan.

"Korang sangat rapat. Sangat... sangat rapat. Sesuatu yang pelik bila tak berlaku apa-apa."

Keluh dihembus. "Aku dengan Saif pernah couple tapi tak menjadi. Aku tak nafi aku lebih selesa dengan dia sekarang, tapi kitorang lalu way past romantic feeling... mungkin kau boleh klasifikasi kitorang sebagai platonic soulmate."

Ayen mengangguk. "Saif macammana pula? Dia pun friendzone kau macam kau friendzone dia?"

Husna terdiam. Mata dikerling ke tepi, berfikir. "Honestly, kami tak pernah bincang benda ni, so aku tak tahu apa dia fikir..."

"Mungkin kau dah boleh fikir dari sekarang. Kau jugak yang mintak aku tolong cari jodoh. Jangan sampai terlepas pandang gajah depan mata semata nak cari kuman merata."

Si rakan itu mendiam lagi. "No... kami tak ngam..." Perlahan sekali ditutur.


HARI yang sama, pada malam itu, Ayen menghias rumah mereka dengan lilin beraroma serta kelopak mawar. Mesej dihantar pada Egann, meminta si suami balik awal. Setiba lelaki itu di pintu rumah, jatuh rahangnya melihat lilin yang terlampau banyak di dalam ruang, menggantikan lampu pendaflour. Gelap, suram, romantik. Malah terdapat lilin yang disusun atur di sepanjang tangga hingga naik ke atas.

"Kau betul-betul ada terlalu banyak masa terluang..." ujarnya pada Ayen yang datang merapat. Si isteri tertawa. Briefcasenya dicapai dan pipinya diciumi. Egann merenung wajah yang kini berhias, malah bertudung di dalam rumah. Lain macam si bini ni hari ini.

"Pergi la mandi. Aku ada sediakan baju untuk kau kat bilik. Kalau taknak tukar baju pun takpa sebab awak dah sedia kacak..." Tali leher si suami ditarik melonggar.

Egann menjungkit sebelah kening. Sebelum sempat Ayen beralih, lekas pinggang itu dirangkul.

"Aku nak ucap tahniah sebab kau berjaya bagi kejutan, tapi sekarang aku betul-betul dah bertukar jadi pelik. Kau nak celebrate apa sampai habiskan duit sampai beratus-ratus lilin macam tu?" Harga lilin itu semua boleh cover jumlah bil elektrik dan bil air sebulan rasanya.

"No reason. Aku bosan."

Boleh bankrap ada bini macam ni.

Egann melepas keluh. Mengalah dengan peel Ayen. Asal dia tak mengamuk macam malam tadi, sudah. Dibiarkan Ayen meletakkan briefcase dan tali lehernya ke sofa, dia ke dapur. Tapi meja makan dilihatnya kosong. Sebiji coklat pun tak ada. Lahhh....

"Bila tengok rumah macam nak buat ulang tayang first night macam ni, aku assume kau dah sediakan makanan? Tapi mana?" Dia mencangkung, mengintai ke bawah meja. Pun tiada makanan di situ.

Tergelak Ayen melihat ulah si suami. "First night kita bukan macam ni, la," getus si perempuan sambil mendekati suaminya.

"Second round, maybe?"

"Second round pun tak macam ni. Or the third round. I like the third round," selamba mengomel sehingga Egann menoleh. "Or the next round after that. And next... and next... and next—whoa whoa..." Dada itu lekas ditolak bila Egann tiba-tiba merapati tubuhnya. Muka itu ditutup dengan kedua belah tangan bila suaminya merukuk bersama muka berniat. "Kau kenapa? Tadi cakap lapar..."

"Kau buat aku lapar benda lain..."

"Pulak." Haru. "Kita makan dulu, ye sayang? Aku belajar buat nasi ayam dengan Husna siang tadi. Semua aku dah siapkan kat beranda kat atas. Jom." Bersama leretan senyum, si suami dipimpin ke tangga.

Si lelaki menurut tanpa kata. Haruman lilin, manja si isteri dan mood suram romantic membuatkan nafsunya mudah benar dijentik. Tapi perutnya juga dah main dram meminta diisi.

"Eh, kau cakap kau buat kat beranda?"

"Ye. Wait until you see our bedroom..." Sengih.

"Hujan la Yen."

Mereka berhenti di tengah-tengah tangga. Ayen menoleh pada si suami bersama muka ketat.

"No, its not," nafinya. Kemudian dia teringat semasa sediakan meja di beranda tadi, memang angin agak kuat.

"Aku redah hujan masa balik. Mungkin hujan belum sampai sini."

Terus dia menyeringai. Sepantas kilat, Ayen berlari naik. Separuh jalan, dia tersadung di tangga teratas. Egann kelam kabut nak membantu, tapi Ayen terlebih dahulu meloncat dari jatuhnya dan meneruskan larian ke bilik tidur walaupun terhinjut-hinjut.

Tak lama kemudian, Egann terdengar jeritan isterinya. Gema suara nyaring itu memantul hingga kedengaran serumah. Candle light dinner dia kena hujan la tu. Bersama keluh, dia turun semula ke dapur.

Memandangkan nasi dan sayur-sayuran masih berbaki, Egann sekadar menggoreng telur bagi menggantikan ayam. Boleh la asalkan masih berasaskan protein. Disediakan di meja makan, dimana Ayen sedang menggosok tulang betis yang terhentak bucu tangga dengan minyak gamat. Nampak benar kecewa di muka itu, menggamit geli hatinya.

"Tak guna sesalkan benda yang jadi. Meh makan."

"Effort aku rosak macam tu je..."

"Tahun ni rasanya kita dah belajar benda tu the hard way, Ayen. Just because we want something and we put effort in it, that doesn't mean Allah nak bagi... tinggal bersabar je la..."

Kata-kata serta nada kering si suami membuatkan wajah beku Erik melalui ruang bayangan. Tersentuh hati perempuannya. Ayen menoleh pada si suami yang melahap nasi dengan muka tenang. Egann nampak selamba, tapi mungkinkah hati suaminya masih tak boleh menerima kematian anak pertama mereka?

Dengan penuh sebal, dia membetulkan duduk. Handset dihidupkan, dan video dipasang. Disandarkan pada pasu. Dibetul-betulkan pada sudut yang betul supaya nampak dia dan suaminya di dalam frame.

"Kau buat apa ni, Yen..."

"Nak capture the moment."

Entah apa-apa bini dia malam ni. "Just eat your food... lepas tu kita tidur. Aku penat."

Sekali lagi hati kecilnya terjentik. Entah kenapa, sensitif pula dia dengan reaksi si suami. Hambar. Dia sangat bersungguh nak menjayakan malam ini, tapi berdasarkan apa yang terjadi, dia rasa nak bagi gred G pada diri sendiri. Bersama helaan nafas dalam, sebuah kotak hadiah yang disembunyikan dari tadi dikeluarkan. Diseret pada si suami.

"Sebenarnya aku ada benda nak celebrate... tapi sekarang rasa macam dah tak berbaloi..." Menggunakan sudu, nasi ayam dimasukkan ke dalam mulut. "Hm, takda rasa."

Kicap dihulur pada Ayen. Kemudian kotak hadiah kecil itu dikerling sekali sekala. "Hadiah untuk apa?"

"Sebab kau jadi husband terbaik yang aku boleh harapkan..."

"Sweet sayang, tapi kecik benar hadiahnya."

Bengang. "Taknak sudah!" Hadiah diambil semula, tapi dirampas si lelaki bersama ketawa.

"Hahah! Bini aku hadiahkan kat aku! No take back!" Mata dicerlangkan. Kotak kemudian digoncang, memikirkan hadiah apa yang diberi si isteri. "Kau buat kejutan macam ni sekali sekala, not half bad..." senyumnya.

Ayen turut tersenyum. "Bila terlalu bosan sebab takda benda yang nak dibuat, banyak benda yang aku fikir. Surprisingly, most of the time aku hanya fikir pasal kau." Dagu ditopang sambil merenung sengih yang semakin panjang leretnya. "Bukak la hadiah tu. Aku harap kau suka. Tapi jangan harap tinggi sangat!" Awal-awal memberi amaran.

"Okay. Paling tinggi aku boleh harap ialah kau hadiahkan aku Audi R8 Louisville 562 horsepower 406lb-ft torque seven-speed S tronic dual clutch transmission dengan quattro all-wheel with 20-inch 10-spoke-Y design wheels, sports mode." Muka yang ternganga itu dikerling.

"No... bukan Audi. Heck, gaji setahun aku pun tak mampu nak belikan kau Audi..." Seriau pula dengan expectation suaminya.

Tertawa lagi Egann. "Aku gurau je la." Kotak itu dibuka. Berbanding semua jenis hadiah yang bermain di kepalanya sekarang, dari kunci kereta Honda Accord kepada pen yang dilakar namanya atau jam Rolex sekalipun, apa yang diterima dari si isteri tercinta ialah tisu yang digulung membentuk silinder.

Egann jatuh rahang. Okay, dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Dia kena prank, ke? "T-tisu-tisu? Kau bagi aku tisu?" Keliru. Harapan rasa menjunam jatuh macam Icarus yang dibakar matahari dan jatuh ke bumi dalam keadaan hangus.

"Bukak la tisu tu..."

Masih kelam, tisu itu dicapai. Ah, ada isi di dalamnya. Bila dibuka, ujian mengandung menyapa pandangan. Dua garisan yang tertera pada alat tersebut menandakan keputusan ujian positif. Nafas Egann terasa putus. Ayen dipandang lagi. Wanita itu tengah menopang dagu bersama senyuman lembut. Mata si isteri nampak berkaca. Ada harapan yang bersinar di situ.

Harapan baru.

Ayen memanjangkan tangannya hingga menggenggam jemari si suami. "Aku minta maaf tentang Erik, tapi... aku harap kau ready untuk third round?"

Air matanya pecah. Lekas dikesat. Kemudian ketawa pula menyusul, mentertawakan diri sendiri kerana kalah dengan kejutan yang isterinya beri. Gagal menahan perasaan yang semakin merasuk, Egann bangun. Terus Ayen dimasukkan ke dalam rangkulan. Dipeluk seeratnya hingga tenggelam dalam tubuh. Muka dibenam pada bahu Ayen, menutup sebak yang kian memakan jiwa.

"Thank you sayang... thank you..."

Suara Egann kedengaran retak di telinganya. Ayen memejamkan mata, turut menahan sebak. Tangan dilingkar ke belakang badan itu, membalas pelukan si suami. Doanya supaya peluang kali ini akan berjalan lancar tanpa sebarang aral yang melintang.

"Masih nak mock my surprise?" Cuba nak buat lawak.

"Hahaha... tapi kau jangan buat perangai lagi!" Sempat memberi amaran.

Ayen tergelak. "I won't! I won't! I promise..." Kedua belah tangan dilingkar ke belakang tengkuk suaminya. "But to do that, I'll give you full control of my decision, my money, my everything. Kau kena jaga aku betul-betul."

Sengih Egann terus meluas hingga otot muka tak cukup fleksibel untuk meleret lagi. "This is your best follow up present!" Muka itu terus diciumi penuh suka. "You ready nak dengar my first control?"

"Apa dia?"

"I don't want you to work. Let me provide for us."

Automatik Ayen menolak tubuh suaminya. Terkejut dengan arahan itu. Egann masih dengan senyum walau serius.

"I don't want you to work," ulang si lelaki.

Liur ditelan. "Ada ruang for discussion and compromise, maybe?"

"Kau cakap full control..."

"Yea, but..." Tak tahu nak cakap apa. Takkan nak jilat semula ludahnya. Lagi-lagi selepas Egann benar-benar suka hati.

Tetapi sayang si isteri tak terlawan sayang si suaminya. Egann mengalah bila melihat kerut kusut di wajah suri hati. "Fine, kita diskus later... jangan buat muka macam ni..." Kerut di kening Ayen diratakan semula.

Ayen senyum lalu. "Thanks baby... I love you..."

"You're lucky that I love you too..."

"Hhahaha..." Tubuh sasa itu terus dipeluk seeratnya.

Rasa gembira kini bertukar menjadi azam. Kerjanya sekarang memakan masa, tenaga dan duit, tetapi Egann akan bekerja bersungguh-sungguh demi membina hidup yang selesa untuk Ayen dan anak mereka nanti. Hanya itu yang dia mampu buat demi membalas jasa si isteri.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh