Bab 19

HARI cutinya digunakan untuk melawat Husna dan mendapatkan semua barang-barang yang berbaki. Baru saja nak mengetuk pintu, daun pintu itu terbuka luas dan Husna memunculkan diri dalam keadaan lega.

"Ayen!! Kau dah balik!!"

Ayen gamam bila menerima peluk. "Lah. Kau yang halau aku."

"Ye ye ye!! Masuk lekas!!"

Pelik lagi bila dirinya ditarik masuk dengan kasar. Husna memanjangkan leher ke luar, seolah-olah memastikan mereka tidak dilihat sesiapa. Barulah pintu ditutup. Ayen memandang ke seluruh rumah. Tingkap ditutup, dan langsir juga diturunkan. Lampu di siling yang membantu menerangi ruang.

"Kau rindu aku sampai jadi macam Bella Swan putus cinta ke apa ni?"

Husna menggelengkan kepala sambil menghempas punggung ke sofa. Keluh panjang dihembus hingga kempis dadanya. "Ada orang intai aku..."

"Ha? Siapa pula nak mengintai kau."

"Mana la aku tahu. Tapi aku ada feeling yang sama macam Elisa harass aku dulu sebab rapat dengan Saif. Setiap malam aku perasan ada orang intai aku kat tingkap. Aku takut..." Muka diraup kasar.

Ayen pula tergamam. Lekas dia mengambil tempat duduk di sebelah Husna. Ditarik rakannya ke pelukan bagi meredakan gentarnya.

"Sejak bila?"

"Sejak kau keluar rumah aku."

"Kau dah bagitau Doug?"

"Dah... dia cakap aku fikir yang bukan-bukan..." Pelukan direnggangkan. "Aku tak nafi mungkin benar, tapi feeling ni kuat sangat. Aku hantar Ilyas dengan Yunus duduk dengan ayah mereka dulu. Takut ada apa-apa jadi kat dorang..."

"Polis?"

"Dah... tapi dorang sekadar anggap aku janda kesunyian yang dah penat jaga budak sampai berhalusinasi..."

"Kurang asam." Tapi potensi itu memang ada. Bila dilihat bahasa tubuh Husna, rakannya benar-benar dalam keadaan ketakutan, jadi dia taknak menolak kemungkinan yang 'feeling' rakannya itu benar.

"Saif?"

"Nak bagitau Saif dah kenapa?"

"Dia masih your closest male friend."

Husna memuncung. "Dia tenggelam timbul dalam life aku sekarang. Kali terakhir dia contact aku sebab suruh aku cari alasan halau kau keluar dari rumah supaya kau dengan laki kau sama-sama win-win dan takkan bergaduh sebab bet bodoh tu."

Kening Ayen terjungkit tinggi. "Itu Saif yang suruh??"

"Ha'ah... dia yang paling menyampah bila kau dengan laki kau sweet-sweet, dia juga ialah biggest fan korang. Tapi aku ended up halau kau sebab kau dengan Egann sebab buat aku bengang ne'way."

Lalu wanita bertudung itu tergelak. "Yea... FYI, aku dengan Egann tak buat pun pagi tu tau. Walaupun aku masih confuse kenapa tiba-tiba dia muncul. Tidur semalaman pula tu. Lapan bulan duduk asing, tapi tiba-tiba buat benda mengejut begitu. Sebab dia rindu sangat ke?"

Husna turut mengingati kejadian pada malam tersebut. "Dia call aku lewat pagi, mintak aku bangunkan kau." Dagu ditunjal, dan mata dipicing pada siling, mengorek memori. Dah tak ingat nak kongsikan ketakutannya pada si kawan.

"Iye? Teruk benar?" Senyum.

"Tapi bukan sebab rindu. Sebab ada perempuan berbogel depan dia dan cuba nak goda dia or something..." Mata Ayen membulat luas. "Yang buat aku terkejut, dia drive dari PD balik ke KL malam tu juga."

Ternganga lagi. Jawapan Egann pada malam itu pula ialah dia dapat kelepasan awal. Kenapa perlu menyembunyikan hal sebenar?

Tanpa dipinta, wujud keraguan di hati. Jika satu hal itu Egann dah sembunyikan, jadi berapa banyak lagi yang lelaki itu tak memberitahunya?

"Wow, my husband lied to me..." luahnya perlahan sambil bersandar.

Husna menoleh pelik. "No, he didn't. Aku rasa dia cuma nak lari dari benda yang boleh rosakkan rumah tangga korang. Kau untung dapat laki macam dia."

"Tapi kenapa tak bagitau aku?"

"To make you feel better, maybe? Maybe benda tu kau tak perlu tahu sebab boleh risikokan harmoni korang berdua. I mean, berbanding sebelum tahu dan selepas tahu, mana lebih seronok?"

Ayen mencerun. "Jadi salah kau sebab bagitau aku?"

Husna menyengih. "Hey, it's the flow of conversation. Aku sekadar meluah," ujarnya, turut bersandar di sebelah Ayen. "To be fair, aku jealous dengan relationship kau dengan Egann. Aku nakkan healthy relationship macam tu..."

"Doug dengan Saif masih takda progress, eh?"

"Doug, aku masih fikir dua kali. Saif pula zero. Aku sendiri tak pernah terfikir nak buat relationship dengan dia."

"Lah. Kenapa? Kau suka dia, kan?"

"Sejak zaman bila aku suka dia? Aku tak pernah berhenti bencikan dia!" Mata dicerlangkan. "Okay, sorry. Benci is a strong word. Tapi berbanding Doug, aku paling taknak Saif sebagai husband aku. Aku tak boleh nak maafkan apa yang dia dah buat kat aku. Dia dah rosakkan masa depan aku jauh lebih teruk dari duda aku sendiri, tau tak!" Serius!

"Pulak... Saif buat apa dekat kau sampai teruk sangat? Dia curang masa korang couple seminggu tu ke?"

"Worse."

"Apa yang worse... rogol?"

"Aku tak maksudkan dalam konteks jenayah..." Mata dikerling ke kiri, berfikir. "Okay, sorry. Ada sedikit unsur jenayah."

Ayen mencerun. "Apa dia?! Cerita je la!" Naik geram lalu.

Husna menjuih. Panas baran jugak dia ni rupanya. "Kau tau kan, the first case aku lawan dia kat mahkamah. Dia rep Egann, aku rep Datuk Roslan. Kau tahu yang Egann menang besar masa tu sampai Datuk Roslan hampir bankrap. Semuanya sebab Saif menang kat court..."

"Ye. Aku tahu."

"Aku tak nafi Datuk Roslan patut kalah sebab orang tua tu memang jahat. Tapi cara Saif kalahkan aku pun sama jahat. Dia rasuah hakim."

Muka Ayen dah bertukar menjadi emoticon mulut O. Biar betul?! Sukar nak percaya!

"That's not the worst part..." keluhnya perlahan.

Gamam. "Its not...?" Apa lagi yang lagi keji dari itu?

"Dia kepilkan kad nama aku kat duit rasuah tu..."

Ngangaan mulut Ayen bertambah luas.

"So yea... selain Datuk Roslan, aku pun bankrap sama. Sampai tak dapat kerja sampai sekarang. Semuanya kerana dua beradik tu..."

Gagal menahan diri, lalu Husna dirangkul lagi, bersimpati dengan nasib rakannya. Wajah Egann dan Saif dibayangkan dalam kepala bersama hati yang membara. Kedua-dua mereka perlu balas balik apa yang dah dibuat!


"KAU datang redah opis aku semata-mata nak cakap pasal Husna?" tegur Egann pada tetamu yang tak diundang pada tengah hari ini. Hospital beri off-day, pergilah berehat atau tidur sepanjang hari. Ini tak, pergi jaga tepi kain orang lain.

Ayen mendengus di hadapan meja suaminya. "Sebab aku tak boleh cakap benda macam ni dalam phone. Aku nak kau dengan Saif minta maaf kat dia dan perbetulkan balik apa yang korang dah buat."

"Sayang, you know I love you, tapi I won't discern kerja dengan hal personal. Husna patut tahu dia kalah kat court maksudnya dia kalah. Just stop being a sore loser je la," balasnya selamba, lalu kembali fokus pada beberapa financial statement di atas meja.

"Korang rosakkan karier dia!"

"Dia yang rosakkan karier dia sendiri by being lousy at her work."

"You guys hantar rasuah dekat hakim dan kepilkan kad nama dia! How is that being lousy! Korang fitnah dia! Korang rosakkan nama baik dia!"

"We didn't do that... kami menang fair and square." Masih tenang.

Ayen memuncung. Egann memang taknak melayan dia mencari gaduh. "You guys did. Husna bagitau," tuturnya rendah. Ada sedikit nada rajuk di situ.

Lalu perhatiannya pada cash flow, disekat. Memikirkan kata-kata itu. Anak mata dijuling pada wajah gusar isterinya. Pulak dah... bila mulut itu dah memuncung, dia kena memujuklah jawabnya. Sememangnya dia lemah dengan perubahan emosi Ayen.

"Kejap, aku call Saif..." iPhone di tepi mug World Best Investor, dicapai. Dipasang loud speaker. Sementara menunggu talian bersahut, dia menyandarkan tubuh sambil merenung wajah isterinya. "Husna apa khabar?" soalnya, berbasa basi.

"Dia tengah diserang anxiety. Ada orang stalk dan ganggu dia, katanya."

Kening berkerut. "Dah kenapa tiba-tiba? Selama ni okay je?"

"Tak tahu. Start lepas aku keluar dari rumah dia—"

"Yo. Ada apa?"

Teguran Saif dalam panggilan mematikan kata-kata Ayen. Egann menyambung isu yang tergantung tadi.

"Ayen ada depan abang ni, tengah marah abang pasal Husna..."

"Eh? Lari dari rumah lepas tu crash office semata-mata nak marah pasal orang lain? Elok perangai."

"Hahahah..." Gelak ditelan bila Ayen mencerlang. "Ehem, Ayen cakap kita rasuah hakim dan selit kad nama Husna untuk menang kes."

"Ermm... not exactly right. Kita menang kes sebab bukti solid, tapi Saif buat macam tu to speed up the process."

"Lah. Jadi betullah kau buat. Kenapa?" Benar-benar ingin tahu kini.

"Because you're sick! Datuk Roslan dan Husna plan nak drag the trial supaya abang mati dulu sebelum trial habis. Saif sekadar main game yang sama dengan dorang, tapi ditujukan dekat dorang."

Ayen lekas menyampuk. "Husna takkan buat macam tu, la!"

"Mahkamah bukan macam hospital yang penuh dengan doktor baik hati macam kau, Ayen. Kami dilatih untuk jadi Machiavelli, bukan Ibnu Sina. I respect game yang Husna nak main, she should respect mine and accept the consequences. Aku dah pun risk nyawa abang aku supaya Datuk Roslan boleh ditumpaskan masa tu... I'm not planning biarkan orang lain manipulating my bet."

Ayen mengeluh. "Then, korang takkan berbaik?"

"Aku baik je la dengan dia."

"On the surface, maybe. Tapi sometime, there's always like something doesn't finish between you two... I can't quite catch it but its there..."

Egann mendiam. Sekadar mendengar, memerhati dan menilai apa yang berlaku. iPhone dipandang kemudian, menyedari Saif turut senyap di sebelah.

"Saif? Kau masih kat situ?"

Kedengaran keluh. "Maybe lebih baik kalau kau ignore je hal dia dan aku, Yen, dan bantu dia cari husband macam yang dia nak."

Talian ditutup.

"That's cold..." desis Egann perlahan. Perkembangan di pihak Saif dan Husna masih di paras kosong nampaknya. Dua-dua berdegil taknak buat apa-apa.

Ayen pula bangun. Dah dapat apa yang dikehendaki, jadi dia nak balik. "Okay, bye... thanks entertain my once in a lifetime visit..."

"Hey. Siapa cakap kau boleh pergi?"

Wanita itu menoleh. "Look, sayang. I'm not your subordinate yang gelak bila kau buat lawak hambar dan melatah ketakutan bila kau marah. I make my own decision. So when I want to leave, I leave."

"And I told you to stay." Datar, tetapi berisi nada tegas.

Ayen diam. Egann diam. Laptop diam. Ruang pejabat itu pun sama diam, memberi ruang kepada keduanya berperang renungan mata. Setelah beberapa ketika, akhirnya kemenangan jatuh ke tangan Egann bila Ayen berpatah balik dari pintu dan bergerak ke almari buku. Tersenyum si suami dibuatnya.

"Good wife. Aku masih busy sekarang ni, jadi kau habiskan la masa membelek apa-apa yang ada di situ. Main handset ke apa. Tapi jangan balik selagi aku tak suruh."

Si isteri melabuh duduk di kerusi. Handset turut dikeluarkan. "Just so you know, this is my own decision nak stay. Bukan sebab aku dengar arahan kau." Masih nak menangkan ego.

"Sure."

Jari berketik laju di papan keyboard hingga menarik perhatian Ayen. Bapak laju dia menaip. Orang yang buat kerja deskwork memang menaip laju agaknya. Dah la tak pandang keyboard langsung. Mata biru itu tidak berkelip memandang skrin. Entah kerja apa dia buat tapi fokus benar. Dahlah handsome....

Diam-diam, Ayen mengangkat handset nak mengambil gambar si suami. Berderau darah bila Egann menjeling padanya.

"Jujur sikit nak tunjuk rindu tu boleh tak?" ujarnya sambil kembali merenung skrin laptop.

Ayen hanya meleret senyum kecil. 

Puas hati dengan rakaman video suaminya bekerja, dia bangkit. Berjalan-jalan di sekitar ruang pejabat yang besar itu. Almari buku Egann penuh dengan buku-buku berkenaan bisnes, stragegi berbisnes, buku ekonomi, pelaburan, akaun apa bagai...

Pintu pejabat tiba-tiba ditolak dari luar.

"Hai baby bear..."

Ayen menoleh ke pintu. Terkejut mendengar panggilan manja untuk suaminya. Egann turut menoleh lipat maut ke pintu. Suara itu dikenali yang amat! Dan sangat-sangat berita buruk kalau CEO itu datang menganggu dia ketika ini. Takkan takda kerja kat ofis dia kut!

Memandangkan Ayen sedang berdiri di depan almari buku yang berada di belakang pintu, maka Naadia tak perasan kehadiran isteri Egann di dalam bilik pejabat itu.

Dengan muka tenang yang dibuat-buat, Egann membalas teguran wanita cantik itu. "Baby bear?"

"Yea. Sebab you cute macam baby tapi badan besar macam bear. Baby bear." Pinggang dicekak dua belah. "Too much?"

"Its not office-appropriate, that's for sure"

Naadia gelak. "Yea... I try to make it cute but it came out stupid."

Ayen menahan ketawa. Sekadar rakan ofis mungkin. Flirt kosong. Cemburunya tadi memudar sedikit. Lalu buku diselak-selak.

Masih tak perasan Ayen di belakangnya, Naadia terus merapati meja.

"Meeting dengan Boustead pukul tiga tau. Tentang LCS."

"LCS? Isu crisis tu."

"I know. Sebab tu I nak bawa you sekali. CIO LTAT will be joining the meeting too..." Keluh dihembus.

Egann ternganga. "That's big... paperwork I tak sempat siaplah ni." Skrin laptop dipandang.

"Siapkanlah cepat. Submit it before three."

"You're killing me here!"

"Maybe if you're not procrastinating, you won't be killed easily."

"I did not procrastinate—damn you're a bad boss."

Naadia senyum. "If you fail to submit that report before due, you know you have to answer to me too. Maybe dinner for two, as usual."

Kening Ayen terjungkit tinggi pada wajah CEO Maybank di dalam majalah yang dibaca. Wanita itu ialah 'the boss'... dan ayat 'dinner for two as usual' menjentik telinganya macam digigit lebah. Berbisa dan berdenyut-denyut sakitnya. Jadi selama ini jika Egann cakap dia ada dinner dengan boss... maksudnya dia makan malam dengan perempuan itu? Hati mula meruap dengan wap panas.

Egann turut menyedari rahsianya pecah. Namun wajah dikekalkan biasa. "I dah tak boleh dinner dengan you lagi."

"Why? Takut gemuk? You don't peg me as someone who has issue with their own body."

"No. Wife I dah tak bagi."

"Just tell her its business dinner like the usual BS you always use," ujarnya senada, lalu berkalih. Baru perasan ada orang lain di pejabat itu. Bulat matanya seketika, lalu Egann yang meraup muka dengan kedua belah tangan, dipandang. "Egann... ermm... lain kali, kalau ada orang lain dalam office you... just for the sake that I won't look foolish... could you maybe notify me beforehand?"

Lelaki itu pula masih mengurut kepala. Habislah aku.... Kulit vanilla itu bertukar merah pekat, kini. Ayen dah tak berani dipandang.

"Why do you have a stranger in your office?" tegur Naadia lagi.

"She's not a stranger. She's my wife. She came to visit."

Kali ni air muka Naadia berubah mendadak. Akhirnya, 'wife' yang dibenci diam-diam, yang selalu didengari dari mulut Egann, benar-benar muncul depan matanya dalam keadaan yang langsung tak dijangka. Orangnya berbeza dari perempuan yang pernah dilihat bersama Egann di KLCC dulu. Jadi dia salah orang, kah? Jadi apa guna dia mengupah orang untuk menganggu Husna hingga sekarang!! Marah hatinya.

Wanita bertubuh kecil itu mendekatinya bersama senyum. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah parut di pipi kanan itu. Ew, hodoh.

"Hai." Salam dihulur dan disambut wanita korporat itu. Wow, salam yang ketat. Tanda orangnya ada keyakinan tinggi. Pada pemerhatian Ayen pula, wanita dihadapannya tinggi orangnya, sesuai jika berdiri di sebelah Egann. Bentuk badannya cantik. Mekap pada wajahnya sempurna. Pemakaian tudung hanya untuk berfesyen. Gaya sofistikated. Dia seperti kentang jika berdiri disebelah wanita ini.

Ah, selama ini dia berdiri di sebelah Egann pun nampak macam kentang.

"Maaf, saya berkenan nak menegur dulu tadi, tapi you guys duk bincang pasal kerja. So I rasa segan nak mencelah. So I tunggu Egann perkenalkan saya dekat puan."

Naadia mengangguk. "Did he call you to visit or..."

"Eh, tidak. Saya datang sendiri. To discuss something else... and maybe akan sambung kat rumah nanti to talk about whatever BS that you mention and shove it up his butt." Manis ditutur.

Buk! Egann menghentak dahi pada meja. Kuat bunyinya hingga membuatkan kedua-dua wanita itu menoleh padanya. Sebentar cuma, lalu mereka bertentangan lagi.

"I see. It never occured to me that his wife would be..." Kecil, macam dari warga orang kebanyakan, berwajah biasa, serta ada parut yang hodoh di pipi. "—I mean, you're lovely."

Itu pujian nak senangkan hati je. Panas pula hatinya, namun Ayen turut mengekalkan senyum. "Thanks. You're pretty."

"I know. So... ermm... sorry, sebab saya betul-betul curious. Are you really his wife or did he call you to act as his wife depan I?"

Ayen mengangguk-angguk. Hm. Hm. Perempuan ini kurang ajar walaupun cuba nak berlagak sopan. "I understand. He does have that liar liar pants on fire streak in him." Egann pecah peluh dingin. "But yes, I'm his wife. At least for now." Egann meraup muka. Habislah aku!! "The name is Nurul Ain, by the way. Friends call me Ayen."

Senyum. "I Naadia. I gotta say. Egann dah macam Prince Harry kat mata I. You beruntung gila sampai I jealous."

"Kenapa Prince Harry?"

"The way mereka sama-sama sanggup kahwini orang biasa... mungkin sebab dia bersimpati dengan golongan B40 macam you, jadi dia nak tolong."

Cilakak. "Haha."

"I suppose, beauty truly is in the eye of the beholder... bibik dari Indonesia pun masih nampak cantik asalkan pandai menggoda..."

Kening Ayen terjungkit tinggi. Lebih sangat dia ni! Aku dikatanya bibik yang goda Prince Harry?!! Buku lima mula digenggam, tak tahan menahan marah.

"Kalau dia level bibik pun, I masih sayang dia, Naadia," bidas Egann pula, cuba nak membantu.

"Egann kau diam," deram Ayen. "By the way, siapa abomination ni dan kenapa aku tak dimaklumkan yang kau buat kerja part time jinakkan succubus?"

"Succu—" Terkejut Naadia dibuatnya. Succubus ialah makhluk bawah tanah keturunan Syaitan yang berbentuk perempuan sundal dimana tujuan ciptaannya ialah untuk menggoda lelaki. Dah sudah, hinaan Ayen padanya dirasakan sangat kasar berbanding semua kata-kata yang dah dilempar pada wanita kecil itu sendiri. "Egann! Halau wife you keluar sebelum I call security!"

Tak sempat Egann nak menutur kata, Ayen dah meledakkan marah dulu. "Tak payah halau, I sendiri tahu jalan nak keluar! I stayed sebab baby bear you tu tahan I dari tadi!"

Naadia mendengus sambil berpeluk tubuh. "Clearly dia perlukan I kalau dia nak halau you keluar terus dari life dia."

Baru saja nak keluar dari pintu, langkahnya terhenti. Amaran itu dah bersifat lain. Dah bukan sekadar nak bertekak kosong, tetapi nak merosakkan rumah tangga mereka. Naadia kini dipandang dengan renungan berbeza.

"Egann, apa yang tengah jadi sebenarnya ni?" soalnya pada si suami tanpa mengalih renung dari renungan mata wanita cantik itu.

"Dia ada impian nak kahwin semula dengan aku," jawab Egann, dah kembali fokus pada kerjanya. Biarlah kedua-dua perempuan itu bergaduh. Lebih baik dia siapkan kerja. Tentang Ayen, isterinya akan diselesaikan kemudian.

"Excuse me? Semula?"

"Ya. Dia janda aku. Leila Naadia Omar."

"Why am I first time hearing this?"

"Kau tahu pasal dia. Kau cuma tak tahu nama dia"

Ayen mengerut dahi, memikirkan senarai janda Egann. Egann ada tiga janda sebelum dia. Yang pertama dan ketiga dikenali... jadi yang ini ialah yang kedua?

"Dan pasal korang masih contact sampai sekarang. Dan dia flirt dalam office kau siang-siang... yang aku maybe boleh consider waktu malam juga... atau maybe masa outstation pun..."

Ketikan pada keyboard terhenti sendiri. Egann menelan liur. Dia lupa, Ayen perempuan pandai. Seorang diagnostician. Walau dengan sedikit hint, wanita itu boleh memanjangkan pertuduhan logik hingga ke pucuk pangkal.

"—dan the fact that dia nak kahwin dengan kau semula..."

Liur kian berpasir. Lalu kerusi dipusing, dan wajah yang berisi ingin tahu itu ditentang. Tenang. "First of all, dia ialah CEO company ni. So she's free to go dekat level mana sekalipun, termasuklah office aku." Berhenti seketika, menilai reaksi Ayen. Tetapi kosong. Wanita itu masih tekun mendengar. "Secondly, sebab aku tak tahu how you're gonna react..."

Kecil hatinya. Seolah-olah Egann tak percayakan dia untuk menjadi matang. Keluh dihembus.

"Alasan ketiga?"

Suara retak itu membuat hati Egann pedih sama. Sebab inilah dia taknak memberitahu pasal Naadia! "Walau kau minta seribu alasan dan aku ada masa sampai setahun untuk fikir alasan terbaik pun... aku tak rasa aku akan jumpa alasan logik yang boleh pujuk hati kau sekarang ni...."

Renungan Ayen beralih ke lantai, masih menahan pilu. "Benda ni terlalu mengejutkan untuk aku. Boleh tak aku percayakan kau untuk handle dia ni on your own and spare me the details later?" pintanya kemudian.

Terkedu si lelaki. Lalu senyum meleret luas. "This is why you're the perfect woman untuk aku."

"I'm asking you untuk jaga rasa percaya yang aku ada untuk kau, Egann... can you confirm that?"

"Yes, my dear." Senyum.

Naadia kembali dipandang. "You're still pretty," komennya, lalu terus keluar.

Naadia menghantar wanita itu pergi dengan pandangan mata. "Your wife macam jinak..."

Tergelak lagi si lelaki. "Dia bukan jinak. Dia cuma tahu macammana nak proses emosi dia dan kawal action. And believe me... yang kena bakar kat rumah nanti ialah aku..."

"Sounds exhausting. Kalau I wife you, I takkan bakar you."

"Hahaha... but she's actually lovely. Walaupun following her heart is the last thing that she can do. But if she do, she's the sweetest."

"Macammana boleh berkahwin?"

"Sebab you tinggalkan I."

"Damn..." Naadia kalah. Dia beralih ke kerusi Egann semula. "You cakap dia cantik... you even duk sebut-sebut pasal dia macamlah she's the best thing that happen in your life..."

"She is."

"—so I duk bayangkan level Neelofa punya cantik dan high profile. I got caught off-guard bila I tengok dia tadi..." Dagu ditopang. "You gantikan I dengan perempuan level rendah macam tu? I betul-betul rasa insulted, Egann..."

Bibir dikemam pada laptopnya. "Ayen is everything... but a succubus..."

Air muka Naadia berubah mendadak.

"—That's why I love her. Again and again and again."

Liur ditelan. Kalau dihina oleh perempuan hodoh tadi, dia hanya merasa marah. Tetapi bila Egann sendiri yang memanggilnya syaitan sundal, ini dah lebih! Air mata mula berkumpul di kolam mata.

"You hina I..."

"I pinjam ayat Ayen. Dan I masih marah you cuba nak goda I dekat PD. Fokus I dekat kerja tinggal separuh tau!"

"Habis tu! You jugak yang reject I!"

"I dah kahwin! I've told you million times yang I cintakan wife I! Why won't you accept that?"

"Sebab you sepatutnya milik I!" marah Naadia pula, seraya bangkit. "I lepaskan you sebelum ni sebab I terlalu terkejut you sukakan lelaki, tapi I tak tahu you pun masih boleh tidur dengan perempuan! You are everything I look for in a man! You handsome, you kaya, you tahu cari duit, you respect perempuan, you baik, Egann... you baik sangat! I tak pernah jumpa lelaki macam you!"

"Kalau nak sembang baik, maybe you boleh try risik para ustaz... mereka jauh lebih baik..."

"Dan you tunjukkan kesungguhan you nak setia dengan wife you! You bukan lelaki curang macam lelaki dekat luar sana! That's why semakin lama, I semakin tertarik dekat you... I nakkan you... I nak you setia dekat I... bukan dekat wife hodoh you tu!"

Egann kelam. Dah tak tahu nak jawab macammana. Malah tak boleh nak leraikan macamana logik akal Naadia berfungsi. Jari telunjuk diangkat, meminta Naadia berhenti bercakap untuk membuka ruang kepada otaknya berfikir.

"Okay... Ayen tak hodoh. She's extremely cute, dan dia sebenarnya lebih tua dari rupa dia. Dia punya awet muda sampai tak payah tutup pakai make-up. Secondly... I tak faham logik you, Naadia. Jangan mengarut boleh tak? You sepatutnya perempuan pandai otak geliga. Heck, you're leading bank pelaburan kita ni. You sure you takkan bankrapkan kami semua kalau dilihat pada cara you handle pressure macam ni?"

Nafas didengus kasar bila dihentam sekali lagi oleh lelaki kesayangannya. Lalu Naadia terduduk lagi. Muka ditutup dengan kedua belah tangan.

"I'm sorry... sejak I jatuh cinta semula dekat you... otak I susah nak fikir jauh. Siang malam I duk fikir pasal you saje.... This feeling makes me stupid a heck lot."

Rungutan itu membuat Egann tersenyum kecil.

Naadia melepaskan keluhan berat. "Dan I nak minta maaf pasal malam tu. Maybe sebab I can't handle rejection pretty well. Selalunya I senang dapatkan lelaki, tak kira bujang atau dah kahwin, tapi you ialah cabaran terbesar I. Baik sebelum ni, atau sekarang.... I betul-betul ingat pertemuan kedua ni maksudnya jodoh you dengan I bersambung semula..." Mata biru itu direnung. Ya Tuhan kacaknya dia. Kenapalah Kau jodohkan dia dengan sampah tadi berbanding permata macam aku.

Egann bersandar lalu. Pen dimainkan di tangan. Berfikir. "Kalau you nak I maafkan you, you kena tunaikan permintaan I yang satu ni."

"Eh? Apa dia? I akan buat apa saja!"

"I nakkan rahim you." Senyum.

Naadia terkedu. Merah mukanya. "Itu permintaan yang pelik... tapi you dah pun dapat rahim I, you nak lagi?"

"Ha?"

"Ye la. You cakap you nakkan rahim I. Dia datang satu pakej dengan vag!#@ I..."

Bulat terus matanya. "I tak maksudkan macam tu!" Spontan dahi dipicit. Payah benar bercakap dengan perempuan macam ni. "Kejap. You cakap I dah pun dapat apa?"

"Sebab kita tidur bersama masa kat PD."

Mencerlang terus matanya. "We did not!!"

"How dare you! Masa I bangun pagi tu, I was feeling fresh from [censored]. I ingat-ingat lupa, tapi lepas tu I distinctly remember you yang [censored] dan [censored] lepas tu [censored] [censored] [censored]."

Kata-kata wanita itu dah buat otak Egann dilabel R. Muka diraup lagi, mengingati kata-kata Isam dimana Naadia hanya menyebut-nyebut namanya pada malam tersebut. Lalu dia menyumpah dalam hati.

"Kita tak tidur bersama..."

Mendengar penafian si lelaki, Naadia berkecil hati. Tetapi dipaksa telan dalam tenang yang berpura-pura. "I faham. I pun ekstra sangat malam tu sampai buat you kalah. You nak setia dengan wife you, so I akan biarkan benda tu lepas. I tak salahkan you pun."

Terjawab kini kenapa Naadia sangat tenang selepas balik dari PD. Sebab dia ingat dia dah dapat apa yang dia dah lama nak dapat, sedangkan hakikatnya dia dapat dari lelaki lain!

"No, we did not! We did not.... We did not!" Masih lagi. "Malam tu you tidur dengan lelaki lain! You dah cuba tanya Isam?"

Tersenyum lalu. Kasihan tengok muka kusut itu. Disangka Egann dihambun rasa bersalah hingga menyalahkan orang lain.

"Its okay, Egann. I dah cakap I takkan salahkan you. Jadi apa dia tentang you nak pinjam rahim I?"

Keluh berat dihembus panjang. "I dengan wife I ada masalah conceiving baby. Kami terfikir nak buat surrogation. So, I nak mintak you jadi surrogate mother kepada anak kami..."

Perbincangan bermula.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh