Bab 34

Paina here! Akhirnya aku dapat ilham yang aku berpuas hati nak buat write up. Aku ada intention nak buat dia dramatic, but apparently its not my forte. But what the heyy, i'll just do it at my own style and pace.

My idea masih sekadar raw dalam kepala and hasnt had the time to write it. So after this akan tetap slow update. Aku prefer upload one-shot tapi nak buat guane. My weekend dah open up so maybe ada masa by then.  

Egann masih perlu decide priority ialah dekat Ayen atau Erik, and I dont wanna settle with kematian tiba-tiba atau sakit tiba-tiba or whatever. I like death but not this time. Dia akan jadi anti-climactic. Also, how do you make a decision when you want both but at the risk of losing another, ne'way? Egann takkan nikahi Naadia either. How will he compromise on all this?

Hurmm.... tengoklah update akan datang. I have something in mind, though.

Thanks for reading! 

Best regards and stay safe,

Painarena

______________________________-

INI aneh.

Mula-mula dia dapat panggilan mengejut dari individu yang tak pernah menghubunginya walau sekali sejak awal perkenalan, dan kemudian perempuan berparut di pipi itu memaklumkan yang dia nak datang ke rumahnya. Naadia kurang gemar dengan apa yang berlaku, tetapi perempuan itu serius. Kerana sekarang ini, dia sedang berhadapan dengan perempuan pendek dengan parut di pipi itu di hadapan pintu rumahnya.

"Please tell me your visit worth my time," dengusnya, sambil mencekak sebelah pinggang yang dah hilang rampingnya.

Ayen tidak membalas. Anak matanya ditala tepat ke perut yang memboyot itu. "Macammana... kau masih boleh jaga nama baik kau sedangkan perut kau dah tak boleh nak ditutup lagi, dah?" Takkanlah takda langsung yang pesimis dan memarahi perempuan ini sebab melanggar hukum? Walaupun hal ibu tumpangan itu mungkin sejenis maklumat sulit, tetapi Naadia tetap seorang perempuan melayu yang belum menikah.

Kening yang cantik dipantis itu dijungkit sebelah. Kemudian cincin di jari kiri ditunjukkan.

Cis. "Authentic?"

"I made Egann buy it for me... I cakap baby dia nak I pakai. I even made him sarungkan terus dekat jari I dekat kedai tu," tuturnya dengan senyum kecil. Selain sengaja nak membuatkan Ayen cemburu, secara tidak langsung dia mahu memberitahu yang ada saksi awam yang melihat Egann menyarung cincin ke jarinya. 

Sebuah fitnah tanpa lisan. Hanya gosip yang memainkan peranan.

Bahu kemudian disandarkan ke tepi pintu, langsung tidak berniat nak menjemput tetamu yang tak diundang ini masuk. Malah tak kisah berbual di koridor kondonya.

"Patutlah orang ingat you guys are married..." keluh Ayen akhirnya.

Naadia melentokkan kepala. "Also sebab I dah resign untuk jaga anak kami..." Jadi rahsianya masih tetap terjaga daripada kantoi dekat HR.

Mata Ayen membulat seluasnya. Kali ini terkejut beruk macam emak mendengar anaknya mati eksiden. "You resigned?!"

Dan kejutan itu disambut dengan kerut di dahi. "Egann cakap dia nakkan baby dia dijaga dalam keluarga sempurna. He shared that drawing of his to me... that perfect family drawing... I want to be the woman in the drawing."

Keras rasa liur dibuatnya. Lukisan perempuan itu sebenarnya ialah aku....

"Tunaikan request dia... takdelah susah sangat..." sambung Naadia sambil mengusap perutnya. Mudah sekali berkata-kata tanpa sedikit pun menyedari dia tengah melukakan hati perempuan di depannya. "Tapi I perlu halau you keluar supaya dia pandang I seorang."

Mata terpejam, menahan air mata yang tengah bertakung dari pecah ke pipi. "Yea... Kau lebih serius nak jaga hati dia berbanding aku... I mean... hahaha..." Belakang kepala digaru. "Tiga kali failure... but not even once aku terfikir nak berhenti kerja sebab nak jadi full-time housewife..." Perut memboyot itu direnung lagi. "Not even once... aku terfikir nak korbankan kehendak aku sebab nak tunaikan request dia..."

Air mata itu direnung datar. Benar-benar kurang pasti kenapa kata-kata itu ditutur kepadanya pada ketika ini, tetapi dia tahu tentang tiga kali kegagalan itu, malah dia juga berjaya menghasut Egann untuk meneruskan proses ibu tumpangan kerana isu itu semata. Jika Ayen turut terkesan secara emosi dan mental, Naadia merasakan dia mampu menambah pedih di hati Ayen supaya emosi rabak ini terus hancur berdarah..

"You know... kalau you cintakan dia, tunaikan request dia should be easy. I faham yang committing tu susah... making sacrifices, memang sangat susah... but if its for him, its as easy as breathing. You dengan I sama-sama tahu dia nakkan housewife. I wanna be one for him."

Ayen terkaku, seraya melangut pada si perempuan tinggi. Ya, ketinggian Naadia cukup ngam dengan ketinggian Egann berbanding dia.

"Kau tahu...?"

"Dia bagitau."

Apa je yang dia tak share dengan kau... Geraham digigit sekuatnya, menahan pedih yang kian merasuk.

Naadia terus merenung. "You dengan dia nampaknya had a hard time adjusting with life after the honeymoon period is over. This is just my observation, tapi I tengok you sebenarnya lebih cintakan diri you berbanding cintakan husband you."

Percuma.

Tembakan tepat ke hati dan ego. Umpama Chun-Li yang dah dibalun dengan Hadouken berkali-kali.

Total defeat.

Air mata dibiarkan membasahi pipi, tetapi kali ini dihiasi senyum yang cukup pahit di bibir. Menerima kata-kata itu walau sepahit hempedu. Perlahan-lahan tangan diangkat. "Aku pegang, boleh?"

Naadia tidak menjawab, tetapi Ayen dah melangkah daulat dahulu. Perut yang lembut itu diusap sehalus yang boleh, digosok, dan ditangisi sekali lagi. Menyesali bukan dia yang boleh memberi bayi sihat kepada suaminya tetapi perempuan lain. Dan bukan dia yang mengalah dari menjadi career woman kepada housewife terlebih dahulu, tetapi perempuan lain... malah yang jauh lebih berjaya darinya. Dengan anak tekak yang kian mengembang, dia cuba berkata-kata.

"He wanted his baby... so much... so... so much..."

"I know."

"Tolong... lahirkan Erik sebagai baby sihat... dan lengkapkan impian dia... sebab aku tak boleh buat... please?"

Naadia tidak menjawab,

Air mata Ayen pula terus menerus mengalir macam hujan di musim tengkujuh. Tangannya dah mula menggigil bahana derasnya hambatan emosi Ketika ini. Kepala ditundukkan lalu.

"Erik... Erik... jadi anak yang baik dekat daddy... m'kay? Jangan derhaka macam bapak kau, okay?" Ketawa terlepas sendiri. Ah, sendunya! Air mata dikesat dengan lipatan tangan, dan dagu runcing Naadia dipandang dari julingan mata. "Kau pun... jaga Egann baik-baik. Dia suka masakan homemade. Dia walaupun jahat, tapi ada impian macam budak kampung. Dia tak suka perempuan clingy, tapi dia prefer kalau kita clingy lepas dia yang menggatal dulu. Dia dominan. Dia annoying. Dia baran. You don't wanna mess with his wrath... aku bagi warning awal-awal. Tapi dia ada hati yang baik. Dia sejenis trouble, tapi dia masih boleh ditambah baik..." Kepala ditundukkan. "Dia sentiasa strive to be somebody... that's why having a kid fits his life mission..." Senyum dilukis lagi walau dengan penuh susah payah. Naadia lalu dipandang bersama air mata. "Tolong jaga dia baik-baik... please?"

Lagi sekali permintaan itu keluar. Naadia masih tidak pasti nak bereaksi macammana, tetapi boleh diteka motif soalan itu.

"Kau nak lepaskan dia?"

Tetapi Ayen tidak menjawab, sebaliknya dia bergerak pergi dari situ. Perlahan dan cermat sekali langkahnya, seolah tidak meninggalkan kesan dan bukti yang dia datang melawat dan menangis depan kondo orang.

Perempuan aneh.

Tetapi tingkah laku itu tetap memanggil Naadia untuk menghubungi Egann. Sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam rumah tangga lelaki itu. Bodoh namanya kalau dia tak mengambil peluang!


EGANN mengambil masa yang lama untuk sampai, tetapi dia tetap datang. Ah, lelaki ini. Waima sekalipun dia tidak pernah berhenti nak memberi perhatian dan kasih saying padanya – walaupun motif Egann berpunca dari bayi di perut.

Tetapi hari ini lain. Hari ini, Naadia menyaksikan isteri lelaki ini dah mengalah. Jadi Naadia mahu menambah rencah dalam lawatan si kacak. Baju tidur merah berkain jarang dengan pakaian dalam hitam dikenakan pada tubuh. Perfume yang khusus untuk menggoda lelaki disembur ke tubuh, malah rambut turut didandan secantiknya. Biar Egann melopong terpukau bila dia menyambut si lelaki di depan pintu nanti.

Tapi, bak kata Ayen, Egann gay untuk semua perempuan kecuali si bini itu.

"Why are you dressing up like that? Pergi pakai baju proper sikit? Or else, I tak masuk!" marah si mata biru di depan pintu.

Pak Imam pun tak susah macam ni! Naadia mendengus mengalah. Baju kelawar dipakaikan ke tubuh dan barulah Egann melangkah masuk. Seperti biasa, mereka menonton movie sama-sama sambil lelaki itu berbual dengan si anak di dalam perutnya. Egann bertambah ceria bila dapat tahu tempoh kelahiran kini tinggal sebulan. Naadia mengambil peluang mengelus rambut lebat si lelaki. Selalunya Egann membiarkan, tetapi kali ini tangannya ditahan.

"Tinggal sebulan lagi Naadia. I suggest you jangan manja sangat dengan I. Lepas you serahkan baby I, I nak putuskan semua pertalian kita sebab I nak fokus baiki relationship I dengan Ayen."

Air muka itu serius sekali, sama tahap serius yang kerap kali dilihat setiap kali mereka membuat meeting bersama ahli Lembaga Pengarah.

"Baiki relationship? Sekarang ada masalah ke?" Saja bertanya.

Egann tidak menjawab.

"You masih taknak consider I sebagai partner you?"

"I takkan duakan Ayen."

"I sanggup buat apa saja untuk you, tau. Seluruh harta I, nyawa I, tubuh badan I... semuanya untuk you, Egann..." Tangannya dilarikan ke paha itu, tetapi godaannya dihalang lagi.

"Don't."

Hanya sepatah, tetapi kukuh sekali arahannya hingga Naadia akur.

Demi memulihkan mood yang terasa hambar dan janggal, mereka bermain chess. Mujur dua-dua gemarkan permainan strategik, malah kompetitif juga, maka mood tadi bertukar ringan dengan mudah. Naadia lega bila Egann dah mula tersenyum semula, hingga tiba-tiba lelaki itu bertanya soalan yang dirasakan cukup rambang.

"Kenapa perempuan gunting rambut sampai pendek?"

Ehh? Akal sempat berkira-kira kenapa soalan itu keluar. "Erm... nak tukar style?"

"I mean like..." Knight digerakkan dan makan Bishop Naadia. "Kalau you ada rambut panjang... lepas tu pendek sampai jadi macam pengkid. Macam rambut lelaki punya pendek... macam... you know... takda hati perut punya pendek!!" Emosi terlepas tanpa dapat ditahan.

Berkerut dahi dibuatnya. Lelaki ini beremosi kerana soalan yang berkait dengan perempuan... jadi sebab bini dia, kah? Ah, tiba-tiba dia malas nak melayan.

"Again, sebab nak tukar style. Pixie cut pun sejenis style yang cute kalau kena dengan bentuk muka. Kadang rimas juga dengan rambut panjang, so pixie cut is a refreshing change of pace." Senada membalas sambil menggerakkan Pawn-nya ke hadapan Queen Egann.

Kening Egann terjungkit tinggi. "I see..." Papan chess direnung seketika. "And you sucks!" Dengan sengih luas, Queen digerakkan, memakan Pawn, Pawn, Knight, Queen dan seterusnya King Naadia dalam sekali gerak. "Checkmate!! Hahha!!" Puasnya hati!

Si perempuan tersenyum. "Good for you."

Egann yang tengah tergelak suka lalu mengesan nada ringan itu. "You sengaja buat I menang?"

"You nampak kusut. So I thought maybe you need to relieve the stress a little... and its just a game."

Senyuman si lelaki memudar lalu. "I thank you... tapi jangan buat lagi. I lagi rela kalah dari dipermainkan macam ni..." dengusnya.

Dia dominan.

Entah kenapa suara tangis Ayen kedengaran. Naadia merenung papan chess dengan redup, lalu tangan dipanjangkan ke tangan lelaki itu. Diusapnya. "Tell me... apa masalah you sebenarnya? You boleh share dekat I... at least kalau ada telinga yang dengar, you boleh release the tension a little walaupun masalah tak selesai?"

Itu cadangan bernas walaupun hakikatnya, dia sedang cuba mengikat Egann dalam sebuah pertalian tanpa label. Lelaki ini mungkin tidak sedar, tetapi dengan berkongsi rahsia hati, sesuatu yang halus boleh terbentuk. Sebuah pertalian khusus di antara mereka kerana berkongsi sesuatu yang sama berdua. Sesuatu yang boleh melukakan hati Ayen, dan Naadia mahu terus menggunakan sesi perkongsian ini sebagai pelurunya di masa kelak, jika berpeluang.

Egann memulakan sesi luahan perasaan dengan hembusan nafas panjang. Mulut dibuka, namun tiada suara yang keluar, kerana tidak pasti nak bercerita macammana. Rambut Husna dibayangkan, kemudian gambar Ayen berambut bob di dalam handset wanita itu. Ah bodohnya... kenapa kau buat aku macam ni Yen.... Lalu muka dihentam ke meja. Kuat sekali hingga berkocak kopi di dalam cawan.  

Naadia terkejut beruk. "Kenapa ni, Egann..."

"My wife... she cut her hair..." gumamnya pada meja. Rambut Ayen... rambut cantik Ayen... rambut wangi yang memberi damai setiap kali sebelum tidur... aromaterapinya setiap hari... dah jadi pendek macam lelaki... sedihnya ya Allah....

"Her hair?" Itu je?

"Her heautiful flowing locks... dia gunting pendek...betul-betul pendek sampai boleh buat aku sakit jantung bila dapat tahu... dia macam pengkid baru nak up.... I frickin hate Husna..."

"You suka perempuan rambut panjang rupanya?"

"I tak peduli kalau perempuan lain rambut panjang atau pendek. I cuma nak rambut dia panjang supaya I boleh main..." Bawah sedar tangan diawang ke udara seperti mengelus rambut isterinya. Muka digolek ke kiri ke kanan. Macam budak tiga tahun merajuk tak dapat aiskrim.

Naadia melentokkan kepala. Comel pula melihat perangai itu. "You boleh main dengan rambut I..."

Egann mengangkat kepala, memandang rambut perang yang menghiasi wajah Naadia seperti sebuah frame emas. Cantik, subur dan berkilat. Egann merebahkan kepalanya kembali macam baru melihat iklan yang tidak mencapai standard yang dikehendaki.

"No thanks..." Masih menggumam.

Keluh berat terhempas spontan. Dia bersandar lalu. "Apa dia yang you suka sangat dengan perempuan tu sebenarnya? What is is about her... yang buat you fixated sangat sampai langsung tak boleh nak pandang perempuan lain? Sebab I jauh lebih baik dari dia! I lebih cantik, lebih berjaya, lebih tinggi..."

"Kalau kita nak start buat perbandingan, of course you yang menang Naadia. Kalau hantar dia bertanding dengan you, dia dapat sijil participation je..." ujar Egann, masih dengan kepala menyembah meja.

Wanita itu tergamam. "Then what is it? Apa yang kurang dekat I?"

"You tak kurang." Barulah dia bangun. Wajah cantik yang hampir menangis itu dipandang dengan muka sedih. "You perfect in every aspect... but the thing is, you tetap bukan Ayen. And I'm in love with Ayen. That's all..."

Kepala digeleng, gagal menerima. "But she's so ugly..."

"She's rather plain, aku tak nafi. Interestingly, pilihan makanan favourite dia pun sangat plain. Nasi putih, kicap, telur, ikan masin. Kalau ada sambal belacan, nasi dia bertambah. Kala nak special sikit, tomyam..." Senyum tercuit bila mengingati muka gembira Ayen setiap kali dia masakkan tomyam kegemaran isterinya. "She knows how to makes you feel appreciated, hahaha. Tapi basically dia boleh makan everything asalkan ada nasi putih dan lauk. That woman of mine sangat senang dijaga hahaha. Satu je problem dia yang aku susah nak handle. Pendek. Seriously pendek. Macam, paras dada aku punya pendek. Kadang-kadang aku susah nak cium dia dan dia sentiasa tau nak elak sebab pendek dia. Jadi aku kena tangkap dia dulu macam tangkap kucing... kuat menggigit, pun macam kucing!" luahnya bersama mimik muka kini.

Naadia mengeluh. Mula menyesal kerana membangkitkan topik Ayen.

Egann masih tak habis bercakap. "Disebabkan pendek dia, dia simpan high dosage of sarcasm and temper yang boleh libas kau sampai maut anytime dia nak... her dark humor could actually kill, hahaha. Dammit I love that woman." Kepala digeleng, mengingati perangai Ayen. Senyum terlahir lagi bila memikirkan kenakalan isterinya. Mereka tidak minat benda yang sama, tetapi mereka sama-sama tahu macammana nak menerima perangai masing-masing. Hatinya terasa menghangat kerana mengingati si cinta hati. Egann menyukainya. Lalu Naadia dipandang dengan senyuman lembut, seolah-olah sedang melihat isterinya sendiri di depan mata.

"I am seriously in love with her, Naadia... I don't understand it myself but I love her... I really... really... in love with her..." Satu persatu disebut, biar didengari di telinga sendiri dan dihantar terus ke otak. Segarnya perasaan ini, hanya Tuhan yang tahu. "Kalau you tak boleh hadam benda simple macam ni... I tak tahu nak reject you macammana lagi dah."

Terasa keras liurnya. Si cantik tertunduk lalu, mula terasa kalah. "But she... she killed your kids..." getusnya, cuba menghasut pula.

"Ya... itu alarming... but I still love her however self-destructive she may be... I rasa ada peluang untuk kami selesaikan masalah tu, tapi setiap masalah yang datang perlu diselesaikan satu persatu... and right now, you salah satu dalam masalah rumah tangga kami..." Wajah kusut di hadapannya direnung redup. Mata yang dihiasi maskara itu melarikan diri darinya, tetapi Egann tak peduli. Harapan Naadia perlu dinoktahkan dan dinamik sebagai business partner perlu dikembalikan. "After everything, we will stop seeing and contacting each other, okay? Kalau you nak, I boleh tolong carikan husband untuk you kalau you sudi."

Cadangan yang tak perlu dan benar-benar menyakitkan hati!! Mata terpejam terus, menahan pedih yang semakin mencucuk. Bibir digigit kasar, menahan batuk. Menahan tangis. Wajah Ayen dibayangkan lagi, pada kecilnya standard perempuan hodoh itu dimatanya. Dia kalah dengan muka berparut itu?? Ini tidak patut! Tetapi jika dia nak menggoda Egann dengan aset di tubuh juga bukan strategi yang betul kerana lelaki itu immune! 

Cari cara, Naadia... ada cara untuk tundukkan hati Egann. Ada lubang untuk kau menyelit dan ikat dia untuk kau seorang. Aku pasti kau boleh jumpa. Bini dia dah mengalah. Jangan lepaskan peluang ini!!

Muka kesian diberi pada si lelaki. "So... even if I beg you macammana sekalipun... you takkan kahwini I?" 

"No."

Kukuh dan solid sekali. Dia tersenyum hambar.

"Macammana kalau I cakap kita share this baby? Will you still cast me aside after everything is done?"

"That baby is mine and Ayen's. Not yours."

"I swapped her ovum with mine's."

Mata Egann membulat.

Kandungan diusap. "I paid the lab up front. Lucky me, the egg attached to me berbanding wife you. Thank Allah sebab permudahkan urusan I..."

Muka lelaki itu perlahan-lahan bertukar rona. Warna merah bercampur aduk, mewarnai kulit vanilla itu. Dadanya mula berombak. Rahang mengetat. Mata bertukar cerlang. Hidung turut mengembang kempis, bagi membenarkan nafas kencang keluar masuk bagi menenangkan bara yang memarak di jiwa.

"Aku marah Ayen sampai dia menangis sebab aku ingat dia fitnah kau pasal hal ni..."

Naadia tersenyum. "I make sales for a living, Egann. I can close anyone. You name it. Billionaire, millionaire, virgin, suami orang, newly-wed, pak imam sekalipun... lesbian, at some point. Kecuali gay... walaupun I masih berjaya dapat alimony dari you. But the you right now... is my toughest challenge yet. I dah tak boleh buat soft selling anymore. I'm changing the lane into drastic measure..." Tubuh dirapatkan. "Kalau you taknak nikahi I dan terima tanggungjawab yang I dah bentangkan untuk kau... I akan gugurkan bayi kita ni."

Sekelip mata meja kopi itu terpelanting dan menghentak cabinet TV. Kopi turut tumpah mengotori karpet Turki. Naadia terperanjat. Bila dia menoleh, Egann dan berdiri di hadapannya macam Godzilla yang nak memusnahkan bandar Tokyo. Malangnya bagi si wanita, tiada Ultraman yang nak menyelamatkannya.

Dia baran. You don't wanna mess with his wrath... aku bagi warning awal-awal.

"KAU PEREMPUAN CELAKA!!"

Naadia bertukar pucat. "I akan lapor polis dan penjarakan you kalau you berani melangkah setapak dari situ!" jeritnya lekas.

Egann menggenggam buku lima. "Ohoho... polis ialah the least concern in my mind right now..." Dia merapat lekas, lalu rambut Naadia dicengkam sekuatnya. Wanita itu meraung sakit. "I bersabar selama ni sebab I respect relationship kita dan position you sebagai orang yang kandungkan baby I dengan Ayen. I bertahan bergaduh dengan Ayen sampai berbulan... dan akhirnya berjaya pujuk dia telan paranoid dia... sedangkan rupa-rupanya I paksa dia setuju untuk makan penipuan you? I tak kisah you nak tangkap feeling macammana sekalipun, tapi ini dah melampau..."

Disney cakap love heals, tapi kalau salah digunakan, dialah racun yang paling teruk. Datang tak dijemput. Dihalau, tak pergi-pergi. It stays, and it eat your soul inside.

Tak semena-mena kata-kata Doug bermain di belakang kepala. Mengingati macammana peritnya wajah rakannya itu kerana menyimpan hati. Pada muka sengsara Husna yang risaukan keselamatan anak-anaknya tanpa penjagaan lelaki. Pada sengsara Saif yang dinafi kewujudan oleh ayah mereka. Pada Ayen yang menahan cemburu kerana dia melayan Naadia tanpa mempedulikan kesan gosip dalam hidup mereka. Dan kini, kesan yang paling teruk ialah Naadia... kerana berbanding yang lain, perempuan ini ialah yang paling desperate dan yang paling kuat berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak atas alasan cinta semata.

Cengkaman pada rambut perang itu dilepaskan. Lalu diusap-usap kepala si perempuan. Egann sesal.

"I minta maaf..."

Naadia menggelengkan kepala sederasnya. "You pukul I! I akan report polis! You tunggu la! I akan musnahkan hidup you!!" jeritnya bersama tangis.

Muka marah itu direnung redup. Tanpa amaran, Naadia dicumbui. Hangat dan erat taupan mulut si lelaki, cukup untuk membuat Naadia lemah kembali. Air mata menuruni pipi. Ini ialah rasa yang dikehendaki dari dulu.

"Tenang dah?" soal Egann setelah melerai ciumannya.

Naadia mengemam bibir, menahan getar. "Why'd you do that..." Kepalanya diusap lagi, beserta senyuman lembut dari Egann kali ini. Hatinya merebak dengan rasa cinta yang tak terkawal. 

"I minta maaf sebab I tak boleh balas perasaan you...."

Menangis lagi. "You can learn to love me. I need you, Egann please. I'm in love with you. I really really in love with you..."

"Thank you... tapi bagi I, you sekadar ibu tumpangan. Macam kilang buat baby."

Krakkaboomm!! Umpama kilat memancar tepat ke kepala dan membakar terus ke hati hitam. Diselangi guruh berdentum yang mampu menggegarkan seluruh ruang udara di muka bumi. Sebuah fakta pahit yang tak boleh disanggah lagi, yang disokong kontrak sah, dan diterima dengan niat jahatnya suatu masa dahulu. Tubuh Naadia menggigil, seakan dihambun suhu -50 darjah celcius. Wanita itu turut tertunduk bersimpuh, kini menerima kekalahan total.

Egann pula terus merenung si perempuan. Ayen pernah memarahinya kerana melabel Naadia sebegitu. Husna juga sama. Sebuah penghinaan kata mereka. Maka disumbat kata-kata itu ke telinga si perempuan dengan harapan boleh mematikan terus perasaan di hatinya. Dia harap dia berjaya, walaupun dia akan menerima sebuah implikasi yang akan merubah nasibnya suatu masa nanti.

Perbualan antara mereka terhenti bila Iphone Egann berdering. Dari Doug. Dia dah boikot si kawan itu kalau diikutkan tetapi memandangkan suasana dengan Naadia jauh lebih membunuh, panggilan itu tetap diangkat.

"Kau nak apa?"

"Yikes. Masih marah ke?"

"Aku benci semua lelaki yang sukakan wife aku. Kau nak apa?"

"Susah aku nak cakap..." Nafas ditarik dalam. "Apa kau dah buat dekat Ayen?"

"Kalau kau takda input berguna, jangan call aku!"

"Wife kau dekat rumah aku la," ujar Doug akhirnya. Egann terkaku. "Dia tiba-tiba datang petang tadi, nak jumpa anak-anak aku. And now mereka tengah tidur bersama. Dia minta aku jangan bagitau kau, tapi bila dia menangis sambil tertidur, aku rasa aku patut kena report kau juga."

Menangis sambil tidur? Apa benda dah jadi ni? Mula-mula gunting rambut, Husna menangis untuk isterinya, lepas tu tak angkat call, cari comfort dekat anak-anak Doug, dan menangis hingga tidur. Lantai direnung dengan kerut seribu, cuba mencari pucuk pangkal atas semua keganjilan ini.

"Dia cakap jangan bagitau aku?" soalnya sebagai klarifikasi.

"Ya."

Tapi sebab apa? Kenapa Ayen melarikan diri darinya? Lebih teruk lagi, semua hal ini disampaikan melalui orang ketiga berbanding si wanita datang dan meluahkan apa yang berbuku di hati.

Bawah sedar, muka diraup, seolah-olah cuba membuang risau yang semakin berselerak.

Husna ada memberi hint Ayen tengah terluka hati dan enggan datang kepadanya kerana dialah yang memberi luka itu. Masalahnya, apa yang dia dah buat?? Dia ingatkan konflik sudah diselesaikan. Aduii.... Mata dipejam, membayangkan muka Ayen di belakang kepala. Apa yang dia perlu buat...?

"Doug..."

"Em."

"She trusts you enough to come to you. Can I trust you too to take care of her sampai dia datang balik ke aku?"

Giliran lelaki di talian itu terkaku. "Kau sure?"

"Ayen ada good line of friends. Aku rasa aku lebih percayakan kawan-kawan dia berbanding kawan aku sendiri. And apparently, kau dah termasuk dalam senarai kawan baik yang dia percayai. So please... jangan rosakkan kepercayaan bini aku dekat kau."

"I see..." Ada nada penghargaan pada suaranya.

"Tapi aku nak report setiap setengah jam."

"Banyak cekadak pula kau!!"

"Kau sayang aku, kan?"

"Ah, celaka."

Senyum. "Doug."

"Apa lagi?!"

"Tolong jaga Ayen aku baik-baik..."

Terdiam si kawan dibuatnya. "Kenapa ayat macam nak pergi mati."

"Kaulah pergi mati, bodo," dengusnya sebelum memutuskan talian. Diteliti kata-katanya sebelum melepas tawa nipis. Betullah, ayat macam nak pergi mati.

iPhone dipadat ke dalam poket dan dia terus mencapai dompet dan kunci kereta yang terjatuh di lantai selepas meja kopi ditendang tadi. "Sorry Naadia. I had to go. Kau jaga baby aku baik-baik," ujarnya senada. Egann terus bergerak pergi tanpa menoleh walau sekali.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh