Bab 10

EGANN dan Ayen sedang menikmati KyoChon di dalam outlet mall bila Vivo Ayen berdering buat kesekian kali. Masuk kali ini, dah 5 kali nombor yang sama menelefonnya.

"Apa benda orang ni? Orang tak angkat maksudnya taknak angkat la," dengusnya. Talian ditutup dan dia masuk ke setting. Bersedia nak block nombor tersebut.

Egann mengangkat wajah dari ayamnya. "Orang yang sama yang call dari hotel tadi?"

"Haah."

"Siapa?"

"Aku tak kenal."

Vivo berdering lagi. Lekas Egann mencapai Vivo tersebut dari tangan si isteri. Dengan tenang, panggilan diangkat.

"Hello? Siapa ni?"

"Helo! Ayen!! Eh? Asal suara lain? Siapa ni? Ni nombor Ayen, kan?"

Berkerut dahi Egann. Spontan Vivo dikerling. "Doug?" soalnya pula, mengenali suara si rakan.

Ayen pula tergamam. "Doug? Kenapa dia call aku?

"Egann ke? Bini kau ada situ? Aku kena cakap kat dia!"

Gaya macam cemas benar. Lalu Vivo diserahkan semula pada isterinya. Ayen menerima penuh curiga.

"Mana kau dapat nombor aku?" soal Ayen terus. Selama berkenalan, mereka tak pernah berhubung melalui telefon pintar. Masing-masing tahu mereka tak menyukai sesama sendiri.

"Aku mintak kat Husna. Aku bukannya nak sangat bercakap dengan kau, tapi sekarang ni kau je yang kau boleh mintak tolong. Hey, kau tau tak Husna ada date hari ni?"

"Ha? Dia ada boyfriend ke?"

"Lah. Kau tanya kat aku balik..." keluh si lelaki berat sekali. "Aku ingat kau tahu."

"Rasa macam tak... yang aku tau dia ada menyembang dengan someone baru-baru ni. Dia kenal mamat tu dalam Plato."

"P-Plato? Apa tu?"

"Online game dalam handset." Egann yang berkerut muka mendengar penjelasannya, dikerling bersama senyum tertahan. Faham makna kerut itu, kerana memang agak kelakar cara pertemuan itu bagi mereka yang dah berusia lewat 20-an serta dah memiliki kerjaya yang stabil masing-masing.

"I can't believe her. At least bagitau la aku..."

"Dia nak bagitau kau, kenapa—whoop!!" Mata Ayen mencerlang luas bila terpandang Husna di luar KyoChon. Spontan dia menyorok ke bawah meja, mengelak dari bertentangan pandang dengan si rakan yang tengah menyelak menu. Untung Ayen badan kecil, mudah menjadi spy ketika ini. Kepala dipanjangkan ke belakang kerusi Egann yang membelakangi pintu.

"Doug! Dia ada depan KyoChon! Tapi dia sengsorang!" Dah tak ingat nak berkelahi. Sekarang ini mereka berkongsi misi yang sama, mengintai Husna dating!

"Kenapa sengsorang? Mana boyfriend dia?"

"Mana la aku tau. Dia tengah tunggu, kot?"

Orang ramai mula memandang wanita itu dengan muka berkerut. Egann pula melayan diri sambung makan. Buat tak kenal perempuan yang menyorok di bawah mejanya. Taknak kenal, taknak terlibat.

Bila kepala Ayen timbul di permukaan meja, Egann merenung datar. Pertama kali melihat sifat isterinya yang satu ini. Matanya fokus sekali pada target, langsung tak teringat yang mereka sendiri tengah date. Mata yang sedia bulat itu kini semakin luas demi mengekori pergerakan Husna di luar kedai.

Egann menoleh kemudian, melihat rakan isterinya yang berdiri membelakangi pintu masuk kedai. Rambut yang selalunya dibiarkan lepas bebas kini diikat siput. Kemas dan elegan. Wanita lewat 20-an itu juga mengenakan kemeja putih kosong yang dimasukkan ke dalam skirt navy blue petak paras suku.

Husna dilihatnya melihat jam, kemudian dia bergerak pergi.

"Bro. Dia dah pergi. Kau nak aku buat apa?" lapor Ayen pada komander di hujung talian.

"Kejar. Tapi jangan tutup call. Report aku setiap benda yang dia buat sampailah jumpa boyfriend tu."

"Roger." 

Lalu Egann ditinggalkan berseorangan dalam KyoChon. Si lelaki termangu. Sekejap kemudian, Ayen datang kembali seolah-olah tertinggal sesuatu.

"Ermm... babe?" Ragu-ragu nak meminta izin mengekori Husna.

Egann mengeluh berat. Dia taknak membenarkan tapi rasa macam jahat pula jika dipotong terus keterujaan Ayen mengintai rakannya. "You got half and hour. Lepas tu jumpa aku kat MPH."

"Hahaha. You're the best."

Selajur, dia menghilang.

Makanan yang berbaki dipinta bungkus. Kemudian dia keluar dari KyoChon sambil menguap. Hari Sabtu macam ni, syok dihabiskan dengan isteri tercinta, tapi si bini itu buat masalah betul. Apapun, kalau Ayen tak balik semula padanya dalam setengah jam, dia akan membebel pada wanita itu nanti. Buat masa ini, dia akan menghabiskan masa di MPH dan mencari buku baru yang boleh dibeli.

Terpandang seseorang berjalan di arah bertentangan. Segar kembali akalnya.

"Saif."

"Hey," tegur si adik. "Abang sengsorang?"

"Ada dengan Ayen... tapi dia... busy dengan hal dia." Penampilan adiknya dipandang. Kemeja putih dan jeans. Segak. Rambutnya juga disikat kemas. "On a date ke apa ni?"

"Ha'ah. Blind date hahaha." Belakang kepala digaru, sedikit segan. "Kami sepatutnya jumpa kat sini... tapi maybe dia tak sampai lagi." Pandangan dililau ke sekeliling. Dia dan blind datenya dah berjanji nak pakai pakaian kod biru putih untuk mudah dikenali. Tapi tiada wanita di sekeliling yang didapati menepati deskripsi itu.

Angguk. "Kau dah ada Husna tapi masih nak cari lain..." usiknya. Dia tidak sama macam Ayen yang gemar mengusik adiknya dengan Husna, tapi kadang-kadang terpalit jua kenakalan si bini itu padanya.

"Kami dah waaay past the romantic stage. Sekarang pandang dia sebagai kawan saje. Saif nak cari perempuan lain."

Egann mengangguk. Sesungguhnya, dia tak kisah. Lagipun, jauh di sudut hati, dia lebih berkenan Doug kembali pada Husna dan sama-sama bertanggungjawab pada Ilyas dan Yunus, berbanding Saif menyibuk dalam hidup mereka.

Teringat penampilan Husna tadi. Kena benar dengan Saif ketika ini. "Kenal blind date dekat mana?"

"Ada satu online game ni..."

Anak mata hitam Egann mengecut terus. Lekas mulut adiknya ditutup dengan tangan. Saif terperanjat. Egann pula terasa jiwanya bergetar bila menyedari permainan takdir yang tengah berlaku sekarang. Ironi? Inikah yang dipanggil sebagai ironi?!

"Eh, korang pun ada sini?"

Serentak adik beradik bermata biru itu menoleh. Husna memuncul dari tandas sambil mengibas-ngibas tangan yang lembap. Langkah wanita itu terhenti bila terpandang pemakaian Saif.

Egann berdiri janggal di antara keduanya. Kedua-dua insan yang ditakdirkan berjumpa itu pula dah jadi keras macam robot, menganalisa pakaian masing-masing bersama hati yang menjerit penafian serta akal yang serabut.

"Kau BlueMaestro?" soal Husna bersama mulut yang terasa kering. Dia bersiap cantik-cantik hari ini sebab Saif?! Ya Tuhan, apa dah jadi ni?! Memang dia mengharap mamat handsome kacak macam Aaron Aziz, tapi bukan Saif!! Dia nak mata coklat, bukan mata biru!

Lelaki berkaca mata itu pula menghembus keluh berat. "Aku datang sebab aku nak tengok ladies yang macammana yang main online game pakai handle name Softener_Daia... tapi rupa-rupanya kau. Aku was like, ya Allah, terjawab sangat..."

Husna memekam bibir. "Ayat kau tak pernah fail buat aku sakit hati..."

"Softener Daia?" ulang Egann pula sambil menjeling pada si wanita. Renungan matanya menambah barisan soalan – kau takda nama online yang lebih kreatif dari softener Daia?

"Aku tengah buat laundry masa tengah decide handle name aku! Kau pulak kenapa menyibuk kat sini? Teman adik kau blind date?"

"Aku kena tinggal bini aku sebab dia nak kejar kau, bongok. Mana Ayen?"

"Mana la aku tau. Aku tak jumpa dia pun. Dia nak kejar aku kenapa? Aku bukan lesbian."

Saif melepas tawa tanpa suara.

Tangan diangkat ke muka Husna. Geram benar nak mencengkam pipi itu. Akhirnya geram dilepaskan melalui keluh. Berat sekali. Kalau Husna di sini, jadi Ayen terlepas ke mana? Sambil menggaru kepala yang tak gatal, dia pergi dari situ, meninggalkan drama yang dia tak pernah berminat nak peduli.

Jejaka dan wanita yang ditinggalkan, lalu berpandangan sesama mereka. Tidak pasti nak memulakan bicara macammana. Kemesraan yang terjalin di alam maya selama ni rasa macam dah tenggelam dalam Mariana Trench.

"So erm... nak proceed macammana ni?"

Saif mengeluh. "Aku dah book table untuk date aku, though..." KyoChon dipandang. "Dan aku dah clear jadual aku untuk hari ni..."

"You must be really wanna meet this date of yours, huh?" Tentu dia kecewa gila bila mendapati Softener_Daia ialah dia. Satu perasaan halus menyelit ke hati Husna, berunsur kecewa dan terkilan kerana date yang Saif nak jumpa sangat bukan dia. Bawah sedar, dia memurung.

"Yea... aku dah plan everything in mind." Masih bercakap pada KyoChon.

Wanita itu mengangguk. "Then, kau ada full day nak pancing ladies. Aku rasa tak payah kut aku ganggu..." Tubuh dikalih.

"Kau nak balik dah?" tegur Saif terus.

Wanita itu terkedu. "Erk... yea. Pun bukannya kita nak sambung date..."

"Maybe kita tak payah define hari ini sebagai date. Maybe kita boleh sebut meeting ni sebagai... dua ex-classmate yang kebetulan bertemu dekat mall dan kebetulan pakai baju matching... dan lepak bersama untuk sembang kenangan lama." Bahu dijungkit.

Kening Husna terjungkit tinggi. Saif mengajaknya menghabiskan masa bersama? Sinar di mata lalu bertukar terang. "Yea... sure!" Gembira! "T-That I could do... no problemo!" Thumbs up diangkat bersama sengih luas di muka.

Saif memicingkan mata. Excited sangat perempuan ni. Kelakar pulak rasa. "Kalau macam tu, jom." Kepala diisyaratkan masuk ke dalam KyoChon. "By the way, kau dress up pretty well hari ni. Cute."

Selamba badak pujian itu diberi. Husna menggaru pipi. "Thanks..."

"Selalunya kau macam makcik-makcik."

Cis. Dia dah balik jadi diri dia balik.

Dari jauh, Ayen mengintai dan menangkap gambar. Keterujaan itu dikongsi pada Doug yang setia menunggu di hujung talian. Inilah pertama kali dia dan Doug membuat sesuatu aktiviti bersama-sama dengan penuh excited dan langsung tidak membenci sesama sendiri hanya kerana menyukai lelaki yang sama. 

Tanpa diketahui Ayen, hubungan persahabatan yang terjalin bersama Doug ketika ini akan membantunya melalui gelora rumah tangganya pada suatu masa kelak. Tetapi itu ialah sesuatu yang berlaku pada beberapa Chapter akan datang. Buat masa ini, tiadalah hal terbaik yang boleh dilakukan melainkan menikmati waktu bersama. 


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh