Bab 21

SETELAH selesai shifnya pada hari itu, Ayen balik terus ke rumah bersama rasa kasihan pada Doug kerana Husna masih enggan berjumpa dengan dudanya itu. Nampak gaya Husna benar-benar berkecil hati atas 'kesalahan' lelaki itu kerana meninggalkannya berseorangan. Husna mungkin nampak macam drama overboard tetapi luka mental kerana baru sahaja dirogol bukannya benda yang boleh disamataraf dengan luka mental sekadar putus cinta.

Mudahan dipermudah urusan mereka. Ayen hanya mampu berdoa.

Bila memasuki rumah, dilihatnya Egann berada di ruang tamu. Sedang main PS4. Eh, jarang-jarang playstation itu keluar. Lain mood ke suaminya malam ini? Main game tembak-tembak pula tu.

Isu tentang Naadia si janda belum dibincangkan, sekarang akal padat pula dengan luahan perasaan Doug yang penuh beremosi. Ayen menarik nafas dalam dan dihembus panjang. Bila Egann didekati, renungan suaminya nampak termenung jauh walau anak mata tak berkelip pada Fortnite di skrin. Nyawa player Egann semakin lama semakin sedikit sebab kena hentam. Main game tapi tak fokus... kenapa? Dia terganggu sebab patahkan hati Doug dengan Naadia sekali, kah?

Punggung dilabuh di sebelah si suami, lalu tubuh itu dipeluk.

Egann menoleh. "Eh? Balik dah? Sorry tak perasan."

"Emm... takpe. Fikir apa sampai termenung lama sangat?"

"Saif cakap dia nak datang dengan sushi. Aku dah lapar gila. Duk fikir dia tengah stuck kat trafik ke apa." Muka sengal Ayen dipandang. "Ada tengok dia kat bawah ke? Kat lif ke?"

"Takde! Aku ingatkan kau risau pasal confession Doug! Buat penat je aku bersimpati. Aku tarik balik peluk aku!" Tubuh dijarakkan.

Makin pelik dibuatnya. "Kenapa tiba-tiba marah. Kau period ke apa?"

Hidung mancung suaminya dipicit geram. Dibiarkan beg tangan di sofa, dia bangun. "Takda apa dekat dapur ke nak alas perut. Kalau aku tau, aku beli roti untuk kau tadi." Dia beralih ke dapur.

"Saif cakap dia bawak sushi, tu yang aku setia tunggu dia je... argh, damn!" Dengus dilepas bila nyawanya habis. Perkataan GAME OVER terpampang pada skrin. Dahlah lapar! Mudah benar nak bengang sekarang ni.

Ayen memandang kepala berasap itu dari jauh. Dah sudah. Red alert. Lalu isi kabinet diperiksa. "Ransum kita makin sedikit la. Kena buat grocery shopping ni." 

"Kau la busy sangat kat hospital. Duk jaga laki orang datuk orang tapi tak reti nak jaga laki sendiri!" rungutnya sambil menghempas tubuh ke sofa. Terganggu oleh handbag Ayen, lalu dilontar ke depan TV. Marah benar tu.

"Ye sayang, ye..." Malas melayan. Faham suaminya tengah hangin. Berkahwin 4 tahun, marah Egann mudah dijentik terutama bila lapar. "Campbell tomato ada ni. Nak aku rebuskan telur sekali?" Biskut kering pun ada ni kalau nak buat sandwich kreatif sikit.

"Taknak. Aku nak sushi."

Mengada pula dia. Dibiarkan si suami dengan pe'elnya, Ayen memanaskan sup tomato Campbell. Telur direbus, kemudian dibuang kulitnya, dihancurkan dan dicampur mayonnaise dan lada untuk dijadikan isi sandwich dengan roti Hup Seng. Setelah siap, Ayen kembali ke sofa panjang bersama sandwich biskut Hup Seng di tangan. Dikunyah depan Egann. 

"Sedap."

Si lelaki mencemik. Tangan yang masih memegang sandwich itu dicapai dan dipandu ke mulutnya. Mahu disuap. Si isteri masih melayan bersama senyum. Sambil mengunyah, mood marah perlahan-lahan memudar. Laparnya terisi.

"Em. Ada lagi?" Lalu dia bangun.

Rasa macam melayan Yunus. "Aku dah letak kat meja makan. Dengan sup Campbell sekali." Nak tertawa bila melihat Egann berlari ke meja makan. Perasan barang-barangnya berselerak di bawah TV. "Egann, kenapa barang aku berselerak kat lantai?"

Larian si lelaki berpusing 180 darjah ke selatan semula. Sofa panjang dilompat macam pelari lompat pagar. Handbag Ayen dicapai, dan barang-barang si isteri yang apa jadah dibawanya setiap hari, dimasukkan baik-baik ke dalam beg Carlo Rino itu. Diserahkan pada wanitanya bersama sengih bersalah.

Ayen mendesis geram sambil menyambut beg tersebut. "You really need to put your anger outburst in check."

"Remote control dekat tangan kau. So aku tak risau." Dan dia melompat lagi sampai ke meja makan. Melihat Ayen bergerak ke tangga, lekas dia menegur. "Meh la teman aku makan."

Ayen terkedu. Kepala dah berkira-kira nak naik ke bilik tidur, nak membersihkan diri dan membaca sedikit artikel dan mengemas kini ilmu pengetahuannya untuk kekal relevan dalam bidang perubatan. Tetapi sebahagian lagi hidupnya ialah untuk Egann.

Lalu dia berpusing dan memilih harmoni rumah tangga.

Itu sesuatu yang nampak mudah, tetapi sebenarnya sukar untuk dibuat bagi mereka yang sentiasa mengejar kepuasan sendiri berbanding memuaskan kehendak orang lain. Dalam konteks ini, kehendak pasangan. Sebenarnya leceh. Sebenarnya nampak sangat tak berbaloi. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk porak perandakan bahtera rumah tangga yang dibina di jalan Allah. Perkahwinan mereka dah pun terusik dengan dugaan keguguran termasuklah cemburu Egann pada Hafiz yang tak habis-habis. Jadi apalah sangat sedikit penat dan sengal menemani suaminya kalau dibanding dengan masa depan yang lebih membahagiakan.

Kecuali jika Egann curang.

Telur hancur yang jatuh di jambang suaminya, dibuang. "Kau melahap macam orang kebulur. Kunyah pelan-pelan baru telan."

Egann menoleh. "Lapar..."

"Iyeee..." Nak tersenyum lagi. Eh, geram benar hatinya. Nak marah, tapi comel! Muka ditopang dengan sebelah tangan, terus merenung suaminya. "By the way, kau tak cerita lagi pasal Naadia janda kau."

Lidah tergigit. Egann menderam pedih. Sambil menutup mulut dengan sebelah tangan, sebelah lagi memukul permukaan meja berkali-kali. Ayen menghulur cawan berisi teh yang dah disediakan bersama.

"Pasal Naadia..." Dengan mata berair, isterinya dipandang. Baru nak melanjut kata bila Saif masuk dengan plastik Sushi King.

"Abang, sorry lambat. Eh, makan dah?" tegurnya sambil melangkah masuk. Sambil menyediakan sushi yang dah dibeli di atas meja, apa yang dimakan abangnya menarik perhatiannya. "Makan apa ni. Nak satu." Baru saja nak mencapai sandwich Hup Seng, tangannya ditampar si abang. Selajur Egann melarikan pinggan.

"Abang punya. Ayen buat untuk abang."

"Alah. Kedekut! Ayen, tengok perangai laki kau ni!"

"Don't know. Don't wanna know. Don't care." Dah malas nak melayan, lalu dia bangkit.

"Eh, kau nak kemana?" Lekas tangan isterinya dicapai.

"Mandi. Aku semak dah ni."

"Tadi tanya pasal Naadia."

"Nadia?" sampuk Saif. Pertama kali mendengar nama perempuan di dalam perkahwinan abangnya. Selama ini yang dicemburui Ayen ialah Doug semata.

Si abang menoleh. "Bukan Nadia. Naadia."

"Ouh... your bekas isteri yang super cantik tu. Kenapa dengan dia? Ayen dah jumpa dia? Ayen super jealous? Ayen, boleh tak aku nak rasa sandwich Hup Seng kau?"

Wanita itu mencemik. "Aku takde la super jealous pun."

"Actually, you should," sambut Saif selamba. Langsung tak peduli reaksi Ayen macammana. Tangan turut dipanjangkan lagi pada sandwich yang dia masih tak dapat merasai. Egann pula masih gigih taknak kongsi. "Dalam ramai-ramai wife abang... yes, termasuk kau... dialah yang paling cantik, paling berkelayakan, tahu cari duit sendiri... dia ada her own line of handbag kat Jakarta kalau kau nak tau. Dia pernah jadi escort girl untuk high profiles sebelum ni, so dia ada network dan skill macammana nak entertain mereka. Sebab tu dia boleh bukak bisnes sendiri yang aku kira, mula-mula di-sponsor oleh sugar daddy dia sebelum ni tapi sekarang dia boleh berdiri sendiri, ha engkau! Kalau compare dengan Vivy Yusof atau Neelofa, mungkin level entrepreneurial dia bawah sikit, tapi dari segi kecantikan, memang top notch." Jari dibuat tanda okay. "Sebab tu dalam ramai-ramai selebriti kat Malaysia, dia punya follower yang paling ramai. Dia macam Kylie Jenner among the Kardashian family. Kecuali dia tak bangang macam Kylie Jenner yang tak tahu beza ayam dengan kucing. Dia buat talk pasal business marketing sekali sekala. Aku pernah datang dekat salah satu talk dia. Very inspiring."

"Wow. Kau tau pasal dia macam kau baru baca dekat Wikipedia or something," cemik Ayen.

"Kah! Baca? Aku yang tulis pasal dia dalam Wikipedia!" balas Saif sambil mencerlangkan mata. Ada riak bangga di situ.

Ayen terdiam. Super die-hard-fan namanya ni.

"Aku pun ada tulis dekat aku punya Facebook Page, dekat Worddrive, dekat Blogspot dulu, sebab semua orang gila Blog dulu, aku pun ada buat Vlog dekat Youtube pasal dia, ada jugak dekat Fandom—"

"Okay!! Aku faham! Kau ialah fanboy!" Yang sangat obses, sambung hati Ayen. Si suami yang kini menikmati sushi pula dipandang. "Kalau dia super awesome, kenapa cerai?"

"Aku kantoi gay. Dia suspek dua minggu lepas kami nikah, dan terus tuntut fasakh hari kedua puluh lapan. Dia saman malu, lepas tu tuntut cost for emotional damage dan alimoni sampai sekarang."

Ayen mengangguk-angguk bersama sinar mata yang berbeza kini. "I think I liked her..." Kalau dia, mungkin dia tak terfikir nak buat begitu.

"Right!" Saif membulatkan matanya bersama senyum luas. Si kakak ipar dah macam ahli baru dalam fan-groupnya. "Masa mula-mula aku tengok dia dengan abang, pergh betul-betul macam pinang dibelah dua. Kalau compare dengan kau, macam—"

Lekas Ayen menepuk meja bagi menghentikan Saif terus bercakap seperti machine gun yang ditembak bertalu-talu secara rambang. Lambat laun boleh kena ke hati. "Aku dah jumpa dia. Ye, Nadia tu memang cantik. Tapi aku appreciate it so so much kalau kau tak compare Joy Revra tu dengan aku."

Menjungkit lagi kening Saif. "Yes!! Dia ada iras Joy Revra!" Perasan muka masam si kakak ipar, lekas kata-katanya ditelan. Kedua belah tangan diangkat ke paras bahu. "Okay... sorry. Aku zip mulut. Tapi aku nak tegur satu benda je lagi. Dia ialah Naadia. Bukan Nadia."

Terkebil lagi. Apa benda pula kali ini? "Apa yang salah?"

"The syllable, sayang," celah Egann pula. "Bukan Nadia. Tapi Naadia. Nama dia ada double A. So, panjang sikit. Naadia."

Terbuka mulutnya. Ya Tuhan, siap diberi kelas bertaranum. Tangan meraup dahinya bersama helaan nafas nafas. "Okay... so sekarang ni momentum korang macammana lepas jumpa balik dengan dia?"

"Naadia," celah Saif.

Geram. "Aku sebut dia. Bukan Nadia."

"Naadia, sayang."

Marah mula dijentik. "I'm starting to regret this conversation..." dengusnya perlahan.

Egann mula menceritakan pertemuannya dengan Naadia kerana bekerja di syarikat yang sama. Termasuklah pada luahan perasaan Naadia di Port Dickson, tetapi langsung tidak dimasukkan perihal Naadia mengajaknya masuk kelab malam dan seterusnya berlanjutan pada kejadian di bilik hotel wanita itu.

"Jadi, kau cakap kau dapat kelepasan awal dari acara company kau... sebab kau lari dari CEO yang confessed her truest feeling dekat kau?" soal Ayen pula.

Egann terdiam. Renungan mata Ayen yang cuba membaca kejujurannya membuat hatinya gentar sedikit. Mata bulat itu langsung tidak berkelip. Setahunya, Ayen belum tahu tentang Naadia cuba menggodanya hingga naik ke katil, jadi sebaiknya isterinya tidak perlu tahu hal yang boleh menyakiti hatinya.

"Ha'ah. Sebab tu je. Nothing else happens."

Air muka Ayen berubah. Cerita Husna mengenai Egann menelefon tengah malam kerana mengadu perempuan berbogel diingati kembali. Kenapa Egann taknak berterus terang? Perihal lelaki itu menyembunyikan makan malam bersama Naadia malah memberi bermacam-macam BS selama ini juga menyentak akal. Mungkin hakikatnya ada benda lain yang berlaku di antara Egann dan Naadia di PD sebelum Egann lari ke KL?

Dada mula terasa sendat. Ayen menelan liur, menahan pedih bilamana kepercayaannya diperkotak katik.

"Kenapa cakap nothing else happen? Ada something 'else' ke yang happen sampai kau cakap nothing more..." soalnya bersama suara yang kian tenggelam.

"No. Memang takda." Kukuh jawapannya, walau wajah si isteri langsung tidak dipandang kerana nak melarikan rasa bersalah di hati. Jika Egann boleh melihat perasaan sedih dan kecil hati bermarajalela di wajah isterinya ketika ini, mungkin dia akan menukar niatnya untuk berterus terang.

Meja makan itu bertukar senyap. Dingin.

Saif turut diam, perasan perubahan mood antara keduanya. Terutama di wajah Ayen. Sebab cemburu, kah? Merasa bertanggungjawab untuk menukar mood supaya kembali ceria, dia membuka mulut.

"So erm... apa rasa buat office scandal dengan CEO?" soalnya bersama sengih. "Selalunya tengok kat TV, tapi sekarang berlaku kat abang sendiri pulak."

"Kitorang okay je. Naadia sangat professional. Hal kerja ialah hal kerja. Benda lain, tolak tepi..." Isterinya dikerling. Tengah memeluk erat handbagnya. "Babe. Tentang plan surrogation kita, aku dah minta Naadia tau. She's okay with it."

"Baik pula dia..." ujar Ayen di pinggir bibir. Egann kini langsung tak dipandang. "Macammana kalau aku taknak dia?"

"Lah. Kenapa taknak dia?" sampuk Saif. "Baka baik kut. Kalau bercampur dengan gene abang, bayangkan baby yang sama cantik sama pandai sama tinggi..."

Lalu si adik ipar diberi renung maut. "Yang dicampur dengan gene Egann ialah gene aku, bukan dia! Dia hanya perumah. Zygote tu masih dari campuran gene kami!" Marah meledak terus. Pekatnya merah di pipi serta suara yang mendadak naik itu mengejutkan kedua-dua lelaki.

"Okay... sorry. Aku salah sebut. Tak payahlah marah..."

"Kau tak salah sebut! Kau—" lebih sukakan Naadia sebagai kakak ipar berbanding aku! Jerit hatinya. Rawannya semakin menghambat jiwa. Sempit. Bibir digigit sekuatnya dan wajahnya diteleng ke tepi, melarikan diri dari pandangan kedua-dua lelaki.

Beradik bermata biru kilat itu berpandangan. Baru berjaya menangkap perubahan emosi dalam diri wanita.

"Ayen... kau okay?" soal Egann pula, mula risaukan perubahan emosi yang semakin ketara itu.

Lembutnya suara garau yang menegur itu membuat hati Ayen retak. Hal ini berlaku berpunca sebab dia tak boleh memberikan Egann anak. Kalaulah dia boleh melahirkan bayi untuk suaminya... mereka takkan perlukan Naadia sebagai ibu tumpangan. Boleh jadi Egann pun cari perempuan lain yang boleh berikan dia anak yang dia ingin-inginkan dari awal.

Bila air mata pecah ke pipi, lekas dia bangun.

"Ayen!" panggil Egann lagi, turut bangun.

"Jangan dekat!" jeritnya selajur berlari ke tangga.

Langkah Egann terhenti, menghantar wanita berbaju kurung itu menghilang ke bilik atas. "Tadi okay je..." Keliru.

"Sebab abang cadang Naadia sebagai surrogate mother kut? Dia jealous. I'm half the fault sebab duk sembang how awesome Naadia is. Lebih baik dia tak tahu dari dia tahu..." luahnya rendah.

Egann menggaru belakang kepala. "Masalahnya Naadia dah setuju nak tumpangkan rahim dia..."

"Lah. Abang buat keputusan sendiri dah kenapa?"

"Sebab Ayen sendiri yang suggest surrogation!" Tangan diangkat ke tingkat atas. "Lagipun..." Keluh berat terhembus. "Abang nak baby cepat... malas nak fikir cari yang lain sedangkan dah jumpa yang sudi..." Dia duduk kembali. "You know how costly and hard it is kalau nak cari ibu tumpangan pakai prosedur normal?"

Saif merenung abangnya. "Ayen tau pasal impian keluarga perfect abang tu?"

"Since day one."

"Then maybe the pressure memang tekan dia since dia belum boleh beri anak kat abang."

"Itu takdir Allah... dia tak salah."

"Tapi dia masih gagal."

Mencerun si abang dibuatnya. "Kenapa kau celupar sangat macam ni? Patutlah Ayen marah!"

"I'm being the objective person here... the truth always hurts." Sushi dimakan dengan muka tak bersalah. "Lagipun masalah bukan pada Saif yang buka fakta, tapi isu Naadia yang sekarang dah jadi red flag dalam hubungan abang dengan Ayen. Kalau abang tak selesaikan lekas, who knows apa boleh jadi."

Angguk. Akur.

Si adik menyambung. "Tapi maybe elok jugak. Saif tak payah tengok korang dua menggatal tak ingat dunia."

Bengang balik dibuatnya. "Just inhale your sushi."

Kepala dilangut, membayangkan muka cantik bekas janda abangnya itu. "Worst come to worst, dia ingat abang nak gantikan dia dengan Naadia."

Egann menghembus nafas dalam. "There's no way that's happening..."

"Wow. Yakinnya kamu!"

Bahu dijungkit. "Naadia cantik and everything... tapi dia bukan Ayen..." Pinggan kosong yang berisi sandwich Hup Seng tadi dikerling, mengingati kesabaran isterinya melayan moodnya. "There's no way dia boleh jadi Ayen..." luahnya rendah.

EGANN memasuki bilik tidur mereka dimana Ayen sedang mengadap laptopnya. Ditemani lagu Korea apa entah.

"Babe?" panggilnya.

Ayen tidak menjawab.

Nafas dalam spontan terhembus. "Kau merajuk ke?" soalnya lagi selajur menutup pintu.

"How'd you guess?" Barulah keluar suara itu, tetapi masih tak lari dari fokusnya pada paperworknya.

"Kau bertukar dari Hermoine Granger kepada Bellatrix Lestrange."

"Aku belum bunuh orang lagi..."

Dia menukar kepada baju tidur. "Tell me, apa benda yang aku buat salah?"

"Kau tak salah... kau cuma bertukar dari Dumbledore kepada Voldemort yang mati pada umur 71 tahun..."

Tahap marah sampai dah bunuh aku dalam imaginasi dia, eh? Egann mendesis perlahan. Perbualan dengan Saif tadi diingati kembali.

"Pasal Naadia?"

Diam.

Ditto. Egann melabuh duduk di hujung katil. "Ayen, aku pilih dia jadi surrogate mother sebab... well, takde sebab khusus pun. Tapi memandangkan dia available by the time aku bertanya, and then dia bersetuju, and erm... tolak semua prosedur yang time-consuming, if we could do it fast, maybe kita boleh dapat Erik by next year."

Selajur Ayen menyedut nafas sedalam-dalamnya. Nak jugak anak dia secepat-cepatnya. Jadi Naadia dipilih sebab kebetulan mereka on a fast track, dan bukan sebab lain... kah?

Egann menyambung. "Aku nak tidur ni. Tapi aku tak sedap kalau kau masih marahkan aku sedangkan aku tak tau kenapa kau marah..."

Senyap lagi. Ketikan pada keyboard juga berhenti. Bibir dijuih, memikirkan soalan terbaik yang boleh meredakan galau di hati.

"Terus terang."

"Sure."

"Aku mintak kau terus terang with all your heart..." Kepala dipaling, dan wajah kacak di katil itu direnung serius. "Is there... or is there not... something between kau dengan Nadia?"

Egann terkedu, lalu ketawa terlepas berupa sedakan. Bulat mata Ayen dibuatnya. Egann menutup mulutnya lekas, menahan kelakar di hati.

"Sorry sorry. Aku boleh agak mood kau berubah sebab Naadia, tapi aku tak jangka serius macam tu sekali. First of all, yes, antara aku dengan dia takda apa-apa. Clean and clear macam air majmuk. Aku tak pernah goda dia, dan dia... well, dia pernah try. Tapi aku unexpectedly setia." Night stand dikerling, mengingati kejadian bersejarah di PD kembali.

Ayen memicing. "Betul?"

"Kau boleh bedah dada aku dan tengok nama kau je yang terpahat kat dalam ni." Senyum. "Secondly, you salah sebut nama dia sayang. Dia Naadia, bukan Nadia."

"Aku tak peduli nama dia!" Bengang.

"Hm. Kau dekat dia umpama aku dekat Hazif. Eh ya Allah, aku salah sebut. Hazri."

Ah sudah. Ketawa Ayen terlepas ringan bila mengingati cemburu suaminya selama ini. Betul juga!

Dan sifat lekuk senyum di bibir itu umpama bom warna yang meletup dan membentuk warna-warna berbunga yang cantik dan memukau. Egann menahan hati, mengagumi kecantikan sebuah senyum dan tawa yang memuncul selepas muka masam monyok tadi. Dengan ringan hati, isterinya terus dirapati.

"You're so pretty when you smile..." Muka itu diciumi dengan penuh rasa sayang. Ayen juga akhirnya terpujuk.

Mereka berpindah ke katil. Egann masih berniat tidur manakala Ayen masih nak menyiapkan kerjanya, maka mereka berkompromi untuk Ayen mendodoikan sang suami. Egann merebahkan kepalanya di bantal manakala Ayen bersandar di kepala katil supaya mudah membelai rambut suaminya.

"Apa yang bagus sangat pasal Naadia tu ne'way? Apa achievement dia sampai boleh jadi CEO?" Sedangkan perangai macam sundal? Lanjut Ayen dalam hati.

Badan Ayen terlebih dahulu dipeluk sebelum bersedia nak membuka cerita tentang perempuan lain. "Dia pandai. Dia jauh lebih pandai dari aku, mungkin lebih dari kau. Aku mungkin boleh label dia sebagai genius in marketing, especially dengan kelebihan dekat muka dia yang mudah nak tarik perhatian orang. Since dia pernah jadi escort girl, jadi dia selesa nak approach high-profiles. Lepas tu kau tambahkan leading a corporation in that equation. Jadi dia tahu macammana nak influence orang, termasuklah billionnaire. Kau mungkin tak payah berjumpa dengan billionaire macam dia, tapi kau perlukan certain skill macammana nak tarik perhatian billionaire, apatah lagi buat dia invest dekat company kau."

Ayen diam.

"Imagine aku billionnaie, macammana kau nak tarik perhatian aku. Being a billionaire, kalau kau tak boleh nak buat aku tertarik nak berbual dengan kau dalam tempoh lima saat, you're out."

Terdiam lagi.

"Aku respect dia dalam bidang kami sebab aku pernah tengok dia approach billionnaire. Di kepala dia dah ada satu strategi. Dia sebut sebagai Five Questions Game. Dia datang dekat dekat billionaire ni, being all beautiful effortlessly, dan dia cakap lets play a game. Dia akan tanya lima soalan, dan billionaire tu hanya perlu menipu dekat semua soalan yang dia beri. Tak boleh cakap benar. Semua soalan yang diberi mesti dijawab dengan penipuan. Kalau billionaire tu kalah, dia kena belanja Naadia dinner. Kalau Naadia yang kalah, dia yang kena belanja dinner. Kau rasa billionnair tu terpancing?"

"I suppose..."

"Bak kata DiCaprio dalam cerita Django Unchained - you have my curiousity, now you have my attention." Sengih. "Dan contoh soalan dia macam ni. Warna langit ialah apa?"

Soalan mudah! "Biru."

"Teet! Kau kalah."

Jatuh rahang wanita itu dibuatnya. Disedari minatnya terpancing. Enggan kalah dengan kagumnya pada Naadia yang mula terbentuk, tapi dia taknak kalah game ini.

"Cis... okay-okay-okay. Beri aku soalan lagi."

"Susu colour apa?"

"Hijau."

"Lembu minum apa?"

"Air."

Lelaki itu terkedu. Ayen dipandang dengan muka tak percaya. "Kau tau trick soalan pasal lembu-susu ni?"

"Kah! No."

Egann merenung datar. Ayen tergelak lalu.

"I'm trying to lie my way through..."

Egann gelak sama. "Dah berapa soalan dah tadi?"

"Tiga."

"Teet! Kau kalah."

Ayen nganga. "Damn!!" Udara ditumbuk. "You corporates really know how to manipulate people!" Dia duk fokus dengan soalan yang diberi hingga rupanya diperalatkan dalam bentuk subconscious seperti emosi dan mimik muka.

"Hahahaha! But you did a pretty good job, sayang. Very alert. Very passionate. Kau buat aku teringin nak tarik kau masuk company kami."

"Jangan mengada. I love my patients."

"Sure, you do." Rangkulan dieratkan. "Aku atau patient kau, kau lebih sayang yang mana?"

"Kau tak boleh tanya macam tu... dia umpama kau tanya aku lebih suka permata atau syurga."

"Aku ialah syurga?"

"Kau ialah kedua-duanya sekali."

Egann tergelak. "Smooth sayang... very smooth."

Ayen tersenyum, membelai rambut suaminya. "Perasaan kau pula macammana? Aku atau Naadia?"

Si lelaki melangut. "Too easy! Thats not even a contest. Try bagi comparison susah sikit. Kau atau Ayen Junior." Si kucing hitam juga yang diingati.

Ayen meleret sengih. Kembali yakin dengan cinta si suami dan kukuhnya hubungan mereka. "Then... aku atau Erik?" soalnya bersahaja.

Dan Egann terkedu. "Well... thats a hard one. Tak sama level dengan soalan perangkap aku..." Pelukan dikemaskan sambil berfikir panjang.

Ayen pula membiarkan Egann dengan kekeliruannya. Dia tak kisah jawapan si suami.
Wajah cantik dan ketinggian Naadia diingati, membayangkan wanita itu berdiri di sebelah suaminya. Kalau betul Egann mengaku dia unexpectedly setia, jadi dia mungkin tak perlu risau. Mungkin tujuannya enggan berterus terang tentang kejadian memalukan di PD ialah kerana nak menjaga hati Ayen.

Keluh dihembus panjang. "But she did sound awesome..." bisiknya, bermonolog. Akhirnya mengalah.


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh