Bab 28

MENIPU sebagai kenalan residen yang duduk di blok sekian sekian, mereka berjaya melepasi pegawai keselamatan di halangan pertama. Memandangkan Egann pernah cuba membawanya masuk ke sini, jadi Ayen masih ingat dimana blok kediaman Naadia, termasuklah tempat dimana wanita itu berkemungkinan meletakkan keretanya. Terus ditemui Porche kuning terang itu.

Kemudian, Doug sebagai pemantau kawasan dan tukang jaga sentri, mereka bersuka ria mendajalkan kenderaan mewah tersebut. Dalam keadaan minda separa sedar dan logik tenggelam di tengah laut, Ayen mengukir perkataan 'Ayen was here' dengan menggunakan ice pick pada permukaan bonet. Mujur sempat ditangkap Doug. Lalu 'Ayen was here' dicalar sekasarnya dan sebanyaknya hingga benar-benar merosakkan aestatik kereta. Sebuah kejadian tragis bagi pencinta Porshe.

"Doug."

Si lelaki yang tengah mencairkan plastik pada badan Porche, mendehem,

"Aku jumpa kereta Egann."

"Ha?" Kepala menegak terus.

"Mana ice pick tadi? Aku nak rosakkan kereta dia pulak hehehe..."

Mabuk dah si bini ini. Tapi memandangkan Egann curang, kelepasan diberi. Ayen melakukan kerosakan yang sama pada Volkswagen Scirocco Egann. Dicalarkan bonet dan dinding kereta, dan dibocorkan semua tayar kereta suaminya. Lagu Before He Cheats – Carrie Underwood didehem di anak tekak.

Ayen berundur setapak dua, merenung seninya. Mulut masih menyanyikan lagu barat itu. Melekat dalam kepala macam kaset rosak. Ice pick dimain-main pada tangan, dan dia berundur lagi ke belakang hingga terlanggar dinding. Ayen merendahkan tubuh hingga terduduk. Kedua belah kaki diluruskan, berehat.

Doug kemudian mendekat setelah menyudahkan kerjanya. Angin kencang menolak rambut yang tak berminyak. Kepala dipaling ke luar bila terasa tempias hujan. Lah, hujan lebat? Bagus sangat.

"Ayen, kau okay?" tegurnya sambil duduk di sebelah perempuan.

Si perempuan menggeleng. "Aku tak tau apa benda yang aku tengah buat sekarang.... aku bukan aku langsung..." luahnya sambil mencucuk-cucuk muncung tajam ice pick itu pada tangan sendiri. "Aku cemburu. Aku tak boleh berfikir waras. Aku tak henti-henti paranoid. Aku musnahkan impian Egann nak hidup bersama..." Kepala dihentak sedikit ke dinding sebelum bersandar terus.  Dingin malam berhujan menggigit kulit yang hanya berbalut blouse maroon dan jeans. Sejuknya dirasai pada kulit semata kerana hati tengah kebas sekarang. Scirocco merah itu direnung kosong. "Aku cuma tak boleh nak berhenti fikir yang Naadia bukan jenis perempuan yang sudi tolong hanya sebab tolong... aku sure dia cuba nak rampas Egann dengan gunakan baby tu sebagai alasan..."

"Kenapa kau rasa macam tu?"

"Aku tak tau. Itu instinct." Mata dipejam. Tubuh diseret ke tepi hingga kepala terlentok ke bahu Doug. "Dia ialah jenis perempuan pandai dan manipulative yang sanggup jual badan untuk dapatkan apa yang dia nak. There's no way in hell dia 'hanya nak tolong' kalau target dia ialah laki aku. Aku bengang sebab Egann sendiri tak nampak benda tu... masih percaya yang Naadia akan berpegang dengan kata-katanya..."

Doug menoleh. "Atau mungkin kau yang paranoid?"

Ayen tidak membalas. Tetapi tidak menafikan teguran itu.

Doug pula menyambung kata. "Macammana kalau Naadia betul-betul tak berniat nak rampas Egann? Macammana kalau dia benar-benar baik... dan baby dalam perut dia betul-betul ialah anak kau dengan Egann?"

"Then its easy. I'll be the mother and Egann will be the father..." Mata dipejam dan senyuman sinis Naadia dibayangkan. "But it won't be that easy, I'm sure of it. Either Naadia akan cuba rampas.... Atau whatever taktik kotor yang dia akan pakai untuk pastikan Egann pergi ke dia..."

Lalu Doug menarik nafas dalam. "Aku harap naluri kau betul. Kalau tak, sia-sia kau gaduh dengan dia... dan boleh jadi perangai kau sekarang ni akan buatkan dia betul-betul lari ke pangkuan Naadia... kau taknak benda tu jadi, kan?"

Ayen mendiam.

"So... just for the sake of making him stay for you... apa kata kau fake berbaik dengan Naadia. Jagakan dia macam Egann beri perhatian dekat dia. Tunjuk yang kau memang bukan perempuan gila yang penuh paranoid dengan perempuan ketiga dalam life korang. Be the sane and strong Ayen yang Egann fall in love from the beginning... the woman yang aku benci tapi respect dari dulu... kau boleh buat, kan?"

"Sekarang aku tak nampak sane and strong, ke?"

"Sekarang kau nampak insane, crazy jealous, crazy paranoid, atau secara keseluruhannya, perempuan gila. Bak kata Sheldon Cooper, bitches be crazy. Boleh jadi Egann lari ke rumah Naadia sebab dia taknak hadap kau yang marah-marah kat rumah..."

Ayen tergelak lalu. "Itu betul. Dia pernah cakap. Hahahaha."

Doug tersenyum. "Kau boleh gelak?" Jenis sadis ke perempuan ni? Jenis yang boleh gelakkan realiti.

"Haha..." Ketawa dihabiskan dengan helaan nafas panjang. "You're the best friend I never ask, but a friend I need..."

Senyum lagi. "Ain't that the best..." Bahu Ayen dipeluk.

Diam seketika.

"Kenapa kau reject Husna?" Tukar topik.

"Hey! Itu episod lain!"

Tak lama kemudian, Ayen betul-betul tertidur di bahu si lelaki. Hujan masih turun dengan lebat, selayaknya memberi rasa kantuk pada penduduk bumi. Doug menggerak-gerakkan bahu, tetapi Ayen langsung tidak berkutik. Dia menunduk, merenung wajah itu.

Bulu matanya lebat melentik. Parut itu sejenis personaliti yang memberi imej kekal pada insan yang melihat. Hembusan nafas yang halus itu mendamaikan telinganya. Sikap Ayen gila-gila, kukuh, santai dan tegas. Dan manja bila dah selesa. Malah wangi juga!

Perempuan...

Kepala digeleng lekas, menyedarkan diri. "Damn. Kalau aku tak call Egann lekas, I might bring you back home..." bisik Doug pada wanita di bahunya.


DISEBABKAN ribut yang masih tak berhenti, serta kereta Egann tak boleh digunakan kerana menerima vandalisma dari isteri sendiri, Doug terpaksa menghantar pasangan suami isteri itu ke apartment mereka. Tetapi kereta dihentikan dalam jarak 10 kaki dari pagar apartment.

"Hoi. Kenapa berhenti sini?" soal Egann di seat belakang. Ayen tengah berbaring dan menjadikan pahanya sebagai bantal.

Doug menoleh ke belakang, pada mata biru yang pernah membuatnya tak tidur malam. "Sebagai tanda boikot aku dekat kau... sebab berani lukakan hati Ayen. You might not realise this, but that woman of yours is a gem. Kalau kau lepaskan dia, masih ada beberapa orang lelaki lain yang mungkin tertarik nak jadikan dia milik mereka termasuk bartender. Aku harap kau bahagia dengan Naadia sundal tu."

Melopong terus dibuatnya. Macammana dalam sekelip mata Ayen menukarkan kawan baiknya kepada musuh dia pula.

"Sejak bila kau sokong sangat Ayen? Whatever happen dengan jadi best friend?"

"Aku dah shift priority. Sekarang aku pro Ayen. Aku tak sokong lelaki curang. Now, get out of my car."

"Aku tak curang!" Dah la hujan kat luar! Ayen pula tengah pengsan mabuk! Dan tengah-tengah jalan juga!

"OUT!!"

Egann menderam. Belakang tempat duduk Doug ditendang tanda provokasi. Handbag Ayen digantung pada leher, kemudian isterinya dipangku di belakang. Mujur ringan.

Bahana lebatnya hujan yang turun, sekelip mata mereka basah. Sambil menyumpah-nyumpah Doug sepanjang perjalanan, Egann turut menggerutu dan complain sikap Ayen yang semakin lama semakin tak terkawal olehnya.

"You're supposed to be nice. Dah kenapa buat kerja gila masuk bar... siap kena goda bartender. Apa dah jadi dengan kau, Ayen?" soalnya, langsung tak percaya.

"Egann... balik rumah..." gumam si mabuk.

Si lelaki terkaku. Langkah terhenti dan dia menoleh. Mata Ayen dah terbuka. Oh, sedar balik rupanya.

"Naadia jahat... balik rumah lekas..."

Keluh spontan terhembus. Wanita ini separa sedar. Yang menggerakkan tubuh itu ialah dadah yang dimasukkan ke dalam coke.

Tetapi teguran Ayen membuat Egann terfikir semula. Mungkin dia salah memberi soalan. Soalan yang sebetulnya ialah, apa yang aku dah buat sampai kau jadi macam ni? Kerana Ayen mula berubah selepas dia membuat masalah terbesar yang Ayen tak boleh nak berkompromi walau sedikit. Kerana dia mencabar hukum agama mereka. Sesuatu yang tak sepatutnya dibuat dari awal lagi. 

Dada kini memberat dengan rasa dosa yang sengaja dibutakan, lalu Egann melangut ke langit. Setiap titisan hujan dibiarkan jatuh ke mukanya, namun dia tahu sedikit pun rahmat dari langit itu mampu membersihkan hatinya selagi dia tidak merendahkan dahi ke bumi dan bertaubat. 

Egann tertunduk memuram. Pegangan pada kaki Ayen turut mengetat. 

"Maybe... maybe you deserved a better person berbanding aku..." luahnya perlahan.

Kerana sampai dari dulu sampai sekarang, dia masih buat kesalahan yang sama. Melanggar hukum Allah... hanya kerana nak menunaikan kehendak peribadi. Akhirnya yang sengsara ialah sang isteri.

"Tapi semua ni takkan jadi kalau bukan sebab aku yang gagal beri Erik dekat kau.... I'm the bad guy..."

Terperanjat lagi Egann, lalu menoleh.

Ayen tiba-tiba gelak. "Macam lagu Billie Eilish. I'm the bad guy~ dud dud dud dud dud...." Dia ber-beat box pula.

"You and your crazy..." Gelak nipis. Kendongan dikemaskan sebelum dia meneruskan langkah ke rumahnya sambil menyanyi bersama si cinta hati. 

Bila sampai di bilik tidur, Egann persiapkan Ayen untuk tidur. Ditanggalkan bajunya. Dilap supaya kering dan dipakaikan baju tidur. Tapi si mabuk masih kepanasan, lalu baju ditanggalkan. Ayen cuba nak goda Egann supaya suaminya balik padanya.

Egann yang sememangnya jenis tak gemar mengambil kesempatan atas perempuan mabuk hanya mampu memberi cubit pada pipi merah itu.

"We'll do it later...properly... lepas kita betul-betul sort our feeling in a proper manner. Okay sayang?" Dan disudahi dengan ciuman lembut di ubun-ubun.

MATA terpejam kelip memandang siling. Kepala terasa ringan. Di luar, matahari dah naik dan memancarkan sinar menembusi tingkap bilik. Hari ini dia sepatutnya kerja. Jadi kenapa dia baru bangun?

"Grahh!! Aku dah lambat!!"

Egann yang tengah membetulkan tali leher di cermin, menoleh terperanjat. Ayen dilihatnya meloncat turun dari katil. Degup! Si bini itu terjatuh terus ke lantai kerana lutut yang hilang kekuatan. Urgh. Sakit tu!

"Adeh..."

Aduh la hai... "You okay?" tegurnya sambil mendekat.

"N-no... I'm not... apa benda dah jadi... kenapa badan aku lemah... kenapa kepala aku sakit... kenapa aku tak berbaju..." Baru perasan keadaan diri yang hanya berseluar dalam.

Tubuh kecil itu dipangku supaya duduk di semula di katil. Ayen terus membungkus dirinya dengan selimut termasuklah menyelubungi kepalanya. Egann pula menceritakan apa yang berlaku malam tadi dari perspektif Doug.

"Aku kena spike? Oleh bartender tu ke?" Senyuman manis serta renungan mata bartender itu diingati kembali. "But he seems so nice..."

"What are you, 20 years old?" soalnya pelik, tak menyangka Ayen naif sebegini. "Men are not nice. Especially the one yang kau jumpa dekat bar. Mereka hanya fikir macammana nak bukak baju kau and have their way with them." Mata diisyaratkan ke dada isterinya sebelum merenung mata bundar itu kembali. "Kenapa kau lepak dekat bar, ne'way?"

Ayen melihat keadaan dirinya lagi, lalu Egann dipandang. "Jadi kau yang getting the action?"

Terkedu. "Eh, tak... aku tak buat."

"Ala, kenapa...?" Ada nada kecewa di situ.

Terkedu lagi, tapi berisi ketawa kali ini. "I don't bang drunk chick, sayang. Tak proper. Aku prefer buat bila sama-sama sedar, sama-sama enjoy." Rambut yang menutup hampir separuh wajah si isteri, ditolak ke tepi. Diusap-usap pipinya hingga ke telinga.

"Oh." Otak yang rasa bebal, dibalik-balikkan lagi macam daging burger di atas kuali panas. Supaya masak lekas. Lantai direnung. "Jadi kau memang tak tidur dengan Naadia dekat PD la maknanya..."

Kali ini air muka Egann berubah seratus peratus. Ya Tuhan. Ayen masih fikir tentang hal itu? "No... of course not.... Kau rupanya tak percayakan aku masa aku nafi sebelum ni?"

"Kau cakap easier to lie than having to complicate conversation... I find its hard to trust you ever since... sebab aku tak tahu which one is right or wrong..." luahnya rendah sambil menggosok kepala.

Egann tercungap. Semua tingkah laku Ayen sepanjang bersama dengannya selepas itu diingati kembali. Patutlah terlalu sukar nak bekerjasama. Kerana rasa percaya itu dah hilang dari awal lagi. Kepala dijatuhkan bersama keluh berat.

"Damn ini lebih sakit berbanding dapat tau kau cuba flirt dengan bartender..." luahnya sambil mencengkam dada.

Ayen merenung si suami. Akalnya agak kelabu ketika ini, tetapi semakin lama semakin jernih. Memori kini kembali satu persatu. Termasuklah rancangan dia dan Doug pecah masuk ke apartment Naadia dan merosakkan kereta mereka.

"Aku masuk karaoke bar sebab cuba rasa dunia kau..." luahnya tiba-tiba, membuat Egann menoleh. "Tapi aku tak berani masuk kelab malam... sebab aku pakai tudung. It doesn't feel right masuk tempat macam tu dengan tudung. Malam tadi aku bersyukur gila adanya peranan tudung kat kepala aku... bukan saja tutup rambut, tapi tutup aku dari semua... neraka dunia yang berlaku kat dalam tu." Kepala digeleng.

"Some of them takda masalah nak langgar kesucian tudung pun..."

"Itu antara mereka dan Allah, then. But you're still in mind... I can't stop thinking about you and Naadia... about how much you guys look so good together. How much chemistry that you guys share. You're living in the same world... faham bahasa masing-masing... share banyak kegemaran masing-masing.... I visited the bar just to cup a feel... of how it feels like being in your world..."

Bibir dinipiskan. "That was unnecessary... So? How was it?"

Diam seketika. "Doug is a good friend." Sengihnya.

Egann tergelak. "Kau basically dah rampas dia dari aku."

Ayen tergelak sama. Kemudian mereka sama-sama menghela keluh dan sama-sama terdiam.

"Egann..."

"Emm?"

"Kita akan terus kekal bersama... kan?" soalnya pada lantai.

Si lelaki menoleh. "Of course darling..."

"Walaupun aku tak boleh beri kau anak?"

"Kita akan terus usaha, okay?" Tangan Ayen digenggam.

Ayen tersenyum lirih. Bukan pada konotasi suaminya, tetapi pada penolakan Egann atas hakikat kegagalannya memberi bayi kepadanya. Kepala ditundukkan bersama air mata yang kian bergenang.

"Doug lecture aku semalam... dia suruh aku berbaik dengan Naadia."

"Wait. Really?"

"Ha'ah. Cukuplah kalau sekadar fake... like, fake it till you make it... benda macam tu. For the sake of permudahkan konflik kita. Since dia ialah masalah... dan cemburu aku makes it worse... its time to be a bigger person and and and... tolong dia pikat kau."

"Haa??" Terkejut lagi. "Doug bagi nasihat macam tu? Aku bunuh jugak mamat tu nanti..." Hati dah mula nak berdendam.

"Bukan... bukan... dia nasihat the fake berbaik thingy to save our relationship... the latter is just my thing."

"Kenapa kau nak sangat aku dengan dia??"

"Sebab the baby needs his/her parents..."

"Ya Allah... the baby ialah kita punya... bukan aku dengan Naadia... why didn't that come across kepala otak kau?!" Kepala Ayen digenggam dan digoncang. Geram!

Si perempuan tergelak. "Pening. Pening." Tangan Egann ditolak. Kemudian pipi suaminya dikucup. Rapat menyapa hujung bibir. Hangat kembali ke hati masing-masing, lalu renungan mereka bertaut. "She won't let you go, sayang... this is my way to compromise... just to ease the burden... kau pula macammana?"

Egann terdiam. Tiada jawapan.

MENJADIKAN Naadia sebagai isteri? Perempuan itu dah pernah menjadi isterinya selama sebulan suatu ketika dahulu, dan dia dah pun tahu macammana pe'el wanita itu. Naadia ialah kategori perempuan manja yang mahu kehendaknya ditunaikan sepanjang masa. Tiada masa untuk diri sendiri. Seratus peratus masa perlu diserahkan untuk dia sahaja. Ayen berkata benar yang dia dan Naadia banyak persamaan, termasuklah cara melepaskan marah.

Mengamuk dan menterbalikkan meja.

Dia tak perlukan pasangan yang menjadi api bila dia ialah api. Boleh terbakar hangus rumah tangga yang dibina. Dia perlukan pasangan yang tahu macammana nak bertukar menjadi air walaupun dirinya sendiri ialah api. Pasangan yang tahu bertolak ansur, yang tahu menghargai dia sebagai seorang lelaki... sebagai manusia biasa... yang mampu buat salah... dan menegur dan akan menegur dengan penuh sabar. Seorang wanita matang. Dia dah pun jumpa wanita seperti itu. Dialah Ayen.

Naadia... kalau nak buat skandal, mungkin dia tak kisah. Tapi bukan seorang isteri.

No way.

Buktinya? Dia tengah kena marah tengah-tengah awam kerana menghilangkan diri malam tadi. Serta kereta Naadia kena vandalisme. Entah kenapa wujud rasa terima kasih pada Ayen dan Doug kerana merosakkan kereta Naadia... walaupun keretanya juga menerima layanan yang sama. Tapi dia sekadar menerima itu sebagai karma.

Mujur perempuan ini sedang mengandungkan anaknya. Kalau tidak, walau seminit pun dia takda rasa ragu-ragu nak melepaskan diri.

"Bila I tengok CCTV, you know who I saw? Your wife!! I was this close nak report polis!" Ibu jari dan jari telunjuk ditemukan.

"Let's go shopping." Lekas marah Naadia disimbah air sejuk.

Mereka terlebih dahulu membeli minuman di Starbuck. Bila Egann menoleh, Naadia dilihatnya tengah menangkap gambarnya.

"Buat apa?" Cawan dihulur pada si wanita.

"Ambik gambar you, nak share kat follower I," sengihnya, lalu melayan iPhone. Dibiarkan Cappucino tak bersambut.

Egann menghela nafas pendek. "Perempuan memang suka tangkap gambar candid orang lepas tu share kat public eh? Tak boleh simpan miang tu sikit?"

"What? Salah you yang handsome sangat. I nak buat orang jealous sebab I miliki you..."

"Macam tu..." Frappucinonya disedut.

"Lagipun, perempuan suka bercerita pasal lelaki yang mereka sayang dekat kawan-kawan mereka," tambah Naadia lagi sambil mengerling pada si lelaki. Egann dilihatnya tersenyum, lalu kembang hatinya. Langsung tidak disedari Egann sedang memikirkan Ayen yang juga gemar menangkap candid gambarnya dan diletakkan dalam Instagram.

"Nak tengok gambar tadi?" pinta Egann pula. Jika Ayen suka mengambil gambar yang memalukan baginya, gambar dari Naadia macammana pula? Kepala direndahkan pada iPhone merah jambu tersebut, melihat mukanya sendiri. "Ya Allah, handsomenya."

Tergelak si perempuan dibuatnya. Dada Egann dipukul ringan.

Lelaki itu pula masih melihat akaun Instagram Naadia. Tertangkap jumlah follower wanita itu. Melebihi 1M. Wow, ramai. Memandangkan mukanya juga kini mengisi galeri gambar itu, jadi seramai 1M penduduk internet menganggap dia ialah skandal Naadia? Adakah Ayen pun termasuk dalam 1M itu? Darah mula terasa sejuk.

"Y-you tak tulis yang bukan-bukan pasal I dalam tu, kan?"

"Macam?"

"Macam I ialah boyfriend you ke?"

Naadia mengemam bibir. "We're not dating?"

Jatuh rahang. Rasa nak pecah pembuluh darah bila memikirkan apa yang Naadia dah canangkan dalam Instagram tentang hubungan mereka, yang boleh jadi diketahui yang lain seperti Saif atau Ayen. Patutlah Ayen pernah tanya bila masa dia dan Naadia jadi pasangan bercinta! Patutlah cemburu si isteri melampau-lampau! Patutlah Saif macam tak terlalu terkejut bila dia mula-mula memberitahu skandalnya dengan Naadia dahulu!!

Aaarghh... semua kepelikan itu dah terjawab kini.

Lekas Egann berhenti di hadapan Naadia, membuatkan langkah si wanita itu juga terhenti.

"I've told you million times, Naadia. Antara kita is nothing else but businesss partner. I ialah intended parents. You ialah surrogate mother. I entertain you right now sebab that baby... I want him to be alive and kicking... untuk you pulangkan balik dekat I dengan Ayen. Nothing more." Mata yang bersalut eye shadow serta maskara itu direnung tajam.

"I tak faham kenapa you nak reject I sangat.... Kita perfect together. Macam pinang dibelah dua."

"Pinang dibelah dua is overrated!"

"Look. I buat poll kalau kita ialah perfect couple. I dapat undi serratus peratus!" Undian dalam Instagram ditunjuk.

Urat mula menimbul di leher, tanda marahnya terjentik. Egann rasa nak menyimbah Frappucino atas kepala sendiri. Siapa yang kisah pasal poll dalam Instagram?! Ringan benar mulutnya nak menjerit. Mata dipejam, nafas ditarik dalam, dan lafaz zikrullah disebut berkali-kali. Ajaran dari Ayen bila tanduknya mula nak naik.

"Maybe lebih baik kita sambung shopping..." getusnya lalu berkalih. Refleks dari otak membuatkan kakinya berjalan laju, seakan-akan nak lari dari wanita itu selekasnya.

"Egann... jangan la jalan laju sangat!" Naadia cuba mengejar hingga berlari anak. Kemudian dia tersadung. Jeritan kecilnya menarik perhatian yang lain.

Egann menoleh terperanjat. "Lah... you clumsy sangat dah kenapa..." Lekas dia berpatah balik. Sebelah tangan memegang kedua-dua cawan Starbuck, dan sebelah lagi dihulur pada si wanita. Naadia menolak huluran itu bersama muncung. Nak merajuk. Egann tidak peduli. Lalu lengan kurus itu ditarik mudah hingga Naadia bangun semula.

"You okay? Baby okay?"

Naadia mencemik. "I taknak bercakap dengan you," rajuknya, lalu berjalan terus.

Egann memandang tubuh itu melaluinya dengan kening terjungkit sebelah. "Finally." Bersyukur.

Rutin Naadia shopping ialah stereotaip sebagaimana seseorang wanita selalunya shopping. Ayen tidak berkecuali dalam hal ini. Mereka gemar memasuki dari kedai ke kedai. Melihat mannequin dari luar, tertangkap pakaian cantik di dalam, terpaut dengan perkataan sale walaupun sejenis penipuan marketing, mencuba seratus jenis baju dan kasut tapi tidak membeli satu pun, kemudian mencuci mata melihat beg-beg tangan yang dipamerkan. Berbanding Ayen yang suka window shopping dan membuang masa berjalan-jalan tetapi balik dengan tangan kosong, Naadia sebaliknya. Wanita itu selalunya keluar setidaknya satu atau dua beg kedai di tangan. Akhirnya, Egann yang kena hulurkan kad kredit platinum pada cashier.

Ini satu lagi faktor Egann enggan menjadikan Naadia sebagai isteri. Pemboros! Duit wanita itu jauh lebih banyak darinya di dalam bank memandangkan bisnes yang dibuat serta kerjaya sebagai eksekutif besar, tetapi masih tak mampu nak bayar shopping sendiri.

"Hey, quick question. Kalau ada alternate universe dalam dunia ni, ada tak salah satunya dimana you boleh bayar shopping you sendiri?" soalnya sambil mendekati Naadia yang masih membelek kasut yang dipamer di dalam Charles & Keith itu.

"Hey, you lelaki. You la yang kena bayar. Gentleman sikit eh."

"What I wouldn't give supaya tak jadi gentleman sekarang ni..." bisiknya pada diri sendiri.

Si wanita menguntum senyum. Jambang yang melebat di rahang si lelaki, dipintil. "Nanti I bagi la reward dekat you..."

"Macam bonus 12 bulan?"

Tergelak dibuatnya. "You ada real estate seluruh dunia sampai cecah billion sepanjang tahun tapi masih nak harap bonus 12 bulan dari bank pelaburan kecik macam company I? Cheeky." Pipi itu ditunjal. "By the way, you lebih handsome kalau you kemaskan jambang you."

"Amboi. Baru skandal dah tegur jambang orang. Wife I suka tau macam ni." Jambangnya digosok.

"Dia buta imej." Tangan Egann digenggam. "Jom pergi salon. Kalau you nak jadi husband I, you kena improve imej you to be public-approved. Jangan ikut sangat standard wife you yang dari golongan B40 tu."

"Husband? I didn't even agree jadi boyfriend..."

Naadia sekadar mengemekkan mukanya.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh