Bab 33

Paina here!

Slow burn eh citer ni... sorry la, aku terus terang, aku pun tak fokus sangat citer ni. Rasa macam ada banyak je benda tak perlu yang boleh dibuang to make it shorter but with the same impact. Egann ni pun la haii... the more aku develop dia, he ended up jadi sexist. Aku tak plan pun kau jadi sexist, tahik!  But its there, cuma aku yang baru nampak. Thank you Husna sebab jadi mata ketiga.

Sexist ehh.... maybe I can use that...

Well, here is the last upload of this week's chapter. See you guys next week! 

_______________________________________

SETELAH dipaksa Saif untuk balik ke pejabatnya dengan susah payah, Ayen menunjukkan ujian mengandung pada rakannya itu.

Husna tergamam. "Kau positif?"

"Em..."

"Ya Allah!! Tahniah hahah!!" Terloncat-loncat rakannya itu dibuatnya. Mukanya memerah dengan rasa teruja. Ayen dipeluknya sekuat hati. "Oh my God, lepas semua dugaan dan ujian korang... dengan masalah Naadia lagi. Ini dah macam penyelesaian dari langit hahahaa. Kau dah bagitau Egann belum?" soalnya dengan mata bersinar-sinar.

Ayen menggeleng bersama senyuman nipis. Hambar sekali reaksinya. "Belum... aku baru tau tak sampai sejam tadi..." 

Rasa gembira Husna memudar sedikit. "Oh..."

"Aku tak tau apa aku nak buat..."

"Apa maksud kau kau tak tahu? Kau mengandung, kut! Impian kau dengan Egann since... the last time eksiden tu berlaku!" Tangga ditunjuk. "You guys wanted this so badly. Jadi kenapa kau nampak tak happy?" Hairan benar.

"Mungkin sebab aku dah keguguran tiga kali. Lepas tu duit dia habis majorly on IVF... tapi aku masih tak boleh mengandung. We settled on Naadia sebagai langkah selamat. That's all."

"Habis... ini datang dari mana?"

"Aku tak tahu..." Muka diraup hingga menggenggam rambut sekuatnya. Cuba meleraikan kusut yang semak di kepala. "Egann sangat agresif sejak perang terbesar kami. Terutama sejak dia cemburu dekat Doug..." Keluh berat terhembus. "Aku tak tahu apa masalah dia dekat Doug. Kalau lelaki kat dunia ni tinggal Doug sorang je, aku dah mati dulu rasanya."

Sempat mengomel.

Husna memeluk bahu yang menurun itu. "Jadi apa masalahnya..."

"I don't wanna kill another one of our kids..." luahnya pada lantai.

Husna menelan liur. "Ayen. You're too hard on yourself. Benda dah jadi, bukan kau yang sengaja bunuh..." Namun, kata-katanya umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. "Apa kata kau test semula."

Ayen menoleh. "Good idea. Boleh jadi ini sekadar false positive..." Barulah nampak cahaya pada sinar mata yang malap itu.

Si rakan menahan sebal di hati.


BEBERAPA minit berlalu.

Husna yang sedang bermain Fortnite dengan PS4 Egann, menoleh pada Ayen yang bermain handphone di sebelahnya. "Rambut kau masih tak gunting eh?"

"Egann tak bagi."

"Gunting la sikit. Tu dah panjang sangat." Rambut yang menyentuh pinggul itu dikerling. Entah macammana rakannya menjaga rambut itu selama ini. Nampak sihat bersinar. Mungkin Egann juga membantu dengan menghulur duit untuk rawatan rambut. "Setakat paras dada aku rasa dia okay lagi," sambung Husna, menjaga kedudukan Egann sebagai seorang suami.

Ayen menarik rambutnya. "Kau rasa aku patut gunting?"

"Up yours. Dari dulu kau bising rimas. Aku tanya je." Bibir dileret. "By the way, result kau apa?"

"Aku tak tau. Aku tak tengok lagi."

"Lah!"

"Tolong tengokkan. Aku tak berani." Terus ujian mengandung itu dilontar pada Husna. Si wanita menyambut dalam geli. Dah la bekas kencing dia. Kurang asam punya member... Game dihentikan, dan ujian mengandung itu dipandang. "Huh. Kau negatif."

Ayen menoleh lipat maut. "Ya Allah, betul ke?" Serta merta langit bertukar cerah semula dan pelangi mewarnai alam. Ayen turun ke lantai selajur melakukan sujud syukur. "Ya Allah... terima kasih ya Allah... fuhh... hahaha.... Aku cuak gila! Huh!" Tangan disapu ke dahi umpama mengesat peluh. Dengan mata bersinar, dia menoleh pada rakannya, tetapi Husna tengah ternganga. Seakan tercengang melihat reaksinya. Ayen meleret bibir lalu. "Maybe... jauh di sudut hati aku... aku taknak kandungkan anak dia lagi..." luahnya akhirnya, benar-benar mengaku. Dia enggan membunuh Erik lagi. Cukup-cukuplah. Dia akan menunggu Naadia kantoikan perkara sebenar pada Egann, dia akan memujuk marah Egann, dan kemudian memujuk suaminya menikahi Naadia supaya anak itu ada emak dan ayahnya. Dia juga tidak akan meninggalkan Egann sebaliknya menerima tanggungjawab sebagai emak tiri.

Ya. Itu cukup.

Husna masih melopong, kemudian menunduk pada kit ujian di tangan. Liur yang terasa keras, ditelan.

"Kau kenapa dah macam komputer rosak? Bak sini test tu," pinta Ayen bersama dengus.

Si kawan menghulur bersama leretan senyum janggal. Bila mata Ayen berpusat pada dua garisan pada kit tersebut, Husna menggaru tengkuk. Janggalnya dia ketika ini, rasa macam ada duri yang tumbuh di kulit.

Ayen terduduk tanpa melepas renung pada kit. Husna pula semakin... ah, tak tahu nak cakap apa sebab tak jangka reaksi sebegitu dari kawannya!

"K-kenapa kau menipu..." 

"Aku nak tengok reaksi kau... kalau kau sedih terkilan ke apa, tapi seriously Ayen, aku tak expect langsung kau sujud syukur!!"

"Ya Allah..." Muka diraup, turut menghargai pilihan keputusan rakannya itu. Jika Husna cakap positif tadi, dia juga tak tahu yang dia taknak bayi ini. Maat kembali terasa panas. "Aku akan bunuh Erik lagi... aku akan hancurkan hati dia lagi..." Wajah Egann yang mengamuk pada pukul 3 pagi lalu diingati kembali. "Aku taknak Husna, aku taknak..."

"Ya Allah, Ayen... kau takkan bunuh Erik... budak ni akan sihat—" Terhenti kata bila Ayen membaling konsol ke dinding sekuat hatinya. Terperanjat wanita itu dibuatnya. Ayen berdiri di hadapan rakannya dengan nafas yang turun naik macam baru lepas dikejar kerbau jantan.

"Kau tak tahu apa-apa. Lebih baik kau diam..." luahnya bersama air mata yang deras menuruni pipi.

Husna menelan liur. Difahami akal rakannya itu tengah dikoyakkan trauma. Ketika ini, kata-kata positif atau sebarang pujukan tidak akan memberi apa-apa makna.

"Aku minta maaf, Ayen... aku rasa kau perlukan distraction..." ujarnya, membuat Ayen menarik hingus. "Kita keluar nak? Shopping. Karaoke. Gunting rambut. Spa."

"Aku nak gunting rambut..."

Ada respon positif! "Jom! Aku nak gunting pixie cut! Aku rasa aku akan nampak cute..." Dia bangkit.

Usaha Husna nak menukar topik membuat galau di hati Ayen memudar sedikit. Benar, dia perlukan distraction. Nafas ditarik sedalam dalam dalam dalamnya hingga dada mengembang beberapa inci. Dihembus perlahan. Mahu oksigen sampai ke kepala.

"Kau dengan pixie cut buat kau nampak macam budak 10 tahun."

"Kau kutuk kawan kau yang tengah cuba nak support kau?" Geram menegur.

Lalu Ayen tergelak halus. "Aku nak gunting sendiri, boleh?"

Dan Husna tersenyum. Pertama kali dia merasa lega yang sungguh lega hanya sebab melihat gelak seseorang. Tahap lega sampai rasa nak menangis! "Of course..." luahnya sebelum menarik tubuh Ayen ke rangkulan. Erat sekali. Ayen terkedu.

"Woi." Keras menegur.

"Bagi aku peluk kau kejap... just to get it out of my system..." tambahnya bersama suara sebak.

Dan diam. Hangatnya rangkulan itu mampu menyentuh hati kecil Ayen lagi. Lalu muka dibenam ke bahu rakannya. Menutup muka yang terasa berbahang.

"Jangan bagitau Egann..." Dengan suara serak, dia meminta.

"Okay..."

"Saif pun jangan..."

"Okay Ayen, okay.... Aku harap kau terus kuat..."

Retak lagi. Belakang baju Husna digenggam seeratnya sambil melepas tangis di bahu si kawan. Rabak hati Ayen sampai ke hati Husna, dan lalu mereka sama-sama menangis berpelukan.


SAIF balik ke penthouse itu selepas Maghrib. Baru sahaja nak excited nak jumpa bini yang sah buat hari pertama, bertukar murung bila melihat penampilan isterinya.

"You cut your hair..."

Husna yang baru selesai menciumi tangan suaminya di depan pintu rumah, spontan memegang kepala. "Ha'ah. Potong petang tadi.... Cute, kan?"

"Ye, cute... tapi kenapa tak cakap kat abang dulu..."

"Nanti dia tumbuh baliklah, sayang..."

"Kenapa tak cakap kat abang dulu..." Benar-benar sesal. Hingga jatuh bahunya bahana terlalu sedih.

Bersalah lalu. Rasa macam ada mata di belakang kepalanya dan boleh melihat Egann mencuri dengar walaupun tengah menghidang makan malam di atas meja. Lalu suaminya ditarik supaya menunduk. Dicium dahulu pipi itu sebelum berbisik ke telinganya.

"Sayang gunting sebagai tanda solidariti dengan Ayen... sorry, its like a dudette's code..."

Dan mata biru kilat itu menentang si isteri. "Ladies pun ada code?"

"Sekadar non verbal agreement dengan Ayen... I apologize, but bear with me please?" Tangan itu digenggam erat bersama renungan meminta.

Lalu si suami mengeluh. Bahu isterinya dirangkul dan mereka sama-sama bergerak ke meja makan.

"Mana Ayen?" soal Saif, mahu bertanya terus pada punca masalah yang membuatkan rambut isterinya pendek.

"Cari bini abang, kenapa?" sampuk Egann tanpa sempat Husna membalas.

"Nak fail complain sebab jadi punca rambut bini Saif pendek macam pengkid."

"Abang...!" Husna merengek lalu. Masih tak habis marah rupanya. "Kan dah cakap, cute...!"

Egann tersengih panjang, suka melihat mereka bertekak. "Cute macam budak lelaki. Maybe kau boleh gantikan Ilyas masuk kelas dia."

"Oi. Jangan tambah masalah, boleh?" getus Husna, mula bernada tegang.

"Aku cuma bersyukur yang kau bukan bini aku. Sure its cute, tapi takda lelaki dalam dunia ni yang akan suggest kat perempuan untuk gunting pendek macam tu sekali."

"It called pixie cut! Aku tak gunting pendek macam penjenayah yang nak masuk penjara, and aku nampak cute!"

"Kau nampak macam lelaki!"

Husna menghempas nafas. "Its like you're not you..."

Bengang. "Just because aku mampu bernafsu dekat kaum aku sendiri, that doesn't mean aku suka tengok perempuan macam lelaki!"

"Ooh, kalau bini kau, boleh pulak?"

"Kah!" Ketawa dilepas ke langit. "Rambut bini aku cantik mengurai panjang macam sungai yang mengalir di taman syurga, excuse you!" Kepala digoyang macam tarian india hingga membuat Saif tertawa tersedak.

Husna merenung lelaki itu datar. Tadi semasa dia keluar bilik, Egann dilihatnya tengah memasak di dapur. Malah batang tubuh itu masih dengan kemeja kerja. Lalu mata dipicing. "Kau belum jumpa Ayen lagi hari ni, haven't you?"

"Jumpa Ayen? Hari ni?" Wanita berambut pixie cut itu direnung. Hint dari rambut pendek gaya lelaki itu ditangkap akal. Serta merta mukanya berubah. Pucat lesi macam mayat. "No... no no no no..." Selajur dia memecut ke tangga dan berlari terus ke tingkat atas.

Dibiarkan si abang, Saif menoleh pada isterinya yang tersengih menang. "Solidariti tentang apa?"

"Hati dia terluka sampai menangis... tu je..."

"Solidariti tentang apa sampai menangis?"

Husna menggigit lidah, terasa terperangkap. Lalu dia hanya mampu mendiam, manakala Saif terus sabar menunggu cerita keluar dari mulut isterinya. Namun tiada sebarang perkongsian yang diberi hinggalah Egann turun semula dengan muka merah.

"Aku lupa dia kat hospital sekarang..." Husna yang beriak serius, direnung geram. "She didn't cut her hair like you did... did she?"

Spontan tersengih jahat. Suka melihat abang iparnya gundah. "Kau either boleh clarify dengan dia dekat WhatsApp... atau minta dia buka tudung kat toilet sambil video call... atau kau boleh tunggu dia balik... atau-atau-atau—!!" Suka benar hatinya sampai terloncat macam budak kecil. Saif merenung isterinya dengan senyum kelakar, manakala Egann menahan sabar. Vivo dihidupkan dan galeri gambar dicari. Gambar Ayen dengan rambut pendek macam gaya rambut bob Emma Watson tahun 2010 ditunjukkan depan muka lelaki itu.

Pendek. Betul-betul pendek. Tahap pendek yang buatkan Egann nak menangis masa tu juga.

Kepalanya jatuh tertunduk macam dah rugi berjuta. Kaki diheret ke sofa dan dia berbaring kesedihan di situ. Gelinya hati Husna hingga mulut ditutup dengan kedua belah tangan, enggan ketawa meledak keluar.

Saif pula hanya menggelengkan kepala, bersimpati dengan abangnya. Kemudian kenakalan isterinya ditegur. "Kenapa you guys buat hal mendadak macam ni, sayang? Memang nak kenakan husband masing-masing ke?"

"Ayen cakap nak gunting rambut... sayang nak support dia je..." Sebal lagi kerana mengesan marah pada nada suaminya.

"Sampai pendek macam tu sekali?!" jerkah Egann sambil bangun duduk. "Kalau paras dada aku okay lagi! Paras bahu pun aku masih boleh bernafas. Tapi itu bukan Ayen yang aku nak!"

Mata Husna terpicing terus. "Ayen yang kau nak macammana orangnya? Yang sihat tubuh badan, yang boleh melahirkan Erik macam Naadia, yang akan follow semua kata-kata kau macam bini solehah?"

"Siapa yang taknak bini solehah?" soal Saif kembali, membuat Husna mencerlangkan matanya, meminta si suami diam.

Egann pula merapati pasangan suami isteri di meja makan itu kembali. "Tell me, what happen?" soalnya terus.

"What?"

"The motive behind the haircut. Kau cakap kau support Ayen. Support untuk apa?" soalnya, serius sekali.

Diam seketika, mencari idea nak memberi alasan. "Dia mood swing. Lepas tu menangis. Tu je."

Egann mendiam, leka merenung bahasa tubuh wanita di hadapannya. Mata bundar itu enggan menentangnya langsung. Dan bila berpusat kembali ke matanya, barulah dia bersuara.

"Kau sembunyikan apa dari aku?"

Berdetak terus jantung si kawan. Terus teringat tekanan bekerja di bawah lelaki ini suatu masa dahulu. "T-takda apa..."

"You hesitated. Why are you hesitating? Kau sembunyikan apa, Husna binti Hasni?" Suara ditekan.

Nafas dihembus spontan. Pada masa yang sama, dia menenangkan diri. Lelaki itu tahu membaca bahasa tubuh dan menghentam stafnya dengan kata-katanya. Mata birunya juga cukup galak serta sikapnya dominan. Sentiasa nak menang hingga tiada ruang untuk berkompromi.

Rileks Husna. Egann dah bukan bos kau.

"Ayen tak benarkan aku bagitau kau..." luahnya akhirnya, sekadar di hujung lidah.

Saif spontan menoleh pada Egann, melihat anak mata hitam abangnya mengembang. Ini berita yang tak sedap didengari.

"Kenapa dia dismiss aku sedangkan dia boleh je dapatkan support dari aku?" Nada suara yang garau itu mula menegang dan kedengaran tenggelam. Egann kini marah.

"Orang tak boleh dapatkan support dari orang yang sama yang beri luka tu."

"Kau cakap apa—!" Spontan merapat, spontan juga Saif bangun dan menolak tubuh abangnya.

"Abang, cool off. Husna, awak pun jangan provok abang! Awak tahu relationship abang dengan Ayen strained sejak Naadia muncul! Kalau betul awak nak tolong Ayen, support abang sekali! Jangan bantu Ayen seksa abang!"

Husna turut bangun. "Abang je la support abang abang tu! Sayang tetap berpihak dekat Ayen! Lagi-lagi bila laki dia layan dia macam pembunuh just because dia keguguran tiga kali!!"

"Bila pula aku layan Ayen macam pembunuh!"

"Habis kenapa dia tak habis-habis sebut dia dah bunuh anak kau!!" pekiknya sekuat hati hingga merah pekat wajahnya. Tangisan Ayen kedengaran di belakang telinganya, membuatkan air matanya turut meleleh selebatnya. Perit di hati Ayen benar-benar dikongsi di hati sendiri, dan sekarang ini dia sangat-sangat bencikan Egann kerana membuat rakannya terluka sebegitu sekali. Nafas disedut laju, bersedia melepaskan peluru berpandu bertalu-talu.

"Kalau betul korang dah settle down pasal isu Erik, kenapa Ayen masih trauma sampai takut sangat dekat kau!! Sampai kau kena cari perempuan lain untuk keluarkan baby kau yang kau nak sangat—kau buat dia macam kilang yang tak capai speck lepas kena audit! Dia ialah wife kau Egann, bukan kilang buat anak! Dia ialah manusia yang ada kelemahan, bukan orang yang sengaja nak gugurkan anak kau hanya sebab suka! Dia nak selamatkan patient dia, sebab tu dia overwork! Dia stress dengan Datuk Roslan dan kau pula hampir maut, sebab tu dia makan pain killer! Dia jatuh tangga sebab selamatkan anak aku!! Semua tu bukan sebab dia sengaja nak bunuh anak kau yang belum wujud tu!! Dia ialah manusia! Dia masih merasa semua perit dan luka, baik masa mengandung, masa keguguran, atau masa tengok kau hilang kawalan dekat diri kau sendiri! Parut tu masih visible kat badan dia, tapi kau—!" 

Kembang rengkungnya hingga gagal bersuara. Sendat juga nafas hingga terbentuk lekuk lubang di tulang leher. Muka terus ditekup dengan kedua belah tangan, menutup air mata yang terus menerus jatuh tanpa henti. Terlalu hiba rasanya bila mengingati sebak dan ketakutan Ayen atas kandungannya sendiri. Seorang perempuan sepatutnya gembira dan tak sabar nak memberitahu suaminya mengenai berita itu, bukannya menangis ketakutan dan sembunyikan hal itu.

Egann dan Saif pula sama-sama terpaku. Kemarahan Husna bagi pihak Ayen cukup tulen. Kalau perempuan ini yang baru sekejap menumpang rumahnya dah menangis begini, apatah lagi Ayen yang dah menghadap perangai Egann selama ini.

"Kalau dia rasa semua benda ni... kenapa dia tak terus terang dekat aku..."

"Sebab kau ialah sexist yang tak boleh handle realiti yang bini kau ialah perempuan normal sama macam perempuan lain yang kau benci!!" Dipekik lagi sekuat hati sepenuh tenaga macam pelajar lepasan SPM yang pergi naik ke bukit dan melepaskan geram kerana akhirnya selesai segala-galanya. 

Egann kekal membatu. Saif pula terus mendapatkan isterinya, mahu memeluk dan memujuk tetapi isterinya itu menolak. Air mata yang jatuh macam hujan di musim tengkujuh berusaha dilap sehingga habis. Lelaki bermata biru galak di hadapannya kembali ditentang.

"Kami bukan Fatimah az-Zahra... kami sekadar perempuan akhir zaman yang cuba nak survive..." sambungnya, masih nak meluah. "Lebih baik kau lepaskan dia kalau kau cuma nak simpan dia sebab nak lengkapkan impian kau semata berbanding ambil peduli ketidakmampuan dia..."

"Okay sayang... shh... cool down..." Sisi kepala itu dicium sambil diusap belakang tubuhnya.

Egann menarik nafas dalam, turut menenangkan galau. Kalah dalam perbalahan itu kerana Husna membalas dengan air mata. Isyarat kepala diberi pada si adik untuk mengangkut si bini itu ke bilik mereka. Saif akur, lagi-lagi bila Husna tidak menunjukkan tanda nak berhenti menangis. Terus dicempung isterinya ke bilik tetamu, manakala Egann mencapai iPhone di atas meja. Nombor isterinya didail.

Tidak diangkat.

Ayen...?

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh