Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 18

“ Woiii….apa yang korang buat ni? Tak kesian ke kat dia?” Marah Adlene Kayra kepada teman-teman yang sedang membuli Danish Iskandar.

Danish Iskandar segera berlari dan berlindung di belakang tubuh Adlene Kayra yang kurus. Malah tubuh Adlene Kayra lebih kurus daripada tubuhnya.

“ Alah…relakslah Kayra. Kitaorang hanya suka-suka sahaja,” kata Mashitah.

“ Suka-suka? Buli orang macam ni kau kata suka-suka? Kau suka ke kalau orang buat dekat kau macam kau buat kat Iskandar?” Marah Adlene Kayra.

“ Eleh Kayra ni, yang kau backing sangat ‘nyah’ ni apasal? Kau ingat dia akan sukakan kau ke? “ Kata Sofea pula.

Adlene Kayra mengerutkan dahinya. Dia agak pelik dengan bicara Sofea itu. Dia berkawan dengan Danish Iskandar bukan kerana soal hati dan perasaan.

“ Ye lah….kau ingat dia akan sukakan kau ke? Kau tahu tak dia tu dah anggap diri dia perempuan! Kau tengoklah cari dia berjalan? Ha ha melenggok-lenggok. Kalau aku siot!” Tambah Mashitah.

Bicara Masitah itu disambut dengan tawa kuat dari Sofea. Masitah dan Sofea gemar membuli Danish Iskandar yang berperwatakan lembut. Walaupun Danish Iskandar berpakaian seperti lelaki tulen, tetapi cara percakapan dan cara dia berjalan semuanya seperti perempuan. Malah Danish Iskandar jadi bahan usikan kepada para peserta di kursus induksi yang wajib disertai oleh semua graduan perubatan lepasan luar negara yang bakal ditempatkan di hospital kerajaan tidak lama lagi.

“ Itu cara dia berjalan. Cuba kau tengok cara dia pegang dulang kat dewan makan tadi. Ha ha…lembut gila siot…kalah aku wanita tulen ni!” Kata Sofea pula.

“ Kayra…..tengok diaorang kata aku!” Kata Danish Iskandar dengan gaya manjanya sambil memegang hujung tudung Adlene Kayra.

“ Eh…apa salahnya aku berkawan dengan dia? Aku nak nasihatkan pada korang, walaupun Iskandar ni lembut tetapi tolonglah jangan pandang rendah kepadanya. Dia ni sama dengan lelaki biasa cuma mungkin nalurinya ada sedikit kelainan. Iskandar dilahirkan dengan naluri yang sama seperti wanita. Hatinya mudah tersentuh seperti kita juga tetapi dia tetap lelaki. Dia juga ada hak untuk dilayani seperti seorang lelaki biasa dan tolonglah hormat Iskandar seperti mana korang hormat dengan kawan-kawan lelaki korang yang lain,” nasihat Adlene Kayra.

“ Oh please….aku tak kawan dengan pondan!” Kata Mashitah mencebek.

“ Ahhh…ah…aku pun,” sokong Sofea.

Wajah Danish Iskandar tertunduk sedih.

“ Aku bukan pondan,” kata Danish Iskandar dengan sedih.

“ Hei..korang tak dapat bezakan ke antara pondan dengan lelaki lembut? Kau tengok Iskandar betul-betul. Ada dia berpakaian seperti perempuan? Ada ke? Tidakkan? Kalau Iskandar ni pondan sedaya upaya dia ubah dirinya secara fizikal dan nalurinya seperti pondan. Ada Iskandar buat begitu? Sudahlah Iskandar, tak guna kita berkawan dengan mereka yang berhati busuk ni!” Marah Adlene Kayra sambil menarik tangan Danish Iskandar berlalu.

Danish Iskandar hanya mengikut. Dia bersyukur kerana ada teman seperti Adlene Kayra yang sentiasa membelanya ketika dia dibuli oleh teman-teman yang lain. Apa nak buat sudah nasibnya menjadi lelaki lembut.

“ Ehhh..Kayra, auratlah. Kenapa kau pegang aku?”

Danish Iskandar menarik tangannya daripada terus di pegang oleh Adlene Kayra. Adlene Kayra yang tersedar hanya tersengih dengan tindakan luar kawalnya.

“ Perempuan sama perempuan aurat juga ke?” Tanya Adlene Kayra sengaja mahu mengusik Danish Iskandar.

“ Ohhh..mulut kau! Busuk macam longkang! Aku ni lelakilah. Lelaki sejati. Tengok mana ada bukit pun!” Kata Danish Iskandar sambil menunjukkan bahagian dadanya membuatkan Adlene Kayra tersenyum lebar.

“ Hah..dah tahu diri tu lelaki cubalah kau keraskan badan kau sikit. Ni lembik macam sotong. Sebab tulah orang panggil kau nyah,” tegur Adlene Kayra.

“ Nak buat macammana. Dah naluri aku begini. Aku tak boleh nak ubah. Lagi pun cara aku tak salah bukan? Kau tengok aku ni ada menyerupai perempuan ke?” Tanya Danish Iskandar membela diri.

Adlene Kayra pandang Danish Iskandar dari atas ke bawah. Teman baiknya itu memakai baju T-Shirt berwarna pink, berseluar track dan berkasut sukan. Sesuai dengan aktiviti riadah yang bakal mereka lakukan sebentar lagi. Gaya dan penampilannya seperti lelaki tulen tetapi mungkin warna pink yang dipilihnya membuatkan Danish Iskandar sering di ejek oleh peserta-peserta yang lain.

“ Tu, baju kau tu tak de warna lain ke? Pink macam perempuan!” Kata Adlene Kayra.

“ Perempuan? Siapa kata warna pink untuk perempuan? Hey…kau jangan stereotaip sangat. Sekarang ni ramai je lelaki yang pakai baju warna pink. Kau tengok artis lelaki tempatan kita pun ramai yang minat warna pink tau tak,” kata Danish Iskandar. Apabila dia bercakap suaranya lembut mengalahkan suara Adlene Kayra manakala tangannya di awang-awangkan lagak seperti seorang nyah. Sebab itulah gelaran nyah itu tidak boleh lari daripadanya.

“ Kau cuba perkasa sikit. Dada tu cuba buka bukan pekung begitu. Tangan tu tak payah nak awang-awang. Sakit mata aku menengoknya,” nasihat Adlene Kayra.

“ Ya lah…sudahlah. Sakit-sakitlah. Malas aku nak melayan kau,” kata Danish Iskandar merajuk. Dia berpeluk tubuh sambil mulutnya dijuihkan.

“ Iskkhh merajuk konon. Geli aku menengoknya,” kata Adlene Kayra.

Dia kemudiannya beredar menuju ke ruang rehat yang disediakan. Malas dia mahu melayan rajuk Danish Iskandar itu. Rajuknya mengalahkan seorang perempuan. Kadang-kala Adlene Kyara tidak terdaya untuk melayan karenah Danish Iskandar itu.

“ Hey..Kayra..tunggulah…” panggil Danish Iskandar dengan gaya lembutnya. Namun Adlene Kayra buat-buat tidak peduli. Dia tahu Danish Iskandar akan mengikutnya juga. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan. Kemudian dia mencapai sebuah surat khabar yang sememangnya tersedia di situ lalu dibeleknya satu per satu.

Darius sekali lagi di anugerahkan sebagai ‘most talented man’ oleh majalah Times.

Adlene Kayra membaca tajuk petikan akhbar tersebut. Dia hanya membaca tajuknya tetapi sedikit pun tidak membaca isinya. Malah dia langsung tidak berminat untuk mengetahui tentang lelaki yang telah diberikan anugerah tersebut.

“ Apa yang kau baca ni?” Tanya Danish Iskandar.

“ Ni tengok ni, kalau kau jadi gagah perkasa macam lelaki ni kan best. Tengok ni…tengok ni,” kata Adlene Kayra sambil menunjukkan gambar lelaki yang telah mendapat anugerah tersebut kepada Danish Iskandar.

Danish Iskandar pandang kepada wajah lelaki yang penuh dengan gaya itu. Gaya seorang lelaki maskulin. Tiba-tiba dia dihimpit cemburu. Alangkah bagusnya kalau dia juga begitu. Sejujurnya dia teringin untuk menjadi lelaki perkasa sebegitu.

“ Eleh…entah-entah dia gay,” tuduh Danish Iskandar sekadar berjenaka.

Ketawa besar Adlene Kayra apabila mendengarnya.

“ Pandailah kau!”

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.