Home Novel Keluarga DARLINGKU MINAH ANGAU
DARLINGKU MINAH ANGAU
Rabihah Nur Ridhuan
16/1/2016 09:13:20
59,088
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 27

"Ya Allah, apa yang dah aku lakukan ni? Sudahlah mandikan Mishka dengan air sirap lepas tu buat Prof Melati syak yang aku dan Mishka ada apa-apa. Hu hu tak pasal-pasal malukan diri sendiri," rungut Anggun Danisha sambil membawa baju kemeja Harith Mishka ke dalam bilik kerja lelaki itu.

"Mishka pun satu, kenapalah tak berterus terang yang mereka ni sepupu!" gumam Anggun Danisha lagi. Sungguh hatinya tidak senang dengan tanggapan Profesor Melati itu. Takut gosip ini sampai ke telinga Bunyamin kesayangannya. Mesti lelaki itu akan kecewa apabila mendengar gosip tidak enak sebegitu.

Melihatkan bilik Harith Mishka yang terbuka pantas sahaja Anggun Danisha menapak masuk. Dia tahu tatkala ini lelaki itu sedang berada di tandas. Membersih diri daripada kekotoran yang ditinggalkannya.

Anggun Danisha tersentak. Dia hampir terlompat apabila melihat sekumpulan monyet berada di atas meja Harith Mishka. Memang di fakulti pendidikan banyak betul monyet-monyet yang berada di sana sini. Entah di mana datangnya Anggun Danisha sendiri tidak tahu.

"Shhh...shhh..."

Anggun Danisha cuba menghalau. Dia cuba memberanikan diri. Walaupun sebenarnya hati di dalam begitu takut dengan monyet-monyet itu.

"Keluar! Keluar!" jerkah Anggun Danisha. Dia mengambil batang penyapu dan mengetuknya beberapa kali di meja. Monyet-monyet itu ketakutan. Terus sahaja berlari bertempiaran keluar.

"Mishka pun satu. Tak tutup pintu! Tak fasal-fasal dah kena ceroboh dengan monyet!" bebel Anggun Danisha. Dia mengemas meja Harith Mishka yang sudah berselerak gara-gara monyet-monyet tersebut. Tiba-tiba mata Anggun Danisha terpaku kepada sehelai kertas yang sudah terkoyak dua. Anggun Danisha mengetap bibir.

"Ha sudah! Monyet dah koyakkan kertas kerja Mishka!" keluh Anggun Danisha. Dia cuba menyambungkan kertas tersebut. Memang boleh disambung.

"Tapi takkanlah nak letak macam ni je! Tak fasal-fasal dia tuduh aku yang koyakkan kertas dia ni. Ish memang cari nahas!" kata Anggun Danisha sendirian.

Lama diperhatikan kertas itu. Dia berada di dua persimpangan. Mahu dibiarkan sahaja atau dibetulkan? Kalau nak betulkan dia terpaksa menaip semula.

"Biarkan je lah!" kata Anggun Danisha apabila memikirkan kesusahannya yang terpaksa menaip semula ayat demi ayat dalam kertas tersebut.

"Ish kalau dia mengamuk macamana? Dah la tadi aku dah tumpahkan air kat kepala dia! Malukan dia lagi! Huh kalau dia tahu kertas kerja dia terkoyak begini tak fasal-fasal dia pecat aku pula!"

Anggun Danisha berfikir lagi. Menimbang baik buruk keputusan yang perlu dibuatnya.

"Tapi bukan aku yang buat! Monyet yang koyakkan! Tapi dia percaya ke kalau aku kata monyet yang buat? Tak fasal-fasal dia tuduh aku sengaja merosakkan harta bendanya."

Mata Anggun Danisha tepat memandang komputer di hadapannya. Hatinya seakan-akan bulat dengan keputusan yang satu. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah menghampiri komputer tersebut.

"Taip la sekejap. Bukan lama pun! Sebelum Mishka masuk bilik ni," kata Anggun Danisha. Pantas jari jemarinya mula memainkan peranan. Dia terus menaip setiap aksara pada papan keyboard sambil tangannya memandang ke jam tangannya. Apabila sampai ke ayat terakhir terus sahaja Anggun Danisha menyimpan dan mencetak dokumen tersebut. Dia kemudiannya menarik nafas lega. Kertas itu diletakkan elok sahaja di atas meja Harith Mishka. Fuhh lega!

Baru sahaja Anggun Danisha mahu melangkah, Harith Mishka sudah masuk ke dalam biliknya. Lelaki itu kelihatan terkejut apabila melihat Anggun Danisha di situ.

"I dah bawa baju you," kata Anggun Danisha sambil menunding jarinya ke arah baju Harith Mishka yang digantung kemas di penyangkut yang sudah tersedia di bilik lelaki itu.

"Thank you," kata Harith Mishka tanpa memandang Anggun Danisha. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya.

Anggun Danisha mengetap bibir. Dia memandang lama ke arah Harith Mishka yang memakai baju pagoda dan berseluar slack. Rambutnya masih basah lagi. Terasa kelakar apabila mengingati detik itu.

"What is this?"

Lamunan Anggun Danisha terhenti. Dia terus memberikan tumpuan kepada Harith Mishka.

"Kenapa?" tanya Anggun Danisha.

Harith Mishka tidak menjawab. Diperhati lama kertas yang berada di atas mejanya. Anggun Danisha yang melihat hanya menunggu dengan debaran di dada. Serasanya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ejaan dan format semuanya sudah dibetulkan. Malah hampir tiga kali dia menyemak semula agar Harith Mishka tidak dapat mengesan sebarang kesalahan di situ.

"Pelik," kata Harith Mishka. Keningnya dikerutkan. Dia memandang Anggun Danisha dengan penuh kemusykilan.

"Pelik? Kenapa pula?" tanya Anggun Danisha kembali. Debaran di dadanya sudah tidak sekata. Apa pulaklah kesalahan yang dapat dikesannya? Ish mamat ni semua kerja mahu perfect sahaja!

"Rasanya kertas ni tak ada di sini tadi," kata Harith Mishka.

Anggun Danisha mengetap bibir. Alamak...dia boleh perasan pula! Ish semuanya salah monyet! Suka-suka hati je ubah kertas tu! Tak fasal-fasal aku yang kena!

"Ooo ya ke? Dari tadi I tengok kertas tu di situ," kata Anggun Danisha dalam debaran di dada. Tak kan dia nak cakap yang monyet buat semua kerja ni! Mahu percaya ke lelaki itu?

"I'm sure. Very very sure."

Amboi yakin betul mamat ni! Ni memang sengaja nak cari kesalahan aku lagilah ni!

"Oh realy? I tak usik apa-apa barang you," tambah Anggun Danisha lagi. Lebih baik dia mengaku awal-awal.

"Pelik betul," kata Harith Mishka. Dia mengangkat kertas itu ke atas. Meneleknya dari sisi bawah. Kemudian dipusing ke depan dan belakang. Dah macam Detektif Conan dah mamat seorang ni! Sengaja la tu nak menyiasat lebih lebih. Konon nak mencari kesalahan aku lagilah tu! Ala apalah yang nak dikecohkan sangat! Kertas dah sempurna dah! Tak kisah lah kalau dia salah letak sekalipun! Huh kecoh betul.

"Apa yang peliknya?" Anggun Danisha memberanikan diri untuk bertanya.

"Tadi aku dah buang dalam tong sampah! Macamana boleh ada di sini?"

Gulp! Terasa liur yang ditelan terasa kelat. Mata pula memandang Harith Mishka dengan wajah tidak percaya

"Aku confirm aku dah buang dalam tong sampah. Aku dah koyak dua kertas ni! Tapi macamana boleh ada kat meja aku ni? Cantik dan sempurna pulak tu! Pelik!"

Anggun Danisha tersentak. Berderau darahnya dengan kata-kata dari bibir Harith Mishka. Bibir diketap kejap, melawan rasa marah dengan tindakan bodohnya itu

"What? What?" suara Anggun Danisha nyaring. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya. Dia sudah buat kerja bodoh! Ah monyet! Kau sengaja kenakan aku!

"Siapa pula yang rajin buat keja gila ni?" tanya Harith Mishka sambil tepat memandang Anggun Danisha. Dia sendiri keliru dengan apa yang telah terjadi.

Anggun Danisha mengetap bibir. Tidak tahu mahu berkata apa. Mukanya sudah panas kerana malu. Ah kenapa aku menyibuk hal dia! Sepatutnya lepas aku hantar baju terus aku keluar je. Biar monyet-monyet tu bersuka ria di bilik Harith Mishka! Ya Allah, bodohnya aku!

"Errrkkk...I keluar dululah," kata Anggun Danisha. Lebih baik dia pergi dulu sebelum tembelangnya pecah. Di dalam hati masih menyumpah seranah monyet yang telah menghuru harakan harinya hari ini.

Harith Mishka memandang Anggun Danisha dengan kerutan di dahi. Macam ada sesuatu yang tak kena je pada gadis ini? Harith Mishka menggeleng. Malas memikirkan hal Anggun Danisha yang tidak berapa betul tu.

Saat matanya tertacap kepada skrin komputer mulutnya tersengih lebar. Kini persoalannya terjawab.

"So funny.."

Langkah Anggun Danisha yang hampir keluar dari muka pintu terhenti tatkala mendengar kata-kata itu. Segera dia berpaling mencari wajah Harith Mishka. Kening dijungkit tanda bertanya maksud kata lelaki itu.

"Kau ni tak de kerja lain ke? Kenapa kau sanggup buat kerja bodoh sebegini?"

Harith Mishka berpeluk tubuh sambil bersandar di kerusi. Bibirnya mengukirkan senyuman mengejek. Bulat mata Anggun Danisha memandangnya. Kulit wajah Anggun Danisha juga sudah berubah warna kemerahan. Begitu jelas di matanya.

Anggun Danisha mengetap bibir. Malu sungguh dia apabila melihat senyuman nakal Harith Mishka kepadanya. Sungguh dia tidak tahu mana mahu disorok muka yang semakin kebas dan tebal ini.

"Bu..bukan macam tu. Tadi ada monyet masuk bilik you. Manalah I tahu dia ambik kertas yang you dah buang dan letak di meja you," jawab Anggun Danisha. Dia sudah tidak mampu memandang Harith Mishka.

Harith Mishka tergelak kecil seraya menggelengkan kepala. Lucu. Memang lucu melihat gelagat Anggun Danisha. Kenapalah gadis itu sanggup membuat kerja gila begitu. Kepala digeleng dengan senyuman masih meleret di bibir.

"Lain kali jangan masuk campur urusan monyet! Kan tak pasal-pasal dah kena!" usik Harith Mishka yang sudah ketawa geli hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.