Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 25

Mokhtar meletakkan majalah yang dibacanya di atas meja. Dia berasa bosan. Lagi-lagi cerita tentangnya. Sakit hatinya. Dia pandang sekali lagi kepada majalah tersebut.

“Anak ayam yang baru tumbuh bulu pahat sudah boleh berlari. Pilihan Tan Sri Najib tepat.”

Begitulah ayat yang tertera di muka hadapan majalah ekonomi. Wajah Darius yang berpakaian segak memberikan pose yang terbaik. Mokhtar percaya ramai wanita yang akan jatuh cinta apabila melihatkan Darius di dalam majalah itu.

“ Kenapa ni? Jeolous ke?” Tanya Zetty sambil melabuhkan punggungnya di peha Mokhtar.

Mokhtar hanya mendenggus. Sedikit pun dia tidak tergoda dengan aksi manja Zetty itu. Minda dan fikirannya kepada Darius yang semakin popular. Dia benar-benar rasa tercabar.

“ Wartawan ni tak de isu lain ke yang nak di tulisnya. Asyik-asyik gay boy ni! Papa aku pun satu, suka sangat bagi kepercayaan kat orang luar!” Kata Mokhtar geram.

Zetty tersenyum lebar. Dia sudah lama menghidu tentang permusuhan antara Darius dan Mokhtar yang bermula sejak zaman Universiti lagi. Semuanya gara-gara cemburu dan hasad dengki Mokhtar di atas pencapaian Darius yang cukup memberangsangkan. Apatah lagi kedua ibu bapanya sering memuji Darius daripada dirinya.

“ Kenapa you benci sangat dengan gay boy ni? Ops…..I rasa dia bukannya gay kerana dia selalu melanggan I juga. Hebat juga dia!” Kata Zetty sengaja mahu membakar lagi kemarahan Mokhtar. Seperti juga Mokhtar, Zetty juga turut berdendam dengan Darius. Dia tidak boleh melupakan pada bicara Darius kepadanya suatu masa dahulu. Kalau boleh dia juga mahu melihat Darius jatuh tersungkur. Biar Darius yang bongkak itu sedar dan insaf.

“ Dia buat semua tu sebab nak tutup gosip yang dia tu gay. Tapi kalau dah gayakan tetap jadi gayjuga!” Kata Mokhtar cuba menegakkan pendiriannnya.

“ Dia pun manusia biasa juga. Ada nafsu!” Kata Zetty.

Mokhtar mencebik. Bencinya kepada Darius semakin berapi. Apatah lagi apabila dapat menjangkakan penerimaan kedua ibu bapanya apabila membaca majalah ini. Pasti panjang lebar pujian yang diberikan kepada Darius kelak dan mereka akan membandingkan pencapaiannya dengan pencapaian Darius. Sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“ Eh..you beritahulah kenapa you benci sangat kepada Darius tu?” Tanya Zetty ingin mengorek rahsia.

Mokhtar mendenggus kuat.

“ Tah parent I tu, tah apa yang dia sanjung sangat kepada gay boy tu sampai adik I pun dia nak jodohkan dengan gay boy tu. I ni semuanya busuk!” Kata Mokhtar sakit hati.

Zetty tersenyum lebar. Nampaknya dia sudah menemui ‘rakan kongsi’ dalam perancangannya untuk menjatuhkan kreadebiliti Darius yang di anggap gah sangat itu.

“ Jadi apa kata kita buat pula yang Darius tu busuk! You pula wangi!” Kata Zetty.

Mokhtar pandang lama kepada Zetty dengan seribu persoalan di mindanya.

“ Bagaimana?” Tanya Mokhtar tidak mengerti.

Zetty tersenyum penuh makna.

“ Apa lagi, kita simbah tahi kat dia lah!”

Kerutan di dahi Mokhtar semakin ketara. Dia tidak faham pada bicara Zetty itu dan dia juga tidak mengerti mengapa Zetty juga mahu mengenakan Darius.

“ Kenapa younak buat begitu? Youjuga bencikan Darius ke? Atau Darius pernah reject cinta you?” Tanya Mokhtar.

Zetty mendenggus kasar.

Yes…I memang bencikan dia sebab dia sering pandang hina kepada pelacur seperti I ini. Sekarang I nak dia rasakan bagaimana kalau masyarakat sekeliling memandangnya hina pula!” Kata Zetty dengan perasaan meluap-luap. Dia tidak sabar untuk mengenakan Darius dan dia berharap apabila Darius dalam keadaan sebegitu akan kembali melutut kepadanya.

“ Apa yang younak buat dengan dia?” Tanya Mokhtar tidak mengerti.

Zetty tersenyum penuh makna. Kemudiannya dia memandang Mokhtar.

“ Orang selalu katakan yang dia tu gay boy bukan? Sekarang I nak buktikan kepada masyarakat yang Darius tu gay!

Mokhtar juga tersenyum dengan rancangan Zetty itu. Masalah peribadi yang melibatkan salah laku seks yang bagi pendapat Mokhtar amat memalukan dan akan menjatuhkan kreadibiliti Darius. Apatah lagi masyarakat melayu terutamanya orang Islam tidak boleh menerima perbuatan itu kerana perbuatan itu jelas menyimpang dari akidah Islam.

“ Macamana you nak lakukannya?” Tanya Mokhtar tanpa sabar.

Zetty memetik jarinya.

“ Mudah sahaja. Apa yang I perlukan hanyalah duit,” kata Zetty.

Mokhtar mengeluh lemah.

“ You ni asyik-asyik duit. Nak peluk youpun kena duit, nak jatuhkan Darius pun kena duit juga ke? Memang dasar mata duitan betul you ni!” Bebel Mokhtar pula.

“ Alah you ni anak Tan Sri pun kedekut. Duit bapa you bertimbun, tak luaknya kalau you bagi kat Isedikit!” Ngomel Zetty pula.

“ Itu duit bapa I. Dia tu kedekut tahi hidung masin. Kalau boleh semuanya dia nak serahkan kepada Darius kerana baginya Darius bijak menguruskan duitnya dengan baik. I ni menjahanamkan duitnya adalah sebab itulah dia mahu kahwinkan adik I dengan Darius!” Terang Mokhtar.

Zetty berasa bimbang dengan bicara Mokhtar itu. Dia tidak boleh membiarkan Darius berkahwin dengan perempuan lain. Menjatuhkan airmuka Darius akan membuatkan masyarakat akan memandang hina kepada Darius. Di saat itulah Darius tiada pilihan dan terpaksa memilihnya. Fikir Zetty sendirian.

“ Kalau tak de duit macamana I nak upah orang buat kerja?” Kata Zetty.

“ You nak buat apa?”

“ I nak upah orang buat video seks songsang Darius!” Kata Zetty.

Terlopong mulut Mokhtar mendengarnya. Suatu masa dahulu Thomas juga pernah memberitahu tentang pembikinan video palsu tetapi dia tidak pernah mengambil pusing tentang semua itu.

“ Apa? Bagaimana you nak buat?” Tanya Mokhtar. Dia tidak menyangka Zetty boleh memikirkan tentang idea jahat sebegitu. Pasti Thomas yang memberikan idea itu kepada Zetty.

“ I upah oranglah buat video tersebut. Nanti muka tu ada orang akan tukarkan kepada muka Darius!”Kata Zetty.

“ Boleh ke?”

“ Alah teknologi sekarang canggih. Semuanya boleh!”

Mokhtar yakin pasti Zetty akan meminta bantuan Thomas untuk membuat kerja terkutuk ini.

“ Tapi nanti pasti orang tahu ianya palsu!”

“ Tak kisahlah, yang penting video ini tersebar. Sedikit sebanyak ia akan mencalarkan maruah Darius!”

Mokhtar mengangguk berkali-kali. Sedikit sebanyak dia termakan dengan idea Zetty itu. Dia tidak menyangka pelacur kelas atasan seperti Zetty ini mempunyai idea yang cukup geliga. Patutlah Zetty sering di langgan oleh VVIP yang sering mendambakan layanan istemewa daripada Zetty.

“ Bagaimana you nak sebarkan?” Tanya Mokhtar yang masih mendambakan idea jahat daripada Zetty. Apatah lagi dia masih kurang biasa dengan aktiviti jahat sebegini.

“ Mudah sahaja. Sekarang ni kan zaman dunia di hujung jari. Sekali clik sahaja semuanya dapat!”

Mokhtar mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak faham dengan bicara Zetty itu.

“ Maksud you?”

Zetty mendenggus. Patutlah bapa Mokhtar sering mengatakan yang Mokhtar ini bengap kerana ternyata lelaki ini memang bengap. Penerangan yang mudah sebegitu pun dia masih lagi kurang faham.

“ I akan sebarkan di internet!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.