Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
bab 12

“ Beritahu saya adakah puan kenal siapa yang merogol puan?” Tanya seorang anggota polis yang sedang mengambil keterangan daripada Suraya.

Suraya pandang wajah anggota polis itu dengan tenang. Wajah yang serius itu kelihatan seperti Adam. Selama perkahwinan mereka Adam tidak pernah melemparkan wajah yang mesra kepadanya malah wajah beginilah yang sering dipamerkan kepadanya. Mahal benarkah harga sebuah senyuman bagi Adam?

Tiba-tiba wajah anggota polis itu sudah bertukar menjadi Adam. Suraya sendiri pelik bagaimana ianya berlaku dengan sekelip mata. Rupa-rupanya Adam bijak membaca langkahnya. Pasti lelaki durjana itu mahu menghalang usahanya untuk menegakkan keadilan terhadap dirinya.

“ Tahu!” Kata Suraya dengan perasaan benci.

Tidak lama lagi dia akan menamatkan riwayat Adam yang berada di hadapan matanya. Lelaki durjana itu tidak akan dibiarkan hidup dengan aman. Dia akan menembak kepala lelaki itu hingga hancur berkecai. Sungguh dia akan melakukannya.

Adam yang sedang menulis sesuatu, mendonggak. Suraya tahu pastinya Adam berasa panik dengan bicaranya itu. Adam pasti menyangkakan bahawa dengan kehadirannya di situ akan membuatkan dirinya berasa gentar dan akan menarik balik keterangannya. Ah dia bukannya selemah yang Adam sangkakan selama ini.

“ Siapa?” Tanya Adam dengan suara yang serius.

Suraya tersenyum lebar. Dia pandang wajah Adam dengan perasaan benci. Tidak lama lagi riwayat kau akan berakhir di tangan aku! Desis Suraya sendirian.

“ Kau!” Kata Suraya dengan wajah yang selamba.

Anggota polis yang mengambil keterangan begitu terkejut dengan keterangan Suraya itu. Ada dua tiga orang rakan sejawatnya yang mendengar mula menumpukan perhatian kepada bicara Suraya seterusnya. Hakimah yang berada di sebelah semakin gusar. Ternyata Suraya sudah hilang kewarasannya.

“ Puan, tolong serius sedikit. Saya ulang sekali lagi pertanyaan saya, puan kenal siapa yang telah merogol puan?” Tanya anggota polis itu.

Suraya menepuk meja kuat.

“ Aku kata kau! Kaulah! Sial!” Marah Suraya sambil berdiri menghadap anggota polis yang dikatakan Adam itu.

Terkejut besar seisi balai itu mendengarkan tengkingan Suraya itu. Tumpuan semakin diberikan kepada Suraya. Hakimah pula sudah bangun dan cuba menenangkan Suraya tetapi sebaliknya Suraya menolak tubuh Hakimah agar tidak menganggunya. Dia mahu membunuh Adam dan dia tidak boleh melengahkan niatnya itu sebelum Adam terlepas dan melarikan diri.

“ Aku rasa perempuan ni dah gila!” Kata anggota polis itu. Dia kemudiannya menutup buku rekod aduannya.

“ Siapa kata aku gila?” Tanya Suraya.

Dengan perasaan marah yang menggila, Suraya terus mendapatkan anggota polis tersebut.

“ Kau ingat kau boleh lepas daripada aku?” Tanya Suraya.

“ Puan….bertenang puan….” Kata anggota polis yang lain pula apabila melihatkan keadaan Suraya yang sudah tidak terkawal itu.

Hakimah menangis apabila melihatkan keadaan Suraya itu. Ternyata kisah perit ini memberikan tekanan yang maha hebat dalam hidupnya.

“ Tolong tangkap dia! Saya rasa kawan saya ini sudah kurang siuman,” kata Hakimah dengan juraian airmata. Dia benar-benar rasa sedih melihatkan keadaan Suraya itu.

Mendengarkan bicara Hakimah itu, beberapa anggota polis terus menangkap Suraya. Suraya menjerit meminta di lepaskan. Dia juga berkali-kali mengatakan bahawa dia ingin membunuh Adam dan meminta mereka melepaskan dirinya.

Akhirnya pihak polis terpaksa menghubungi pihak hospital apabila melihatkan keadaan Suraya yang semakin mengganas. Suraya kemudiannya di masukkan ke wad sakit jiwa. Hakimah semakin di hambat pilu melihatkan keadaan Suraya itu yang sentiasa di rundung malang. Apakah suratan takdir ini benar-benar kejam kepada sahabat baiknya itu atau ianya mempunyai hikmah yang terselindung? Di dalam hati Hakimah tidak putus-putus berdoa agar Allah memberikan kekuatan dalam diri Suraya untuk menempuhi dugaan yang sedang dihadapinya ini.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.