Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 24

“ Mak, ayah, Kayra ada teka teki. Mak dan ayah jawab ye,” kata Adlene Kayra apabila wajahnya tersembul di sebalik pintu.

“ Teka-teki lagi. Hai tak de benda lain ke yang kau boleh buat?” Tanya Puan Munirah yang sudah masak dengan perangai anaknya yang satu.

“ Alah…teka teki ni best. Mak dengarlah dulu,” kata Adlene Kayra sedikit mendesak.

Puan Munirah dan Encik Bakri saling menggeleng kepala. Namun sengihan mereka semakin lebar.

“ Hah apa dia?” Tanya Encik Bakri agak berminat.

Adlene Kayra tersenyum. Suka hatinya apabila bapanya mula berminat dengan teka tekinya itu.

“ Nenek siapa yang jalannya meloncat-loncat? Cuba teka,” kata Adlene Kayra sambil mengangkat keningnya.

“ Nenek siapa pula? Tak tahulah mak,” kata Puan Munirah.

“ Ayah?”

Encik Bakri memegang dagunya sambil berfikir. Namun dia juga buntu. Kadang-kadang teka-teki yang diajukan anaknya memang tidak masuk di akal. Itu yang membuatkan Encik Bakri malas mahu melayan.

“ Ayah, cepatlah…” kata Adlene Kayra.

“ Tak tahulah ayah. Nenek siapa yang jalannya meloncat?”

“ Nenek kataklah ayah! Ha ha…” kata Adlene Kayra sambil tergelak besar.

“ Budak bertuah ni. Dia main loyar buruk pula…Kayra..Kayra..” kata Encik Bakri sambil menggelengkan kepalanya.

“ Kayra ni suka sangat kenakan mak dan ayah begitu. Jangan nak bagi teka teki ni dengan orang sebarangan. Kang tak kena gaya Kayra boleh makan penamparnya pula,” nasihat Puan Munirah dengan senyuman lebar.

“ Tahulah Kayra mak. Mak dan ayah nak teka-teki lagi tak?”

“ Sudahlah. Mak dan ayah dah bosan dengan teka-teki loyar buruk kau tu. Bila Kayra mula kerja?” Tanya Puan Munirah kembali serius. Kalau di layan makin menjadi-jadi anaknya itu.

“ Insyalaah tak lama lagi kot,” kata Adlene Kayra dengan sengihan lebar. Puas hatinya kerana dapat mengenakan ibu bapanya. Di dalam fikirannya masih memikirkan teka teki untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya.

“ Dah tahu kat hospital mana Kayra posting?” Tanya Encik Bakri yang sedang duduk di atas sofa. Tumpuannya masih kepada kaca televisyen.

Puan Munirah berasa tidak sabar untuk mengetahui cerita anaknya. Al maklumlah Adlene Kayra adalah anak sulung mereka dan Adlene Kayra telah mengharumkan nama keluarga kerana telah berjaya tamat pengajian dalam bidang perubatan dari universiti luar negara.

“ Tak tahu lagi. Mungkin bulan depan baru tahu, ayah.”

“ Ayah harap biarlah Kayra postingdekat sini sahaja. Lagi pun banyak hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini baru di buka. Mesti diaorang nak pakai ramai doktor,” kata Encik Bakri.

Kalau boleh dia mahu Adlene Kayra tidak lagi berjauhan dengannya. Sudah lama Adlene Kayra merantau di luar negara. Biarlah sebelum Adlene Kayra menamatkan zaman bujang, Adlene Kayra tinggal bersamanya.

“ Kalau kena posting kat Sabah atau Sarawak macamana?” Tanya Puan Munirah.

Ada nada kerisauan di sebalik bicaranya itu. Dia selalu membayangkan Sabah dan Sarawak itu adalah kawasan pendalaman tanpa kemudahan asas yang sempurna. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana Adlene Kayra dapat melalui hidup sebegitu kelak.

“ Kalau dah kena ke sana terpaksalah Kayra pergi. Lagi pun dah memang tugas Kayra,” kata Adlene Kayra dengan tenang. Dia masih ingat lagi kepada bicara bekas pensyarahnya yang meminta agar mereka lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Adlene Kayra sedar tugas sebagai seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya. Apatah lagi nisbah jumlah doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding. Maka wajarlah setiap insan yang bergelar doktor mempunyai kesediaan untuk berkhidmat di mana sahaja kerana pesakit amat memerlukan doktor untuk mendapatkan rawatan disamping dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.

Dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Sebelum dia memilih bidang kerjaya ini dia sudah bersedia di tempatkan di mana-mana sahaja. Tugasnya sebagai doktor tidak hanya tertumpu di kawasan Bandar sahaja. Malah di luar Bandar mereka lebih memerlukan rawatan yang sewajarnya.

Ketidaksediaannya ke sana memberikan kesan yang cukup besar ke atas keadaan kesihatan penduduk luar Bandar malah bakal menyebabkan kematian. Adlene Kayra tahu dalam perkara ini dia tidak boleh mementingkan diri.

“ Tak kan Kayra nak ke sana? Mak tak sanggup nak biarkan anak mak susah di sana sorang-sorang. Boleh ke Kayra hidup di tempat yang tiada kemudahan asas begitu. Lagi pun Kayrakan perempuan,” kata Puan Munirah cukup bimbang sekali.

Ibu mana yang tidak bimbang jikalau anak daranya di tempatkan di tempat sebegitu. Malah keselamatan anaknya tidak dapat dipastikan terjamin atau tidak.

Kayra tersenyum lebar dengan bicara ibunya itu. Dia mengusap telapak tangan ibunya dengan penuh kasih. Dia faham perasaan ibunya yang telah mengandungkannya selama sembilan bulan dan melahir dan menjaganya dengan penuh kasih itu.

“ Mak, jangan bimbang. Allahkan ada. Allah akan jaga Kayra walau di mana Kayra berada. Kayra tak boleh menolak kalau Kayra di tempatkan di sana sebab itu adalah tanggungjawab Kayra. Lagi pun di sana lebih memerlukan khidmat Kayra berbanding di sini. Di sini sudah terdapat banyak hospital dan klinik swasta dan masyarakat boleh memilih untuk pergi ke mana-mana sahaja hospital atau klinik yang mereka mahu. Tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Keenganan Kayra ke sana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas dan yang lebih teruk lagi kalau ianya mengancam nyawa mereka. Dalam soal tugas dan tanggungjawab Kayra tak boleh pentingkan diri sendiri,” terang Adlene Kayra panjang lebar.

Puan Munirah hanya mengeluh dengan bicara anak daranya itu manakala Encik Bakri tersenyum lebar. Dia tidak menyangka anaknya yang dahulunya masih di anggap hingusan boleh mengutarakan hujah yang cukup bernas. Dia cukup kagum dengan anaknya itu.

“ Baguslah kalau Kayra berfikiran sebegitu. Ayah doakan yang terbaik untuk Kayra. Tetapi kalau diberi pilihan ayah harap Kayra pilih untuk berkhidmat di sini ye,” kata Encik Bakri.

“ Betul tu. Mak pun harap Kayra memilih untuk berkhidmat di sini,” sambung Puan Munirah mengiakan bicara suaminya itu.

Adlene Kayra tersenyum lebar. Dia tahu kedua ibu bapanya cukup prihatin terhadap dirinya. Dia juga kalau diberi pilihan akan memilih untuk terus tinggal di sini. Berada dekat dengan ibu bapanya yang tersayang.

“ Mestilah. Kalau tidak rindulah Kayra dengan masakan enak mak ni. Mak masak apa hari ini?” Tanya Adlene Kayra seraya mengubah topik perbualan antara mereka.

Encik Bakri dan Puan Munirah ketawa mendengarkan pertanyaan yang tidak di duga oleh anak sulung mereka itu.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.