Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,796
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13
Aryan kembali bekerja semula setelah hampir dua minggu dia meminta cuti bagi menjaga Aryani. Dia perlu memastikan Aryani betul-betul sihat sebelum dia kembali bekerja. Mujurlah tempat dia bekerja adalah milik bapanya. Jika tidak dia pasti sudah diberhentikan kerja kerana selalu meminta cuti.“Selamat pagi Encik Aryan,”sapa penyambut tetamu hotel.“Pagi,”balas Aryan sambil tersenyum.Aryan menarik nafas lega kerana kesihatan anaknya, Aryani tidak lagi membimbangkannya. Dia Cuma perlu mendapatkan seorang pengasuh dengan segera. Dia tidak boleh terus berharap kepada pembantu rumahnya untuk menjaga Aryani. “Hai, Hana ada apa-apa kerja yang perlu saya lakukan.”“Hai, Encik Aryan. Kerja memang banyak sangat yang tertangguh. Terutama dokumen yang perlu ditandatangani oleh Encik Aryan.”Aryan menganggukkan kepalanya. “Okey, so mana dokumen tu?”“Semuanya sudah ada di atas meja Encik Aryan.”“Anything else?”“Buat masa ni, itu saja.”“Okey, kalau ada apa-apa lagi just tell me.”Hana menganggukkan kepalanya.Aryan melangkah meninggalkan setiausahanya. Sebaik sahaja dia menolak daun pintu. Kedengaran suara Hana memanggilnya. Tanpa membuang masa dia segera menoleh ke arah Hana. “Yes.” 

 “Pukul 10.00 pagi nanti Dato’ Syukri nak jumpa Encik Aryan.”Aryan segera melihat jam pada pergelangan tangannya. “Untuk apa?”“Ada tetamu hotel kita datang dari jauh. So dia nak kenalkan dekat Encik Aryan katanya.”“Okey. Di mana?”“Ofis Dato’ Syukri.”“Nanti tolong ingatkan saya, takut terlupa. Ada apa-apa lagi yang awak nak bagi tahu?”“One more thing, sebelum Encik Aryan cuti, ada seseorang datang ke sini mencari Encik Aryan.”Aryan mengerutkan dahinya. Siapa pulak yang datang, desis hati kecilnya. “Who?”“Ermm… kalau tak salah nama dia Aryana.”“Aryana?” Aryan terfikirkan sesuatu. Dia merasakan pernah mendengar nama itu tetapi tidak pasti bila.Hana menganggukkan kepalanya. “Dia cakap Encik Aryan yang meminta dia ke sini. Lagi satu nama yang sama juga yang ingin memohon kerja sebagai pengasuh.”“Siapa beritahu awak?”“Azyln? Dia datang kat lobi. Azyln call tanya Encik Aryan ada atau tidak. Kebetulan masa tu Encik Aryan ambil cuti kecemasan.”“Okey,”ujar Aryan sambil menganggukkan kepalanya. “Berapa kali dia datang?”Hana berfikir sejenak sambil mengira. “Adalah dalam tiga kali.”“If dia datang lagi, suruh dia tunggu saya kat lobi ajelah,”ujar Aryan apabila dia mula teringat akan perbualannya dengan gadis yang bernama Aryana beberapa hari yang lalu. 

 “Are you sure? Kenapa tak minta dia datang jumpa Encik Aryan dekat ofis aje?”Aryan hanya menganggukkan kepalanya. “Just do it what I say,”ujar Aryan lalu melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya.Hana hanya menganggukkan kepalanya. Dia kembali duduk di tempatnya. Tanpa membuang masa dia segera menghubungi Azyln untuk memaklumkan apa yang telah disampaikan oleh Aryan.ARYANA melangkah menghampiri kaunter pertanyaan buat kali keempat dia mengunjungi hotel itu. Namun keinginannya ingin bertemu dengan Aryan masih belum kesampaian lagi. Sudah seminggu dia asyik berulang alik ke hotel itu untuk menemui Aryan. Dia berharap ini adalah kali terakhir dia mengunjungi hotel ini. “Cik Aryana kan?”sapa penjaga kaunter sebaik sahaja melihat Aryana.“Ya, saya kenapa?”soal Aryana sambil mendekati gadis itu.“Encik Aryan menunggu kedatangan Cik Aryana?”Aryana tersenyum mendengarnya. “Oh ya ke? Dia ada sekarang?” 

 “Tunggu sekejap saya hubungi dia dahulu.”“Okey?”balas Aryana dengan nafas lega. “Hana, boleh beritahu Encik Aryan, Cik Aryana sudah sampai.” Azlyn meletakkan ganggang telefon. Dia memandang ke arah Aryana. “Cik Aryana sila tunggu dahulu.”“Kenapa?”“Encik Aryan ada tetamu. Cik Aryana tunggu dahulu. Nanti Encik Aryan akan turun menemui Cik Aryana di sini.”“Baiklah. Terima kasih.”“Cik Aryana boleh duduk di sana dahulu sementara menunggu Encik Aryan,”ujar Azyln sambil menunding jari ke arah sofa yang telah disediakan untuk para tetamu menunggu.“Okey?” Aryana berlalu meninggalkan kaunter. Dia duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Aryana mengeluarkan telefon bimbit legoo yang baru dibelinya. Dia membeli sementara dapat membeli telefon baru. Terlalu lama untuk menemui Aryan bagi menggantikan semula telefonnya yang rosak. Walaupun telefon baru nanti lebih cantik sekalipun namun tetap takkan sama dengan telefon yang telah rosak. Dia masih berharap telefon itu boleh dibaiki. Namun harapan terlalu tipis. Telefon itu rosak teruk. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia tersenyum melihat nama pemanggil dihujung talian. Tanpa membuang masa dia segera menjawabnya. “Assalamualaikum aunty.”“Waalaikumussalam, solehah apa khabar?” 

 “Alhamdulillah sihat. Aunty?”“Sihat. Dah lama Solehah tak datang rumah aunty. Solehah sibuk ke?”Aryana mengigit jari. Dia memikirkan alas an apa lagi yang perlu dia berikan kepada pemanggil di hujung talian. “A’aalah aunty Solehah sibuk sikit. Buat masa ni Solehah tengah cari kerja.”“Solehah nak kerja ke? Kenapa tak bagi tahu dekat aunty?”Aryana mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak?” 

 “Solehah boleh aje kerja dengan aunty dekat butik.”Aryana mengetap bibir. Dia sebolehnya tidak mahu dekat dengan wanita itu lagi setelah apa yang berlaku tiga tahun lepas. “Ermm… takpelah aunty. Solehah nak cari kerja yang sesuai dengan minat dan kelulusan Solehah,”ujarnya dengan lembut agar tidak melukai hati pemanggil di hujung talian.“Takpelah kalau Solehah kata begitu. Aunty tak boleh nak paksa. Tapi kalau Solehah nak kerja, bila-bila masa pun Solehah boleh datanglah butik aunty.”“Solehah minta maaf sangat sebab tak dapat terima tawaran aunty. InsyaAllah ada masa nanti Solehah pergi melawat aunty kat rumah.”“Takpe Solehah. Aunty tak marah pun. Cuma berharap Solehah tak tolak permintaan aunty. Itu aje. Tapi takpelah aunty tak memaksa, nanti tak best pulak buat kerja kerana terpaksa.”Aryana hanya mampu menggit jari mendengarnya. Dia mula rasa serba salah apabila Datin Wardah berkata begitu. “Ermm…. Aunty. Lain kali Solehah call aunty lagi. Solehah ada kerja sekarang?”“Okey, aunty harap Solehah jangan putuskan hubungan kita, walaupun aunty dengan Solehah dah tiada apa-apa pertalian lagi.”“InsyaAllah aunty. Solehah takkan lupakan aunty dan jasa arwah anak aunty dekat Solehah.”Datin wardah tersenyum mendengarnya. “Aunty harap Solehah sudi jadi sebahagian daripada keluarga aunty walaupun bukan menjadi menantu aunty?”“Okey, aunty. Terima kasih kerana sudi mengambil Solehah sebagai anak angkat aunty,”ujar Aryana. Datin Wardah pernah menyuarakan isi hatinya itu sewaktu kehadirannya di rumah dua hari yang lalu.“Sama-sama. Lepas ni tak perlulah panggil aunty lagi? Solehah boleh aje panggil aunty, mummy.”Aryana hanya mampu tersenyum mendengarnya. Dia agak kekok untuk memangil wanita yang hampir sebaya dengan ibunya dengan panggilan itu. “InsyaAllah, aunty. Solehah akan cuba biasakan diri dengan panggilan itu.”“Mummy faham, Solehah kekok. Solehah boleh ambil masa untuk belajar. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian daripada keluarga mummy.”“Terima kasih sebab memahami perasaan Solehah. InsyaAllah, Solehah akan jemput mummy sekeluarga datang ke rumah jika ada masa nanti.”“Terima kasih atas undangan itu. InsyaAllah mummy akan ke sana.”“Ermm… Mummy. Solehah akan hubungi lagi next time. Assalamualaikum.”“Waalaikumussalam.”Aryana mematikan talian setelah mendengar Datin Wardah menjawab salam. Dia melihat jam sudah menunjukkan angka 11.15 pagi Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu Aryan. namun, bayangan lelaki itu masih belum kelihatan.“Lambatnya,” Aryana mula mengeluh apabila insan yang ditunggu masih belum kelihatan walaupun sudah hampir 15 minit menunggu. Dia mendail nombor telefon bimbit Aryan, namun tidak dapat walaupun beberapa kali cuba menghubungi lelaki itu.Aryana segera bangkit menghampiri kaunter pertayaan. “Excuse me, boleh saya tahu bila Encik Aryan nak jumpa saya?”Azyln menoleh ke arah Aryana lalu mengukir senyuman. “Maaf kerana lama menunggu. Saya hubungi setiausahanya dahulu.” 

 “Okey,”ujar Aryana perlahan. Kena tunggu lagi? Lambat betul? Kenapa tak bagi tahu aje suruh tunggu kat kedai makan ke? Boleh jugak minum air ke makan ke, omel Aryana di dalam hati. Dia paling benci jika harus menunggu terlalu lama. 

 “Saya minta maaf sangat Cik Aryana,”ujar Azlyn setelah meletak ganggang telefon. “Encik Aryan masih lagi sibuk melayan tetamu.”Aryana mengeluh. “Jadi saya perlu tunggu lagi?”Azyln menganggukkan kepalanya. “Sorry.”Aryana menjeling marah. “Okey. Saya call tak dapat. Saya hanya akan tunggu lima minit aje lagi. If Encik Aryan tak datang jumpa saya sekarang dalam masa lima minit. Tolong beritahu dia jangan berjanji jika tak dapat tunaikan!”ujar Aryana dengan nada keras.“Okey,”balas Azlyn perlahan. Janji? Encik Aryan pernah janji apa agaknya dengan dia, fikir Azlyn. Azlyn melihat Aryana dari bawah sampai atas. Penampilan Aryana kelihatan simple. Berseluar jeans warna biru gelap dan mengenakan blouse lengan panjang berwarna hijau lembut. Rambutnya yang panjang mengurai melepasi paras bahu kelihatan agak kemas dengan penyepit rambut disebelah kiri kepalanya.Wajah Aryana kelihatan bersih tanpa dicemari jerawat. Kulitnya putih seperti kuning langsat. Matanya yang bundar kelihatan cantik kerana bulu matanya yang panjang. Keningnya agak nipis dan memiliki hidung yang agak mancung serta bibirnya yang mungkil kelihatan cantik dengan mengenakan solekan nipis pada wajahnya. Aryana kelihatan seperti seorang gadis yang menarik. Walaupun berpakaian sederhana, namun dia tetap kelihatan cantik. Secara tidak sengaja Azlyn telah menilai personaliti diri Aryana.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu