Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,822
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Aryana melangkah masuk ke dalam hotel seperti alamat yang telah tercatat dalam kad yang diberikan oleh Aryan.“Bukan ke ni alamat yang iklankan kerja kosong mencari pengasuh?” Aryana berbicara sendiri. 

“Tapi aku tak ada nombor telefon Cik Hana,”ujar Aryana lalu menghampiri kaunter.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik?” soal gadis yang bertugas ketika itu.

“Saya nak jumpa Encik Aryan. Dia ada tak?”

“Owh…maaf Encik Aryan tak masuk office hari ni.”

Aryana mengeluh. “Owh. Bila agak-agak dia akan masuk?”

“Saya tidak pasti. Ada urusan apa Cik nak jumpa dengan Encik Aryan?”

“Dia yang meminta saya ke sini berjumpa dengannya.”

“Boleh saya tahu nama cik? Nanti saya akan maklumkan pada setiausahanya.”

“Aryana.”

“Baiklah Cik Aryana tunggu sekejap, saya hubungi setiausahannya dahulu.”

“Okey,”ujar Aryana lalu duduk di tempat yang telah disediakan.

Tanpa membuang masa Azlyn menghubungi Hana untuk memaklumkan kedatangan Aryana. “Cik Aryana!”

“Ya.”

“Maaf Encik Aryan ambil cuti kecemasan jadi saya tidak tahu bila dia akan kembali bekerja.”

Aryana angguk tanda faham. “Tak apalah kalau macam tu. Saya akan datang lagi lain kali. Terima kasih,”ujar Aryana lalu beredar dari situ.

Aryana melangkah perlahan-lahan. Fikirannya buntu saat ini. Kerja yang dipohon masih belum diperolehi. Kini banyak pula masalah yang datang. Telefon rosak menyukarkannya untuk menghubungi orang lain. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk hotel. Tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang sehingga beg tangannya terjatuh.

“Ya Allah, apalah nasib aku asyik kena langgar aje,”ujar Aryana perlahan sambil mengambil beg tangannya di atas lantai.

 “Hoi buta ke?”

Aryana memandang wajah gadis yang melanggarnya. “Apa cik?”

You buta ke tak nampak I lalu?”soal Izreen dengan nada angkuh.

Panas telinga Aryana mendengarnya. ‘Dia yang langgar aku? Boleh dia kata aku yang langgar dia? Hati Aryana berbicara.

“Hoi!I’m talking to you!” ucap Izreen sambil menolak bahu Aryana.

Aryana tersenyum sinis. Dia memandang wajah Izreen dengan jelingan matanya. Meluat rasanya melihat wajah sombong Izreen yang tak tahu budi bahasa ketika itu. Aryana melangkah tanpa menbalas soalan Izreen. Baginya tiada guna bercakap dengan gadis seperti Izreen yang tidak sedar akan kesilapan diri sendiri tetapi mahu menyalahkan orang lain.

Izreen panas hati apabila Aryana berlalu begitu saja tanpa memohon maaf. Dia menarik bahu Aryana. “Hei, you pekak ke? I bercakap dengan you ni?!”

Aryanamembetulkan kedudukannya. Nasib baik dia mampu mengimbangi badannya apabila ditarik oleh gadis yang tidak dikenalinya itu. Dia memandang wajah gadis itu lalu melemparkan senyuman. Dia berusaha untuk bersikap rasional. 

“Saya dengar kenapa?”

Izreen terkejut mendengarnya. Baginya tiada siapa pun boleh melawan apa yang dia cakap.Hatinya terasa tercabar dengan sikap Aryana ketika ini. “Kenapa? You dah langgar I lepas tu, tak reti nak minta maaf ke?”

Aryana mula perasan orang di sekeliling mula memandang ke arah mereka. Namun Aryana bersikap seperti biasa seolah-olah tiada perkara yang serius sedang berlaku ketika ini. Aryana menarik nafas perlahan cuba bersabar dengan sikap gadis dihadapannya.

“Maaf? Cuba cik fikir balik? Salah saya ke salah cik sebenarnya?”

Izreen memandang wajah Aryana dengan mata yang tajam.

Kau ingat aku takut bila tengok aku macam tu, desis hati kecil Aryana. Dia mengukirkan senyuman walaupun hatinya sedikit pun tidak ingin berbaik dengan gadis itu, tetapi dia mengingati pesanan arwah papanya. Berbuat baiklah dengan sesiapa sahaja walaupun dia melakukkan kejahatan kepada kita.

“Saya minta maaf jika salah saya. Assalamualaikum,” ujar Aryana lalu beredar darisitu.

Dari jauh dia terdengar gadis itu memarahinya. Namun dia tidak menghiraukannya. Aryana melangkah menghampiri motosikalnya. Dia segera menghidupkan enjin motosikal lalu mengundurkan motosikalnya untuk beredar dari situ. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang yang tiba-tiba berada di belakang motosikalnya.

“Auch!”

Aryana segera menoleh ke belakang. “Awak okey ke?”soal Aryana lalu mendapatkan lelaki yang dilanggarnya.

Qayyum pantas berdiri. Dia tersenyum melihat gadis yang dikenali kini dihadapannya. Saban hari dia merindui gadis itu. Sejak kali pertama bertemu dengan gadis itu,dia sudah jatuh hati dengan gadis itu.

Aryana yang mula mengecam wajah lelaki itu menjeling marah. Dia segera menghidupkan enjin motosikalnya semula tanpa menghiraukan Qayyum. Rasa sakit hatinya terhadap kedegilan lelaki itu yang sering menghubunginya masih tersisa di dalam hatinya. Dia benci akan lelaki yang tidak amanah dan jujur seperti Qayyum. Malah, lelaki itu juga mengambil kesempatan atas kesempitannya.

“Aryana nanti dulu!”Qayyum menghalang jalan Aryana.

“Awak nak apa lagi?”

“Boleh kita bercakap sekejap?”

Aryana menjeling marah. “Saya tak ada urusan dengan awak. Tolong ketepi!”

Please!”rayu Qayyum sambil menyusunsepuluh jari.

Aryana mengeluh. Akhirnya dia memberi peluang kepada Qayyum untuk bercakap dengannya. Dia tahu siapalah dirinya mahu memilih kawan. Bukankah dalam islam semua umat islam adalah saudara kita.

Mereka memilih pantai batu buruk sebagai destinasi mereka untuk berbual. Walaupun Aryana agak kekok keluar dengan insan yang baru dikenalinya, namun dia cuba berfikiran positif bahawa Qayyum mengajaknya berbual dengan niat yang baik bagi permulaan dalam perkenalan mereka.

 

IZREEN ingin menarik tangan Aryana yang sudah berlalu meninggalkannya. Tiba-tiba lengannya dipegang seseorang menyebabkan langkahnya terbantut. Dia segera menarik tangannya. “Apa masalah you ni? Sesuka hati aje pegang I!”

Sorry!”balas Idham. “Aku tak nak kau timbulkan masalah aje.”

Hello, bukan I okey? That’s girl yang mulakan?”

Idham menggelengkan kepalanya. “Kau ni kan Izreen tak pernah berubah?”ujar Idham lalu melangkahmeninggalkan gadis itu.

Izreen pantas mengekori langkah Idham. “You pun nak salahkan I ke?”

“Memang salah kau pun? Sepatutnya kau yang minta maaf?”

            “Tak kuasa I nak minta maaf dengan dia?”

            “Ikut suka hati kaulah.”

            “Stop talking about her. I hate her. Dia berlagak macam bagus sangat.”

            Idham berhentikan langkahnya secara mengejut. Izreen tidak menduga Idham akanberhenti tiba-tiba lalu melanggar tubuh lelaki itu sehingga terjatuh.

            “Am!”

            Idham tersenyum. “Sorry,”ujar Idham dengan nada sinis.

            Izreen segera bangkit. Dia menggenggam tanggannya. Dia mula terasa malu apabila orang disekeliling mula memandang ke arahnya. “You ni kan sengajakan buat I jatuh?”ujar Izreen sambil memperlahankan suaranya.

            “Kenapa tak keluarkan suara tu? Takut? Ke malu?”

            “You jangan cabar I?”

            “Aku tak takutlah dengan ugutan kau tu?”ujar Idham sambil memeluk tubuh. “Sakitkan?Agak-agaklah apa ‘that’s girl’ yang kau langgar tadi fikir pasal kau. Salah diri sendiri tapi nak salahkan orang lain?”ucap Idham lalu beredar meninggalkan Izreen terpinga-pinga.

            Izreen mendengus geram. ‘Special sangat ke perempuan tu sampai Am sanggup buat I macam ni? You are finish if I see you again,’hati Izreen berkata-kata.

            Niat dihatinya ke sini untuk menemui Aryan, namun sebaliknya pula berlaku. Jejaka idaman yang dicari tidak ditemui. Izreen hampa. Setelah berbulan-bulan tidak menemui lelaki itu. Dia ingin menatap kembali wajah lelaki yang tidak pernah luput daripada ingatannya. Aryanlah lelaki yang didambakan selama ini.

            Dia pernah kecewa satu ketika dahulu apabila lelaki yang dicintainya itu memilih insan lain menjadi permaisurinya. Kini harapannya kembali berbunga apabila mengetahui lelaki itu kini sudah bergelar duda. Walaupun dia akan menjadi ibu serta merta setelah berkahwin nanti, dia sanggup. Demi memiliki lelaki dambaan hatinya.

            Izreen melangkah meninggalkan hotel itu dengan hati yang sedih, marah dan sakit hati. Semua perasaan itu bercampur baur menjadi satu.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu