Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,792
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11
Sudah seminggu berlalu. Namun, Aryana masih belum berjaya menemui Aryan. Dia melangkah lemah menghampiri motosikalnya. Ini sudah kali ketiga dia mengunjungi Hotel Permai tetapi dia masih tidak bekesempatan menemui dengan lelaki itu. 

Aryana mula putus asa. Dia membuka tas tangannya dan mengira wang tunai yang dimilikinya saat itu. Aryana mengeluh. 

“Ada seratus. Ermm… dalam bank ada lagi sikit. Boleh lah beli telefon baru sementara mamat tu ganti yang baru,”omel Aryana.Telefon bimbitnya rosak teruk dalam kemalangan tempoh hari. 

Sudah tiga kali datang untuk menemui lelaki itu bagi menuntut ganti rugi yang telah dijanjikan masih belum tercapai. Kehidupannya mula sukar sejak telefonnya rosak. Begitu sukar dia mahu membuat panggilan penting kerana terpaksa menggunakan telefon awam.

Tanpa membuang masa dia segera menghidupkan enjin motosikalnya lalu meninggalkan kawasan hotel. Dia menuju ke arah pasaraya terdekat untuk mencari telefon baru buat sementara agar memudahkannya berhubung dengan orang lain. 

Setelah hampir setengah jam memandu, Aryana tiba di lokasi yang dituju. Dia mematikan enjin motosikalnya. Dia melangkah menuju ke arah pintu masuk Mydin Mall. Suasana di dalam Mydin Mall agak sesak dengan para pengunjung. 

Aryana menuju ke tempat atm. Dia mahu mengeluarkan sedikit wang sebagai tambahan untuk membeli telefon.Usai mengambil wang, dia segera mencari telefon yang berkenang di hatinya. Setelah hampir 20 minit berpusing di sekitar kawasan kedai yang menjual telefon bimbit. Dia singgah di salah sebuah kedai yang terdapat di dalam Mydin Mall. 

“Cik cari apa?” tegur penjual.Aryana tersenyum. 

“Ermm… saya nak cari telefon.”

“Ya, model apa yang Cik cari?”

“Saya tak kisah model apa? Tapi kalau boleh nak yang harga bajet RM200 ke bawah ada tak?”

“Cik tunggu sekejap. Saya tengok stok dulu.”

“Okey,”balas Aryana lalu mengeluarkan telefon lamanya.

“Cik, sila tengok. Ini aje stok yang ada buat masa ni dengan harga yang Cik minta tadi,”ujar penjual itu sambil meletakkan tiga biji telefon di atas meja.

“Ermm… sebelum tu, saya nak tanya telefon saya ni boleh baiki lagi tak?”

“Boleh saya tengok?”Aryana menghulurkan telefon bimbitnya yang telah rosak. Sementara penjual melihat telefonnya. 

Aryana melihat telefon baru dihadapannya. Telefon jenis Nokia, Leagoo, Ninetology. Semua telefon itu seperti model lama kerana hanya menggunakan keypad dan bukannya touch skrin seperti telefonnya yang telah rosak.

“Maaf ya Cik. Telefon ni tak dapat dibaiki kerana sudah rosak teruk di bahagian skrin dan juga belakang.”

Aryana hanya mampu menganggukkan kepalanya. “Okey.” Aryana sudah menjangkan hal itu. Dia hanya mahu mencuba nasib, jika masih boleh dibaiki lagi. “Simkad dan memori kad boleh ambil tak?”

“Boleh.”

Aryana menarik nafas lega. Dia sebolehnya tidak mahu menukar nombor lain. “Boleh pasangkan balik di dalam telefon ni?”

Penjual itu menggelengkan kepalanya. “Sorry tak boleh lah Cik.”

“Kenapa?”soal Aryana dengan nada lemah.

“Memori boleh. Simkad tak boleh? Sebab tapak simkad telefon yang Cik pilih besar. Tapak simkad telefon lama Cik kecil aje sebab dah dipotong kan?”

“So nak tak nak, saya kenal beli simkad barulah?”

Penjual itu menganggukkan kepalanya. “Ya. Cik boleh pilih nombor telefon mana yang Cik suka, kedai kami turut menjual simkad telefon.”

“Boleh tolong saya dapatkan nombor telefon dalam simkad tak?” 

“Boleh. Saya cuba masukan simkad Cik di dalam telefon saya dahulu.”

“Saya pilih telefon ini. Tapi nak warna merah ada tak?” 

“Ada, nanti saya ambilkan,”ujar penjual itu. “Cik nak saya save nombor ni dalam telefon baru ke?”

“A’aa… sekejap saya tengah pilih nombor dulu.”

Aryana dengan berat hati memilih nombor telefon baru. Setelah berpuas hati, dia memilih mengambil nombor yang mudah untuk dingati dan pelan yang sama iaitu digi seperti sebelum ini yang pernah digunakannya.Setelah urusan membeli telefon selesai. 

Aryana berlalu meninggalkan kawasan yang menjual pelbagai jenis telefon dan melangkah masuk ke dalam pasaraya Mydin Mall. Dia mahu membeli sesuatu untuk dibawa pulang. Aryana mengambil beberapa jenis makanan dan minuman. Setelah itu dia menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran. Tanpa disedarinya sepasang mata sedang melihatnya. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran lelaki itu. 

“Assalamualaikum,”sapa Qayyum.

“Waalaikumussalam,”jawab Aryana perlahan. ‘Buat apalah dia ada kat sini? Semak aje?’ hatinya berkata-kata.

“Beli apa?”

“Dah nampak kan? Takkan saya beli gajah kot?”

“Eh, kat sini jual gajah ke?”

Aryana mencebik. Dia rimas akan kehadiran lelaki itu. “Taklah. Dekat zoo adalah.”

“Senyum sikit,”ujar Qayyum lalu mecuit pipi Aryana. Aryana segera menepis tangan Qayyum. “Apa ni Qayyum. Haramlah!”

“Alah takkan cuit sikit tak boleh,”ucap Qayyum dengan nada sedih.

“Haram tetap haram. Sejak bila perkara haram menjadi halal,”bidas Aryana dengan nada geram. Dia tidak suka apabila ada orang mencuitnya. Apa lagi orang yang baru dikenalinya.

“Okey, sorry.”

Aryana hanya mendiamkan diri. Tanpa membuang masa dia meletakkan barang-barang yang diambil di atas meja untuk membuat pembayaran. Dia mahu meninggalkan tempat itu dengan secepat yang mungkin. Usai membuat pembayaran, tanpa melengahkan masa Aryana segera melangkah meninggalkan kaunter. Dia tidak mahu Qayyum mengambil kesempatan lagi ke atas dirinya. Kehadiran lelaki itu begitu merimaskannya.

“Aryana!”

Aryana tetap meneruskan langkahnya walaupun mendengar Qayyum memanggil namanya. Baginya Qayyum hanya sekadar kawan walaupun berkenalan secara paksa. Dia tidak pernah menyukai lelaki itu, tetapi siapalah dia mahu membenci sesama manusia sedangkan Allah menyukai hamba-hamba-Nya bersilaturahim antara satu sama lain.

“Aryana!” Qayyum menarik tangan Aryana.Aryana segera menarik tangannya. 

“Apa lagi?!”soalnya. jika diikutkan hati ingn saja dia melayangkan tangan ke pipi lelaki itu. Namun akalnya masih waras lagi. 

“Saya panggil awak takkan tak dengar?”

Aryana mengelap peluh yang mula mereneh di dahinya. “Awak nak apa? Saya nak baliklah. Lagipun tak nampak ke tengah panas ni?” 

Qayyum menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia tidak tahu alas an apa lagi yang perlu dia suarakan agar gadis itu memberi sedikit ruang untuk mereka berbual. 

“Kita pergi makan dulu?” ucap Qayyum sambil tersenyum sumbing.Aryana menjeling tanda marah. 

“Maaf? Tiada masa,”balas Aryana lalu melangkah menghampiri motosikalnya. 

“Alah, takkan sekejap pun tak boleh?”

Aryana meniup rambutnya yang mula menutup dahinya. Dia memandang ke arah Qayyum. “Eh, awak ni memang tak faham apa yang saya cakap?”

“Huh?” Qayyum mengerutkan keningnya.

“Saya minta maaf memang tak dapat nak luangkan masa dengan awak. Tak faham ke? Atau awak nak saya cakap dalam bahasa lain?”

Qayyum tersengih mendengarnya. Sikap Aryana yang tegas dan garang mula menarik hatinya. “Saya cuma nak ajak awak makan aje. Takkan itu pun tak boleh?”

Aryana mendengus. Dia mula bengang dengan sikap degil Qayyum. Dia paling benci dipaksa. Dia hanya membiarkan pertanyaan Qayyum berlalu ditiup angin. Dia mengambil barang-barang di dalam troli lalu meletakkan di atas motosikalnya. Tanpa membuang masa di segera menghidupkan enjin motosikalnya.Qayyum masih menanti jawapan hanya mampu melihat perbuatan Aryana. Dia tahu gadis itu marah kepadanya. 

“Aryana.”

Aryana terus menyarungkan helmet ke atas kepalanya. Dia mengundurkan motosikalnya. Dia menjeling marah. 

“Assalamualaikum.”ujar Aryana sebelum meninggalkan Qayyum terpingga-pingga menanti jawapan daripadanya. Dia memandu motosikalnya pulang ke rumah dengan hati yang geram apabila mengenangkan sikap Qayyum.


DANIAL melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Dia melihat ruang di sekeliling di dalam rumah itu. Tidak jauh berbeza sejak tiga tahun lalu. Dia pernah datang ke sini tiga tahun lepas. Setelah kematian adiknya, Daiyan. Dia tidak pernah ke sini lagi. Inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya setelah tiga tahun berlalu. Dia meneruskan kerjayanya di luar Negara bagi merawat hatinya yang luka memikirkan insan yang ditunggu tak kunjung tiba lagi, walaupun sudah hampir satu jam dia berada di rumah itu.

“Itu gambar Arya masa konvokesyen bulan lepas,”ujar Puan Atikah.

Danial meletak bingkai gambar di tempat asalnya. “Solehah pergi mana?”

“Mak cik pun tak tahu. Sejak minggu lepas lagi dia dah mula cari kerja. Jadi mak cik pun tak tahu dia balik pukul berapa?”

“Owh? Dia tengah cari kerja ke sekarang?”

Puan Atikah menganggukkan kepalanya. “Ya, dulu dia ada juga buat bisnes online. Mak cik yang minta dia carikan kerja tetap. Kalau ikutkan, Arya tak nak kerja pun.”

Danial kembali duduk diatas kerusi. Dia menikmati minuman yang dihidang oleh Puan Atikah. “Mak cik tanya Solehah kalau dia masih belum mendapatkan pekerjaan. Saya boleh tolong carikan untuk dia.”

“InsyaAllah, bila dia balik nanti mak cik tanya?”

“Oh ya? Mak cik cakap dia ada buat bisnes online? Dia jual apa?”

“Entahlah? Mak cik kurang pasti pulak? Banyak benda dia jual? Tudung, baju, alak solek dan banyak lagi.”

Danial hanya menganggukkan kepalanya. Dari jauh terdengar enjin motosikal menghampiri kawasan rumah. Danial mula memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah yang pulang. Dia sudah tidak sabar mahu bertemu dengan gadis yang dirinduinya itu.

Puan Atikah bangkit dari tempat duduknya. “Arya dah balik?” ujar Puan Atikah lalu menghampiri pintu utama rumah. 

Aryana terkejut melihat sebuah kereta di hadapan rumahnya. Dia seakan mengenali pemilik kereta itu, namun segera ditepisnya. Dia berharap bukan lelaki yang dikenalinya. Tanpa berlengah dia mengambil semua barang-barang yang telah dibelinya. Kelihatan ibunya sedang menunggu kepulangannya saat itu.

“Assalamualaikum, ibu.”

“Waalaikumussalam, beli apa?”soal Puan Atikah apabila melihat tangan Aryana penuh dengan barang.

“Arya beli barang dapur sikit. Kebetulan singgah dekat Mydin Mall tadi.”

“Mari ibu bawakan ke dapur?”

“Eh, takpelah ibu, Arya boleh letak kat dapur?”

“Ada orang datang nak jumpa Arya. Barang-barang ni biar ibu bawa ke dapur,”ujar Puan Atikah lalu mengambil barang-barang dari tangan Arya.

“Siapa ibu?”soal Aryana tanpa melihat tetamu yang duduk di ruang tamu.

“Katanya kawan lama Arya. Ibu ke dapur dulu,”ujar Puan Atikah lalu melangkah ke dapur. 

Aryana melihat Danial tersenyum ke arahnya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. “Assalamualaikum abang Danial.” Dia sudah menduga lelaki itu yang datang. Dia mengetahui kehadiran lelaki itu apabila sebaik sahaja melihat kereta yang berada di hadapan rumahnya.

“Waalaikumussalam, Solehah apa khabar?” soal Danial. Dia gembira dapat bertemu dengan gadis itu. Sejak kejadian tiga tahu yang lalu, dia tidak berpeluang lagi menemui gadis itu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Gadis itu kelihatan semakin cantik dan anggun.

“Sihat? Macam abang tengok sekarang,”balas Aryana. Dia memang sudah terbiasa memanggil lelaki itu dengan panggilan abang sejak dia berkenalan dengan adiknya lagi.

“Ibu cakap Solehah pergi cari kerja? Dah dapat ke?”Aryana menganggukkan kepalanya. 

“A’aa. Ibu ayah yang minta saya cari kerja. Bila difikirkan balik ada baiknya juga.”

“Betullah tu, sampai bila nak buat bisnes online aje.”

“Ibu yang bagi tahu ke?”

“Ya,”jawab Danial sambil menganggukkan kepalanya. 

“Soal kerja, Solehah boleh kerja dengan abang?”

Aryana menggelengkan kepalanya. “Arya tak minat kerja di dalam pejabat. Biarlah Arya cari kerja yang sesuai dengan minat Arya.”

Wajah Danial mula keruh apabila Aryana menolak perlawaannya. “Abang nak jadikan Solehah sebagai pembantu peribadi abang di pejabat. Soal kerja Solehah jangan risau, abang takkan bagi kerja yang susah.”

Aryana tersenyum mendengarnya. “Terima kasih atas tawaran tu, tapi Arya tak mampu terima. Arya minta maaf.”

Danial hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak boleh memaksa gadis itu untuk menerima tawaran kerja darinya. Dia menawarkan jawatan itu agar dia dapat mendekati gadis itu untuk memikat hatinya. Namun, harapannya tiada lagi setelah gadis itu menolak tawarannya. Dia sudah berjanji dengan arwah adiknya mahu menjaga Aryana Solehah.

“Solehah?”

Aryana mengeluh. Dia rindukan seseorang yang memanggilnya dengan panggilan itu. Hanya ahli keluarga lelaki itu yang memanggilnya dengan nama Solehah. Aryana memandang wajah Danial. 

“Abang Danial boleh tak jangan panggil Arya dengan panggilan Solehah lagi.”

“Kenapa? Bukan ke itu jugak nama Solehah?”

“Ya, tapi Arya lebih selesa kalau abang panggil saya Aryana. Lagipun hanya arwah aje yang selalu panggil Arya dengan nama tu.”

“Okey, kalau itu yang Solehah mahukan.”

“Arya ajak Danial makan. Ibu dah siap masak,”laung Puan Atikah dari arah dapur.

“Baik ibu,”balas Arya. “Abang, jom makan dulu?” Aryana mempelawa Danial makan tengah hari.

Danial melihat jam pada pergelangan tangannya. “Maaf, saya nak minta diri dulu,”ujarnya lalu bangkit dari tempat duduknya.

“Arya rasa lebih baik abang makan dulu. Tak baik kecewakan ibu. Dia dah penat masak,”ujar Aryana turut bangkit dari tempat duduknya. “Lagipun bukan selalu abang datang sini. Apa salahnya makan tengah hari dulu sebelum balik.”

“Okey,”balas Danial. Dia akhirnya setuju untuk menikmati hidangan tengah hari dahulu sebelum pulang ke rumah.

Mereka menikmati makanan tengah hari dengan berselera. Danial sudah lama tidak menjamu makanan kampung sejak dia bekerja di luar Negara. Inilah kali pertama dia menikmati makanan dengan sungguh berselera sekali setelah hampir setahun tidak pulang ke Malaysia.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu