Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,713
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6
“Assalamualaikum, Princess Aryana,”sapa Nurin di hujung talian.

Aryana tersenyum mendengarnya. “Waalaikumussalam, Nurin yang comel.”

“Comel? Hei aku bukan budaklah,”ujar Nurin sambil membebel.

Aryana tergelak kecil. Entah apa yang dibebelkan oleh Nurin. Suaranya agak tidak jelas kedengaran. “Aloh, Cik Nurin, sayang janganlah marah. Princess Aryana bergurau aje.”

“Aku tahulah. Saja buat touching sikit. Lagipun aku memang comel apa?”

Aryana membetulkan kedudukannya. “Hmm… Perasanlah tu.”

“Biarlah.”

“Kau ada apa call aku ni? Bukan kau tengah kerja ke?”

“Aku memang tengah kerja pun. Aku ada benda nak share kat kau ni? Kalau tak, aku tak ada masalah aku nak call kau time ni,”ujar Nurin dengan nada ceria.

"Okey, apa?”

“Hah! Kau ingat lagi tak mamat yang kau langgar dekat pasaraya hari tu?”

Aryana memikirkan sesuatu. “Aku dah tak ingat dah, kenapa erk?”

“Alah, kau ni? Akal pendek betul, cepat aje lupa dah macam nenek-nenek pulak?”

Panas telinga Aryana mendengarnya. “Amboi sedap betul kau kutuk aku ya, cakap ajelah apa susah!”

“Nak ceritalah ni. Sabarlah.”

“Ya, apa?”

“Okey macam ni? Kalau kau nak tahu mamat yang kita jumpa hari tu. Actually bos kat tempat aku kerja!”

Aryana berlagak selamba. Baginya tiada apa yang menarik dengan cerita Nurin. “So? Kenapa kau happy sangat? Tak menarik pun.”

Keceriaan Nurin hilang apabila Aryana langsung tidak menarik dengan cerita yang disampaikannya. “Aku saja nak bagi tau. Takpelah kalau kau tak berminat nak tahu,”ujarnya dengan nada sedih.

Aryana mengigit jari. Dia sedar Nurin terasa hati dengan sikapnya acuh tak acuh. “Aku bukan tak berminat. Tapi dia takde kaitan dengan aku pun?”

“Betul jugak kata kau. Dia memang takde kaitan dengan kau. Dia cuma bos aku aje dan bukan jodoh aku pun?”Aryana tergelak kecil. Sempat lagi dia bergurau. 

“Sebut soal jodoh tu, kau dah bersedia ke?”

“Sedia apa?” 

“Bersedia untuk jadi isterilah?”

“Soal itu biarlah dulu. Bila tiba masanya nanti. Itu maknanya aku dah bersedialah.” 

Aryana ketawa. “Amin. Semoga cepat-cepat naik pelamin. Mana tahu jumpa jodoh kau kat tempat kerja nanti.” 

“InsyaAllah. Eh, Arya. Aku nak bagi tau sesuatu ni?”

“Apa? Pasal mamat yang aku langgar hari tu? Kenapa dengan dia?”

“Hah, ingat pun.”

Aryana tersenyum. “Ingatlah. Baby dia comel sangat. Mana boleh lupa. Aku gurau aje tadi.”

“Kalau kau nak tahu dia memang jodoh kau agaknya.”Aryana mengerutkan dahinya. 

“Kenapa pulak? Jodoh kau kot?”

“Dia tu duda anak satu. Adalah chance kau jadi isteri dia. Dahlah handsome, kaya pulak tu. Kau tak payah fikir nak kerja dah bila kahwin dengan dia,”ujar Nurin sekadar bergurau.

Terkejut Aryana mendengarnya. “Hoi! Apa kau merepek ni? Kau ingat aku ni dah tak laku sangat ke? Sampai kau sesuka hati jodohkan aku dengan duda anak satu!”ujar Aryana dengan marah.

Kedengaran suara Nurin ketawa di hujung talian. “Aku bergurau ajelah. Saja nak kenakan kau,”ujarnya sambil ketawa.

Aryana mendengus marah. “Hmm… benda macam ni pun kau nak boleh buat main-main. Ini soal masa depan tau. Salah pilih nanti aku yang merana tau.”

“Hahaha… aku gurau ajelah. Tapi kalau dah jodoh takkan ke mana?”

Aryana menggenggam tangannya. “Nurin sayang, kalau kau ada dekat sini dah lama aku picit-piciit mulut kau tu.”

Nurin tergelak mendengarnya. “Okeylah aku minta maaf. Gurau pun tak boleh?”

“Bukan tak boleh. Ini soal jodoh. Biarlah Allah yang tentukan. Lagipun aku tak nak fikir lagi soal kahwin? Belum tiba masanya lagi,”ujar Aryana perlahan. 

“InsyaAllah akan tiba masanya nanti. Aku yakin kau mampu menjadi isteri yang solehah.”

“Sudahlah. Aku tak nak bahas pasal ni lagi, kau tau kan maksud aku,”ujar Aryana dengan nada lirih. Fikirannya mula mengingati seseorang.

Nurin mengetap bibir. Dia tidak bermaksud mahu melukakan hati sahabat baiknya itu. “Aryana, aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Sorry.”

Aryana menahan air matanya daripada menitis. Sudah terlalu lama dia tidak mengingati insan yang telah pergi itu. Insan yang terlalu istimewa dihatinya. “It’s okay. Dahlah aku dah lupakan pun. Ni kau kat tempat kerja baru tu macam mana? Okey tak?” 

“Alhamdulillah tengah cuba sesuaikan diri.”

“Nanti dah jumpa kawan baru mulalah lupakan aku,”ujar Aryana dengan nada sedih.

“Taklah. Kaulah sahabat dunia dan akhirat aku. Okeylah Aryana, aku nak sambung kerja dulu.”

“Okey, buat kerja elok-elok. Bukan senang nak dapat kerja sekarang?”

“InsyaAllah. Aku doakan kau pun cepat-cepat dapat kerja.”

“InsyaAllah, amin.”

“Okeylah nanti aku call lagi. Ada masa aku pergi rumah kau. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,”jawab Aryana lalu mematikan talian. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan gurauan Nurin sebentar tadi. 


USAI menunaikan solat Zuhur, Aryan berdoa. ‘Ya Allah, Ya Tuhan Kami, sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat aku mengadu. Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang ENGKAU berikan kedapaku. Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah isteriku dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus,iaitu jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, KAU lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku, tenteramkanlah jiwaku. Amin.’Aryan menyapu air matanya. Dia terlalu merindui arwah isterinya. Dia melipat sejadah lalu bangkit dari tempat duduknya. 

Setelah memakai tali leher, dia segera melangkah meninggalkan surau untuk kembali bekerja. Baginya walau sesibuk mana dengan urusan dunia. Dia tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan Maha Pencipta menunaikan kewajibannya sebagai seorang muslim. Aryan melangkah memasukan ruang pejabatnya. 

"Encik Aryan!”

Aryan menoleh ke arah suara yang memanggilnya. “Ya, ada apa Hana?”

“Semalam saya dapat panggilan daripada Habib Jewels. Katanya tempahan Encik Aryan sudah siap.”

Bayangan Aiza mula terbayang di ruang matanya saat Hana memberitahu perkara itu. Fikirannya kembali memikirkan arwah isterinya yang telah pergi tiga bulan yang lalu. ‘Hadiah ulang tahun perkahwinan aku dan Aiza. Tapi sayangnya, Aiza dah tiada. Perlu ke aku ambil set barang kemas itu,’ hatinya berbicara.

“Encik Aryan!”panggil Hana. “Encik Aryan?!”panggilnya lagi apabila Aryan tidak memberi respon dengan ucapannya.

Aryan kembali tersedar mendengar Hana memanggil namanya. “Ya?”

“Pihak Habib Jewels meminta Encik Aryan ke sana untuk mengambilnya. Semua bayaran telah dijelaskan.”Aryan sekadar mengangguk. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya lalu duduk di atas sofa. Kerja yang masih belum disiapkan dibiarkan begitu saja. Fikirannya mengimbau kembali saat-saat indah bersama isterinya. 

 “Abang ada hadiah special nak bagi dekat sayang,”ujar Aryan sambil memeluk tubuh Aiza dari belakang.Aiza menoleh ke arah suaminya. “Apa?”

“Mana boleh bagi tau lagi?”

Aiza memuncungkan mulutnya. “Mana aci. Aiza nak tahu jugak.”

Cup! Aryan mencium pipi isterinya. “Sayang isteri abang yang comel ni.”

Wajah Aiza mula berubah kemerahan apabila diusik oleh Aryan. Dia mengambil tangan Aryan lalu diletakkan di atas perutnya yang semakin membesar. “Abang nak bagi hadiah kat sayang ke kat baby?”

Aryan mengusap perut isterinya itu. “Abang nak bagi hadiah sempenan ulang tahun kita yang ketiga. Hadiah tu khas untuk sayang.”

Aiza tersenyum mendengarnya. “Apa? Beritahulah.”

“Surprise!”

Aiza menjeling marah. “Hmm… okey,”ujar Aiza dengan nada merajuk.

Aryan mencubit pipi Aiza. “Nanti bila tiba masanya abang bagilah.”

“Auch!”Aiza menggosok pipinya yang terasa sakit. “Tapi bukan ke annyvesarry kita dah lepas?”

Aryan mengangguk. “Yes, actually abang belikan hadiah ini untuk annyvessary kita yang ketiga dan penghargaan abang kepada sayang kerana sanggup mengandung dan melahirkan anak kita.”

Aiza tersenyum. “Itu sudah menjadi tanggungjawab Aiza, abang. InsyaAllah dengan kehadiran anak kita melengkapi keluarga kecil kita.”

“Amin.”

“Thank you, abang.”

"Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih kepada sayang," kata Aryan lalu memeluk erat isterinya dari arah belakang. "Thank you, sayang. I love you so much,”ujar Aryan lalu mengucup ubun-ubun isterinya.

“I love you too.”Aryan memeluk erat tubuh isterinya. Mereka ketawa bersama apabila bayi dalam kandungan mula menendang dan bergerak. Aryan amat bahagia disamping isterinya. Dia tidak sabar mahu melihat cahaya matanya. 

Ting!!!

Aryan tersedar daripada lamunannya apabila mendengar bunyi telefon menandakan pesanan ringkas masuk. Dia mengucap panjang. Dia mengusap wajahnya. Hatinya mula digigit rasa kerinduan buat arwah isteri yang tercinta. Kini hanyalah tinggal kenangan. Kebahagiaan yang diimpikan tidak mampu dimiliki. Dia hanya mampu mengirimkan doa agar Aiza tenang di alam sana. 


PUAN Atikah menghampiri Aryana. Dia mengusap bahu Aryana dengan perlahan. Aryana tersenyum melihat ibunya lalu menarik tangan ibunya agar duduk di tepinya. Puan Atikah duduk di atas kerusi lalu merangkul pinggang anak gadisnya itu. Aryana melentokkan kepalanya di atas bahu ibunya. Kelihatan sungguh mesra hubungan mereka dua beranak. 

 “Siapa telefon?”

“Nurin ibu.”

“Owh… dah lama dia tak datang, kenapa erk?”

“Dia dah dapat kerja kat hotel sesuailah dengan minat dia,”ujar Aryana sambil ketawa apabila mengingatkan perbualannya dengan Nurin sebentar tadi.

“Patutlah dah lama tak nampak? Anak ibu duk senyum aje dari tadi kenapa?”

Aryana senyum lalu menggelengkan kepalanya. “Nurinlah ibu. Suka sangat kenakan Arya.”

“Kenapa pulak?”

Aryana membetulkan kedudukannya sambil menghadap Puan Atikah. “Ibu ingat lagi tak Nurin ada cerita pasal seorang lelaki yang Arya langgar kat Mydin mall hari tu?”

“Ingat-ingat lupa? Kenapa?”

“Nurin tu, ada ke patut dia jodohkan Arya dengan mamat tu. Lelaki tu bos dia tau, duda anak satu.”

Puan Atikah ketawa mendengarnya. “Okey apa duda anak satu. Alhamdulillah. Tak sabarnya ibu nak tengok Arya kahwin.”

Aryana mengerutkan dahi. “Kenapa pulak? Ibu tak sayang Arya dah ke?”

Puan Atikah memeluk anaknya. “Sayang.”

“Habis tu, ibu macam suka aje Arya kahwin cepat.”

“Bukan macam tu, ibu ni dah tua. Anak ibu pun dah besar. Tak salahkan kalau Arya mendirikan rumah tangga. Ibu yakin Arya mampu menjadi seorang isteri yang solehah.”

Aryana mencebik. “Ibu janganlah jadi macam Nurin tu,”omel Aryana sebal kerana ibunya turut menyokong usikan Nurin.

“Jodoh ni Allah yang tentukan. Siapa kita nak menolak Arya.”

Aryana menganggukkan kepalanya. “Arya tahu ibu. Tapi takkanlah ibu nak Arya kahwin dengan duda. Ada anak pulak tu?”

Puan Atikah tersenyum. “Jika Allah mengkehendakinya, maka terjadilah. Jika itu takdir Arya. Siapa kita untuk menolak ketentuan Allah.”

Aryana mengakui kebenaran disebalik ucapan ibunya. Dia hanyalah manusia biasa, siapalah dia mahu menentang ketentuan Ilahi. Dia memandang wajah ibunya lalu meraih tangan wanita yang agak berusia itu. Dia mengusap lembut tangan ibunya. 

“Arya tak nak fikir lagi soal kahwin buat masa ini ibu. Apa yang penting Arya nak cari kerja dahulu. Soal jodoh itu biarlah masa yang menentukan. Arya redha dengan takdir yang tertulis buat Arya andai duda anak satu jadi suami Arya,”ujarnya sambil menahan rasa sebak di hati.

Puan Atikah menyedari perubahan anaknya itu. Dia menggenggam erat tangan Aryana. “Orang yang telah pergi tak perlu ditangisi. Kirimkanlah doa agar dia tenang di sana.”

Aryana menganggukkan kepalanya. “Arya tak pernah lupa mendoakan dia, ibu. Arya rindu dengan arwah. Dah lama Arya tak hubungi keluarga arwah.”

Puan Atikah mengusap belakang Aryana. Dia tahu Aryana masih merasai kehilangan insan yang amat disayanginya. Aryana sepatutnya sudah berkahwin beberapa tahun yang lalu. Majlis perkahwinannya sepatutnya berlangsung ketika Aryana masih menuntut ilmu di universiti, namun takdir Allah siapa dapat menghalangnya. Majlis perkahwinan Aryana dibatalkan di saat-saat akhir kerana pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan itu membawa arwah Daiyan pergi buat selamanya. Sejak itu Aryana tidak pernah bercinta lagi. Hatinya masih terluka dengan pemergian lelaki itu. Walaupun sudah tiga tahun arwah pergi meninggalkannya. Namun hati Aryana masih belum terbuka lagi untuk menerima insan lain dalam hidupnya. Aryana lebih selesa hidup di samping kedua ibu bapanya. Baginya biarlah Allah yang menentukan segalanya. Dia tidak mahu terluka lagi kerana kehilangan insan yang dicintai amat menyakitkan.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu