Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
31,145
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5
Datin Ain duduk termenung di halaman rumahnya. Dato’ Syukri menggelengkan kepalanya memikirkan isterinya itu. Dia menghampiri Datin Ain lalu mengusap perlahan bahu isterinya. Datin Ain menoleh ke belakang lalu tersenyum melihat suaminya.

“Abang, duduklah.”

“Awak, menungkan apa tu?”soal Dato’ Syukri lalu duduk.

“Tak ada apa-apalah abang?”

“Saya ni kenal awak bukan sehari dua tau. Sudah 30 tahun saya kenal awak, Ain. Takkan saya tak tahu apa yang isteri saya fikirkan?”

Datin Ain tersenyum. Dia menikmati hidangan menu petang yang disajikan. “Jemputlah makan, abang.”

Dato’ Syukri turut menjamu selera. “Apa yang awak fikir? Pasal Aryan lagi?”

“Pasal apa lagi yang nak dirisaukan? Kita cuma ada Aryan aje abang.”

“Ya, saya tahu. Tak usahlah, awak peningkan kepala fikirkan dia. Aryan tu dah besar. Tahulah dia uruskan diri dia sendiri.”

“Saya tahu itu. Tapi kenapa dia tak nak tinggal dengan kita? Nak juga tinggal sorang-sorang kat rumah dia tu? Padahal kat rumah kita ni bukan ada orang lain?”ujar Datin Ain lagi meluahkan isi hatinya.

“Biarlah dia nak belajar berdikari. Dia tu dah ada anak, sayang,”balas Dato’ Syukri lalu meneguk air. “Rumah Aryan tu bukannya jauh dari rumah kita ni? Awak boleh pergi rumah dia?”

Datin Ain memandang wajah suaminya. “Abang, faham tak maksud saya sebenarnya?”

Dato’ Syukri mengangguk. 

“Memanglah rumah dia dekat. Tapi Aryan tu duda abang. Dia tinggal dua beranak aje kat rumah tu. Kalau arwah isteri dia ada lagi saya tak kisah pun dia nak tinggal kat sana.”

Dato’ Syukri mengeluh. “Biarlah Aryan belajar uruskan anak dia. Kita sebagai orang tua doakan yang terbaik buatnya.”

Datin Ain menggelengkan kepalanya. “Susah bercakap dengan abang ni? Tak faham rupanya?”omelnya.

“LailahailaAllah… ke situ pulak dia?” Dato’ Syukri mengucap. “Apa yang abang tak faham?”

“Maksud saya, kalau Aryan tu dah ada isteri takpelah. Saya tak kisah dia nak tinggal kat sana? Sekarang ni dia dengan cucu kita aje. Berdua?”jelas Datin Ain.

Dato’ Syukri tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Awak ni, tak habis-habis lagi suruh Aryan kahwin?”

“Sekurang-kurangnya ada jugak orang tengokkan dia. Aryani dapat kasih sayang ibu.”

Dato’ Syukri menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya. “Awak bukan tak tahu macam mana sayangnya, Aryan dekat arwah Aiza. Lagipun arwah meninggal tak sampai lagi setahun, awak dah suruh dia kahwin lain? Fikir-fikirkanlah.”

Datin Ain mengeluh mendengarnya. “Saya ada beritahu Aryan pasal ni? Tapi dia tak bersedia lagi katanya.”

“Amboi cepatnya!”ujar Dato’ Syukri terkejut. “Awak sedar tak, ketika awak tanya Aryan masa tu?”

Datin Ain mengerutkan dahi. “Mestilah saya sedar? Abang ni?”

“Aryani baru tiga bulan tau. Maknanya baru tiga bulan anak kita tu kehilangan isteri dan baru tiga bulan jugak kita kehilangan menantu,”ujar Dato’ Syukri perlahan tapi tegas. “Kalau betul awak nak yang terbaik buat Aryan. Takkanlah awak tak fikir perasaan dia?”ujarnya lagi. “Cuba awak letakkan diri awak di tempatnya? Apa awak rasa?”

Datin Ain hanya mampu menundukkan kepalanya. Dia sedar sikapnya yang terlalu tergopoh-gopoh dalam menentukan masa depan anaknya. “Maafkan saya abang,”ujarnya perlahan. “Saya sebagai ibu cuma nak yang terbaik buat anak kita. Itu aje.”

Dato’ Syukri bangkit dari tempat duduknya. “Memang tak salah apa yang awak fikirkan. Tapi ini melibatkan masa depan Aryan. Bagi saya biarlah Aryan pilih sendiri jalan hidupnya. Saya tidak mahu masuk campur dalam soal peribadinya. Kita sebagai orang tua hanya perlu mendoakan yang terbaik buat dia. Itu sudah memadai,”ujarnya panjang lebar.

“Baik abang.”

“Sudah-sudahlah awak mencari calon isteri buat Aryan?”ujar Dato’ Syukri sambil menggosok belakang tubuh isterinya. “Soal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Bila sampai masanya nanti dia akan kahwinlah.” Datin Ain sekadar pendengar. “Bukan senang nak cari isteri dengan status dia sekarang? Itu awak perlu tahu. Tak semua wanita di luar sana sudi menerima Aryani sebagai anak tiri? Awak nak ke cucu kita didera nanti? Fikir-fikirkanlah,”ujar Dato’ Syukri lalu meninggalkan isterinya.

Datin Ain kaku di tempat duduknya. Kata-kata suaminya mula menyedarkannya. Selama ini dia terlalu ikutkan perasaan. Namun, dalam masa yang sama dia tidak memikirkan perasaan anaknya. Datin Ain mengusap wajahnya perlahan. 

Ya Allah, lindungilah anakku di mana jua dia berada. KAU permudahkanlah segala urusannya. Ya Allah, jadikanlah anak dan cucuku orang-orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian-Mu. Sesungguhnya kepada-Mu aku berserah. Amin. Datin Ain berdoa di dalam hati.


ARYANA berehat seketika dia sebuah café’ di dataran Austin. Sudah dua hari dia mencari pekerjaan di kawasan itu. Semua jawatan yang dipohon sudah pun dipenuhi oleh orang lain. Dia mendengar nasihat ibu dan ayahnya agar tidak memilih pekerjaan. Namun, nasib belum menyebelahinya.

“Terima kasih,”ujar Aryana kepada pelayan yang menghantar pesananya.

“Sama-sama. Ada apa-apa lagi cik?”soal pemuda itu sambil tersenyum.

“Ermm… nak tumpang tanya boleh?”

“Boleh? Ada apa ya?”

“Dekat sini ada kerja kosong tak?”

“Saya pun tak pasti? Saya tanya bos dulu?”

“Okey,”ujar Aryana lalu menikmati menu yang telah dipesan. Dia memilih ‘chicken chop’ sebagai menu petangnya. Usai menikmati makanannya dia melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran. “Berapa?”

“RM13.50.”

“Okey,”ujar Aryana lalu menghulur not RM 20.

“Terima kasih, sila datang lagi.”balas juruwang sambil tersenyum setelah memulangkan wang baki.

“Errr… Cik?”

Aryana menoleh ke belakang. “Ya?”

“Tadi ada tanya pasal kerja kosong kan?”

Aryana angguk.

“Boleh bagi nombor telefon tak? Nanti saya akan hubungi Cik bila ada kekosongan.”

“Ada pen dan kertas,”ujar Aryana tanpa ragu-ragu.Pemuda yang berusia hampir sebaya dengannya segera menghulurkan pen dan kertas. Aryana menyambut lalu menulis nombor telefonnya. Dia sedikit pun tidak rasa curiga dengan permintaan lelaki itu.

“Ini nombor telefon saya,”ujar Aryana lalu menghulurkan kembali pen dan kertas.

Lelaki itu menyambutnya. Dia melihat nama dan nombor tercatat di buku nota kecilnya. “Aryana.”

“Itu nama saya,”ujar Aryana sambil tersenyum.

“Saya Qayyum,”ujarnya sambil menghulurkan tangan.

Aryana menggaru kepalanya yang tak gatal. “Maaf saya tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim,”ujarnya perlahan sambil tersenyum. Dia melihat sekeliling takut kalau-kalau ada mata yang memandang.

Qayyum mengetap bibir. Mukanya mula kemerahan menahan malu. Dia menggaru kepalanya. “Okey, nanti saya bagi tahu Aryana?”

Aryana tersenyum. “Okey, terima kasih,”ujar Aryana lalu meninggalkan café awok kite.

Ina menumbuk bahu Qayyum perlahan. “Dasar lelaki tak tahu malu,”ejeknya.

Qayyum menggosok bahunya. “Biarlah. Kenapa kau jealous erk?”ujar Qayyum sambil menjeling.

Ina berpura-pura mahu muntah. “Tak kuasa aku nak cemburukan kau.”

Qayyum mencarikan kertas yang tertulis nombor telefon Aryana lalu menyimpannya. Dia tertarik dengan Aryana. Gadis itu kelihatan begitu cantik di matanya. Sikap dan tutur bahasanya yang halus dan lemah lembut membuat hatinya tertawan. Dia tidak pernah berasa begitu dengan mana-mana gadis lain sebelum ini. Entah bagaimana datangnya kekuatan dalam dirinya meminta nombor telefon gadis itu. Walaupun tiada jawatan kosong waktu ini di tempatnya bekerja.


ARYAN membetulkan tali lehernya. Dia segera bersiap untuk ke pejabat. Dia menarik laci lalu mengambil jam tangannya. Dia terlihat sesuatu yang menarik perhatianya. Dia mengambil seutas gelang yang sudah putus. Seutas gelang emas serta ukiran nama ARYANA. Dia tersenyum sendirian apabila mengimbau kembali memori bagaimana gelang itu boleh berada dalam simpanannya.

“Encik, gelang anak nak jatuh tu,”tegur jurujual.

“Gelang?”

“Gelang tersangkut dekat carry bag,”ujar jurujual sambil menunding jari ke arah Aryani. Aryan segera melihatnya. Dia mengambil gelang yang tersangkut pada carry bag anaknya. Dia melihat ukiran nama pada gelang itu.

 “Aryana?”

Hmm… nama yang hampir sama dengan aku dan Aryani? Macam mana aku tak perasan tadi. Mesti dia sedih gelang dia hilang, omel Aryan dalam hati.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”ujar jurujual itu lalu meninggalkan Aryan.Aryan menolak troli ke bahagian kaunter pembayaran. Dia menyimpan gelang di dalam poket seluarnya. 

Kring!!!

Deringan telefon menyedarkan Aryan ke alam nyata. Dia memasukkan gelang emas itu ke dalam poket seluarnya. Dia menjawab telefon yang tidak berhenti berbunyi minta diangkat. “Hello, Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, lambat lagi ke? Meeting dah nak start ni?!”

Aryan mengerling jam pada tangannya. 

Alamak! Aku dah lambat rupanya, desis hatinya. Aku on the way ni. Sabarlah,”ujar Aryan lantas menghampiri Aryani.

"Kau ni macam tak tau Dato’ macam mana?”

“Ya, aku tahu. Aku nak gerak dah ni. Kejap lagi aku sampai,”ujar Aryan lalu memutuskan talian. Dia mendukung Aryani setelah mencapai briefcase. Tanpa membuang masa dia melangkah menuruni anak tangga. 

“Cik Dah!”

Cik Dah segera mendapatkan Aryan lalu mengambil Aryani. “Sarapan dah siap. Kenapa Aryan lambat turun hari ni?”

Aryan segera mencapai kunci kereta. “Takpe lah Cik Dah makan aje. Saya dah lambat nak pergi ofis,”ujarnya sambil memakai kasut.

"Baik Aryan.”

“Saya tak sempat mandikan Aryani. Cik Dah tolong uruskan dia.”

"Pasal Aryani, Aryan tak payah risau. Cik Dah akan uruskan dia,”ujar Cik Dah sambil tersenyum.

“Bye anak papa,”ujar Aryan sebelum melangkah pergi.

“Bye-bye papa,”ujar Cik Dah sambil mengoyangkan tangan Aryani.Aryani yang masih mamai hanya mampu memandang ayahnya pergi. Dia masih terlalu kecil untuk memahami keadaan itu. 


IDHAM melihat telefon. “Hoi, sesuka hati aje letak. Aku belum habis cakap lagi dia dah matikan?” Idham membebel.Idham mundar mandir di hadapan hotel. Bayang Aryan masih belum kelihatan. Jam sudah menunjukkan angka 9 pagi. Beberapa minit aje lagi mesyuarat akan dimulakan. Dia memegang kepalanya.

"Jomlah masuk,”ujar Aryan sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.Idham terkejut seketika dengan kehadiran Aryan secara tiba-tiba. 

“Hoi, lamanya.”

“Alah, aku bukan sengaja. Aryani buat hal semalam,”ujar Aryan sambil membetulkan tali lehernya.Mereka melangkah masuk ke dalam hotel.

“Aku faham status kau sekarang? Tapi janganlah lewat datang kerja?”

“Ya, aku tahulah. Kau ni bising mengalahkan papa aku?”

Idham tersenyum sumbing. “Lebih baik aku yang membebel daripada Dato’ Syukri bising nanti. Satu hotel ni bergegar! Kau tahu?”

Aryan menekan butang lif. Dia tersenyum. “Ya, Am. Sudahlah kau tak payah bising lagi. Binggit telinga aku dibuatnya.”

“Okey,” Idham mendiamkan diri buat seketikan. Mereka melangkah masuk ke dalam lif. 

“Client daripada Korea dah balik ke?”Soal Aryan sambil melihat jadualnya di dalam telefon. Begitulah rutin hariannya. Memastikan jadual yang telah ditetapkan dipenuhi agar semua kerja dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Alhamdulillah dia orang berpuas hati dengan hotel kita. Mereka dah berangkat pulang ke Korea pagi tadi.” 

“Baguslah kalau macam tu,”ujar Aryan lalu melangkah keluar daripada Lif.

Idham mengekori daripada belakang. Mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat yang sudah dipenuhi oleh para pekerja yang lain. Mereka segera mengambil tempat duduk masing-masing. Mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi. Aryan cuba bersedia untuk memulakan perbincangan.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu