Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
31,085
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“Aryan!!!”

Aryan segera bangkit dari pembaringan. Dia bingung seketika. Terkejut seolah-olah ada seseorang memanggilnamanya.

Kedegang! Pintu biliknya di hempas dengan kuat. Kelihatan ibunya berdiri di hadapanya sambil mendukung anak kecil yang sedang menangis.

“Mama! Kenapa?”

Hush! Datin Ain mendengus marah.“Nah ambil,”ujarnya sambil meletakkan anak kecil di atas tilam. “Mama dah tak larat nak jaga, Aryan.” 

Aryan mengusap wajahnya, cuba menghilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat. Dia hanya berfikir mahu merehatkan badannya ketika itu. Aryan mengeluh perlahan. Dia mendukung anakkecil itu sambil mendodoinya. “Mama dah bagi susu ke?”

“Dah. Mama dah buat everything, but she still crying non stop.

“Tak apalah mama. Aryan jaga dia malam ni.”

No. It s not just this night okay. Mama pun ada kerja juga Aryan. Butik mama tu dah lama tau mama tak pergi. Kali ni Aryan kena cari pengasuh? Mama dah tak larat nak jaga dia. Bukan mama tak mahu. Aryan sendiri tahu kan mama ni macam mana?”

YesI know mom. I will find a babysister soon.”

When? Mama tak kira, walau apa pun Aryan perlu cari babysister secepat mungkin.”

 “Okey mama,”

“Dahlah mama nak tidur dulu,”ujar Datin Ain lalu meninggalkan Aryan.

Aryan hanya mampu mengiringi langkah ibunya dengan sorotan mata. Dia meletakkan anaknya di atas tilam. Kelihatan bayi itu sudah lena dibuai mimpi. Dia mengelus lembut pipi anaknya itu. Aryani nama yang diberi sungguh comel melihat anak kecil itu tidur. Dia teringatkan arwah isterinya. Wajah Aryani salin tak tumpah seperti arwah isterinya, Aiza.Tiba-tiba terselit rasa rindu dihatinya buat insan yang telah kembali kerahmatullah.

 

“ABANG.”“

Ya, sayang?”

Aiza mencapai tangan suaminya menyentuh perutnya yang kian membesar. “Sayang, harap abang akan jadi ayah yang terbaik buat anak kita.”“

Mestilah,”ujar Aryan sambil memeluk erat tubuh isterinya dari belakang.

“Dengarlah dulu sayang nak cakap.”

“Okey, sayang.”

“Sayang harap, walau apa pun yang terjadi dekat sayang masa nak lahirkan anak kita nanti. Abang akan tetap sayangkan anak kita. Walaupun, nyawa sayang…?”

Aryan menutup mulut isterinya. “Apa cakap macam tu? Abang tak nak dengar.”

Aiza menepis tangan suaminya. Dia mengenggam erat tangan suaminya lalu mencium pipi Aryan. “Please listen to me, just once.” 

“Sayang!”“

Abang, please!

Aryan hanya mengangguk perlahan.

Aiza tersenyum. “Sayang nak abang tahu betapa besarnya cinta sayang dekat abang. Anak kita adalah bukti cinta dan kasih sayang, Aiza pada abang. Sayang berharap walau apa pun yang terjadi dekat sayang di masa akan datang. Terutama ketika melahirkan anak kita nanti. Sayang, harap abang takkan salahkan takdir. 

Dan yang paling penting jangan jadikan anak kita mangsa keadaan. Jangan sesekali abang salahkan dia. Sayang tak nak abang marahkan anak kita jika berlaku apa-apa dekat sayang nanti. Andai nyawa sayang tergadai ketika melahirkan anak kita.”

Aryan mengucup ubun-ubun isterinya.Dia memeluk erat tubuh isterinya. Kasih sayangnya hanya milik Aiza. “Abang akan sentiasa menyayangi dan menyintainya, sayang. Abang yakin sayang akan selamatmelahirkan anak kita nanti. Kita akan sama-sama membesarkan dia.”

“Janjilah dengan sayang, abang.”

“Sayang kenapa cakap bukan-bukanni?”

“Janjilah dulu.”

“Okey, abang berjanji akanmelindungi dia sehingga titisan darah yang terakhir,”ujar Aryan sambilberikrar.

Aiza mencubit paha suaminya.

“Sakitlah sayang.”

“Janganlah main-main.”

Aryan tersenyum melihat telatahisterinya. Aiza kelihatan comel bila merajuk atau marah. “Ya sayang, abang janjitakkan sia-siakan anak kita. Abang sentiasa doakan yang terbaik buat sayang.InsyaALLAH kita dapat membesarkan dia bersama-sama.”

Aiza tersenyum mendenarnya. “Thanks, abang. I love you so much.” 

I love you more.

 

TUK!TUK!TUK!K

etukan pintu bilik menyedarkanAryan daripada lenanya yang panjang. “Ya,”sahut Aryan. Dia segera membuka pintusambil menggosok matanya yang masih terasa mengantuk.

Dato’ Syukri terkejut melihat Aryan masih berbaju tidur. “Tak siap lagi?! Aryan jangan lupa kita ada meeting penting hari ini!”ujar Dato’Syukri dengan lantang.

Rasa mengantuk tiba-tiba hilang.Mata Aryan serta-merta terbuka luas apabila mendengar suara nyaring ayahnya.“Eh, papa?” Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Okey, Aryan siap sekarang.”

“Jangan lambat! Papa pergidulu,”ujar Dato’ Syukri lalu meninggalkan Aryan.

“Baik papa.”

Aryan segera melangkah ke bilik air.Dia sempat melihat anaknya yang masih lena di atas katil. Dia segera bersiapuntuk ke pejabat. Siapa tidak kenal dengan sikap tegas Dato’ Syukri yang amatmementingkan kerja dan yang paling penting masa. Tiada siapa yang beranimelawannya berkaitan masa. Lelaki yang agak berusia itu akan memarahi sesiapasaja yang tidak mematuhi masa yang telah ditetapkan atau bersedialah menerimahukuman.

Usai mandi Aryan segera menyarungkanpakaian ke badannya setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai muslim. Diatidak mahu terlewat. Sebelum meninggalkan bilik dia sempat mengucup dahi puterikesayangannya itu. “Papa pergi kerja dulu sayang. I love you. Assalamualaikum.”

           

“ARYAN!”

Aryan menoleh ke arah suara yangmemanggil namanya. Dia melemparkan senyuman. “Ya, mama?”

"Aryan nak pergi mana?”

 “Pergi hotel lah mama. Nanti papa bising pulak Aryan dah lambat ni. Mama tolong jagakan Aryani,”ujar Aryan sambilmemakai kasut.

“Tapimama nak pergi butik.”

Aryansegera meraih tangan ibunya. “Please mama. Just for today okay.

“Mamaboleh jaga, tapi hari ini mama perlu pergi butik. Ada hal penting,”jelas DatinAin. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan ucapannya. “Aryan tahukan dahseminggu mama tak pergi butik.”

“Ya,mama. Aryan tahu. Tapi hari ini aje. Lagipun esok Aryan dah nak balik. Hari ni last day mama nak main dengan cucu mama.After this mama kena datang rumahAryan pulak.”

“Okey,mama jaga. Tapi mama kena pergi jugak butik. Nanti mama suruh bibik jaga Aryanisekejap.”

Aryantersenyum mendengarnya. “Thanks mama. Ihave to go now.

“Pandukereta elok-elok,”pesan Datin Ain.

“Okey,bye mama. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Datin Ain hanya mampu mengiringi langkah Aryan dengan ekoran mata. Diamengeluh. Pening kepalanya memikirkan nasib anak tunggalnya itu.

Aryanbaru saja kehilangan isterinya, Aiza sebaik saja melahirkan puteri mereka.Walaupun Aiza bukanlah menantu pilihan hatinya. Namun dia tetap melayani Aizadengan baik. Malah gadis itu seorang yang peramah dan baik hati. Walaupun padamulanya, layanannya kepada Aiza agak kurang menyenangkan.

Setelahsetahun Aryan mendirikan rumah tangga. Hatinya mula terbuka menerima Aizakerana gadis itu terlalu baik. Walaupun dimaki, dihina, Aiza sekali pun takpernah memarahinya. Bahkan tidak mengadu sedikit pun perbuatannya kepada Aryan.Oleh itu, dia menerima Aiza sebagai menantunya dengan sepenuh hati walaupunkeluarga Aiza bukanlah daripada orang senang, namun tidak sesekali Aiza cubamengambil kesempatan atas kekayaan yang dimiliki oleh Aryan.

Aizajauh lebih baik daripada gadis pilihannya untuk dijadikan menantu. Tapi sayang,kebahagiaan mereka diragut apabila Aiza dipanggil oleh Maha Pencipta setelahselamat melahirkan puterinya. Pemergian Aiza amat memberi kesan dalam hatinya.Dia kehilangan seorang menantu yang sungguh sempurna di matanya.

“Datin!”

PanggilanPak Man menyedarkan Datin Ain. “Ya?”

“TadiDatin cakap nak pergi butik?”

“Ya, PakMan. Tunggu sekejap,”ujar Datin Ain lalu melangkah ke dapur. “Cik Ani!”

“Ya, Datin?”

“Saya nak pergi butik sekejap,”ujarDatin Ain sambil melihat jam di pergelangan tangannya. “Dalam pukul 10 pagisaya akan balik. Cik Ani tolong jaga Aryani sekejap. Saya ada hal dekat butikhari ini.”

Cik Ani menganggukkan kepalanya.“Baik Datin,”

“Cik Ani pergi tengok Aryani dulu,takut dia terjaga pulak.”

 “Baik Datin.”

Tanpa berlengah Cik Ani segera melangkah ke bilik Aryan. Dia melihat Aryani masih lena lalu mengangkatnya. Anak kecil itu sungguh comel apabila tidur. Dalam hatinya turut simpati mengenangkan nasib Aryani yang telah kehilangan ibu sebelum sempat mengenalinya. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu