Bab 50 Part 1
Haura melemparkan senyuman kepada Della. Wajah sahabatnya itu berseri-seri dengan solekan pengantin. "Tahniah," ucapnya sambil memeluk tubuh Della.
"Terima kasih."
"Cantiknya. Berseri-seri," puji Haura. Della kelihatan anggun ketika mengenakan busana pengantin berwarna biru gelap.
"Biasa-biasa ajelah. Kau dulu pun cantik jugak," balas Della segan apabila mendengar pujian daripada Haura.
"Bila tengok kau cantik macam ni. Rasa teringin nak berdandan jugak."
"Baby bila nk keluar ni. Mommy nak dating dengan daddy," ujar Della sambil mengusap perut Haura.
"Lagi tiga bulan keluarlah auntie."
"Eh baru enam bulan ke?"
Haura angguk."
"Besarnya perut dah macam lapan bulan," ujar Della lalu menarik tangan Haura agar duduk diatas kerusi.
Haura senyum. "Doa kau makbul Della."
"Doa apa?"
"It's twin."
"Really?" Soal Della tak percaya dengan berita yang didengarinya.
"Apa yang excited sangat ni?" Soal Fateh yang menghampiri mereka bersama Reza.
"Della tak sabar nak dapat baby," ujar Haura sambil memberikan isyarat agar Della diam tentang berita yang diberitahunya sebentar tadi.
"Dua bulan lagi adalah rezeki tu," balas Fateh. "Malam ni boleh proses lalu Reza. Della dah bagi green light," usiknya.
Wajah Reza kemerahan apabila diusik begitu oleh Fateh. Dia kelihatan segak hari ni dalam busana pengantin. "InsyaAllah," balasnya perlahan.
Haura dan Fateh ketawa kecil. "Jomlah makan," ajak Haura.
"Kau tak makan lagi ke?"
"Belum. Excited nk jumpa kawan dia sampai makanan pun diketepikan dulu."
"Kenapa tak makan lagi. Kesian baby," ujar Della sambil mengosok perut Haura.
"Tadi tak lapar lagi. Sekarang baru rasa lapar."
Fateh merenung sinis. "Hush... Ye lah tu. Sejak bila sayang cakap kenyang. Baru sepuluh minit makan dah lapar balik."
"Biasalah Fateh. Ibu hamil kan. Kem..."
Haura menutup mulut Della. Dia menggelengkan kepalanya agar tidak memberitahu kepada Fateh tentang kandungannya.
"Apa?"
"Tiada apalah," balas Haura lalu melangkah ke arah Fateh. "Jom kita makan sama-sama." Haura menarik tangan Fateh meninggalkan Della dan Reza di atas pelamin indah mereka.
Part 2 Bab 50
FATEH fokus dengan pemanduannya. Sesekali dia menoleh ke arah Haura disebelahnya. Sejak pulang dari rumah Della, Haura hanya mendiamkan diri. Dia mula perasan wajah isterinya berkerut seperti menahan kesakitan.
Tangan Haura dipegang ketika dia memberhentikan kereta dihadapan lampu isyarat. "Sayang okey tak?" Soal Fateh sambil mencium tangan Haura.
Haura mengelap peluh pada dahinya. Dia membetulkan kedudukannya. Entah mengapa perutnya berasa sakit. "Sakit perutlah."
"Nak berak ke?" Soal Fateh lalu meneruskan pemanduannya untuk pulang ke rumah kediaman mereka.
Haura menggelengkan kepalanya. "Tak," balasnya sambil menahan kesakitan. Kini perutnya semakin sakit dan tidak mampu ditahannya lagi. "Sakitlah abang!" Balas Haura sambil mencengkam lengan Fateh.
"Janganlah cubit abang?"
"Sakit sangat ni?!"
"Sayang makan apa tadi?"
Haura menggelengkan kepalanya. Dia tidak tahu kesakitan yang dialaminya disebabakan makanan atau masalah lain. "Buatlah sesuatu!" Arahnya sambil memukul bahu Fateh apabila kesakitan semakin kuat dirasai.
"Sabar. Kita pergi hospital sekarang!" Balas Fateh lalu memecut keretanya ke arah Hospital.
"Lampu merah tu!"
Fateh terkejut. Dia segera menekan brek kereta namun tidak berjaya berhenti pada masa yang tepat.
Dum!!!
"Arghhh!!!" Jerit Haura.
"Sayang okey ke?" Soal Fateh cemas setelah melanggar sebuah kereta dihadapannya.
"Sayang sakitlah!"
"Sayang cedera ke?"
Haura memegang perutnya. "Perut sayang sakit sangat," adunya.
"Sekejap sayang.," ujar Fateh. Dia mula kalut. Tali pinggang keselamatan ditanggalkan lalu melangkah keluar menghampiri pemilik kereta yang dilanggarnya.
"Awak buta ke?" Marah Izzani.
"Maaf," kata Fateh lalu mengeluarkan kad namanya lalu diberikan pemilik kereta itu. Dia agak terkejut melihat wajah gadis dihadapannya.
"Maaf. Kereta saya rosak ni siapa nak tanggung?"
"Izzati?" Panggil Fateh. Nama yang pernah dibencinya disebut perlahan.
Izzani memandang Fateh dengan jelingan marah kerana telah merosakan keretanya. "Izzati tu kakak saya?"
"Owh," Fateh terkesima apabila melihat wajah gadis itu. Dia tidak pernah terfikir akan bertemu lagi dengan gadis yang telah mengkhianati cintanya. Dia mengucapkan rasa syukur kerana dihadapannya bukannlah Izzati.
"So macam mana ni?'
"Abang!!!" Jerit Haura dari dalam kereta.
Fateh terkejut. "Ambil kad saya. Dah siap baiki call aje. Wife saya nak bersalin," balasnya lalu masuk ke dalam kereta. Tanpa membuang masa Fateh segera meneruskan pemanduannya menuju ke hospital.
Part 3 Bab 50
HADIAH perkahwinan yang diberikan oleh Haura dilihat dengan senyuman. Della menggelengkan kepalanya. "Nakal betullah kau ni, Haura," bisiknya perlahan setelah melihat baju tidur yang diberikan oleh sahabatnya itu. Fikirannya mula mengingati perbualannya dengan Haura petang tadi.
"Kenapa kau tak bagi aku cakap tadi?" Soal Della lalu meneguk air oren.
"Fateh tak tahu lagi."
"Kenapa?"
"Aku nak surprise kan dia masa hari lahir dia nanti," balas Haura sambil memikirkan cara bagaimana ingin menyampaikan berita itu nanti.
"Okey. Tapi dia tak hairan ke dengan saiz perut kau tu?"
"Ada juga dia tanya beberapa kali. Tapi aku cakap normal aje."
"Dia percaya ke? Dia kan doktor? Takkanlah dia tak pernah tahu tentang pemeriksaan kehamilan kau?"
Haura menggelengkan kepalanya. "Dia terlalu busy. Aku pergi sorang aje setiap kali check up."
"Aku tahulah dia doktor. Tapi takkan sekali pun tak boleh temankan isteri buat pemeriksaan kandungan?" Ujar Della agar marah dengan sikap Fateh.
"Aku dah terbiasa. Masa raya hari tu aku dah cuba nak beritahu. Tapi..."
"Tak cakapkan?"
Haura geleng. "Masa tak sesuai kot?"
"Dia akan jadi ayah tak lama lagi. Dia sepatutnya dah boleh set kan jadual untuk teman kau. Takkan bila baby dah lahir nanti kau urus sorang-sorang?"
"InsyaAllah kami akan urus bersama. Kau doakan yang terbaik untuk aku, okey."
Tangan Haura dipegang. "Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat aku," balas Della.
"Apa yang dibualkan tu?" Sapa Reza di hadapan pintu bilik.
"Hal gegirls lah," balas Haura sambil tersenyum.
"Cik abang awak ajak balik dah tu," ujar Reza.
"Memang nak balik dah ni. Takkanlah nak mengacau pengantin baru nak beradu," usik Haura sambil mencuit pipi Della.
"Haura," Della segan apabila diusik begitu.
"Reza jaga elok-elok tau best friends saya ni!" Pesan Haura lalu mencapai beg tangannya diatas meja.
"InsyaAllah," balas Reza.
"ASSALAMUALAIKUM," bisik Reza perlahan apabila melihat Della jauh mengelamun.
"Abang," balas Della terkejut dengan kehadiran Reza dibelakangnya. "Waalaikumussalam," jawabnya sambil tersenyum. Dia meletakan hadiah yang diberikan oleh Haura ditepi katil.
"Kenapa tak pakai?"
"Huh?"
"Tu. Baju yang Haura bagi?" Soal Reza sambil tersenyum nakal.
Wajah Della mula kemerahan. Pinggang Reza dicubit. "Gatal."
"Sakitlah. Ganas isteri abang ni," balas Reza lalu memeluk tubuh Della dari belakang.
Della terkejut. Dia bagaikan terkena renjatan elektrik apabila Reza memeluknya tubuhnya. Debaran didada mula terasa. Dia menarik nafas perlahan-lahan cuba mengawal perasaan gemuruhnya. Malam pun berlalu dengan membawa rahsianya yang tersendiri.