Home Alternatif Alternatif Menganggur Bukan Alasan Untuk Tidak Berwang
Menganggur Bukan Alasan Untuk Tidak Berwang
Atie Atiya
28/6/2015 11:15:14
8,423
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Senarai Bab
-2-
    

                                                                  { Pepatah Melayu }

                                              “Cermat masa banyak, jimat masa sedikit”

                 Maksudnya: Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.




Strategi sebelum anda bergelar penganggur

Disini akan dikongsikan sedikit tip yang boleh digunakan semasa anda masih bergelar mahasiswa/mahasiswi. Melangkah ke alam universiti menjadi impian setiap orang. Siapa yang tidak mahu masuk ke universiti bukan? Sudah tentu siapa yang diberi peluang mahu melangkah masuk untuk terus menimba ilmu.

Ingin diingatkan disini, dalam keseronokan dan keterujaan anda ketika baru diterima masuk ke universiti, anda perlu sedar setelah anda tamat daripada belajar anda akan diselubungi dengan hutang-hutang yang tidak letih menuntut agar anda membayar hutang yang anda pinjam. Jika anda mendapat biasiswa anda tidak perlu risaukan tentang hal ini. Bersyukurlah kerana anda akan tenang daripada memikirkan masalah ini.

Semasa anda baru melangkah masuk pada semester pertama, cuba anda renungkan dan teliti subjek-subjek yang bakal anda pelajari. Setelah diteliti, azamkan dalam hati bahawa anda akan melakukan yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Pada kebiasaannya, pada semester pertama ini kita akan sibuk dengan surat permohonan pinjaman pelajaran. AMBIL PERHATIAN. Anda harus teliti setiap syarat yang dikemukan. Ada sesetengah pinjaman pelajaran yang akan menukarkan pinjaman kepada biasiswa setelah si peminjam mendapat gred pointer yang layak untuk menerima keistimewaan itu. INI ADALAH SATU BONUS! Anda hanya perlu berusaha untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Mudah bukan?

“Mudah? Mana mudah nak capai pointer yang bagus!.. Sesetengah orang sahaja yang boleh capai target tu..”

Tengok tu? Awal-awal lagi sudah mengalah.. Jika anda telah meletakkan target sebegitu, sampai bila pun anda tidak akan maju. Mengapa tidak jadikan anda tergolong daripada golongan sesetengah itu? Anda harus yakin dengan diri anda. Cuba sebaik yang mungkin dengan usaha yang berpanjangan. Insya-Allah, setiap usaha yang dilakukan pasti ada ganjarannya.

Kesudahannya nanti, anda juga yang untung. Hutang yang dipinjam langsai begitu sahaja. Cuba bayangkan. Anda meminjam sebanyak RM 70,000. Sampai satu masa, surat bayaran hutang telah menyatakan pinjaman anda telah ditukarkan kepada biasiswa. Apa perasaan anda? Gembirakan? Cuba anda rasa manisnya perasaan ini. Alangkah bahagianya.. Orang lain yang telah bekerja, sibuk membayar hutang. Anda yang masih menganggur, tidak lagi dibelenggu dengan surat hutang yang kunjung tiba.

Tadi, anda bayangkan.. Tapi, sebenarnya anda masih di semester satu. Apa yang perlu anda buat?

Pertama, anda harus belajar dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.

“Belajar bersungguh-sungguh? Ah,malasnya.. Penatlah..”

Memang penat, tapi anda cuba bayangkan kembali pinjaman anda bertukar menjadi biasiswa. Rasai manisnya saat itu. Diri anda telah mendapat penganugerahan sebegitu rupa. Segala penat lelah anda ketika menuntut ilmu dihadiahi keistimewaan yang diimpikan oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa. Orang lain tidak dapat, tapi anda dapat. Bahagia rasa hati hanya anda yang tahu.

Bayangkan di dalam minda anda. Minda anda pasti akan memberikan satu aura positif bagi membolehkan anda kembali bersemangat untuk belajar. Imiginasi anda mampu mengubah diri anda. Jangan tulis pada kertas apa yang anda inginkan kerana ia hanya memberikan kesan pada masa yang pendek. Ciptalah imiginasi dalam minda anda kerana minda anda sangat berkuasa untuk mempengaruhi segala tindak tanduk anda. Sesekali berfantasilah.

Kedua, jangan boros.

Peristiwa 1

“Cantiknya baju ni.. Nak belilah,” kata hati sambil kaki terus melangkah ke mesin

ATM.

Tanpa berfikir panjang, RM 100 dikeluarkan daripada mesin simpanan

Peristiwa 2

“Kawan-kawan aku semua ada gitar.. Aku tak ada.. Ini tak boleh jadi ni..”Mula

berkira-kira untuk memiliki alat muzik idaman.

Peristiwa 3

Din: “Fiq, hujung minggu ni kami nak bercuti ke Pulau Kapas.. Kau nak ikut?”

Fiq: “Pulau Kapas? Woww, seronoknya..”

Din: “Bolehlah kita tenangkan fikiran kita dekat sana.. Setiap hari duduk menghadap

buku sahaja.. Bosan juga..”

Fiq: “Aku nak ikutlah..”

Tanpa berfikir panjang, Fiq terus bersetuju untuk mengikut kawannya bercuti di Pulau Kapas tanpa berfikir status kewangan yang dia ada. Kalau ingin mencari ketenangan, cukuplah sekadar pergi ke tempat percuma seperti pantai-pantai awam, air terjun dan sebagainya. Cara yang lebih mudah, bacalah Al-quran.

Nampak tak di situ? Duit yang dikhaskan untuk pelajaran digunakan untuk membeli perkara-perkara yang tidak sepatutnya dengan menggunakan wang pelajaran. Anda tidak patut melakukan ini. Tabiat ini bakal menjerat anda suatu hari nanti.

Apa yang perlu anda buat adalah anda wajib menyimpan baki pinjaman pelajaran yang masih berbaki untuk satu-satu semester. Jangan gunakan ia untuk kepentingan peribadi melainkan ia untuk pembelajaran dan belanja makan minum anda. Anda harus BERDISIPLIN. Jika hanya ada baki RM100, maka simpanlah walaupun sebanyak itu. Jika anda ada enam semester, anda masih ada RM600 di dalam simpanan setelah tamat pengajian.

Mari kita berfikir pada situasi setelah anda tamat belajar. Setelah tamat belajar, anda mungkin masih belum mendapat pekerjaan. Inilah dinamakan era pengangguran buat diri anda. Selamat datang! Risau? Jangan risau.. Ini adalah era kebebasan dimana kamu tidak lagi terikat dengan komitmen terhadap pelajaran. Bukankah kebebasan ini yang anda mahukan sejak dibangku sekolah? Waktu kebebasan inilah anda mampu menunjukkan kreativiti yang ada pada diri anda.

Anda tidak perlu risau pada era ini kerana bukankah anda masih ada baki pinjaman? Apa anda nak buat dengan baki yang ada dalam bank itu?

“Apa lagi.. Habiskanlah!! Macam-macam dapat beli tu.. Belajarkan dah habis..”

Jangan!Jangan habiskan! Tahan dulu keinginan kamu..

Previous: -1-
Next: -3-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.