Home Novel Cinta Secantik Lepidoptera
Secantik Lepidoptera
Atie Atiya
6/5/2016 13:07:56
3,533
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4
Daripada penulis Antara Mawar dan Kaktus (Portal Ilham Karangkraf)

Bab 4

“Assalamualaikum….” Tengku Iskandar memberi salam seusai tangannya menekan loceng rumah Tuan Hamidi.

“Waalaikumussalammm…”Kedengaran suara dari dalam rumah.

Pinta utama dibuka.

“Eh, Is… Alhamdulillah… Dah sampai pun…” Kedua-dua sahabat berjabat tangan dan berpelukan.

“Berdua sahaja ke?”tanya Tuan Hamidi sebaik sahaja hanya melihat kelibat Tengku Aisyah dan Tengku Iskandar di hadapannya.

“Bertiga… Muaz, ke stesen minyak sekejap…”

“Owhh…”

“Laa…. Kenapa berborak di luar tu… Masuklah,” tegur Cik Puan Hanim.

“Hanim… Kamu sihat?” Tengku Aisyah menerpa ke arah Cik Puan Hanim. Mereka bersalaman dan berpelukan.

“Alhamdulillah… Sihat... Kamu sihat ke Aisyah?” Cik Puan Hanim melihat wajah Tengku Aisyah.

“Alhamdulillah…”

Sejurus selepas itu mereka ketawa bersama.

Perlahan-lahan kaki mereka berempat menuju ke ruang tamu.

“Ke mana anak-anak kamu Hanim? Sunyi sahaja rumah?”tanya Tengku Iskandar.

“Laila, ada dekat dapur tu…”

“Rajin, Laila...” Tengku Aishah memuji.

“Alhamdulillah… Bolehlah diharap,”kata Cik Puan Hanim.

“Orangnya pun manis…”

Tuan Hamidi dan Cik Puan Hanim hanya tersenyum mendengar ada yang memuji buah hati mereka berdua.

“Duduklah dulu… Saya ke dapur, ambilkan air…”

Beberapa minit kemudian, Cik Puan Hanim kembali ke ruang tamu bersama air teh hijau bersama sedikit makanan ringan.

“Hanim, Luthfia ke mana? Tak ada nampak pun… Setiap kali saya datang mesti dia tidak ada di rumah.”

“Aaah… Dah lama saya tak nampak Luthfia. Rasanya dah dekat 10 tahun tak nampak dia,”sampuk Tengku Iskandar.

“Luthfia…” Tuan Hamidi dan Cik Puan Hanim saling berpandangan. Wajah yang ceria sebentar tadi, bertukar suram.

“Kenapa dengan Luthfia?”tanya Tengku Aishah sebaik sahaja melihat riak wajah sahabat yang sudah bertukar muram.

“Saya tak tahu apa nak jadi dengan Luthfia. Berbeza benar dia dengan Laila.”

“Maksud kamu?”tanya Tengku Iskandar.

Tuan Hamidi memandang Cik Puan Hanim.

“Luthfia… Dia ni degil, keras kepala, panas baran. Solat pun susah… Pergi parti sana-sini… Dah puas kami nasihatkan dia. Tapi, langsung tidak diendahkannya.”

“Astaghfirullah al-Azim… Kenapa boleh jadi macam tu Hamidi?”

Tuan Hamidi tidak berkata apa. Dia diam membisu sambil menunjukkan riak wajah sedih.

“Kau mesti tolong aku, Iskandar… Mungkin ketika dia kecil,aku terlalu manjakan dia. Sejak dia mengambil kursus fesyen, pakaian dia semakin tak cukup kain! Terlalu mengikut fesyen barat.”

“Kau nak aku tolong macam mana?”

“Ikutlah macam mana pun. Asalkan anak aku dapat berubah. Kembali ke pangkal jalan.”

“Aku pun tak pandai nak didik anak perempuan ni… Maklumlah, aku ni tak ada anak perempuan. Tak ada rezeki…”

Tengku Aisyah memegang tangan Tengku Iskandar. Menzahirkan hasrat mereka yang tidak kesampaian.

“Mungkin Muaz boleh tolong!”Tengku Aishah memberikan idea.

“Muaz?” Tuan Hamidi menaikkan keningnya. Terbayang dimata Tuan Hamidi akan penampilan anak teruna Tengku Iskandar yang segak bergaya.

“Ya, Muaz… Betul tu, Aishah. Muaz boleh tolong,”sokong Tengku Iskandar.

Cik Puan Hanim dan Tuan Hamidi masih berteka-teki. Mana mungkin anak muda yang berpenampilan moden itu boleh membantu Luthfia?

“Hamidi, aku ada idea!”

“Idea apa?”

“Kita jodohkan Luthfia dan Muaz,”kata Tengku Iskandar bersungguh.

“Eh, tak boleh!! Aku tak setuju!”

“Kenapa pula… Anak aku tidak cukup baikkah?”tanya Tengku Iskandar.

“Bukan… Tak sepadan dengan anak kamu yang berpelajaran tinggi. Lagi pun, kamu berdua tidak pernah lihat Luthfia. Perangai dia tu, pasti menyakitkan hati…”

“Sebab itulah kita kena jodohkan Muaz dan Luthfia bersama. Nanti bolehlah Muaz ubahkan perangai Luthfia tu…”

“Nantilah aku fikirkan. Aku rasa rancangan ini pasti tidak menjadi. Luthfia ini, bukan boleh dipaksa-paksa,”kata Tuan Hamidi.

Laila terduduk dilantai sebaik sahaja mendengar perbualan di ruang tamu. Dadanya terasa begitu sesak. Seakan ada sesuatu yang menjerut. Air mata sudah mula berkolam.

“Kenapa Kak Fia yang mesti dapat lebih? Kenapa nak jodohkan Muaz dengan Kak Fia? Kenapa bukan aku?” Laila memeluk lututnya sambil menyandar di dinding. Air matanya sudah tidak dapat diseka lagi. Laju mengalir di pipinya yang putih bersih.

“Ya Allah… Aku sukakan Muaz, Ya Allah… Aku nak jadikan dia suami aku, Ya Allah… Aku berusaha menjadi lebih baik, agar aku sesuai bergandingan dengan dia. Tapi, kenapa Kak Fia, Ya Allah… Kenapa dia yang harus bersama dengan lelaki yang aku kasihi? Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya…” Laila menyeka air matanya yang semakin laju mengalir.

“Kalau kau setuju, aku akan aturkan perancangan untuk kamu,”kata Tengku Iskandar.

“Baiklah… Nanti aku fikirkan.”

***************************************************************

Solat Maghrib hari itu diimamkan oleh Muaz. Sungguh merdu alunan ayat-ayat suci yang dibacakan Muaz. Seluruh isi rumah Tuan Hamidi solat berjemaah bersama-sama kecuali Luthfia. Entah ke mana Luthfia pergi hari itu. Sengaja dia tidak pulang awal sejurus diberitahu rumah mereka akan dikunjungi tetamu melalui telefon.

Kini, Tuan Hamidi mengerti kenapa Tengku Iskandar beria memberitahu bahawa anaknya Muaz mampu membantu Luthfia kembali ke pangkal jalan. Tuan Hamidi memanjatkan rasa syukur di atas petunjuk yang dikurniakan.

Tak sangka, anak muda yang berkerjaya bagus ini mempunyai pegangan agama yang bagus. Penampilan hari-hari biasanya tidaklah menunjukkan bahawa Muaz seorang yang warak. Namun, apabila dia mengadap Allah, sungguh tertib dan menusuk jiwa. Alunan bacaan Al-quran yang dibacanya dirasakan mampu menembus tangkai hati agar meruntuhkan tembok membangga diri yang ada di dalam jiwa.

Laila dibelakang menyeka air matanya. Dirasakan sayang untuk melepaskan lelaki ini kepada Luthfia.

“Ya Allah… Maafkan aku… Jodohkanlah aku dengan Muaz, Ya Allah…” Laila memanjatkan doa didalam hati yang terdalam.

Seusai bacaan doa dibacakan, mereka bersalaman mengikut adat-adat yang digariskan Islam.

Tengku Aishah mencium dahi Laila. Hatinya begitu sayang akan Laila. Maklumlah, dia tidak mempunyai anak perempuan. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia jadikan Laila sebagai menantunya. Namun, apakan daya mengikut cerita Tengku Iskandar, Muaz hanya menganggap Laila sebagai anak muridnya.

Malam itu, mereka menjamu selera dengan pelbagai lauk-pauk. Ada sahaja cerita yang diutarakan mereka. Riuh meja makan dengan celoteh mereka. Mak Senah, Kak Sue dan Kak Sya sibuk melayani tetamu majikan mereka. Sekejap ke dapur, sekejap ke ruang makan. Ada sahaja kerja yang dilakukan.

“Kak Senah, dah-dahlah tu buat kerja… Makanlah sekali dengan kami ni,”pelawa Cik Puan Hanim.

“Eh, tak apalah Cik Puan. Segan kami nak makan bersama…”

“Apa nak segan pula… Penat-penat masak, marilah makan,” kata Tuan Hamidi.

“Jom-jom… Banyak lagi lauk ni… Siapa nak habiskan semua ni,” Tengku Iskandar menyampuk.

Pelahan-lahan ketiga-tiga orang gaji Tuan Hamidi menarik kerusi untuk duduk bersama. Kak Sue dan Kak Sya sudah tersipu-sipu malu memandang Muaz.

“Ya Allah… Kacaknya bila dia senyum!” bagai nak pecah jantung Kak Sue dan Kak Sya menahan getar di hati.

Kagum Tengku Iskandar dengan perwatakan sahabat karibnya ini. Tidak habis-habis merendah diri dan menghormati orang bawahan. Tapi, kenapa Luthfia tidak mengikut perangai Tuan Hamidi? Perkara ini, menghairankan Tengku Iskandar. Berbeza benar perangai Laila dengan Luthfia. Kalau diikutkan cerita Tuan Hamidi, perangai Luthfia ini memang parah.

“Kak Sueeee!!!!!” tiba-tiba ada suara lantang memanggil. Habis terpelanting sudu yang dipegang Kak Sue yang sejak dari tadi menggeletar menahan debar di hati.

“Ya, Cik Muda!!!” sepantas kilat Kak Sue bangun dari duduk di kerusi. Meja makan yang tadinya riuh bertukar sunyi sepi. Kak Sue segera menapak ke arah Luthfia.

“Kak Sue!!! Kenapa lepaskan kucing tu diluar???!! Kalau kena langgar macam mana?!” Lurus tangan Luthfia menunjuk.

“Tadi Laila… Err…” Kak Sue serba salah untuk memberitahu bahawa Laila yang telah melepaskan kucing tersebut di luar rumah.

“Laila apa?? Laila yang lepaskan? Mana Laila?!” Tas tangannya dilemparkan ke sofa.Luthfia mula bercekak pinggang.

“Laila makan Cik Muda…”

“Lailaa!!!” Laju kaki Luthfia melangkah ke ruang makan.

Semua mata yang ada di ruang meja makan tertumpu pada Laila.

“Ya, Kak Fia…” jawab Laila perlahan sambil matanya takut-takut memandang tetamu yang ada.

Langkah Luthfia mati di situ sebaik sahaja melihat ada tamu di ruang meja makan. Dadanya turun naik memandang Laila yang masih kaku di kerusi meja makan. Matanya merenung tajam ke arah Laila.

Perlahan-lahan Tengku Muadzam Majduddin berpaling ke arah Luthfia. Penampilan gadis itu tidak ubah seperti gadis yang pernah dilihatnya di bahu jalan beberapa hari lepas.

“Ya, memang dia!” Muaz yakin.

Setelah sedar ramai mata yang memandang dirinya, Luthfia mula berlalu dari situ lalu berlari naik ke atas.

“Arhhh!! Kenapa aku tak perasan ada kereta orang lain dekat luar tu? Kenapa aku tak ingat aku ada tetamu hari ni?! Siapa mereka tu?” Luthfia menekup mukanya dengan bantal. Tidak dapat pula otaknya menyimpan imej rauk wajah tetamu yang dilihatnya sebentar tadi. Menyesal tidak sudah dengan kelakuan gelojohnya tadi.

*****************************************************

Seusai makan malam dan Solat Isyak, mereka ke beranda rumah untuk makan buah-buahan.

“Iskandar, aku setuju dengan cadangan kamu tadi…” Kelihatan Tuan Hamidi sudah tidak dapat menahan sebak di dada.

“Betul ni?” Tengku Iskandar juga terkejut dengan kehadiran Luthfia sebentar tadi. Patutlah Tuan Hamidi terpaksa meminta pertolongannya.

“Muaz… Papa nak minta tolong pada kamu boleh?”

Tengku Aishah menyentuh lembut tangan Muaz. Memberi sedikit kekuatan untuk anak terunanya mendengar apa yang ingin diluahkan suaminya.

“Apa dia, pa…” Muaz mengangkat kedua belah keningnya.

“Papa nak, kamu kahwini Luthfia.” Perlahan-lahan Tengku Iskandar menuturkan bicara.

Bagaikan sebuah halilintar memanah ke gegendang telinga Laila saat ini. Hatinya seakan ditusuk dengan racun yang berbisa. Pedih tidak terkata. Tangannya hebat menggeletar. Laila memaut kemas kerusi yang didudukinya.

Muaz, seakan memikirkan sesuatu.

“Muaz, tolong anak pak cik Muaz… Pak Cik tidak mahu dia terus berperangai buruk sebegitu…”

“Boleh pak cik… Tapi, dengan beberapa syarat.”

“Syarat? Apa dia Muaz? Perkatakan sahaja… Pak Cik akan ikut.”

“Kenapa Muaz setuju dengan cadangan ini? Kenalkah Muaz dengan Kak Fia?” Laila berteka-teki sambil mendengar perancangan yang bakal dibuat. Hampir 20 minit Laila menjadi pendengar setia. Semakin banyak yang didengarinya, semakin rabak hatinya terluka.

“Maafkan, Laila… Laila naik ke atas dulu… Laila lupa ada tugasan kuliah yang perlu dibuat.”

Laila bersalaman dengan Tengku Aishah.

“Laila ok tak ni?” tanya Tengku Aishah sebaik sahaja memegang tangan Laila yang dirasakan sejuk dan menggeletar.

“Ok… Laila sejuk dekat luar ni…” Laila menarik lengan baju menutupi jari jemarinya.

Muaz memandang Laila. Saat ini, mata mereka bertembung. Entah kenapa, laju sahaja mutiara jernih jatuh dari birai mata Laila. Laila memalingkan muka dari terus memandang Muaz.

“Kenapa dengan Laila?”fikir Muaz.

“Laila masuk dulu…” Laila mengatur langkah meninggalkan beranda rumah. Esakannya cuba disembunyikan dengan menutup mulutnya dengan lengan baju panjangnya.

“Ya Allah… kuatkan hati aku. Kuatkan hati aku, Ya Allah,”rintih Laila sementara lif laju bergerak meninggalkan tingkat bawah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.