Home Novel Cinta Cinta First Class
Cinta First Class
Atie Atiya
5/11/2016 21:02:28
17,987
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 18

Daripada penulis Antara Mawar dan Kaktus (Portal Ilham Karangkraf)

Bab 18

“Muaz, macam mana keadaan anak pak cik?” tanya Tuan Hamidi sebaik sahaja turun dari helikopter.

“Luthfia tak ada dekat sini, pak cik. Luthfia ada di hospital!”kata Muaz sedikit kuat melawan bunyi helikopter yang baru sahaja naik untuk terbang.

Mereka bertiga mula meredah padang rumput yang ditumbuhi belukar nipis.

“Anak mak cik di hospital? Kenapa?”tanya Puan Hanim.

“Luthfia terkena demam denggi mak cik.” Muaz menebas ranting pokok yang menghalang laluan mereka.

“Denggi? Teruk tak Muaz?”

“Alhamdulillah... Keadaan Luthfia semakin baik. Cuma dia masih perlu berada di hospital sehinggalah keputusan analisa darah Luthfia menunjukkan keputusan normal.”

“Kalau macam tu, boleh bawa mak cik jumpa Luthfia, Muaz?”

“Saya rasa, ada baiknya kalau mak cik dan pak cik tidak ke sana. Bukannya apa, perjalanannya sangatlah jauh dan kita perlu meredah hutan sebelum sampai ke jalan utama.”

“Habis tu, macam mana Luthfia ke hospital?”

“Saya dan penduduk kampung mengusung Luthfia dengan pengusung buluh beramai-ramai.”

“Terima kasihlah Muaz kerana bantu anak mak cik tu.”

“Sama-sama. Sudah amanah saya mak cik.” Muaz tersenyum memandang Puan Hanim.

“Jauh lagi ke rumah kamu Muaz?”

“Tak jauh dah ni. Tu... rumah saya.” Muaz menunjukkan rumah tidak jauh dari tempat mereka berjalan.

“Wah, cantiknya rumah ni!” Tuan Hamidi terpegun.

“Rumah pusaka, pak cik.” Muaz tersenyum.

“Luthfia tinggal berapa orang di sini?”tanya Tuan Hamidi sebaik sahaja mereka sampai di tangga rumah.

“Luthfia tinggal seorang sahaja. Kadang-kadang, ada juga Mak Som temankan Luthfia bermalam.”

“Siapa Mak Som tu?”

“Penjaga dan pembantu rumah ni.”’

“Habis tu, kamu tinggal di mana Muaz?”

“Tu...”Muaz menunjukkan sebuah rumah kecil. Muaz tersenyum.

“Rumah ni, bukan main besar. Muaz tinggal di sana?”

“Tak manis mak cik, kalau saya tinggal sebumbung dengan Luthfia.”

“Sepatutnya, Luthfialah yang tinggal di rumah kecil tu dan kamu tinggal di rumah besar ni. Rumah inikan, rumah kamu.”

“Tak apalah, pak cik. Saya okay aje. Lagipun, kalau saya tinggal di rumah besar ni, tidak menjadilah lakonan saya.”

“Lakonan apa Muaz.”

“Oh ya... sebelum saya terlupa, orang-orang di sini panggil saya Din. Mereka tak tahu status saya kecuali Mak Som. Saya bekerja sebagai penjaga rumah, petani dan juga guru Al-quran di sini. Saya mahu Luthfia jatuh hati kepada saya kerana keikhlasan saya dan bukannya kerana harta saya.”

“Jadi, Luthfia pun masih tidak tahu siapa pemilik rumah ini?”Tuan Hamidi bertanya.

“Tak.” Muaz tersenyum.

“Bagus,Muaz. Bagus. Luthfia tu, materialistik. Kamu bantulah dia berubah ke arah kebaikan kerana cakap mama dan papanya dia sudah tidak mahu dengar,”kata Puan Hanim.

“Nanti, pak cik dan mak cik mesti panggil saya Din ya. Jangan panggil Muaz.”

“Baiklah.” Tuan Hamidi dan Puan Hanim tersenyum sambil meneliti wajah Muaz yang berjambang. Berbeza benar Muaz dengan Muaz yang hidup di bandar.

“Jemputlah naik. Lama pula kita bersembang dekat luar,” kata Muaz.

“Jom... mak cik pun rasanya nak ke tandas ni.”

“Boleh-boleh. Nanti saya tunjukkan.”Muaz membuka pintu rumah.

Mereka mula melangkah masuk. Terpegun seketika Puan Hanim melihat perabot antik yang ada.

“Ini bilik mak cik dan pak cik ya.” Muaz membuka pintu bilik.

“Terima kasih, Muaz.”

“Sama-sama.” Muaz tersenyum senang.

LAILAmenguis-nguis kakinya di birai kolam renang. Riak air kolam mula beralun.

“Sampai hati, mama dan papa tak mahu bawa aku sekali. Betul ke, mama dan papa mahu kahwinkan Kak Fia. Tapi, kenapa tak ajak aku?” Laila sangsi.

“Tak apalah, Laila. Kalau jodoh, tak ke mana. Kalau dah memang jodoh Kak Fia memang dengan Muaz, kau memang tak boleh halang, Laila.” Laila cuba berfikiran positif. Jika dia berkeras mahukan Muaz, tetapi Muaz telah pun bersetuju mahu berkahwin dengan kakaknya tidak ada gunanya untuk dia terus berharap dan meratapi kesedihan hati.

Ya, memang dia suka dan cintakan Muaz. Hati ini terasa begitu hebat merintih. Apatah lagi saingannya adalah kakak kandungnya sendiri. Pilu, perit, pedih itulah rasa hatinya. Seakan hilang satu semangat yang membara suatu ketika dahulu. Terasa lemah. Jiwa kosong. Wajah pula sudah seakan tidak mengenal erti senyum. Tiada seri. Tidak bermaya.

Laila duduk di birai kolam. Kakinya direndam di dalam air kolam. Air mata pula terus mengalir di pipi. Terbayang-bayang wajah Muaz, layanan ikhlas Muaz terhadap dirinya semuanya bagaikan baru semalam berlaku.

“Muaz, Laila sukakan Muaz tau... Suka sangat tengok cara Muaz.”

“Ya ke ni suka?”

“Betul...”

“Muaz pun sukakan Laila. Laila baik, patuh pada ajaran agama, lemah-lembut dan pandai hormat orang tua. Jom kita kahwin!”

“Hahaha... mana boleh Muaz. Tunggu Laila habis belajar dulu ya.”

“Hurmm... sampai tualah kalau nak tunggu Laila habis belajar.” Muaz tersenyum.

“Ni haaa... Laila nak minta Muaz ajarkan cara kira modal dan keuntungan ni. Ke situ pula Muaz ni.” Laila menunjukkan tugasan yang diberikan pensyarahnya.

“Jadi, tak naklah kahwin dengan Muaz ni?”

“Tak nak... kan Muaz sendiri yang cakap, Muaz hanya anggap Laila ni macam adik sendiri? Lupalah tu!” Laila ketawa kecil. Namun, jauh di hati Laila, dia mahukan Muaz sebagai suaminya. Tapi, Laila belum bersedia untuk ke arah itu. Masih banyak perkara yang perlu dicapainya.

“YA ALLAH.... pedihnyaaa rasa hatiku saat ini. Sakittt YA ALLAH... Sakittt....” Laila meraung hiba di tepi kolam teringat memori bersama Muaz.

“Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah.Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah dukacita, susah dan masalah kami. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.” Luthfia menekupkan tangan ke dada. Perit rasanya. Perit sungguh. Hanya air mata sahaja yang mampu menggambarkan perasaanya saat ini.

“I always bring you in my mind and heart, Muaz.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.