Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAKITNYA HATI
Bab 2: Stok Baru

“Suzry, kau tak bosankah dengar taklimat dari pegawai old stock tu? Membebel entah apa-apa. Tak adakah new stock supaya mata dan telinga aku segar sikit mendengar segala butir bicara yang keluar dari mulut mereka.” Qisha Mirza menghempas badannya di atas katil hotel yang cukup empuk itu.

“Apa semua pegawai pendidikan di sini semuanya jenis stok lama ya? Bosannya ya Allah .... meranalah badan aku berhadapan dengan mereka selama tiga hari ni.” Sambung Qisha Mirza lagi.

“Aih, ada lagi sambungannya tu? Qisha ... Qisha .... mulalah nak tayang miang dia tu. Asal pergi kursus saja, pasti stok baru yang diusyar dulu. Macam dah jadi satu kemestian yang wajib pula. Kau tak ada benda lainkah yang nak fikir?” Nursuzry menyimpan baju-bajunya di dalam almari yang dikongsi bersama Qisha Mirza.

“Suka hati akulah nak tayang miangkah atau nak lilit miang. Kau tak apalah dah bersuami dan dah ada anak pun. Aku ni ... kenapalah susah sangat nak bertemu dengan peminjam tulang rusuk aku ni. Asal jumpa saja tak serasi. Bosan!!!” Qisha Mirza menjerit melepaskan segala yang terbuku di dalam hatinya.

“Wei, slow sikit volume suara kau tu. Naik kematu telinga aku dengar kau menjerit macam tu. Cepat mandi dan solat. Lepas ni kita lepak di tepi pantai nak?” Nursuzry menawarkan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan mereka berdua. Esok pasti sudah tidak ada masa lagi untuk melepak kerana menjelangnya esok, aktiviti mereka padat dari pagi sehinggalah ke malam. Jadi, waktu-waktu senggang beginilah yang harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kan ...

Bagaikan lipas kudung Qisha Mirza bangun dan terus berlari menuju ke tandas. Pantang sungguh dengar laut, pasti dia tidak mahu ketinggalan untuk melepakkan diri di situ. Faham benar Nursuzry dengan perangai pelik sahabatnya itu. Macam-macam pelik yang ada pada Qisha Mirza. Namun, itulah sahabat sejatinya di masa susah mahupun senang.

“Weh, jomlah kita main air. Boringlah kalau jalan-jalan atas pasir saja.” Qisha Mirza mengajak Nursuzry untuk bermain di gigi air.

“Sejuklah malam-malam main air.” Nursuzry cuba mengelak.

“Alah, kau ni macam puteri air pulak yang pantang kena air. Kalau tak main air, buat apa kau ajak aku ke sini.” Qisha Mirza menayang rajuknya.

Nursuzry tersengih manja. “Ala ... la .. merajuk pula kawan aku sorang ni. Ermm ... aku boleh temankan kau main air tapi dengan bersyarat.” Nursuzry mengangkat-angkat keningnya.

Pelik Qisha Mirza memandang Nursuzry pada waktu itu. Nak bersyarat pula ... entah apa-apa kawan aku ni. Main air pun nak bersyarat. Qisha Mirza menunak matanya ke arah Nursuzry. “Apa pasal pula harus bersyarat? Selama ni tak ada bersyarat pun?” Masih mengharap jawapan daripada Nursuzry.

Nursuzry mengembangkan sengihan yang terukir sejak dari tadi. Memang ada agenda yang berlegar di ruang fikirnya dan kini harus diluahkan. “Tapi malam ni memang wajib bersyarat.”

“Hmm ... apa syaratnya?” Malas lagi Qisha Mirza hendak bermain tarik tali. Karang tidak dapat pula bermain air malam ini.

“Stok mana kau usyar waktu makan tadi?” Nursuzry masih tersengih.

“Hah?” Alamak! Macam mana dia tahu aku dok usyar stok untuk dimuatkan dalam list aku. Haru betullah kawan aku ni ... Tahu-tahu saja apa yang aku lakukan. Qisha Mirza sememangnya terperanjat besar.

“Alah, kau jangan buat-buat terkejutlah dengan aku. Beritahu cepat stok mana kau usyar tadi? Biar aku jadi pentafsirnya.” Nursuzry bercekak pinggang pula kini di hadapan Qisha Mirza.

Huh! Persis mak tiri Cinderella. Memang haru! “Mana ada aku usyar stok. Aku usyar makananlah.” Qisha Mirza masih mahu mengelak. Dia tidak mahu Nursuzry mengetahui akan agendanya di dalam kursus kali ini.

“Jangan bohonglah. Aku dah masak sangat dengan perangai kau ni sejak kita dari bangku sekolah lagi. Cepat beritahu aku.” Nursuzry kini seakan memaksa pula.

“Tak nak. Uwekk!” Qisha Mirza masih berusaha untuk mengelak sambil menjelir lidah kepada Nursuzry.

“Bertuah punya kawan. Hei, jangan lari.” Nursuzry termengah-mengah mengejar Qisha Mirza yang sudah pun mencecahkan kakinya ke dalam air laut yang masin itu. Kata orang, kalau kita rendamkan kaki kita ke dalam pasir laut memang bagus untuk terapi kaki. Cubalah.

“Sejuklah air laut malam-malam macam ni kan. Jom cari siput nak?” Mulalah Qisha Mirza mengatur aktiviti mengarut lagi di luar alamnya. Ada saja idea yang terlintas di fikirannya.

“Cari siput apa malam-malam macam ni. Siput pun dah masuk tidur.” Balas Nursuzry.

“Ooo ... kau dah jadi jurubahasa siput-siput sedunia ya? Sebab tu kau tahu aktiviti siput-siput tu waktu malam.” Qisha Mirza mengenakan Nursuzry.

“Kau ni memang kawan yang bertuahkan... Nah, ambik ni.” Nursuzry menguak air sehingga terkena baju T Qisha Mirza. Habis lencun.

“Tak guna betul. Kau ingat dah terror sangatlah setakat buat cam tu. Nah, ambik giliran kau pula.” Qisha Mirza menendang air laut itu sekencang-kencang yang mungkin sehingga mangsa-mangsanya tidak mungkin akan dapat lari dari serangan gadis itu.

“O’oo” Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Nursuzry.

Manakala Qisha Mirza pula sudah terkaku lagi terkedu menghadap ke arah hadapan. Hendak tahu kenapa? Tentu kau orang pelik bukan? Ini disebabkan serangan kencang Qisha Mirza bukan sahaja terkena pada Nursuzry tetapi juga kepada seorang lagi jejaka yang bisa meluruhkan jantung wanita itu. Nah, bagaimana tidak menjadi patung Qisha Mirza di situ.

“Maafkan kami encik. Kami tak sengaja. Kami tengah bergurau tadi.” Cepat-cepat Nursuzry memohon maaf kepada lelaki itu. Manakala Qisha Mirza masih sebagaimana tadi. Kaku. Statik. Huh!

Jejaka itu mengembang senyuman di atas bibir. Manis. Nursuzry juga ala-ala tergoda, apatah lagi Qisha Mirza yang ternyata masih solo. Bertambah tergodanya. Jantung Qisha Miza di kala itu berdebar kencang. Teramat kencang bagaikan gendang dipalu-palu pula.

“Tak apa. Saya dah biasa. Siapa suruh datang senyap-senyap, kan? Memang patut pun kena.” Balas lelaki itu dengan senyuman yang tidak luntur.

Aduh! Lelaki inilah yang aku cari sedari tadi. Tup-tup muncul kat sini, haru betul. Oh, jantung berhentilah dari berdebar kencang, karang Suzry perasan pula. Tak fasal-fasal serangan soalan akan ditujukan pada aku. Qisha Mirza berdoa di dalam hati. Manakala paluan gegendang pula seakan tidak mahu surut dari terus berpalu. Memang binasalah.

“Kawan saya memang gemar main air. Hobi katanya.” Nursuzry dengan bermurah hati memberitahu sang jejaka akan perihal Qisha Mirza.

Binawe punya member, yang kau pergi dedah perihal aku tu buat apa. Nanti kau! Lidah Qisha Mirza semakin kelu untuk mengeluarkan sebarang bicara.

“Saya pun. Kebetulan samalah pula ya. Tak apalah, saya naik bilik dulu. Esok kalau ada rezeki jumpa di dalam kursus.” Jejaka itu meminta diri untuk pulang. Nursuzry hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Wah, ada canlah kau nak mengorat.” Nursuzry mengangkat-angkat kening nakalnya.

“Tak ada maknanya.” Tepis Qisha Mirza.

“Kau terkaku tadi kenapa? Dah jatuh hati ya?” Nursuzry masih ingin mengusik.

Blahlah kau. Ingat aku seorang yang mudah jatuh cinta?” masih mengelak.

“Tak payah belah dada aku, belah saja dada sang teruna tu, mana tau masih ada kekosongan, kan dah jumpa peminjam tulang rusuk kau.” Nursuzry semakin galak mengusik.

“Ceh! Ingat aku terdesak sangat? Dah ... dah ... jangan nak mengarut lebih-lebih. Jom masuk bilik.” Qisha Mirza pantas melangkah meninggalkan lautan yang tenang tu.

“Hmm ...” Nursuzry masih lagi tidak puas untuk mengusik Qisha Mirza.

“Apanya?” Merah wajah Qisha Mirza apabila diusik begitu, seakan Nursuzry boleh tahu pula apa yang tersirat di dalam hatinya.

“Entah-entah kau panjangkan leher kat dalam dewan siang tadi, cari dia tak?” Senyuman Nursuzry sudah mula tersungging.

“Apa yang kau merepek ni? Jangan buat lawak spekulasi boleh? Dahlah, malas nak layan kau.” Qisha Mirza terus menyalin bajunya di dalam tandas sebaik sahaja mereka tiba di dalam bilik hotel itu.

“Mengaku sajalah.” Laung Nursuzry sambil ketawa nakal.

“Tak ada maknanya.” Qisha Mirza memekakkan telinganya. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, terus sahaja dia berselubung di dalam selimut. Sesaat kemudian terus terlena.

Nursuzry menggeleng kepala. Faham benar dengan sikap buruk sahabatnya ini. Kalau hendak tidur, di mana-mana sahaja dia boleh buat taik mata tanpa mengira tempat. Qisha ... Qisha ...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.