Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,547
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

14
Malam itu Sofia membantu nenek Irfan menyiang ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh suaminya. Tatkala nenek Irfan sibuk menyiang ikan, Sofia pula membantu membersihkan ikan-ikan itu. Tiba-tiba suaminya muncul di pintu dapur.

“Nek..oh nenek ku sayang..”

“Kenapa Irfan?”

“Tu ha..skandal nenek datang cari nenek..”

“Ish budak ni! Suka sangat merepek!”

“Betullah nek..Irfan dah kata dekat nenek..Tok Aki tu dah lama ngorat nenek..nenek tu ha yang jual mahal! Kasihan tau dia tunggu lama-lama..”

“Dah-dah..jangan merepek lagi..kenapa tak panggil dia masuk?”

“Hehehe..nenek malulah tu…Irfan dah ajak..dia yang taknak..dia kata nak ajak nenek pergi ke rumah Nek Piah..”

“Ni mesti pasal lembu untuk kenduri kamu..Aki ni pun, waktu nenek sibuk siang ikan nilah dia nak datang..”

“Alah..Sofia kan ada..nenek suruh je dia siangkan..apa susah?”

Sofia yang sedang khusyuk mencuci ikan di sinki terbeliak tatkala mendengar namanya disebut. Dari jauh dia menggelengkan kepalanya sebagai insyarat kepada suaminya. Irfan pula tersengih melihat gelagat isterinya itu.

“Eh…boleh ke Fia buat ni?”

“Ush..itu kan Iris Sofia nek..semuaaaaaa benda dia pandai buat tau!”

Mahu sahaja Sofia mencekik suaminya itu. Ish! Gilalah mamat ni! Aku mana reti siang ikan!

“Boleh ke Fia? Nenek nak keluar sekejap jumpa Tok Aki ni.”

“Hah? Err…boleh..boleh..nanti Fia buatkan…”

“Kalau macam tu nenek keluar kejap ya?”

Sofia mengangguk-nganguk kepalanya. Mampos! Mana pernah aku siang ikan! Selama ni pun Mak Pah yang buatkan. 

Sofia menjeling kearah suaminya yang menuju ke arah ruang tamu. Dilihatnya suaminya tersenyum sinis seakan-akan sengaja ingin mengenakannya. Tidak mahu mengalah dengan usikan suaminya itu, Sofia lantas bergegas kebilik mereka untuk mengambil sesuatu.

Irfan berbaring dihadapan televisyen. Sengaja dia mahu merehatkan diri setelah sibuk menjala sebentar tadi. Sudah lama dia tidak menjala ikan. Habis lenguh-lenguh badannya. Sedang khusyuk menonton televisyen, tiba-tiba dia terdengar suara isterinya menjerit didapur. Irfan lantas bergegas menuju kedapur.

“Kenapa awak? Kenapa menjerit?”

“Ikan tu! Ikan tu lari! Cepat tangkap!”

“Ikan lari? Apa yang awak merapu ni? Ikan berenang bolehlah..saya tak tahu pula ikan pandai berlari!”

“Betullah! ikan tu lari tadi! Dia lari dari baldi lepas tu terus masuk bawah meja makan tu!”

Sofia bersungguh-sungguh menunjukkan tangannya kebawa meja makan.

“Astaghfirullahalazim budak ni! Ikan tu bukan lari..dia memang jenis suka melompat keluar dari baldi! Awak ni pergi sekolah mana ni dulu? Bahasa Malaysia tu berterabur betul!”

“Ish! Janganlah membebel! Cepatlah tangkap..nanti terlepas pula!”

Irfan lantas menangkap ikan yang melompat dari dalam baldi itu lalu dicampaknya semula kedalam baldi tersebut.

“Eh..banyaknya lagi tak disiang? Punya lama awak dekat dapur, tak kan seekor pun tak tersiang. Awak ni reti siang ikan ke tak?”

Sofia cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya ketempat lain. Aiseh..kantoi!

“Ya Allah…tak tahu langsung ke ni?”

Sofia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.Malu sebenarnya dia hendak mengaku di hadapan suaminya itu. Pasti dia akan menjadi bahan ejekan si Irfan.

“Dalam youtube tak ajar pun cara-cara siang ikan…”

“Astaghfirullahalazim! Nak siang ikan pun belajar dari youtube?”

“Yela…selalunya dalam youtube tu macam-macam benda diorang ajar…”

“Awak ni kan….memang dah parah dah awak ni! Tak pernah saya dengar orang siang ikan belajar dari youtube!”

Sofia tertunduk malu tatkala ditegur oleh Irfan.

“So what? Selama ni saya beli ikan dekat supermarket tu dah siap siang pun..mana pernah saya siang sendiri!”

“Ish..ish..ish..saya tak faham betullah kenapa ummi nak sangat ambil awak jadi menantu? Dah la tak cantik…Belajar tak pandai, Masak tak pandai…social skill pun hancur! Dah..ketepi, biar saya ajar awak..tunggu awak belajar siang ikan dari youtube tu, berjanggutlah saya dengan nenek tunggu nak makan.”

Irfan lantas mengambil seekor ikan lalu menyiangnya dihadapan Sofia. Sofia pula begitu khusyuk melihat suaminya itu menyiang ikan.

“Awak buang sisik dia dulu lepas tu buat macam ni, lepas tu buat macam ni..haaa..kan siap dah..”

“Oooo macam tu ke…ikan yang ni pula?”

“Ikan ni? Yang ni lagi senang, buat macam ni, lepas tu macam ni..haa.. tak susah pun. Yang penting sisik buang, isi perut pun jangan lupa buang.”

“Gitu ek? Kalau yang ikan tu pula?”

“Sama je..meh saya tunjuk, tengok betul-betul tau?”

“Baik bos!”

Hampir setengah jam kemudian Irfan selesai menyiang semua ikan-ikan yang berjaya ditangkap olehnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Eh! Kenapa saya yang siang semua ikan-ikan ni? Bukan ke ini awak punya kerja?”

Irfan baru menyedari yang dia telah dipergunakan oleh isterinya tatkala melihat Sofia tersengih-sengih dihadapannya.

“Hehehe…saya tak suruh pun awak siangkan semua..saya suruh ajar je..tapi awak yang rajin siangkan semuanya..saya biarkan jelah hehehe…”

“Ish budak ni! Saya baru je mandi tadi..sekarang satu badan berbau ikan! Ish dah lah..saya nak mandi sekali lagi…cepat masak ikan tu..nanti nenek balik baru tahu!”

Sofia tersengih tatkala dimarahi suaminya itu. Lega dirinya, sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi menyiang ikan-ikan itu. Manalah dia tahu menyiang ikan..selama ini pun dia cuma membeli ikan yang telah siap disiang sahaja..

Sofia lantas memberi ruang untuk suaminya itu. Buat seketika dia betul-betul kagum dengan kebolehan suaminya itu. Mamat ni..kalau letak dalam hutan, mesti survive ni!
...

''Kenapa tak makan Fia? Nah, ikan sepat goreng ni banyak lagi. Makan lah, penat irfan tangkap untuk kamu!''

Nenek Irfan menghulurkan sepinggan ikan sepat goreng kepada Sofia.

''Eh, tak apalah nek, banyak dah Fia makan ni''

Sofia menolak baik perlawaan nenek sambil membetulkan kakinya. Dia tidak begitu selesa makan dalam keadaan bersimpuh, malah sambil memakai kain batik buat pertama kalinya. Irfan memerhatikan Sofia, dia tahu gadis itu tidak biasa mengenakan kain batik dirumah, namun disebabkan kain itu pemberian nenek, dia sanggup memakainya walaupun jelas kelihatan dia tidak selesa.

Tidak lama kemudian apabila nenek Irfan sudah masuk ke kamarnya untuk tidur, Sofia cepat- cepat masuk ke biliknya dan Irfan. Suaminya pula sedang leka menonton televisyen di ruang tamu. Perlahan-lahan dia menyelak baju yang dipakainya dan lantas cuba mencapai pin kerongsang yang dipinkan di kain batik bagi mengelakkan kain batik yang dipakainya tidak terlucut jatuh.

Sofia menahan pedih ketika cuba membuka pin itu, disebabkan pin itu agak besar, kulit badannya sedikit terluka akibat kesan daripada geseran pin tersebut. Namun pin kerongsangnya itu agak susah untuk dibuka. Malah semakin tersangkut di kain batik itu. Disebabkan tidak dapat menahan sakit, matanya mula berair.

Irfan yang baru selesai menonton televisyen hanya memerhatikan isterinya yang sedang cuba membuka pin itu. Apabila melihat kesan luka di tepi pinggang Sofia, lantas dia mendekati isterinya itu.

''Mari sini, saya tolong bukakan”

Sofia yang tidak perasan akan kehadiran Irfan cepat-cepat menurunkan bajunya yang sedikit terselak itu.

“Saya tak perasan pun awak dah masuk bilik.. .tak apa saya boleh buat sendiri.''

''Awak ni degillah, nanti makin teruk luka tu baru tahu! Biar saya tolong awak..''

"Tak perlu.. Saya boleh buat sendiri..

" Kalau awak boleh, tak adalah awak terkial-kial dari tadi. Sini, jangan degil!

Irfan lantas menarik tubuh Sofia rapat ke badannya. Sofia pula sedikit melawan kerana berasa malu. Tidak pernah ada lelaki yang menyentuh badannya selama ini. Melihat wajah isterinya itu bertukar menjadi merah padam, lantas dia menegur isterinya itu.

“Kenapa? Malu saya sentuh awak?”

''Haa…”

“Saya kan suami awak, tak berdosa pun kalau saya sentuh awak. Dah..biar saya tolong bukakan pin tu. Nanti makin teruk luka tu.''

Perlahan-lahan Sofia berhenti melawan. Dia membiarkan sahaja Irfan membantu menanggalkan pin itu.

''Dah teruk macam ni baru awak nak tanggalkan?''

Irfan memerhatikan kulit isterinya yang putih bersih mula bertukar kemerah-merahan. Melecet sedikit gara-gara geseran dengan pin kerongsang itu. Pasti sakit getus hatinya.

''Saya tak tahu pakai kain batik, tiap kali pakai, mesti terlucut. Sebab itu saya pinkan supaya tak jatuh.''

“Dah tahu tak reti pakai kain batik..kenapa tak pakai je seluar tidur awak?”

“Kain ni nenek yang bagi..tak kan saya tak pakai…”

Balas Sofia perlahan, dia tahu pasti Irfan akan mengetawakannya. Namun sangkaannya meleset apabila suaminya menurunkan nada suaranya.

''Saya tahu.. tunggu sekejap, biar saya sapukan ubat untuk awak, lepas ni rehat ok. Awak mesti dah penatkan?''

Sofia mengangguk sambil memerhatikan irfan mengambil sebotol ubat di atas meja solek dan menyapu ubat diatas lukanya itu. Tatkala ubat itu disapu oleh Irfan, dia menjerit kesakitan.

''Pedih sikit je, awak tahan ye, kalau tak letak ubat, nanti berparut pula. Cuba awak duduk, senang saya nak sapukan''

Sofia hanya menurut kata suaminya. diperhatikan wajah suaminya. Ini kali pertama dia melihat wajah Irfan secara dekat walaupun sudah berkahwin. Kulitnya agak cerah, raut wajahnya juga sentiasa tenang, dan yang paling Sofia suka, senyuman Irfan. Tiap kali Irfan tersenyum, Sofia perasan ramai gadis yang memandang. Senyuman Irfan tidak ubah seperti senyuman kanak kanak.

Walaupun umurnya sudah hampir 30 tahun, namun tiap kali dia tersenyum, dia kelihatan seperti seorang remaja lelaki.. Malah dia turut mengakui kata-kata teman sekolejnya. Baginya senyuman serta wajah dan bentuk tubuh Irfan hampir sama dengan pelakon terkenal Zul Ariffin. Tidak hairanlah ramai pelajar perempuan menyukai Irfan ketika dia mengajar dahulu. Ada sahaja artis lelaki yang mereka kaitkan dengan Irfan seperti Fahrin Ahmad dan lain-lain.

''Kenapa awak pandang saya macam tu?''

Sofia terkejut dengan kata kata Irfan, baru dia sedar anak mata Irfan dan anak matanya saling berpandangan lantas dia mengalihkan pandangannya kearah lain.

''Hah? mana ada. Saya tak pandang awak pun! Awak yang perasan…''

''Kalau macam tu tak apalah…Emm.. Malam ni saya tidur atas lantai, awak tidur atas katil.Kejap saya nak ambil toto dekat bilik sebelah.''

''Emmm...kalau awak nak tidur atas katil, tidurlah. Kalau tidur atas lantai, nanti sakit badan pula. Lagipun kalau nenek tahu awak ambil toto..mesti dia pelik nanti…”

Irfan terkejut mendengar kata kata Sofia.

''Boleh ke?''

Irfan agak ragu-ragu tatkala mendengar kata-kata isterinya itu.

''Tak kan selamanya saya nak biar suami saya tidur atas sofa dan lantai. Berdosa saya nanti.''

Irfan tersenyum apabila mendengar Sofia menggelar dirinya suami. Baru pertama kali dia mendengar kata-kata itu semenjak mereka bernikah.

"Sayang juga awak dekat saya ye?"

Irfan tersengih mengusik Sofia sambil menanggalkan baju melayu yang dipakainya itu lantas mencapai tshirt cotton yang digantung di almari.

Aduh! Zul Ariffin celup ni sengih lagi. Cair aku macam ni! Ni dah kenapa tayang body depan aku ni..Ya Allah kuatkan iman aku!!!

"Ha.. Muka tu dah kenapa tu?"
Sofia memegang wajahnya.
"Kenapa apa?"
"Merah padam muka awak tiba-tiba? Panas sangat ke?"

"Ha..owh...errr..panas la juga. Eh by the way... Minta maaf ye, pembetulan.. Jangan perasan tau.. Saya kesian dekat awak je, lagipun apa pula kata nenek nanti kalau dia tahu awak ambil toto. Dahla.. Terpulang dekat awak, saya nak tidur dulu!"

Cepat-cepat Sofia menarik selimut menutupi mukanya. Ya Allah!!! Malunya aku!!! Cepat-cepat dia membelakangkan Irfan.
....
Kedengaran bunyi ayam berkokok diluar rumah menandakan sudah subuh . Sofia memeluk erat bantal di tepinya. Selesanya.. Walaupun malam itu hujan turun dan cuaca terasa sejuk, tidurnya terasa begitu nyenyak. Berulang kali dia mendengar bunyi ayam berkokok, semakin kuat bunyi kokokan ayam di luar rumah itu, semakin kuat Sofia memeluk bantal nya.

"Ehem!!!"

Irfan berdehem.

"Ehem!!!! Puan Iris Sofia, bangun subuh!"

"Ala awak ni... Kejap je.. Kejap je..saya mengantuk ni"
"Nenek bangun datang ketuk pintu nanti.. Lagipun lenguh tangan saya dah ni! Bangun! "
"Apa la awak merapu  subuh-subuh ni.."

Perlahan lahan dalam keadaan mamai Sofia membuka matanya. Pemandangan pertama yang dia lihat adalah wajah suaminya tepat merenung  wajahnya. Digosoknya sekali lagi matanya.. Matanya pula terpandang bahagian dada suaminya yang tegap yang sedang dipeluk olehnya.

"Makkkkkk!!!"

Sofia menjerit serta menjauhkan diri dari Irfan. Barulah dia sedar bantal empuk serta panas yang dipeluknya sebentar tadi adalah tubuh badan milik suaminya itu.

" Dah dah.. Tak payah nak jerit bagai. Awak dah sedap-sedap tidur tak ingat dunia, tak payah nak berlagak innocent bagai. Pergi bangun ambil wudhuk! Dah lewat ni.."

"Bukan berlagak innocent la.. Tak sengaja lah! Yang awak pun satu, kenapa biarkan je??? Ke awak yang nak buat apa-apa pada saya??? "

"Awak nampak tak mata saya lebam ni?? Awak tahu tak sepanjang malam saya tak tidur sebab awak berdengkur, kalau saya tak bagi awak peluk saya lagi teruk awak berdengkur tau!"

"Iye ke ni?"

"Tak percaya sudah! Cepatlah bangun. Dah ambil wudhuk nanti saya tunggu dekat luar!"

Irfan cepat-cepat keluar dari bilik itu meninggalkan Sofia terpinga-pinga. Ya Allah, mujur kau kuatkan iman ku malam tadi! Irfan terbayang wajah milik halus milik Sofia yang sepanjang malam diperhatikannya. Teringat dia peristiwa semalam. Sudahla dia tidak berjaya tidur di sebelah Sofia, tiba-tiba gadis itu terus memeluk tubuhnya dari arah depan. Tergamam sebentar dirinya. Tubuh Sofia yang langsing itu kini berada di dalam dakapannya. Bagai nak pecah rasa debaran di dadanya. Semalaman dia berzikir meminta Allah kuatkan imannya. Jika ikutkan hati, mahu sahaja menerkam isterinya itu! Mana mungkin dia dapat menahan dirinya. Apatah lagi isterinya  itu ternyata sudah sah miliknya



Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.