Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,566
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

12

Keesokkan harinya mereka berdua pergi ke pantai. Sampai sahaja di pantai itu Irfan terus terjun kedalam laut. Sofia pula hanya duduk dibawah pokok sambil melihat suaminya itu mandi laut. Irfan berkali-kali memanggil Sofia terjun bersamanya. Namun Sofia berdegil tidak mahu turun kelaut. Dirinya sibuk menyapu sunblock kebadannya takut-takut kulitnya terkena sinaran mentari.


“Awak! Jomlah mandi, kita datang jauh-jauh ni sebab nak mandi laut, bukan nak duduk bawah pokok je!”


“Tak naklah…nanti hitamlah kulit saya! Tak pun nanti kena cancer kulit!”


“La…kesitu pula dia…pagi-pagini kan cahaya matahari tu bagus..apa orang kata..Vitamin E untuk kulit kan?”


“Tak nak! Nanti kulit hitam..dah lah ada majlis reception hujung minggu ni..”


“Alah..awak pakailah sunblock banyak macam mana pun, tak ada bezanya pun..kalau dah hitam tu, hitam jugak hehe!”


Sofia menjeling suaminya itu. Geram benar pabila dia bercakap dengannnya. Ada sahaja benda yang mahu diusiknya.


"Laaaa..marah ke? Tak payah lah marah saya, nanti makin banyak berkedut dekat muka awak tu..”


Sofia mendiamkan diri sambil buat-buat tidak mendengar kata-kata suaminya itu. Baginya melayan suaminya itu bercakap tak ubah seperti melayan abangnya Adam. Ada sahaja perkara yang akan diusik oleh mereka. Dia kemudiannya mengambil sebuah novel dari dalam begnya untuk dibaca.


Sedang khusyuk membaca novel tiba-tiba sahaja Irfan merenjis air kepadanya. Habis novelnya itu basah gara-gara terkena air. Dilihatnya Irfan sedang berdiri berhampirannya sambil mengibas-ngibas pakaiannya yang basah. Dia pasti suaminya itu sengaja berbuat demikian untuk menganggunya.


“Awak ni kan! Kalau tak ganggu saya tak boleh ke hah?”


“Eh..bila masa saya kacau awak..saya tak buat apa pun..keringkan baju je..”


“Banyak-banyak tempat..perlu ke awak kibas baju awak depan saya?”


“Laaa….itu pun salah ke?”


Irfan buat-buat seperti tidak bersalah. Sofia pula pabila melihat suaminya itu sengaja menganggunya, dia mengusap-ngusap dadanya. Sabar sofia..sabar..jangan dilayan sangat dia ni..buat sakit hati je! Irfan tersengih sekali lagi tatkala melihat gelagat isterinya itu. Sengaja dia mengusik isterinya itu. Geram pula melihat riak wajah isterinya itu ketika tengah marah.


Sofia duduk di bawah sambil memerhatikan suaminya yang sedang begitu rancak berbual dengan beberapa orang pelancong asing. Dia mula menarik muka masam kerana sudah hampir setengah jam dia duduk dimeja makan itu keseorangan. Sebentar tadi Irfan telah mengajaknya makan malam di restoran. Tetapi tatkala dia sampai ke restoran itu dia mendapati suaminya sedang begitu rancak berbual bersama sekumpulan gadis.


“Tadi beria suruh aku siap cepat…tapi dia pula sibuk mengorat minah-minah saleh ni..eee geramnya..baik aku duduk dalam bilik makan Maggi je!”


Sementara menunggu suaminya itu selesai berbual, Sofia akhirnya mengambil keputusan untuk makan sendirian kerana perutnya mula terasa lapar. Sambil menjamu selera dia sibuk memerhati gelagat suaminya itu. Irfan kelihatan begitu gembira bersama-sama gadis-gadis itu sehinggakan dia mulai yakin yang suaminya itu mungkin sudah terlupa akan janjinya untuk makan malam bersama.


Akhirnya selera makannya hilang begitu sahaja. Lantas dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di tepian pantai. Suasana kawasan pantai agak menenangkan. Memandangkan pantai itu berdekatan dengan restoran tadi, maka dirinya tidaklah begitu takut untuk berjalan berseorangan.


“Kan seronok datang tempat macam ni dengan orang yang kita suka…ni tak..datang dengan orang tua tu bukan best pun…menyakitkan hati je…apalah malang sangat nasib kau ni Sofia! Tempat romantik macam ni, jalan-jalan dengan cinta hati ke barulah rasa bermakna sikit!”


Sofia mengeluh sendirian. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Niat dihati mahu menelefon rakan-rakannya.


“Ishhh…line pula tak adalah…bosannya! Ada suami pun, sibuk mengayat perempuan lain…”


Akhirnya dia mengambil keputusan untuk hanya berjalan-jalan di persisiran pantai itu.Ketika sedang sibuk berjalan menikmati suasana malam di pulau itu, tiba-tiba dirinya terasa seolah-olah seperti diekori dari belakang. Lantas dia mempercepatkan langkahnya.


Namun malang tidak berbau pabila dia telah tersepak tunggul kayu yang berada di kawasan itu lalu jatuh ke atas pasir. Tiba-tiba dia mendapati ada seorang lelaki sedang berdiri hampir dengannya. Sofia mula kaget. Lantas dia menjerit meminta pertolongan sekuat yang mungkin. Kakinya pula sibuk menendang-nendang kaki lelaki tersebut dengan harapan dapat menghalau lelaki itu pergi menjauhi dirinya.


Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang kakinya.


''Aduh.... Cik! Cik! Janganlah menjerit, saya bukan orang jahat..''


''Awak nak apa dari saya ha? Kalau awak berani datang dekat lagi, saya menjerit lagi kuat nanti!''


''Ok..ok..saya memang tak ada niat nak buat jahat...saya sebenarnya nampak cik dari restoran tadi... Kita pernah jumpa sebelum ni...cik ingat saya lagi tak?''


Sofia terdiam sebentar tatkala mendengar kata-kata lelaki itu. Buat seketika dia hanya memandang wajah lelaki itu. Tiba-tiba barulah dia mengenali wajah lelaki yang berada dihadapannya itu. Lelaki itulah yang telah melanggarnya ketika dia berada di kafe seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya. Sofia lantas bangun berdiri. Pasir-pasir yang melekat di seluarnya ditepuk-tepuk.


''Ya Allah...awak ke? Sorry...sorry...saya mati-mati ingatkan awak ni orang jahat..Ya Allah...saya minta maaf...tak sengaja...saya tak kenal sangat muka awak dalam keadaan samar-samar ni...''


''Eh...tak apa...tak apa...salah saya sebab ikut cik macam tu..mesti saya buat cik rasa takut tadi..''


''Hehehehe...tak adalah..tapi kenapa awak ikut saya?''


''Oh...tadi memang saya nak tegur cik..tapi belum sempat saya nak tegur, cik dah tinggalkan restoran tu..lepas tu saya nampak cik tertinggal dompet cik..sebab itu saya ikut cik..nak panggil, tak tahu nama..''


Sofia menepuk dahinya.


''Astarghfirullahalazim...dah la awak nak tolong saya, boleh pula saya pukul awak tadi...saya minta maaf ye...sakit tak saya tendang tadi?''


''Hahahaha...boleh tahan juga la…sampai sekarang still berdenyut..kuat juga awak ni kan?''


Sofia tersengih malu.


''Sorry ye..betul-betul tak sengaja.''


''Nevermind...nanti hilanglah sakit ni.''


''Really? thanks...eh..memandangkan awak dah tolong saya pulangkan dompet yang saya tertinggal ni..why not saya belanja awak minum? Boleh?''


''Awak nak belanja saya minum? Eh tak payah lah..lagipun kita sama-sama baru lepas makan kan? tapi kalau awak nak, boleh kita duduk dekat tepi pantai ni je..I mean, boleh kita borak-borak..last time saya tak sempat nak berkenalan dengan awak..''


''Oh..ok..good idea..kita duduk dekat pondok tu ok tak? Dekat sikit..tak adalah awak kena jalan jauh dengan kaki awak yang sakit tu.''


Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Buat seketika Sofia terpaku melihat wajah lelaki itu. Walaupun ini kali kedua dia bertemu dengan lelaki itu, tetapi barulah dia sedar yang lelaki itu mempunyai rupa paras yang agak menarik hati perempuan. Aduh... Handsomenya!!! Cair saya wak...

Sampai sahaja di bawah pondok itu mereka terus menyambung perbualan seolah-olah sudah lama saling mengenali.


''Dah lama kita duduk borak, nama cik pun saya tak tahu..''


''Oh..haah la...kita ni sembang macam kawan lama pula kan? Hehehe..lupa pula nak beritahu nama saya...awak boleh panggil saya Fia..''


''Fia? Nama penuh?''


''Iris Sofia..panggil Fia pun cukuplah..nama awak?''


''Iris Sofia? Sedap nama tu..Saya Harith...kawan-kawan panggil Riz..cik pun boleh panggil Riz je.''


''Hehehe.. Kira saya ni dah jadi kawan awak la ni ek? Awak buat apa ye kat pulau ni? I mean datang bercuti ke?''


''Eh tak adalah..saya sebenarnya kerja dengan travel agency..so saya sebenarnya datang bawa pelancong-pelancong asing ke pulau ni lah.''


''Really? Tipulah...saya tak percaya..''


''Ha? Tak percaya? Kenapa pula?''


''Yelah..beg yang awak bagi dekat saya tu harga dia mahal tau..saya tak percaya awak ni kerja tourist guide je.''


''Hehehe...yelah..pandai cik Sofia teka... Actually travel agency tu saya yang punya. Sebab minat sangat melancong, saya decide nak buat travel agency sendiri..bolehlah saya bekerja sambil melancong...''


''Wah! Bestnya..muda-muda lagi ada company sendiri...mesti seronok kan kerja macam tu? So tadi group foreigners dekat restoran tu awak punya customerlah ek?''


Harith tersenyum sambil mengangguk. Entah mengapa dia agak tertarik dengan gadis dihadapannya itu sejak kali pertama dia melihat Sofia.


''Seronok juga lah..banyak tempat saya dah pergi...cik Sofia pula? Datang sini bercuti ke?''


''Alah..tak payahlah panggil saya cik cik ni...panggil Fia dah lah..lagipun saya dah kahwinlah..''


Harith terkejut tatkala mendengar Sofia mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Tiba-tiba muncul perasaan kecewa dihatinya. Mana mungkin gadis itu sudah berkahwin. Baginya Sofia kelihatan seperti terlalu muda.


''Tipulah..tak kan muda-muda dah kahwin? Saya tak percayalah..''


''Betullah awak..tengok ni..tangan pun still berinai lagi tau..''


Buat seketika Harith mendiamkan diri. Jari jemari sofia yang masih merah berinai membuktikan gadis itu sudah berpunya.


''So baru kahwinlah ni? Kira Sofia datang ni dengan suami la?''


Sofia mengangguk.


''Yes..dengan suami saya...''


''Tapi…”


“Tapi apa?”


“Saya tengok Fia dari tadi seorangan je? Kalau suami Fia ada sekali, kenapa Fia tak jalan-jalan dengan dia? Ni kita duduk berdua ni dia tak marah ke?''


''Hehehe...awak jangan risaulah..dia bukan hiraukan saya sangat.. Tadi awak nampak tak ada seorang lelaki Melayu duduk dengan customer awak?”


Harith mengangguk. Tatkala dia meninggalkan restoran itu dia sempat melihat kelibat seorang lelaki Melayu sedang rancak berbual dengan pelancong-pelancong dari agensinya.


“Itulah suami saya...''


''Eh..kalau macam tu kenapa dia biarkan Fia seorangan?''


Sofia tersenyum tatkala mendengar pertanyaan Harith itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan perkara yang sebenarnya kepada lelaki itu.


“Panjang ceritanya…oklah awak..dah lewatlah..saya nak balik ke chalet dululah..”


“Oh..ok..nak saya temankan ke? Malam-malam macam ni bahaya kalau jalan seorang?”


“Tak apa..lagipun tak jauh sangat..by the way..thanks sebab belikan beg hari tu…saya tak sempat cakap terima kasih dengan awak..cepat sangat awak pergi.. and terima kasih sebab temankan saya berbual..awak macam tahu je saya tengah bosan..”


“Welcome..see you later ok?’


“Alright..Good Night..”

Harith melambai-lambai Sofia. Melepas.. Kalau bukan isteri orang lama dah aku minta no telefon!


Sofia lantas mempercepatkan langkahnya menuju ke chalet. Dia terlalu asyik berbual hinggakan dia terlupa yang Irfan mungkin menunggunya dihadapan chalet memandangkan kunci ada padanya.


“Alamak! Mesti orang tua tu membebel nanti. Habislah aku!”


Sangkaan Sofia memang tepat kerana dari jauh lagi dia dapat melihat suaminya itu sedang berdiri tercegat di hadapan pintu chalet.


“Hah! Ada pun..ingatkan dah balik KL tadi! Berjanggut saya tunggu awak tahu tak?”


“Sorrylah..saya terlupa awak tak ada kunci bilik..bukan saya sengaja..”


“Kalau terlupa boleh dimaafkan lagi…Awak pergi mana malam-malam buta macam ni? Saya tunggu awak dekat restoran punyalah lama! Awak tu isteri saya, kalau nak pergi mana-mana pun at least call lah saya..ni tak..telefon pun awak off kan..kalau apa-apa jadi dekat awak saya yang kena jawab nanti!”


Sofia mula hilang sabar tatkala Irfan memarahinya.


“Awak tahu tak saya tunggu awak dekat restoran tu dekat sejam! Suka hati je awak marahkan saya! Patutnya saya yang marah awak! Sibuk sangat menggatal dengan minah-minah saleh tu sampai isteri sendiri pun awak lupa!”


Dia lantas masuk kedalam bilik mereka dalam keadaan marah dan meninggalkan Irfan dalam keadaan terpinga-pinga. Irfan pula mula berasa bersalah tatkala mendengar kata-kata Sofia. Sebenarnya dia begitu asyik berborak dengan pelancong-pelancong asing itu hinggakan terlupa akan janjinya pada Sofia. Tatkala dia selesai berbual, dia terus mencari Sofia. Namun dia tidak terlihat akan kelibat isterinya itu di kawasan restoran. Disangkanya isterinya itu mungkin masih berada di chalet.


Pabila dia pulang dia mendapati Sofia tiada di chaletnya. Bekali-kali dia cuba menghubungi isterinya itu. Namun ternyata telefon isterinya itu telah dimatikan. Setelah melihat Sofia begitu marah Irfan mula menyedari sebenarnya dirinya lah yang memungkiri janji.


Irfan kemudiannya masuk kedalam bilik dengan niat mahu memujuk isterinya itu. Dia terkejut tatkala melihat Sofia telah membaling bantalnya kelantai.


“Awak buat apa ni?”


“Saya tengah asingkan tempat tidur awak dengan saya! Malam ni awak tidur bawah! Saya tak nak tidur sekatil dengan awak!”


“Tapi takkan saya nak kena tidur dekat bawah? Mati kesejukanlah saya?”


“Itu bukan hal saya…awak uruskanlah sendiri!”


Irfan mengeluh. Jika tidak kerana perasaan bersalahnya terhadap Sofia, pasti sudah lama dia berebut tempat tidur dengan isterinya itu. Dia kemudian mengutip bantalnya dari atas lantai lalu membaringkan dirinya keatas sofa yang berada di tepi katil itu. Niatnya mahu tidur sahaja diatas sofa itu.


Namun oleh kerana tubuh badannya agak besar, sofa itu agak terlalu sempit buatnya. Mahu atau tidak akhirnya dia membaringkan dirinya keatas lantai. Hai Irfan…siapa suruh kau cari pasal…nasib kau lah kena tidur dekat lantai…Sekurang-kurangnya Sofia tidak menghalaunya tidur di luar.


"Assalamualaikum..."
"Assalamualaikum..."
"Tolong buka pintu ni!!"

Sofia menggosok matanya, kedengaran pintu biliknya di ketuk bertalu-talu. DAlam keadaan mamai dia terus pergi ke pintu lalu membukanya.

"Waalaikummussalam.. Siapa tu?"

Tatkala pintu chaletnya dibuka, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah di hadapan pintu. Tangan mereka menunjukkan kad kuasa yang digantung di leher mereka.

"Maaf cik, kami pegawai-pagawai dari pejabat agama. Kami dapat laporan ada pasangan bukan muhrim berdua-duaan di bilik ini! Kami nak masuk periksa untuk pastikan laporan tu betul atau tak!"

Belum sempat Sofia menjawab, lelaki-lelaki tersebut terus masuk kedalam biliknya.

" Cik nama apa? Lelaki atas katil tu siapa? "

Salah seorang dari pegawai tersebut mula menyoal siasat Sofia. Sofia yang masih lagi dalam keadaan baru sedar dari mamainya tergamam sebentar. Otaknya blank tiba-tiba.

"Saya Iris! Dia Irfan!"
"Siapa cik?"
"Oh.. Suami saya encik.. Itu Luth Irfan suami saya!"
"Betul suami? Boleh cik tolong gerak dia bangun? "

Sofia cepat-cepat menarik comforter yang menutupi tubuh Irfan.

"Awak! Bangun la awak!"
"Alaaaa.. Apa ni sayang.. Jangan la kacau saya tido"

Irfan terus menarik kembali comforter tersebut.

"Bangunlah awak.. Cepatlah bangun!" 

Irfan menarik comforter menutupi mukanya pula.

Eh tak nak bangun pula dia. Kau tunggu kejap.. Kau tunggu!

Sofia terus merentap comforter tersebut sepenuhnya hingga mendedahkan seluruh tubuh badan Irfan. Tergamam sebentar pabila dia baru perasan yang Irfan yang sepatutnya tidur di lantai malam itu sebenarnya tidur di sebelahnya dalam keadaan hanya memakai boxer sahaja. Seluruh tubuh badannya yang tegap itu terserlah. 


"Ya Allah Luth Irfan!!!!  Apa awak dah buat ni!!"

Sofia menjerit. Jeritannya cukup membuat Irfan terjaga lalu terus terduduk. Bukan sahaja dia, para pegawai-pegawai yang ada ketika itu juga turut terkejut dan berpandangan sesama sendiri.
......... 


"Kami minta maaf ye encik Irfan. Pihak kami dapat laporan, jadi nak tak nak kami terpaksa jalankan siasatan. Tak sangka tersalah pasangan. "

"Eh tak pe tak pe encik, saya faham. Salah pihak kami juga, sepatutnya kami bawa surat nikah sekali. Maaf juga susahkan pihak encik."

Irfan bersalaman dengan pegawai pejabat agama tersebut. Matanya melirik kearah Sofia yang berada di kerusi menunggu.

"Sudah-sudahla muncung tu Iris Sofia. Benda dah nak jadikan"

Sofia menjeling tajam suaminya itu.

"Senang je kan awak cakap. Perkara ni tak kan terjadi tau kalau awak tak tinggal luggage saya di KL. Surat nikah tu elok je saya susun elok-elok dalam luggage tu.Mujur tadi ayah bangun subuh awal nak pergi masjid, kalau tak entah siapa la nak tolong kita wassap gambar surat nikah tu. Entah-entah berapa lama lagi kita kena tahan dekat sini tau! "

"Alah.. Benda dah nak jadikan. Lagipun awak tak rugi apa pun. Untung lagi ada la. "

" Apa yang awak merepek ni? Hei..kita kena tahan berejam dekat pejabat agama ni sebab orang ingat kita berkhalwat itu awak kata untung?? "

"Bukanlah.. Saya kata awak untung sebab malam tadi lepas awak tarik comforter tu, mesti awak syok kan dapat tengok body saya yang gagah lagi perkasa ni kan? Jarang tau saya tayang, eh awak bertuah tau dapat tengok! Lepas ni mesti awak terbayang-bayang tak boleh nak lupa kan? "

Irfan tersengih sambil berlalu pergi meninggalkan Sofia yang terpinga-pinga. Dari jauh dia mendengar sekali lagi Iris Sofia menjerit.

" Luth Irfan!!!!!!!! Awak ni memang nak kena kan!!!! "



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.