Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,545
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Sofia melangkah lemah kearah rumah besar itu. Entah mengapa ketika hatinya tidak keruan, dia terus memandu kerumah Irfan. Ditekannya loceng rumah itu. Irfan yang membuka pintu buatnya menjadi hairan melihat Sofia yang datang kerumahnya pada waktu tengah malam dalam keadaan matanya yang bengkak dan mulutnya berdarah.

“Awak…..maaf saya ganggu malam-malam macam ni…”

“Tak..awak tak ganggu pun….”

“Boleh saya masuk?”

Irfan mengangguk lalu membenarkan gadis itu masuk kerumahnya.

“Duduklah…saya ambilkan air untuk awak sekejap..”

“Tak payah…saya tak nak air…saya nak jumpa ummi awak…boleh cakap dekat dia saya datang nak jumpa dia?”

Irfan tidak menjawab pertanyaan Sofia. Melihat sahaja keadaan gadis itu dia dapat mengagak gadis itu dalam kesusahan. Dia lantas naik ketingkat atas untuk memanggil umminya.

Puan Nina mengelap muka Sofia dengan tuala lembap. Hatinya resah melihat keadaan Sofia begitu. Dia dapat mengagak kenapa Sofia datang dalam keadaan begitu. Pasti berlaku pergaduhan diantara keluarganya selepas mereka pulang dari rumah Sofia. Malah sebelum mereka berangkat pergi kerumah Sofia sebelum itu, suaminya masih berasa serba salah.

“Awak rasa betul ke apa yang kita buat ni? Kalau dua beradik tu bergaduh macam mana pula?”

“Entahlah abang…saya pun ada terfikir juga menegenai hal tu…tapi bila difikirkan balik…Sofia memang sesuai untuk Irfan.Sekarang ni kita tawakkal jela abang…harap-harap tak ada masalah akan timbul.”

Puan Nina dan suaminya sudah lama tahu yang Syasya yang meminati Irfan selama ini. Namun sebagai ibu kepada Irfan, hatinya tetap mengatakan yang Sofialah yang layak menjadi teman hidup Irfan.

''Mak cik..''

''Ye Sofia?''

''Fia memang anak angkat ibu dan ayah ke? Fia ni anak siapa sebenarnya?''

Sofia memandang tepat wajah Puan Nina dengan harapan wanita itu akan menceritakan segalanya. Namun bakal ibu mentuanya itu hanya mendiamkan diri.

''Sebenarnya Fia dah lama syak Fia anak angkat..tapi Fia selalu doa harap itu semua tipu..Fia tak boleh terima hakikat Fia anak orang lain, bukan anak ayah dan ibu..tadi kak Syasya yang cakap, Fia anak angkat..Fia ni keturunan perempuan jahat!''

Air mata Sofia mula mengalir deras. Puan Nina terdiam lagi mendengar kata kata Sofia itu. Dia juga tidak dapat menahan sebaknya tatkala melihat gadis itu menangis teresak-esak dihadapannya, lantas dipeluknya gadis itu erat-erat.

“Sofia jangan menangis ye sayang..Sofia bukan anak buangan…mak cik tak boleh ceritakan pada Sofia. Biar ayah Sofia sendiri yang ceritakan pada Sofia nanti..Sekarang mak cik nak Sofia rehat dulu. Esok pagi mak cik hantar Fia balik ye sayang?”

“Fia tak nak balik mak cik…Fia bukan ahli keluarga mereka..Fia anak angkat!”

“Fia jangan cakap macam tu..percayalah cakap mak cik..Fia bukan anak angkat..sekarang Fia rehatkan diri dulu.Jangan fikir yang bukan-bukan ye sayang?”

Sofia akhirnya mengalah. Dia sendiri tidak dapat berfikir secara baik. Akhirnya dia tertidur sambil ditemani bakal ibu mentuanya itu. Melihat sahaja Sofia telah tertidur, Puan Nina mengeluh. Perasaan kasihan terhadap gadis itu menyelubungi dirinya.

Sebenarnya segala perkara mengenai Sofia, semuanya sudah dia ketahui sejak gadis itu masih kecil. Dia teringat peristiwa ketika gadis itu masih kecil. Ketika itu dia sibuk menyiram pokok bunga dilaman rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar suara kanak-kanak sedang meraung.

“Ampun ibu! Ampun! Fia janji tak buat lagi jangan pukul Fia bu..sakit…”

“Ooo..pandai kau minta maaf..waktu kau buat, tak reti nak fikir!”

“Fia tak buat dah…Fia janji…ampun bu…ampun…”

“Kau memang tak ada otak kan? kau mari sini!”

Puan Nina pasti suara yang didengarinya itu ialah suara Sofia. Lantas dia bergegas kerumah sebelah dan mendapati Sofia sedang dipukul oleh ibunya.

“Aida! Kenapa pukul Sofia macam tu sekali?”

“Biarkan saya kak! Budak ni memang patut diajar! Habis semua barang-barang saya dipecahkannya!’

Puan Nina memerhatikan Sofia yang sudah mula terkulai lemah gara-gara dipukul oleh ibunya.

“Sudahlah tu! Jangan dipukul lagi! Tak kan sebab dia pecahkan barang-barang kau nak pukul dia? Mati budak tu nanti!’

“Biar dia mati kak! Hidup pun menyakitkan hati saya je!”

“Kau gila ke Aida! Budak tu anak kau sendiri! Takkan nak pukul dia sampai mati?”

“Dia bukan anak saya! Kalau dia mati, lagi senang hidup keluarga saya!”

“Aida!”

Puan Aida terdiam tatkala dijerkah dengan kuat oleh jirannya itu. Matanya memandang kearah tubuh kecil Sofia yang terkulai lemah tidak sedarkan diri. Barulah dia sedar akan perbuatannya itu. Dia tersandar ke dinding sambil menekup wajahnya. Perasaan bersalah mula menyelubunginya.

Melihat keadaan Sofia yang tidak sedarkan diri, Puan Nina lantas mendukung Sofia pulang kerumahnya. Di rumahnya dia mengubati kesan pukulan ditubuh kecil itu. Mujur kecederaan kanak-kanak itu tidak begitu serius.

Malam itu Puan Aida datang kerumahnya bersama suaminya untuk mengambil Sofia. Mereka juga telah meminta maaf dan menceritakan segala-galanya. Bersungguh-sungguh ibunya menangis meminta maaf sambil menceritakan segalanya. Walaupun terkejut mendengar cerita mengenai Sofia, namun atas sebab tertentu, dia dan suaminya telah berjanji untuk menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan sesiapa.

Irfan berhenti menaip kerjanya. Fikirannya mula menerawang memikirkan mengenai Sofia. Baru sahaja dia mendapat tahu rancangan ibu dan ayahnya utuk menjodohkan Sofia dengannya. Pada mulanya dia tidak bersetuju. Mahu sahaja dia menolak permintaan ayah dan ibunya. Mana mungkin dia mahu bernikah dengan gadis yang 10 tahun muda darinya malahan gadis itu selalu menyakitkan hatinya.

“Ummi dengan ayah nak Irfan kahwin dengan budak tu? Ummi..Irfan tahu ummi dengan ayah nak tengok Irfan hidup normal…ada isteri, ada anak-anak..…Irfan faham.. Irfan setuju..Irfan tak kisah langsung kalau ummi dengan ayah nak kahwinkan Irfan dengan sesiapa pun..tapi bukan dengan Sofia!”

“Kenapa dengan Sofia? Sofia tu pun perempuan juga?’’

“Ummi, Sofia tu budak-budak lagi ummi..tak matang pun..apa yang dia tahu? Silap haribulan boleh bercerai-berai nanti kalau kami kahwin. Irfan tak fahamlah kenapa ummi dan ayah pilih Sofia, bukan Syasya.”

“Irfan belum cuba lagi belum tahukan? Ummi boleh ajar perlahan-lahan macam mana nak jalankan tanggungjawab seorang isteri ni..lagipun bukan ummi dengan ayah berdua sahaja yang bersungguh-sungguh nak jodohkan Irfan dengan Sofia….ummi bukan tak suka dengan Syasya..Baik budaknya…Cuma ummi dan ayah tengok Syasya tu sosial sangat..dengan kerja dia sebagai model..aurat pun tak bertutup..apa salahnya kalau Irfan kahwin dengan Sofia?”

“Ummi..”

“Ummi tengok Sofia tu baik budaknya. Manis bertutup aurat. Sopan dengan orang tua.. Sesuai nak dibuat isteri tau..”

“Hmmm..yelah…kalau ummi rasa itu yang terbaik, Irfan pun tak tahu nak kata apa lagi..ummi buatlah apa yang ummi rasa bagus untuk Irfan..”

Akhirnya Irfan bersetuju kerana tidak lagi mampu menghampakan permintaan ibu dan ayahnya apatah lagi tatkala dia mendengar cerita sebenarnya mengenai Sofia. Walaupun berat hatinya untuk bersetuju dengan permintaan ibu bapanya itu. Namun setelah berfikir masak-masak akhirnya dia terbuka hati untuk menunaikan permintaan mereka.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.