Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,539
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Sofia tersenyum apabila dia melihat Irfan dari jauh. Di kotak fikirannya terbayang rancangan membalas dendamnya. Selepas peristiwa hari itu, ibunya telah menghalangnya pergi bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya yang lain. Penat dia cuba memujuk ibunya itu. Namun segala usahanya menjadi sia-sia kerana ibunya itu tetap dengan keputusannya.

“Ibu..Fia dah lama rancang vacation ni dengan kawan-kawan Fia…tiket flight pun dah booking..tak kan Fia nak cancel pergi?”

“Ibu cakap apa dengan Fia? Kalau ibu cakap tak boleh, tak bolehlah! Fia ni kenapa selalu lawan cakap ibu?”

“Tapi bu…”

“Keputusan ibu muktamad! Dah..ibu tak mahu dengar lagi Fia cakap pasal vacation!’

Geram benar dirinya tatkala memikirkan hal itu. Ini semua kerana percutian itu telah dirancangnya bersama-sama rakan-rakannya sejak beberapa bulan yang lepas lagi, tetapi disebabkan pergaduhannya dan Irfan, ibunya telah tidak membenarkannya untuk pergi bercuti bersama-sama rakan-rakannya.

Sofia sebenarnya telah lama memerhatikan Irfan, dia tahu setiap hari Isnin dan Rabu Irfan akan datang mengajar di kolej itu bagi menggantikan tempat rakan baiknya yang sedang menyambung pelajaran. Melihat sahaja Irfan yang sedang menuju ke arah parking lot, Sofia lantas bergegas ke kawasan itu. Sebelum itu dia sempat memberi insyarat kepada rakan-rakannya yang telah bersubahat untuk mengenakan Irfan.

Apabila dia sudah pasti Irfan sedang mengundurkan keretanya, lantas Sofia berlari di belakang kereta itu sebelum berpura-pura dilanggar oleh Irfan. Sebelum itu Sofia sempat meletakkan cecair berwarna merah seakan-akan darah di hidungnya dengan bantuan rakannya seolah-olah dia telah benar- benar cedera dilanggar oleh Irfan.

Irfan yang tidak perasan akan kehadiran gadis itu dibelakang keretanya terus menarik brek tatkala terdengar jeritan gadis itu. Lantas dia bergegas keluar dari keretanya dan terus mendapati Sofia terbaring betul-betul di belakang keretanya dan berlumuran darah. Orang ramai mula memenuhi kawasan parking itu. Irfan lantas mendekati gadis itu.

Dia mula panik apabila Sofia tidak menyahut panggilannya lalu lantas mengambil keputusan untuk mengangkat Sofia ke dalam keretanya dengan bantuan rakan-rakan Sofia. Selesai mengangkat gadis itu, dia terus memecut kearah hospital yang berada berdekatan. Entah mengapa hatinya sangat berdebar ketika itu. Peristiwa lama mula menghantui fikirannya. Lantas ditekannya dengan lebih kuat pedal minyak keretanya itu. Matanya kadang kala sempat menjeling kearah cermin untuk melihat keadaan Sofia.

Sofia menahan dirinya dari ketawa.Dia dapat membayangkan jika berita mengenainya dilanggar oleh Irfan tersebar. Pasti selepas ini Irfan tidak lagi dibenarkan mengajar di kolejnya. Sengaja dia merancang untuk mengeluarkan Irfan dari kolejnya. Hatinya sering terasa sakit tiap kali melihat Irfan. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa denga Irfan langsung selepas ini.

Namun entah mengapa keluarga Irfan dan keluarganya semakin hari semakin rapat. Setiap minggu pasti keluarga mereka akan berjumpa. Dia turut mendengar ura-ura yang mengatakan Irfan akan berkahwin dengan kakaknya Syasya. Bengang bila dia memikirkannya. Sudahlah nanti dia terpaksa mengadap lelaki itu di kolej, sekarang Irfan turut akan menjadi salah seorang ahli keluarganya pula.

Jadi dia berhasrat untuk menyingkirkan Irfan dari kolejnya itu supaya sekurang-kurangnya tidaklah dia perlu mengadap Irfan selalu. Apatah lagi apabila setiap kali Irfan masuk mengajar ke kelasnya, pasti Sofia menjadi sasarannya. Ada sahaja yang tidak kena tiap kali dia masuk ke kelas Irfan.

Assignmentnya sering kali diarahkan untuk diolah. Sedangkan dia sudah bersungguh bersengkang mata menyiapkan kerja itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia menukar kelas. Namun disebabkan jadualnya agak padat, dan agak susah untuk diubah, dia terpaksa masuk ke kelas Irfan walaupun dia sendiri tidak rela.

Dia masih teringat peristiwa pada minggu lepas ketika dia dimarahi oleh Irfan di hadapan rakan-rakannya.

“Iris Sofia!’

Sofia hanya mendiamkan diri apabila namanya dipanggil. Tentu ada sahaja perkara yang tidak kena dimata Irfan. Seringkali dia ditegur oleh Irfan. Dari cara dia berpakaian hinggalah assignmentnya. Melihat Sofia yang tidak mempedulikan panggilannya, Irfan mula panas hati lalu lantas meninggikan nada suaranya.

“Iris Sofia! Awak ni pekak ke? Saya panggil awak kan? Dah pekak sangat ke hah?’’

Sofia menarik muka masam. Dia dapat merasakan seluruh isi kelas Ekonomi itu sedang memandang kearahnya.

“Ye saya…”

“Ada pun orangnya..saya ingatkan dah pekak tak pun bisu. Datang ke depan sekarang!”

Dengan berat hati Sofia melangkah kehadapan. Dia dapat mendengar suara rakan-rakannya yang sibuk membisik antara satu sama lain. Tak kurang juga ada yang turut mengetawakannya tatkala dia dimarahi oleh Irfan.

Sampai sahaja dia di hadapan Irfan, tiba-tiba sahaja Irfan melemparkan helaian kertas dihadapannya. Walaupun tidak melihat kertas apakah yang dilemparkan kepadanya, Sofia yakin itu ialah kertas kerja yang ditugaskan oleh Irfan untuk dihantar beberapa hari sebelum itu.

“Apa yang awak bagi saya ni? Saya minta awak buat benda lain, lain pula yang awak buat? Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya minta awak siapkan esei mengenai Makrokredit! Bukan Mikrokredit!”

“Saya buat macam yang Encik Irfan suruh tapi…”

“Tak de tapi-tapi! Lain kali jangan selalu ponteng kelas, assignment pun boleh silap buat! Ingat saya tak tahu ke awak ni kaki ponteng? Kalau ada kelas, janganlah sibuk-sibuk pergi spa, manicure pedicure semua tu! Saya nak awak siapkan balik dan hantar pada saya esok pagi..jangan lewat! Faham?”

Satu kelas mula ketawa tatkala mendengar sindiran Irfan terhadapnya. Sofia mula panas hati. Namun oleh kerana memikirkan markahnya untuk lulus ditangan lelaki itu. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Didalam hatinya perasaan marah begitu membuak-buak.

Sebenarnya bukan dia sengaja untuk ponteng kelas namun disebabkan dia tidak berapa sihat maka dia terpaksa ponteng kelas tersebut. Pabila dia bertanya rakannya mengenai assignment apa yang perlu dihantar, dia pasti dia telah tersalah dengar tajuk esei yang perlu disiapkannya.

Akhirnya dia menghabiskan masanya sepanjang malam untuk menyiapkan esei baru seperti yang disuruh oleh Irfan.Disebabkan itulah dia bertambah yakin untuk mengenakan Irfan bagi membalas dendam kerana memalukannya dihadapan khalayak ramai.

Irfan berlari sambil mendukung sofia ke wad kecemasan. Dari tadi gadis itu masih tidak sedarkan diri. Dia mula takut sesuatu yang buruk akan terjadi pada Sofia. Ketika menunggu Sofia diperiksa doktor oleh bertugas, dia tidak keruan menunggu di luar. Dia tiba-tiba teringat akan peristiwa lama yang menyelubunginya selama ini.

“Luth! Are you sure you can drive?”

“Of course! I boleh drive lah sayang!”

“Luth..you mabuk ni..let me drive ok?”

“No..No! I will drive!”

“But Luth…

“Hey! I can drive....”

Irfan terus memandu keretanya dengan lajunya kearah lebuhraya. Suasana lebuhraya itu begitu senyap sunyi dan gelap gelita. Tidak banyak lampu jalan yang berfungsi dan menyala. Irfan memeluk gadis disebelahnya itu sambil tersenyum.

“You look beautiful tonight dear..”

“Really?”

“Yeah..I mean it”

Melihat gadis itu tersenyum Irfan lantas mengucup pipi gadis itu. Namun tiba-tiba gadis itu menjerit dengan kuat sambil tangannya menunjukkan kearah depan kereta.

“Luth!!”

Irfan lantas mengalihkan pandangannya kehadapan. Namun agak terlambat kerana di hadapan keretanya itu terdapat sebuah kereta sedang menuju betul-betul kearah keretanya. Sesaat kemudian kedua-dua kereta itu bertembung dan berlangggaran antara satu sama lain.


Irfan meraup wajahnya sekali lagi. Dia sebolehnya tidak mahu mengingati lagi peristiwa lama itu. Namun apabila dia terlanggar Sofia sebentar tadi, ingatan lamanya kembali semula. Tiba-tiba sahaja pintu wad kecemasan dihadapannya terbuka. Apabila doktor yang merawat Sofia keluar, lantas dia mendekati doktor tersebut.

''Macam mana doktor? Dia ok ke?''

''Saya dah periksa dia dan encik jangan risau,saya rasa dia cuma terkejut sebab tak ada kecederaan yang serius. Kejap lagi mungkin akan sedar”

Irfan mengangguk..matanya memandang tepat kearah Sofia yang terbaring diatas katil. Dirapatinya perlahan-lahan. Entah kenapa dia terasa sebak di dada. Sekali lagi peristiwa silam bermain di kotak fikirannya. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila dia menyedari Sofia telah sedar dan sedang ketawa dengan begitu kuat.

Irfan mengerut muka tanda hairan. Tidak mungkin gadis itu boleh ketawa seolah-olah tidak ada apa yang buruk telah terjadi. Diperhatikannya Sofia yang sedang turun dari katil seperti orang yang dalam keadaan teramat sihat.

''Hahaha...kenapa? Terkejut ke? Saya ingatkan awak ni cerdik sangat, tapi rupanya tak adalah pandai mana pun, saya buat-buat buat kena langgar pun awak percaya..siap bawa ke hospital lagi..awak tahu tak? awak tak langgar saya pun tadi. Saya cuma pura-pura dilanggar!..lepas ni mesti heboh dekat kolej mengenai lecturer ganti langgar student..pasti awak kena buang! Puas hati saya!''

Irfan terkejut mendengar kata-kata Sofia. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja tangannya secara spontan menampar pipi gadis itu.

''Eh perempuan, kau ingat benda macam ni boleh buat main ke hah! Kalau aku betul-betul terlanggar kau tadi, kau boleh mati tahu tak! Kalau tak suka aku mengajar dekat situ, kau cakap jelah, senang..benda yang kau buat ni, bukan saja bodoh! Tapi boleh meragut nyawa tahu tak!''

Irfan tidak dapat mengawal perasaan marahnya lantas dia terus beredar meninggalkan sofia begitu sahaja. Sofia yang agak terkejut dimarahi oleh Irfan hanya mampu terdiam. Dia tidak sangka kerana perbuatannya itu benar-benar membuat Irfan marah padanya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.